728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 11 March 2020

    'Rangka hidup' cari ketenangan dengan cara hisap dadah

    Seorang penagih dadah sanggup tinggal dalam kelambu beralaskan tikar di belakang rumahnya dengan alasan mahu mencari ketenangan ketika menghisap bahan terlarang itu.


    Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Besut ketika Operasi Cegah di Kampung Kerandang kira-kira jam 5.45 pagi semalam.

    Ketua Pegawai AADK Besut, Noor Hafizza Mat Zin berkata, lelaki itu ditemui sedang nyenyak tidur di dalam kelambu selepas menagih dadah kira-kira 20 meter di kawasan belukar belakang rumahnya.

    “Soal siasat mendapati lelaki itu hanya akan naik ke rumah ibu dan adik perempuannya yang sudah berkahwin untuk makan dan akan kembali ke port itu dengan alasan mencari ketenangan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

    Bagaimanapun katanya, AADK percaya tujuan lelaki itu tidak tinggal di dalam rumah bagi mengelak ditahan pihak berkuasa jika serbuan dilakukan di rumahnya.

    Menurut Noor Hafizza, saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis methamphetamine dan opiat.

    Beliau berkata, lelaki berkenaan antara lima individu yang ditahan dalam Operasi Cegah/SHARP AADK Besut diketuai Ketua Unit Penguatkuasaan & Keselamatan (Operasi) AADK Besut, Ahmad Ismail Basyir Baihaqi Abdul Wahab bersama lapan anggota.

    "Operasi yang bermula jam 2 pagi ini bertumpu kepada aduan SHARP AADK di kawasan Hulu Besut, Jerteh dan Kuala Besut.

    "Semua yang ditahan berumur antara 20 hingga 45 tahun ini dibawa ke Pejabat AADK Besut untuk dijalankan ujian saringan urin dan mendapati kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983, Pindaan 1998.

    Sementara itu, Majistret Raja Norsyuzianna Syakila Raja Mamat mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap lima yang ditahan di Pusat Tahanan Reman (PTR) AADK Besut selama 14 hari bermula hari ini.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 'Rangka hidup' cari ketenangan dengan cara hisap dadah Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top