728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday, 20 March 2020

    Tiada pesakit positif COVID-19 lari dari Hospital Queen Elizabeth

    KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menafikan ada pesakit positif COVID-19 yang melarikan diri dari Hospital Queen Elizabeth (HQE).

    Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr. Christina Rundi (Gambar) berkata, mesej tular berhubung kejadian itu adalah tidak benar.

    Selain itu katanya, mesej yang mengatakan amaran Zon Merah melibatkan beberapa daerah dan pasar ikan juga tidak benar.

    "Kedua-dua mesej yang tular di media sosial ini tidak benar dan orang awam dinasihatkan supaya tidak panik.

    "Jangan sebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan kejadian COVID-19 seperti tempat-tempat yang dicemari jangkitan COVID-19," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

    Beliau menasihatkan orang awam supaya mendapatkan maklumat yang sahih melalui laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    Bagi masyarakat di Sabah katanya, boleh mendapatkan maklumat berkenaan perkhidmatan kesihatan melalui Bilik Gerakan COVID-19 Fasiliti-Fasiliti Kesihatan Negeri Sabah.

    Beliau turut memaklumkan tidak ada kes kematian berhubung COVID-19 dilaporkan setakat ini di Sabah dan jumlah keseluruhan kes positif adalah sebanyak 112 kes.

    Christina mengingatkan orang awam agar sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti kerap membasuh tangan menggunakan sabun.

    Menurutnya, minum air secukupnya bagi memastikan hidrasi yang baik dan elak bersalaman atau bersentuhan jika ada gejala demam, batuk, bersin, atau sesak nafas.

    Katanya, sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, segera dapatkan rawatan.

    https://www.utusanborneo.com.my/2020/03/20/tiada-pesakit-positif-covid-19-lari-dari-hqe-christina

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Tiada pesakit positif COVID-19 lari dari Hospital Queen Elizabeth Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top