Kerusi DUN Perikatan Nasional Perak
UMNO-25
BERSATU- 4
PAS- 3
= 32
Kerusi DUN Pakatan Harapan Perak
DAP- 18
AMANAH- 6
PKR- 3
= 27
Keseluruhan DUN Perak 59 kerusi
Dengan majoriti 32 kerusi DUN di perolehi Perikatan Nasional (PN) kerajaan Pakatan Harapan (PH) Perak tumbang.
Kini Perak bukan lagi di tadbir PH sekaligus mematikan desah-desus rakyat yang negeri itu kekal di bawah PH.
Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, berkata PN akan memohon perkenan untuk mengadap Sultan Perak bagi memaklumkan perkara itu.
"Saya dengan ini ingin memaklumkan kepimpinan Bersatu, Umno dan PAS Perak telah mencapai persetujuan untuk bentuk gabungan baru.
"Gabungan ini melibatkan empat Adun daripada Bersatu iaitu saya sebagai Adun Chenderiang dan Adun Sungai Manik, Zainol Fadzi serta dua lagi Adun yang telah menyertai Bersatu iaitu Adun Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari dan Adun Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohammed Radzi.
"Gabungan ini turut melibatkan kesemua 25 Adun daripada UMNO dan tiga Adun daripada PAS. Dengan gabungan ketiga-tiga parti ini, maka PN negeri Perak dapat menubuhkan Kerajaan negeri Perak yang baru, dengan jumlah majoriti 32 Ahli Dewan Negeri," katanya dalam satu sidang media khas, di Ipoh, hari ini.
Perak menjadi negeri ketiga jatuh ke tangan PN selepas Johor dan Melaka.
Manakala Kedah dijangka akan menyusur tumbang kepada PN tidak lama lagi.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci