728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, 9 March 2020

    Perikatan Nasional patut beri keutamaan kepada penyelesaian beberapa isu utama

    Kerajaan Perikatan Nasional (PN) seharusnya ambil iktibar kepada alasan kerajaan Pakatan Harapan (PN) “Takkan kahwin terus dapat anak” “ Takkanlah hari ini kahwin, hari ini juga beranak” untuk menutupi kekagalan. Hakikatnya selama 22 bulan mengandung rakyat tak dapat lihat anak yang dilahirkan akhirnya ibu mati begitu sahaja akibat dari persenketaan suami dan isteri demi kuasa.







    Peringkat pertama PN perlu membina keyakinan rakyat dengan apa cara sekali pun kiranya mahu dilihat lebih baik dari kerajaan yang tumbang akibat silap percaturan dalaman sendiri.

    Tidak perlu ada target 100 hari atau 300 hari kerana rakyat tahu menghitung kejayaan atau kegagalan sesebuah kerajaan. Kiranya gagal target di pasang akan jerut leher sendiri. Memang semua mahu ada target, namun bukan pada hari sebaliknya melihat kepada kutamaan yang sepatutnya diutamakan.

    Sebagai contoh, selesai dahulu masalah Tabung Haji (TH) yang rakyat sangat nantikan, dalam masa yang sama jangan lupa pulihkan keyakinan para peneroka, petani, nelayan, penternak, dan peniaga kecil serta peruncit.

    Kerajaan juga perlu dedahkan projek gelap yang dilakukan PH semasa memerintah kerana mereka sebelum tumbang berlagak suci bersih.

    Masyarakat kampung jangan dilupakan, mereka ini tidak peduli kerajaan nak bina bangunan setinggi langit pun asalkan mereka dapat merasa.







    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Perikatan Nasional patut beri keutamaan kepada penyelesaian beberapa isu utama Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top