728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday, 22 March 2020

    Doktor korban kesembilan Covid-19

    DOKTOR menjadi mangsa kesembilan meninggal dunia akibat Covid-19 hari ini.

    Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa warga Malaysia berusia 48 tahun adalah kes ke-890 dan mempunyai sejarah perjalanan ke Turki.

    “Mangsa dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac 2020 selepas mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection dan disahkan positif Covid-19 pada 18 Mac lalu.

    “Bantuan alatan pernafasan diberikan sejak 19 Mac selepas keadaan kesihatannya merosot. Dia disahkan meninggal dunia pada 10.33 pagi, hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

    Menurutnya, kes jangkitan Covid-19 ini disyaki bukan dalam kalangan barisan hadapan (frontliners) mahupun daripada kalangan rakan kerja (working colleague) yang berdepan dengan pesakit wabak itu.

    “Ia adalah berkait dengan sejarah perjalanan ke luar negara.

    “Seluruh warga KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga arwah,” katanya.

    Harian Metro difahamkan, mangsa adalah pakar patologi di sebuah hospital di Kangar, Perlis.

    Lagi berita berkaitan Covid-19

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Doktor korban kesembilan Covid-19 Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top