LIMA anggota polis termasuk dua pegawai berpangkat inspektor dikuarantin di rumah masing-masing selepas berurusan dengan seorang lelaki yang dijangkiti wabak Covid-19 di Balai Ranau, Sabah baru-baru ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata kelima-lima anggota polis berkenaan diarahkan untuk menjalani saringan kesihatan di Hospital Ranau dua hari lalu.
“Selepas menjalani pemeriksaan seperti diarahkan, Alhamdulillah semua mereka tidak ada tanda positif. Namun doktor mengarahkan supaya mereka semua menjalani kuarantin di kediaman masing-masing selama 14 hari,” katanya kepada media selepas melakukan tinjauan di premis sekitar Penampang, dekat sini malam tadi.
Zaini berkata pihaknya mengambil berat soal keselamatan dan kesihatan pegawai dan anggota yang bertugas di lapangan.
Sementara itu, mengulas mengenai pelaksanaan sekatan jalan raya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang turut disertai pasukan tentera, Zaini berkata semua berjalan dengan lancar di Sabah.
“Seramai 466 anggota tentera terbabit dengan sekatan jalan di 17 daerah di seluruh negeri dalam PKP yang memasuki hari keenam.
“Pematuhan dalam kalangan masyarakat awam dilihat mencapai 95 peratus dan kami akan meningkatkan lagi aspek penguatkuasaan sekatan jalan raya di daerah utama seperti Kota Kinabalu, Lahad Datu dan Tawau,” tambahnya.
-Harian Metro

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci