MAYBANK mengesahkan dua kakitangannya, masing-masing dari cawangan Auto Finance Sibu Central (AFSC) di Sarawak dan Dataran Maybank, Bangsar sedang mendapat rawatan berkaitan virus Covid-19.
Bank itu melalui kenyataannya berkata pekerja dari cawangan AFSC itu sudah dikuarantin di rumah sejak 14 Mac lalu apabila ada anggota keluarganya disahkan positif.
Menurutnya, ujian selanjutnya, mendapati kakitangan terbabit positif Covid-19.
“Kakitangan dari Dataran Maybank itu pula mengadu tidak sihat pada 18 Mac lalu berikutan terdedah kepada anggota keluarga yang positif Covid-19. Beliau diuji positif pada 20 Mac dan turut dikuarantin di rumah.
“Sebagai mematuhi prosedur standard Maybank, pengesanan segera dibuat bagi memaklumkan mereka yang pernah berhubung dengan kedua-dua pekerja, mereka ini turut menjalani pemeriksaan dan dikuarantin di rumah,” katanya.
Maybank Sibu Central (yang terletak di atas AFSC) dan AFSC akan ditutup sehingga 31 Mac ini untuk tujuan pembersihan.
Pelanggan boleh melakukan transaksi mereka di cawangan Sibu atau cawangan lain, atau menggunakan platform perbankan dalam talian/elekronik.
Bank tersebut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa ia mematuhi garis panduan kesihatan yang diperlukan dan telah memulakan pelan kesinambungan perniagaannya untuk memastikan perkhidmatan penting perbankan tidak terganggu.
Menurutnya, sejak Januari lalu, tindakan pencegahan dan kebersihan sudah diambil ke atas operasi perbankan fizikalnya bagi mengurangkan sebarang risiko kesihatan yang timbul daripada penyebaran Covid-19, kakitangan turut disediakan peralatan perlindungan diri.
Pembersih tangan disediakan bagi kegunaan kakitangan dan pemeriksaan suhu harian juga dibuat dalam usaha untuk memastikan kesejahteraan kesihatan kakitangan.

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci