728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday, 20 March 2020

    Gurun Sahara Afrika catat kematian pertama COVID-19

    PENCEGAHAN: Marsyal di perhentian teksi menyembur cecair sanitisi ke tangan penumpang yang memakai penutup hidung dan mulut sebagai langkah pencegahan di Johannesburg, Afrika Selatan kelmarin. Negara-negara Afrika adalah di kalangan yang terakhir dilanda pandemik COVID-19 global tetapi ketika kes semakin meningkat, banyak negara di benua tersebut kini mengambil langkah lebih ketat untuk membendung penularan virus berbahaya itu. — Gambar AFP
    OUAGADOUGOU: Rantau pinggir Gurun Sahara Afrika merekodkan kematian pertamanya akibat COVID-19, iaitu seorang ahli politik berpangkat tinggi di Burkina Faso, manakala ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa benua itu “bersiap sedia untuk keadaan terburuk”.

    “Afrika harus bangun,” kata Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang akhbar di Geneva kelmarin, dan menambah “di negara lain, kita telah menyaksikan bagaimana virus itu sebenarnya menular dengan cepat selepas titik tertentu”.

    Afrika ketinggalan di belakang lengkungan global bagi jangkitan dan kematian akibat COVID-19, tetapi sejak beberapa hari lalu menyaksikan peningkatan kes yang signifikan.

    Pakar sudah berulang kali memberi amaran tentang bahaya yang dihadapi be-nua itu, kerana ia memiliki prasarana kesihatan yang lemah, kemiskinan, konflik, sanitasi buruk dan kesesakan bandar.

    Pihak berkuasa perubatan di negeri Sahel yang miskin di Burkina Faso kelmarin mengumumkan jumlah jangkitan di sana sudah meningkat sebanyak tujuh kepada 27 – dan salah seorang daripada mereka, seorang wanita ber-usia 62 tahun yang menghidap kencing manis, meninggal dunia semalaman.

    Parti pembangkang utama di negara itu, Kesatuan bagi Kemajuan dan Perubahan (UPC), menyebut dalam satu kenyataan bahawa mangsa adalah penggubal undang-undangnya Rose-Marie Compaore, naib presiden pertama parlimen.

    Afrika Selatan, ekonomi paling maju di benua itu, melaporkan lonjakan lebih satu pertiga dalam kes, de-ngan 31 jangkitan baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 116.

    Negara jiran Zambia me-ngumumkan dua kes pertama yang disahkan – pasangan suami isteri yang pulang ke ibu negara Lusaka selepas bercuti selama 10 hari di Perancis.

    Setakat kelmarin, jumlah kes yang dilaporkan dan dikumpul oleh AFP adalah lebih 600 bagi seluruh Afrika.

    Daripada jumlah ini, 16 kes berakhir dengan kematian: enam di Mesir, enam di Algeria, dua di Maghribi, satu di Sudan dan satu di Burkina Faso.

    Jumlah itu kecil jika di-bandingkan dengan negara lain di dunia – bilangan kematian global sudah melepasi 8,800 dengan hampir 210,000 jangkitan pada keseluruhannya.

    Tedros berkata rantau pinggir Gurun Sahara Afrika sudah merekodkan 233 jangkitan, tetapi memberi amaran bahawa jumlah rasmi kemungkinan besar tidak mencerminkan gambaran sepenuhnya.

    “Kita mungkin ada kes yang tidak dikesan atau tidak dilaporkan,” katanya.

    Selepas melihat dari jauh bencana berlaku di Asia dan Eropah, beberapa negara Afrika tidak membuang masa untuk mengarahkan langkah drastik.

    Trafik udara khususnya terjejas teruk, selepas kebanyakan kes awal di Afrika dikesan pada orang yang kembali dari negara yang meng-alami jangkitan di Eropah dan Timur Tengah.

    Beberapa negara, seperti Somalia, Chad, Guinea-Bissau dan terkini Pulau Madagascar sudah bertindak untuk menghalang semua penerba-ngan ke negara mereka.

    Kelmarin, Cape Verde – sebuah kepulauan tropika di perairan pantai barat Afrika yang banyak bergantung kepada pelancongan – dan negara dengan penduduk paling ramai di benua itu, Nigeria, menyertai negara lain untuk melarang pener-bangan dari negara yang paling teruk terjejas akibat COVID-19.

    Burkina Faso mengarah-kan penutupan semua sekolah dan melarang semua perhimpunan awam dan persendirian sehingga hujung April.

    Republik Demokratik Congo mengumumkan langkah sama ketika ia melaporkan kes tempatan pertama, dengan melarang penerbangan dari negara terjejas selain menutup sekolah dan universiti selama empat minggu.

    Afrika Selatan, negara pa-ling teruk terjejas di rantau pinggir Gurun Sahara Afrika, melarang kapal persiaran mendekati pelabuhannya.

    Lebih 1,700 orang terkandas di atas sebuah kapal persiaran di perairan Cape Town kerana kebimbangan bahawa ada penumpang dijangkiti virus berkenaan.

    Ia adalah tamparan terbaharu kepada pelanco-ngan di seluruh benua itu, dan kebimbangan mengenai COVID-19 turut membatalkan acara sukan, kebudayaan dan keagamaan.

    Pemimpin Islam dan Kristian di Burkina Faso, Ivory Coast dan Senegal berkata mereka akan meng-gantung upacara sembah-yang untuk melindungi jemaah mereka. — AFP

    https://www.utusanborneo.com.my/2020/03/20/gurun-sahara-afrika-catat-kematian-pertama-covid-19

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Gurun Sahara Afrika catat kematian pertama COVID-19 Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top