728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 10 March 2020

    UMNO Sabah Kesal Tiada Wakil Dalam Kabinet Persekutuan


    Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu selesai segera kekesalan UMNO Sabah kerana tiada wakil dari UMNO negeri itu dilantik ke dalam Kabinet Persekutuan.

    Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Bung Moktar Radin , parti itu telah meminta agar sekurang-kurangnya satu jawatan timbalan menteri diberikan, namun tidak diperoleh.

    “Ramai ahli parti marah kerana tiada Ahli Parlimen UMNO Sabah dilantik.

    Katanya lagi, Saya telah meminta Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin diberikan sekurang-kurangnya timbalan menteri tetapi kami tidak dapat. Bung dan Mohamad adalah dua Ahli Parlimen UMNO di Sabah.

    Katanya, rasa tidak gembira timbul apabila dua Ahli Parlimen Bersatu Sabah diberikan jawatan dalam Kabinet iaitu Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee sebagai menteri penuh dan Datuk Abdul Rahim Bakri sebagai timbalan menteri.

    Bagaimana kata Bung, beliau faham Perdana Menteri mempunyai kuasa prerogatif untuk melantik ahli Kabinet beliau.

    “Saya telah menyeru semua ahli parti bertenang, kami perlu terima keputusan Perdana Menteri.

    “Kami perlu bekerja seperti biasa untuk kembali menang di Sabah,” katanya.

    Berikutan keputusan Perdana Menteri itu, beberapa ahli UMNO Sabah membangkitkan isu berkenaan di media sosial.

    Mereka mendakwa UMNO Sabah telah bekerja keras untuk menang di Parlimen Kimanis tetapi usaha itu tidak dihargai.

    Menurut mereka, jika Bung tidak boleh diberikan jawatan kerana berdepan kes rasuah, sekurang-kurangnya Mohamad dapat dilantik.

    Menurut pandangan Admin, Jika benar berita ini, Muhyiddin akan tempuhi jalan sukar kerana UMNO kebiasaan seperti cubit paha kanan paha kiri turut rasa sakit.

    Apa yang berlaku berupa satu peluang kepada pembangkang untuk persenda UMNO. Dengan itu apa berlaku ini mungkin satu antara benih-benih pertelingkahan yang akan berlaku.

    Para pemerhati politik atau pakar politik rasanya sudah dapat merasakan sesuatu tidak enak akan berlaku.

    Muhyiddin sebagai Perdana Menteri perlu selesai dengan jawapan yang boleh diterima oleh keseluruhan pemimpin dan ahli UMNO.

    Sumber- https://www.borneotoday.net/bung-ahli-umno-sabah-marah-tiada-wakil-dalam-kabinet/



    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: UMNO Sabah Kesal Tiada Wakil Dalam Kabinet Persekutuan Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top