Abang kepada bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyertai UMNO dengan menyerahkan borang keahlian kepada Exco Pemuda parti itu, Datuk Shahrul Nasrun hari ini.
Syed Abdullah Syed Abdul Rahman menyerahkan borang keahlian tersebut di pejabat UMNO Bahagian Ampang.
Syed Abdullah berkata, pilihannya untuk menyertai UMNO adalah di atas kehendak dan pilihannya tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk ahli keluarganya sendiri.
"Hari ini adalah hari bersejarah untuk diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan. Selepas UMNO diasaskan, Tun Hussien Onn meneruskan perjuangan UMNO sebagai sebuah parti yang melambangkan perpaduan, atas alasan itu beliau juga dipanggil sebagai 'Bapa Perpaduan'.
"Hari ini saya telah memutuskan untuk berikrar dan menyertai UMNO kerana saya percaya bahawa generasi muda harus meneruskan warisan itu," katanya menerusi akaun Instagram beliau hari ini.
Foto Syed Abdullah menyerahkan borang itu kepada Shahrul Nasrun sambil disaksikan dua yang lain telah dimuat naik ke Facebook rasmi Pemuda UMNO Online dengan kapsyen menyatakan penyertaan Syed Abdullah ke dalam UMNO menunjukkan parti itu masih relevan dalam kalangan anak muda.
“Kami (UMNO) menggalakkan lebih ramai profesional muda menyertai UMNO dan turut bersama-sama berkongsi idea baru serta tawaran baru untuk generasi akan datang.
“Syabas buat saudara Syed Abdullah kerana memilih perjuangan UMNO walaupun adiknya sentiasa melemparkan tohmahan terhadap UMNO,” menurut kapsyen itu.
Syed Abdullah berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Embry Riddle Daytona Beach, Florida, Amerika Syarikat.

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci