728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 11 March 2020

    Percaya orang tak kenal lesap RM20,000


    Seorang pekebun di sini terpaksa menanggung kerugian RM20,000 selepas ditipu lelaki yang menyamar pegawai polis dengan mendakwa anaknya ditahan, semalam.

    Mangsa wanita berusia 74 tahun menerima panggilan daripada lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari Kuala Lumpur kira-kira jam 11.20 pagi.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata suspek memberitahu anak mangsa ditahan polis kerana memiliki dadah dan warga emas itu perlu membayar RM100,000 untuk melepaskannya.

    “Namun wanita warga emas itu memberitahu dia tidak mempunyai wang sebanyak itu dan hanya boleh membayar sebanyak RM20,000 sahaja.

    “Pada hari sama, mangsa memindahkan wang RM20,000 ke akaun yang diberikan suspek,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

    Beliau berkata, susulan pembayaran itu mangsa diminta menunggu panggilan daripada suspek, namun selepas sejam dia tidak menerima sebarang panggilan yang menyebabkannya menyedari ditipu.

    “Mangsa kemudian menghubungi anaknya sebelum diberitahu dia tidak ditangkap polis berkait kes dadah.

    “Mangsa membuat membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah, Cameron Highlands di sini semalam. Saya meminta orang ramai mengabaikan panggilan dari nombor yang tidak dikenali atau mencurigakan.

    “Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan,” katanyaĆ 

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Percaya orang tak kenal lesap RM20,000 Rating: 5 Reviewed By: Muhamad Zaki
    Scroll to Top