SIBU: Bosan tiada kerja, enam lelaki yang berjudi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditangkap semasa satu serbuan polis di pekan Durin, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, sepasukan anggota polis yang terlibat dalam serbuan dan pemeriksaan Ops Dadu telah mengesan kegiatan judi di sebuah bengkel kereta di pekan itu pada jam 3.40 petang kelmarin.
“Hasil serbuan dan pemeriksaan tersebut, polis telah menahan enam lelaki tempatan dan merampas peralatan yang digunakan untuk bermain judi jenis mahjong.
Katanya, kesemua mereka yang ditahan berumur antara 41 hingga 72 tahun.
“Antara barangan yang dirampas ialah set mahjong, dua meja kayu, enam kerusi plastik dan wang tunai sejumlah RM505 daripada mereka,” katanya.
Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 7 (2)Akta Rumah Judi Terbuka dan di bawah Peraturan 7 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Terjejas) Peraturan 2020 kerana tidak mematuhi PKP.
-Utusan Borneo

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci