Malayan Banking Bhd (Maybank) menawarkan kad debit kepada pelanggan warga Iran untuk kegunaan urus niaga tempatan membabitkan transaksi ringgit selepas beberapa bank lain mengancam menutup akaun mereka.
Tahun lalu, CIMB Group Holdings dan RHB Bank menghantar notis penutupan kepada pelanggan Iran, sekali gus menandakan sekatan Amerika Syarikat (AS) memberi kesan luas kepada rakyat republik Islam itu.
Selepas laporan Reuters berhubung penutupan itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan terpaksa 'menjadikannya sukar' untuk rakyat Iran yang tinggal di negara Asia Tenggara.
Berdasarkan maklumat penerima kad kepada Reuters, Maybank sejak Januari lalu menawarkan warga Iran yang tinggal di sini kad debit, namun tidak menggunakan logo Visa atau MasterCard yang biasa.
Menurut jurucakap Maybank, ini bermakna kad berkenaan tidak boleh diguna untuk transaksi antarabangsa.
"Ia dikeluarkan untuk membolehkan pelanggan menjalankan transaksi harian dan perbankan dengan mudah dan tidak terhad kepada perkhidmatan cawangan saja," katanya.
Jurucakap itu bagaimanapun tidak menjelaskan sekatan terhadap penggunaan kad itu.
Sebelum ini, beberapa warga Iran diberitahu oleh Maybank bahawa mereka tidak boleh menggantikan atau memperbaharui kad debit atau kredit jika ia hilang atau tamat tempoh.
CIMB memaklumkan kepada pelanggan Iran Ogos lalu bahawa mereka akan menutup akaun perbankan tanpa memberitahu alasan.
Bagaimanapun, hasil penemuan Reuters, beberapa warga Iran masih boleh mengakses akaun mereka secara dalam talian.
Jurutera rangkaian, Amir Nazari Mehrabi, berkata beliau masih boleh mengakses akaun CIMB, namun tidak berkeyakinan untuk menggunakannya.
Beliau baru-baru ini membuka akaun dengan Maybank dan mengakui bahawa kad khas itu benar-benar membantu.
"Bayangkan, setiap masa saya perlu pergi ke bank dengan buku pasport dan pasport saya...ia adalah bodoh. Saya lebih suka CIMB, tetapi saya bimbang untuk untuk menyimpan duit yang banyak di situ, " katanya.
CIMB memberitahu Reuters bahawa operasi akaun perbankan pelanggannya sama ada tempatan atau luar negara, mematuhi keperluan kawal selia tempatan dan antarabangsa. - REUTERS

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci