728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 22 March 2020

    Tidak sertai ijtimak tabligh Masjid Seri Petaling - Polis


    POLIS menafikan dakwaan mengenai enam penduduk di Butterworth yang dikatakan pernah menyertai ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur, bulan lalu.

    Dakwaan berkenaan tular menerusi hantaran di laman Facebook Komuniti Kepala Batas, yang menggesa peserta terbabit supaya segera tampil memberi penjelasan sama ada sudah melakukan pemeriksaan kesihatan atau tidak selepas menyertai perhimpunan.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah maklum mengenai peserta tabligh berkenaan yang tinggal berhampiran kelab golf (Penang Golf Resort) di Kepala Batas, dekat sini.

    Katanya, peserta terbabit didapati tidak pernah menyertai ijtimak di Masjid Seri Petaling seperti yang ditularkan tetapi telah menghadiri satu perhimpunan tabligh di Kota Marudu, Sabah.

    “Kesemuanya sudah menjalani ujian saringan kesihatan Covid-19 sebanyak dua kali dan didapati negatif.

    “Ujian pertama dilakukan di Hospital Kota Marudu pada 11 Mac lalu dan ujian kedua pada 17 Mac di Hospital Seberang Jaya, ” katanya kepada media, hari ini.

    Mengulas lanjut Noorzainy berkata, kesemua individu itu juga sudah mematuhi arahan KKM dengan menjalani kuarantin sendiri di rumah selama 14 hari.

    Katanya, laporan polis juga sudah dibuat individu berkenaan dan siasatan lanjut akan dilakukan pihak polis.

    “Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya tidak menyebarkan berita palsu yang boleh menggugat keharmonian dan ketenteraman masyarakat.

    “Sebaiknya, berita yang hendak disampaikan hendaklah terbukti kesahihannya dan haruslah dirujuk kepada pihak berkaitan bagi tidak menimbulkan suasana tegang,” katanya lagi

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Tidak sertai ijtimak tabligh Masjid Seri Petaling - Polis Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top