Kesemua 70 masjid di Singapura akan ditutup selama lima hari untuk langkah pembersihan bermula esok sebagai langkah untuk membendung penularan koronavirus (Covid-19) selepas dua rakyat negara itu yang menghadiri sebuah majlis agama di Selangor disahkan positif virus itu.
The Strait Times melaporkan Majlis Agama Islam Singapura (Muis) hari ini memaklumkan langkah penutupan masjid secara sementara itu bagi mencegah kluster jangkitan lebih besar.
Menurut Muis, empat masjid yang sudah ditutup ialah Masjid Jamae Chulia di South Bridge Road, Masjid al Muttaqin di Ang Mo Kio, Masjid Hajjah Fatimah di Beach Road dan Masjid Kassim di Changi Road.
Menteri Hal Ehwal Islam, Masagos Zulkifli berkata, keempat-empat masjid itu dikenal pasti sebagai lokasi pernah dikunjungi pesakit.
Masagos yang juga Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air memaklumkan keputusan itu dibuat atas keperluan untuk melindungi masyarakat terutamanya para jemaah warga emas yang berisiko dijangkiti virus tersebut.
Difahamkan, kesemua aktiviti di masjid termasuk ceramah dan kelas agama akan dibatalkan sehingga 27 Mac ini.
Kajian semula akan dilakukan pada 16 Mac ini bagi mengesahkan tahap kebersihan masjid sebelum ia dibenarkan untuk dibuka semula kepada para jemaah.
Jelas Muis lagi, aktiviti keagamaan seperti solat berjemaah boleh menyebabkan individu lebih mudah berisiko dijangkiti. - Agensi

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci