728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, 2 March 2020

    Bubar Dun Melaka:’Nak tunggu saya letak… saya tidak akan letak jawatan



    Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari bertegas beliau tidak akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri Melaka melainkan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun).

    Beliau dalam ceramah sulungnya malam ini diadakan selepas cadangannya agar berlaku pembubaran Dun ditolak, oleh Yang Dipertuan Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob hari ini dalam usaha untuk mempertahankan mandat rakyat dalam PRU14 lepas.

    Dakwa Adly lagi, dalam pertemuannya dengan Mohd Khalil,hari ini, beliau telah menyatakan hasratnya tidak akan meletakan jawatan sebagai Ketua Menteri melainkan bubarkan Dun dan diadakan Pilihan Raya Negeri..

    “Kalau mereka nak ambil (jawatan KM) terpulang kepada mereka, nak tunggu saya letak.. saya tidak akan letak.

    “Kalau mereka berani.. bubarkan Dewan Undangan Negeri

    “Biar kita lawan anak jantan.. kita tengok siapa yang rakyat humban dalam pilihan raya,” ujarnya di perkarangan Seri Negeri malam ini menerusi video langsung di facebooknya malam ini.

    Kata Adly kerajaan negeri Melaka tidak boleh ditumbangkan hanya disebabkan empat Ahli Dewan Undangan Negeri dari gabungan PH memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Muafakat Nasional.

    Kata Adun Bukit Katil dari Parti AMANAH Negara ini, kemelut kepimpinan di negeri itu hanya boleh diselesaikan dengan pembubabaran Dun dan ia adalah yang terbaik untuk mengekalkan mandat rakyat yang telah menyokong Pakatan Harapan (PH).

    “Sebenarnya yang terbaik di negeri Melaka dengan membubarkan Dun

    “Ini kerana sistem kita tidak boleh dibeli dengan dua tiga orang.. mereka pindah ke sana dan kerajaan negeri jatuh.

    “Semangat demokrasi yang kita bina mandat rakyat tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan memburukkan orang lain.

    “Mandat rakyat jika berlaku apa-apa mesti dipulangkan kepada rakyat,” ujarnya yang mencadang untuk menganjurkan himpunan yang lebih besar lagi bersama rakyat.

    Hari ini Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan berkata atas budi bicaranya, Yang Dipertuan Negeri Melaka tidak bersetuju dengan permohonan membubarkan Dun) Melaka yang dibawa Adly.

    Situasi kepimpinan di Melaka menyaksikan kesemua 13 Adun BN bergabung dengan empat lagi Adun dari Bersatu (2), PKR (1) dan DAP (1) untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional di negeri itu.



    Berita penuh https://malaysiadateline.com/bubar-dun-melaka-nak-tunggu-saya-letak-saya-tidak-akan-letak-jawatan/

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Bubar Dun Melaka:’Nak tunggu saya letak… saya tidak akan letak jawatan Rating: 5 Reviewed By: Muhamad Zaki
    Scroll to Top