728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, 9 March 2020

    Tomyam mahal di kompaun

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengenakan kompaun terhadap seorang tauke kedai makan di Pantai Cahaya Bulan (PCB) selepas didapati gagal mempamerkan tanda harga tomyam udang di kedainya.


    Wanita berusia 50-an itu dikenakan tindakan dalam operasi pada jam 5 petang semalam kerana mengenakan harga RM30 untuk tomyam udang kepada pelanggannya.

    Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Azanizam Affendi Juri berkata, KPDNHEP menerima aduan daripada netizen di media sosial berhubung sebuah kedai makan di PCB yang mengenakan harga makanan berjumlah RM91 termasuk tomyam udang kepada dua pelanggan.

    “Peniaga tersebut turut memberi alasan saiz makanan laut itu yang agak besar. Bagaimanapun, peniaga berkenaan melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.

    Beliau berkata, peniaga itu mengaku melakukan kesalahan tersebut dan menjelaskan kompaun.

    Katanya, operasi diketuai Penolong Pegawai Penguatkuasa Kanan, Nizam Salleh bersama tiga pegawai.

    Azanizam turut menasihatkan peniaga sentiasa mempamerkan tanda harga supaya tidak mengelirukan pengguna.

    Semalam, tular di Facebook selepas pelanggan kedai itu memuat naik senarai harga makanan yang didakwa mahal dan tidak munasabah.

    Senarai harga yang dimuat naik di media sosial mendapat reaksi netizen antaranya bersetuju mengatakan ada peniaga di lokasi PCB yang mengenakan harga makanan mahal kepada pelanggan.

    Senarai harga yang dimuat naik di media sosial mendapat reaksi netizen antaranya bersetuju mengatakan ada peniaga di lokasi PCB yang mengenakan harga makanan mahal kepada pelanggan.
    Catatan tertera tomyam udang 2 - RM30; sotong kunyit 2 - RM30; K I M (kailan ikan masin 1 - RM5; N P Nasi Putih 3 - RM6; Minuman - RM14 dan tidak pasti menu RM6.

    Kes berkenaan bukan pertama kali berlaku di PCB malah lokasi tersebut dikenali sebagai harga makanan agak mahal.

    Tambah beliau, pemeriksaan KPDNHEP bagaimanapun mendapati hanya kedai makan tertentu di PCB yang gagal mempamerkan tanda harga.

    "Kita bekerjasama dengan kerajaan negeri melaksanakan Op Indah sempena Tahun Melawat Malaysia bagi memastikan peniaga mematuhi undang-undang dan melindungi hak pengguna.

    “Empat lokasi tumpuan pelancong yang menjadi fokus kami termasuk PCB, Pengkalan Kubor Tumpat, Kampung Kraf Tangan Kota Bharu dan Gunung Stong Dabong, Kuala Krai.

    “Saya mohon semua peniaga patuhi arahan pihak berkuasa kerana tidak mahu perkara sebegini menjejaskan pelancongan di negeri ini,” katanya.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Tomyam mahal di kompaun Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top