Gambar hiasan |
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Mohd Mustafa Bidin, berkata mayat terbabit ditemukan dengan kaki dan tangannya diikat, manakala kepala diserkup dengan sarung bantal.
Katanya, polis menerima panggilan daripada jiran mangsa pada jam 9.45 malam kerana bau yang kurang menyenangkan dari sebelah rumahnya.
“Tiba di tempat kejadian, pintu hadapan rumah mangsa tertutup dan berkunci, manakala kipas dan lampu di ruang tamu terpasang.
“Ketika pintu dibuka polis menemui mayat lelaki dalam keadaan terlentang berdekatan katil dengan tangan dan kaki terikat, manakala kepala diserkup dengan sarung bantal warna merah,” katanya kepada media di sini, hari ini.
Mohd Mustaffa berkata, pemeriksaan mendapati mangsa dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari lalu.
Katanya, keadaan rumah dan bilik mangsa juga didapati berselerak, manakala beg duit mangsa serta telefon bimbit tidak dicuri.
“Polis menggesa orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tampil memberi maklumat di balai polis berhampiran.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci