Tuesday, 31 March 2020

Zuraida baik duduk di rumah, jangan bodohkan diri

Perunding Pediatrik dan Perubatan Hospital Pakar KPJ Damansara, Datuk Dr Musa Mohd Nordin melalui ciapan twitternya mengecam tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang menyertai proses nyah kuman dan operasi sanitasi awam oleh kementeriannya semalam.

Pakar Kanak-Kanak itu berkata, tindakan menteri berkenaan disifatkan “bodoh dan tidak bertanggungjawab” dan adalah lebih baik Zuraida duduk di rumah sahaja.

Kata beliau, dalam keadaan negara kekurangan bekalan baju pelindung dalam menyaring dan menyelamatkan pesakit Covid-19, tindakan menteri berkenaan mengurangkan lagi benteng pertahanan kita.

“Yang terbaik beliau duduk sahaja di rumah dan jangan memperbodohkan diri,” kata Penerima Anugerah Pediatrik Cemerlang oleh Persatuan Pediatrik Asia Pasifik 2012 itu.

Kenyataan beliau disokong oleh Mom Of KL yang memberikan komen di twitter Dr Musa dengan berkata, bahawa negara memang menghadapi kekurangan sut pelindung (PPE).

“Anda bukan petugas barisan hadapan,” kata beliau.


Sementara itu, menurut laporan The Star Online, bekas ketua pengarah Kesihatan Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman turut membidas menteri berkenaan atas publisiti yang dibuat kerana ia boleh mengundang ramai orang dijangkiti wabak Covid-19, sekali gus, membazirkan dana awam.

Kata beliau, wang yang digunakan itu lebih baik digunakan untuk tujuan yang lebih bermakna, sebagai contoh kakitangan hospital kini terpaksa menyediakan sut pelindung (PPE) mereka sendiri, sedang pada masa sama mereka perlu melayan pesakit.

Semalam, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berpakaian sut ‘angkasawan’ itu ketika meninjau proses nyah kuman dan operasi sanitasi awam oleh kementerian diterajuinya di Pasar Awam Jalan Othman, Petaling Jaya.

Selain kecaman Dr Musa ini, tindakan Zuraida semalam itu mengundang pelbagai bentuk sindiran atau ‘troll’ di media sosial.

Mengundang lucu di hati orang ramai apabila terpapar penanda ‘menteri’ di atas dahi bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sambil memegang hos semburan disinfeksi yang dilihat sebagai modal berjenaka.

https://malaysiadateline.com/zuraida-baik-duduk-di-rumah-jangan-bodohkan-diri/

COVID-19: Kes baru meningkat, kadang kala mendatar sepanjang PKP

PUTRAJAYA: Dalam tempoh dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac, trend jumlah kes positif baharu harian didapati meningkat dan kadang kala mendatar.
Memaklumkan evaluasi ringkas situasi selepas pelaksanaan PKP, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah (gambar) berkata jumlah kes harian yang didiscaj dari wad meningkat saban hari.


Dalam tempoh minggu pertama PKP (18-25 Mac), graf jumlah kes positif baharu harian menunjukkan trend dalam lingkungan antara 117 dan 212 kes manakala minggu kedua (26-31 Mac) menyaksikan bacaan tertinggi kes baharu ialah 235 dan yang terendah 130 kes.

“Data ini menunjukkan kesan daripada aktiviti yang dijalankan oleh KKM (Kementerian Kesihatan) dan pelbagai agensi dalam tempoh satu bulan kebelakangan ini (termasuk tempoh PKP).

“Namun begitu, tempoh dua minggu (fasa kedua PKP) yang seterusnya adalah mustahak, di mana ia akan menentukan sama ada tindakan yang diambil oleh kerajaan setakat ini memberi impak yang diharapkan.

“Ini sememangnya berkait rapat dengan tingkah laku masyarakat dalam mematuhi PKP,” katanya pada sidang media harian perkembangan wabak COVID-19 di KKM, hari ini.


PKP fasa pertama bermula pada 18 Mac lepas dan berakhir pada 11.59 malam ini (31 Mac), dilanjutkan untuk fasa kedua bermula tengah malam ini (1 April) hingga 14 April bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia yang menunjukkan peningkatan.

Kerajaan juga mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan di dua negeri iaitu di Johor melibatkan Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid serta di Selangor iaitu Batu 21 hingga 24 Sungai Lui, Hulu Langat, masing-masing berkuat kuasa pada 27 Mac hingga 9 April dan 30 Mac hingga 13 April. PKPD turut diisytihar di Menara City One, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur bermula hari ini hingga 13 April.

Mengenai fasa kedua PKP, Dr Noor Hisham menegaskan tempoh dua minggu akan datang adalah amat penting dan kerjasama semua pihak sangat diperlukan bagi memastikan rantaian jangkitan COVID-19 diputuskan.

“Justeru, KKM menasihatkan orang ramai duduk di rumah… ‘stay at home’ sambil mengamalkan etika kebersihan diri dan melakukan penjarakan sosial antara satu sama lain serta menggunakan penutup hidung dan mulut sekiranya mempunyai gejala.

“Orang ramai juga dinasihatkan mengamalkan pemakanan secara sihat dengan menyediakan menu sihat dan seimbang selain menjalani gaya hidup aktif dengan aktiviti fizikal ataupun senaman ringan di rumah,” katanya.

Dr Noor Hisham turut menasihati golongan perokok menggunakan peluang itu untuk berhenti merokok dan bagi bukan perokok pula boleh bercakap kepada ahli keluarga yang merokok agar semua bebas daripada bahaya rokok.

Beliau berkata minda positif perlu dipupuk dalam kalangan ahli keluarga dan mengamalkan teknik relaksasi (istirahat) yang betul serta menenangkan minda untuk menjalani kehidupan seharian sepanjang tempoh PKP.

“Sekiranya diperlukan khidmat nasihat, orang awam boleh menghubungi ‘virtual health advisory’ dari 8.30 pagi hingga 5 petang setiap hari dan mengikuti sesi Facebook ‘live’ KKM dari 10 pagi hingga 10.30 pagi serta ‘live’ DoctorOnCall dari 3 hingga 3.30 petang pada Isnin hingga Jumaat,” katanya. - BERNAMA

#COVID-19 Lehih 755,000 jangkitan di seluruh dunia

ANKARA: Hanya selepas beberapa hari kes COVID-19 mencecah setengah juta, jumlah jangkitan di seluruh dunia pada Isnin melebihi 755,000, lapor agensi berita Anadolu memetik data Johns Hopkins University.


Virus maut itu kini menular ke sekurang-kurangnya 177 negara dan wilayah di seluruh dunia, dengan lebih 36,000 kematian.

Sehingga kini lebih 158,000 orang yang didiagnosis dengan penyakit itu sembuh.

Itali, Sepanyol, China dan Iran kekal menjadi negara paling banyak kes kematian manakala Amerika Syarikat mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi - 132,637.

Kematian paling ramai dilaporkan di Itali dengan 11,591 orang dan lebih 101,000 kes jangkitan, Sepanyol 7,340 kematian dan jumlah kes melebihi 85,000. China mencatatkan lebih 3,300 kematian dan melebihi 82,100 kes.


Angka korban di Iran pula mencecah 2,757 orang dengan lebih 41,400 kes jangkitan. Bernama

COVID-19: Lelaki Indonesia Warga Asing Pertama Meninggal Di Malaysia

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mencatatkan kematian pertama membabitkan warga asing, akibat COVID-19 selepas seorang lelaki warganegara Indonesia meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak, awal pagi tadi.

Lelaki berusia berusia 40 tahun itu antara enam lagi kematian membabitkan pesakit COVID-19 yang dilaporkan dan menjadikan jumlah kumulatif kematian di negara ini sebanyak 43 kes.



Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mangsa yang juga kes kematian ke-41 (kes ke-1, 275) dirawat di Hospital Umum Sarawak sejak 20 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 1.38 pagi tadi.

Beliau berkata, kes kematian ke-38 (kes ke-2, 269) ialah seorang wanita warganegara Malaysia berusia 48 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.

“Beliau ialah kontak kepada kes ke-2, 750. Beliau sebelum ini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan pada 25 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac, jam 4.04 petang.

“Bagi kes kematian ke-39 (kes ke-2, 626) adalah lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Arab Saudi dan meninggal dunia pada 27 Mac 2020 di rumah beliau sebelum jenazahnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya dalam sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, bagi kes kematian ke-40 (kes ke-2, 627), mangsa seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Beliau dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor dan disahkan meninggal dunia pada 26 Macjam 1.03 tengah hari.

“Kes kematian ke-42 (kes ke-2,628) ialah lelaki warganegara Malaysia berusia 81 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 27 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 31 Macjam 7.09 pagi,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham, berkata sehingga hari ini terdapat 58 kes yang sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang menjadikan kes kumulatif sudah sembuh sebanyak 537 kes atau 19.4 peratus dari keseluruhan jumlah kes, setakat ini.

Beliau berkata, KKM juga mencatatkan pertambahan sebanyak 140 kes baharu yang dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,766 kes.

“Sehingga kini, seramai 94 kes yang positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah berkenaan 60 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham mendedahkan seramai 36 kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah dan sembilan bayi bawah setahun dijangkiti wabak berkenaan.

“Kanak-kanak ini dalam keadaan stabil. Faktor dijangkiti berkemungkinan membabitkan kes indeks contohnya jemaah tabligh yang pulang ke rumah dan menjangkiti keluarga masing-masing.

“Mungkin juga dari faktor keluarga, seperti dalam kes gelombang pertama kanak-kanak dijangkiti ketika melancong,” katanya. – Berita Harian

Golongan 56 hingga 60 tahun paling tinggi dijangkiti

Golongan berumur 56 hingga 60 merupakan paling ramai dijangkiti koronavirus (Covid-19) di negara ini dengan 182 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, antara faktor golongan tersebut dijangkiti virus adalah disebabkan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

"Mungkin mereka adalah ketua rumah yang sering keluar (untuk urusan keluarga)," katanya.

Menurutnya, golongan yang berusia 26 hingga 30 tahun merupakan yang kedua tertinggi dijangkiti virus berkenaan.

"Sebanyak 180 kes positif dikesan melibatkan golongan ini," katanya.

Beliau berkata, golongan muda itu dijangkiti Covid-19 kemungkinan sering keluar dari rumah walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Masih ada yang keluar walaupun PKP dilaksanakan," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, seramai sembilan bayi di bawah umur 12 bulan dan 50 kanak-kanak berusia antara 13 bulan hingga 10 tahun dijangkiti wabak berkenaan.

"Bagaimanapun keadaan mereka stabil dan setakat ini tiada yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) mahupun memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Mengulas mengenai kepatuhan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah, beliau berkata, sebanyak 75 hingga 80 peratus yang patuh.

"Kita dapati ada antara mereka yang masih melanggar perintah tersebut," katanya.

Justeru katanya, kerajaan akan menempatkan mereka di pusat kuarantin.

"Jika sebelum ini mereka yang tiba dari luar negara dan negatif ujian saringan Covid-19 diarahkan menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah, namun sekarang kita tempatkan mereka di pusat kuarantin sehingga 14 hari," katanya.

Menurutnya, terdapat individu yang berada di bawah pengawasan tersebut tidak menyedari dijangkiti Covid-19.

"Namun mereka telah melanggar perintah tersebut dengan berhubung secara rapat dengan individu lain mahupun keluar dari rumah," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 334 pusat kuarantin disediakan bagi tujuan itu di seluruh negara.

"Ini bagi membendung penularan jangkitan Covid-19," katanya.

Ingkar PKP: 19 individu termasuk pemain bola sepak didenda RM900

ALOR GAJAH - Seorang pemain bola sepak Kuala Lumpur antara 19 individu yang didenda RM900 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, selepas didapati bersalah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Jumaat lalu.


Tertuduh, Abdul Azim Rahim, 23, dan tiga rakannya membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh berkumpul di depan jalan Felda Bukit Bulat, di sini, tanpa sebab munasabah sekitar jam 7.05 malam pada 27 Mac 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Zainal mencadangkan hukumkan setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada semua tertuduh dan masyarakat di luar di saat wabak koronavirus (Covid-19) semakin menular.

Abdul Azim yang memakai topeng muka dan tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan dengan alasan menanggung orang tua yang tidak sihat selain dua adik yang masih belajar.

Ahmad Sazali sebelum menjatuhkan hukuman itu dengan tegas memberitahu bahawa tiada siapa yang perlu berada di mahkamah sekiranya semua orang dapat memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dan mematuhi arahan diberikan kerajaan.

Selain mereka, empat warga asing yang ditahan dalam Ops Covid-19 di sekitar daerah ini turut disabitkan atas kesalahan sama dan mahkamah mengarahkan kesemua tertuduh berusia 20 hingga 30 tahun itu dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Sementara itu, mahkamah turut memerintahkan lapan remaja berusia 15 hingga 17 tahun yang turut ditahan mengikut seksyen yang sama dikenakan bayaran jaminan RM1,000 menunggu laporan akhlak Jabatan kebajikan Masyarakat dan menetapkan sebutan semula pada 13 Mei depan.
-Sinar Harian

Pensyarah di Kota Samarahan mangsa terkini COVID-19 di Sarawak

KUCHING: Seorang pensyarah lelaki berumur 40 tahun bertugas di Kota Samarahan merupakan korban terkini COVID-19 di Sarawak.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata pensyarah tersebut meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak.

Kematian itu menjadikan korban COVID-19 di negeri ini berjumlah lapan orang.

Pada sidang media berasingan di Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu pensyarah warganegara Indonesia itu dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac dan meninggal dunia pada 1.38 pagi ini.

Sarawak turut mencatat 21 kes baru positif COVID-19 hari ini.


Sejumlah 20 kes dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan satu di Hospital Sibu.

Ini menjadikan kes positif berjumlah 135.

“Kita sekarang meningkatkan keupayaan ujian polymerase chain reaction (PCR) dan ini menjelaskan mengapa kita mengesan lebih banyak kes positif,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, Unimas juga kini membantu Hospital Umum Sarawak dalam melakukan ujian PCR.

“Hospital Sibu sejak malam tadi telah mula melakukan ujian PCR. Kita sekarang dalam proses membolehkan Hospital Bintulu dan Miri membina keupayaan mereka melakukan ujian sama,” jelasnya.

Dr Sim berkata orang ramai yang mempunyai kontak rapat dengan sesiapa sahaja dari kluster COVID-19 atau mereka kembali dari negara dijangkiti pada pertengahan Februari tahun ini digesa tampil melakukan pemeriksaan.

Katanya, Sarawak mempunyai 46 kes Orang Yang Disyaki (PUI) dan sejak semalam 93 pesakit masih berada di beberapa hospital di negeri ini.

"Kita mempunyai sembilan unit penjagaan rapi yang mana lapan adalah di HUS dan satu di Hospital Sibu. Setakat ini, 14 pesakit telah sembuh dengan sembilan adalah dari HUS, empat dari Hospital Sibu dan satu dari Hospital Miri," katanya.

Ini bukan masanya menteri lakukan gimik politik, kata AMK

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengkritik tindakan ahli politik khususnya menteri agar tidak mencari publisiti murahan sehingga mengganggu tugas pihak berkuasa mengekang penyebaran koronavirus (Covid-19).


Ketuanya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, disebabkan beberapa protokol yang terpaksa diikuti, pegawai-pegawai yang sepatutnya bertugas terpaksa digunakan bagi tujuan mengiring dan membantu menteri membuat aksi gimiknya.

"Dalam kesibukan pihak berkuasa menjalankan tugas bagi memastikan rakyat patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebarang perbuatan gimik politik adalah tidak wajar sama sekali dilakukan oleh mana-mana ahli politik.

"Selain itu, menteri yang tidak terlibat sebagai barisan hadapan juga akan menyebabkan pembaziran sumber dalam keadaan hospital sekarang ini kekurangan peralatan perlindungan diri (PPE).

"Malahan, ada petugas yang terpaksa menggunakan plastik sampah sebagai bahan gantian untuk PPE bagi menjalankan tugas mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin turun padang meninjau operasi nyah kuman di kawasan persekitaran Bukit Damansara melibatkan Jalan Setia Kasih dan Jalan Setia Bakti.

Mengulas lanjut, Akmal berpendapat menteri perlu lebih peka dengan keadaan semasa dan tidak sewenang-wenangnya membuat program atau gimik yang boleh mengganggu perjalanan kerja pihak berkuasa.

"Rakyat juga kini lebih memerlukan bantuan kewangan dan makanan daripada kerajaan sepanjang tempoh PKP ini berbanding berjumpa dengan menteri-menteri," katanya.
-Sinar Harian

#Covid-19: Ibu Negeri Kelantan Lengang








Tindakan polis Kelantan menutup semua laluan 
 masuk ke bandar Kota Bharu berkuatkuasa pada Rabu 25 March 2020 menjadikan bandar itu sepi.

Langkah penutupan semua laluan diambil berikutan terdapat sebahagian rakyat negeri itu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Ketua Polis Kelantan, Datuk Hassanuddin Hassan sebelum ini berkata, beliau juga akan mengeluarkan arahan mengetatkan lagi kawalan supaya dapat mengecilkan pergerakan rakyat di Kelantan.

#Ingatlah.... Keluar bila perlu sahaja, ini bukan musim melepak, ini musim #COVID-19, kau orang ingat Covid itu TEAM BOLA yang boleh di tonton dan tepuk sorak ke?



Lebanese break social distancing rules

BEIRUT: Lebanese quarantine rules were broken on Monday with hundreds heading to banks to collect their salaries in northern and southern Lebanon.
Meanwhile, the Lebanese Army closed shops in violation of the shutdown laws in a Hezbollah security zone in the southern suburb of Beirut.
The violations came as eight new confirmed cases of the coronavirus disease (COVID-19) were recorded in Lebanon on Sunday and Monday. However, this low number was not shared by the director of the Hariri Governmental University Hospital, Dr. Firas Al-Abyad, as most of the laboratories operate at half capacity on weekends.
The number of COVID-19 deaths rose to 11. The Ministry of Health said that the latest fatality was a patient in her 80s suffering from chronic illnesses.
A source at the hospital told Arab News: “The quarantine is beginning to show its results now and we have to wait to see the newly infected cases in the coming days. We may reach the peak stage and we are preparing for it medically.”
The Ministry of Health said that “out of 446 people infected with the coronavirus, there are 416 Lebanese and the rest are of 18 other nationalities.”
It added: “Between Sunday and Monday, the Lebanese Red Cross transferred 430 suspected cases with COVID-19 symptoms and they are waiting for the results of their tests. There are 1,074 people still quarantined for contact with infected patients. There have been 32 cases of recovery so far.”

#COVID-19: Tak Puas Hati Maki Polis


TINDAKAN seorang wanita menjerit dan memaki anggota polis yang melakukan sekatan jalan raya di Persiaran Surian, Petaling Jaya, hari ini, mengundang padah apabila dia ditahan.

Wanita berusia 30-an berkenaan dikatakan bertindak sedemikian kerana bengang selepas terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas berikutan pemeriksaan dilakukan polis dan tentera di lokasi itu.

Malah, wanita berkenaan yang memandu kenderaan utiliti sukan turut membunyikan hon hampir 30 minit ketika cuba mencari jalan keluar daripada kesesakan ke rumahnya yang terletak berhampiran.

Difahamkan wanita itu kemudian menghampiri anggota polis untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sekatan jalan raya yang didakwa menyusahkannya untuk membeli barang keperluan rumah.

Anggota polis kemudian menahan wanita itu dan dibawa ke Balai Polis Damansara untuk tindakan lanjut mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya akan memperbanyakkan jumlah sekatan jalan raya di sekitar daerah ini bagi meningkatkan tahap kepatuhan orang ramai sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Setakat ini ada 11 sekatan jalan raya dilakukan dan empat jalan jalan ditutup di daerah ini. Kami sedang mengkaji laluan utama orang ramai dan akan meningkatkan jumlah sekatan jalan raya dari semasa ke semasa.

“Ini kerana masih ada individu yang keluar rumah tanpa alasan yang munasabah,” katanya ketika ditemui ketika meninjau sekatan jalan raya di Persiaran Surian, hari ini.

Menurutnya, seramai 89 individu ditahan kerana mengingkari arahan PKP di daerah ini sejak 18 Mac lalu hingga semalam.

“Orang ramai dinasihatkan untuk duduk di rumah dan mematuhi arahan yang dikeluarkan polis serta kerajaan,” katanya.

Virus threatens fragile Turkish economy

ANKARA: The Turkish economy was healing after a recession when the new coronavirus struck, leaving Ankara scrambling to contain the damage with stimulus measures worth billions and facing demands to do much more.
The death toll in Turkey is 168 with 10,827 recorded cases of the virus but the fear is that the situation could get much worse.
President Recep Tayyip Erdogan announced earlier this month a $15 billion package to support the economy, with tax cuts for businesses and measures to help low-income households.
While business leaders and analysts agreed Ankara’s measures would benefit companies, experts warned of higher unemployment and lower growth.
They also pointed to the possible devastating impact on tourism which employs hundreds of thousands of people.
The concern is that before the outbreak, the economy was growing only tentatively after a currency crisis in 2018.
Moody’s ratings agency said among the G20, it expected Turkey “to be hit the hardest, with a cumulative contraction in second- and third-quarter GDP of about 7.0 percent” in 2020.
But as recently as March 19, Finance Minister Berat Albayrak said he did “not see any risks to the economy for now” and was still aiming to meet the ambitious target of five percent growth for 2020.
“The shock will likely take a large toll on tourism-related sectors through the summer,” Moody’s added.
Last year, tourism income rose 17 percent to $34.5 billion while the number of visitors increased nearly 14 percent to about 52 million.

In an outdoor market in Ankara, residents were concerned about unemployment while traders were worried about keeping their households afloat.
Selling vegetables, trader Mehmet Arslan said the situation was “difficult” because his customers, mostly those above 65, have been told to stay at home.
“If we can’t do this work, how can we live?” the 35-year-old asked.
Other traders said sales were down 70-80 percent.
The jobless rate rose to 13.7 percent in 2019 from 11 percent in 2018, while inflation was 12.37 percent last month.
Among the unemployed, Bilge Ceyhan, 44, said the outbreak worried her.
“How am I going to continue my (job) search? How will the (job) market be after this?” Ceyhan said, adding her savings would not last forever.
Atilla Yesilada, analyst for the GlobalSource think-tank, said Ankara’s measures so far were in line with other countries, “but extremely inadequate given the kind of projections I and other experts have in mind.”
He warned there could be many job losses as more shops shut, and recommended the government offer financial support more easily.

In mid-March, the government said nearly 150,000 businesses had temporarily closed.
“The American way is the safest way: write a cheque, don’t ask questions,” Yesilada said. “You’re doing it to ensure unemployment doesn’t hurt the rest of the economy.”
Erdogan last week announced more measures including $1.1 billion to support workers on the minimum wage after criticism the initial package supported businesses more than employees.
He said 1,000 lira ($155) would be also provided to two million low-income families each.
Finance Minister Albayrak said there would be an employment support scheme to protect jobs which businesses can apply for.

The government budget was “generously” spent last year, Yesilada said, adding Ankara had no cash and that eventually more money could have to be printed.
This in turn would push inflation higher.
But the analyst said Turkey had the option to apply for money from the International Monetary Fund — which Erdogan has previously vowed to avoid.
Cagatay Ozdogru, CEO of Turkey’s largest family-owned investment firm Esas Holding, said the country was in a better position than others and had “advantages,” including a young population and experience with crises.
Domestic demand was robust, he told AFP, adding that once shops started to reopen, customers would return to their usual consumption.
But he suggested Turkey also needed Western economies to get back on their feet, which “could take some time.”
Turkey’s growth would fall in the short-term before improving again, Ozdogru added.
“This is an unprecedented situation, everyone’s making mistakes and 90 percent of what (Ankara) is doing is from the international playbook but they need to do more,” urged Yesilada.
-ARAB NEWS

Dubai ambulance service launches ‘Self Sanitization Walk’ to protect paramedics

DUBAI: The Dubai Corporation for Ambulance Services has launched the first ‘Self Sanitization Walk’ as a safeguard against viruses that its paramedics may pass on to their colleagues and families.

The new device helps paramedics safeguard themselves from any infection that their clothes may catch during the course of working with confirmed and suspected cases of COVID-19, WAM state news agency reported.

The ‘Self Sanitization Walk’ has been installed at the entrance of the accommodation facility of Dubai Ambulance’s field workers, along with thermal screening equipment.

The ‘Self Sanitization Walk’ sprays workers with a mist that disinfects clothes in less than 20 seconds. By detecting movements automatically, the device starts spraying only when a person passes through it, helping to save on energy. The device also has hand sanitizers.


“To ensure the safety of the community and the protection of frontline workers in the fight against COVID-19, we developed this innovative equipment, the first to be installed in the country. By efficiently sterilizing their clothes and shoes, the ‘Self Sanitization Walk’ allows paramedics and other staff to gain an additional level of protection,” Dubai Ambulance’s Executive Director Khalifa Aldrai said.

“The new device, developed in collaboration with SFFECO Global, enables health workers to perform their duties with a high level of safety.”

CAFU, the region’s first on-demand fuel delivery app, meanwhile said it will provide all ambulances operated by the Dubai Corporation for Ambulance Services with free fuel for a period of two weeks.

CAFU’s 180 trucks will deliver petrol on-demand to the corporation's fleet of ambulances that operate in over 100 locations across Dubai, bringing contactless fuel delivery to frontline health workers and eliminating the need for them to go to a petrol station.
-ARAB NEWS

King Salman orders free coronavirus treatment in Saudi Arabia

RIYADH: King Salman has ordered free treatment be provided to all coronavirus patients in all government and private health facilities in Saudi Arabia.

The Kingdom's health minister, Dr. Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah, announced the king’s order at a press conference in Riyadh on Monday and said it included citizens and residents - even those in violation of residency laws.

Al-Rabiah said the royal order was borne out of the king’s keenness to put the health of citizens and residents first and to ensure the safety of all.

The number of virus victims in Saudi Arabia reached 1,453 on Monday, with 8 confirmed deaths and 115 recoveries.

The president of the Saudi Human Rights Commission, Awwad bin Saleh Al-Awwad, thanked King Salman for the directive.

“This reflects the human and moral approach the Kingdom is adopting in dealing with this pandemic,” he said, adding that Saudi Arabia “is keen to ensure that patients receive the necessary treatment according to the highest medical standards without discrimination.”

He added: “This gives the most striking example in preserving human rights and dignity as everyone, whether citizen or resident, should enjoy health and safety, including violators of the residency system.”

This move, he said, clearly reflects the Kingdom's approach based on respecting and promoting human rights on the ground.

“This shows that the most valuable asset for Saudi Arabia is the human being, thereby guaranteeing a decent and healthy living, the foremost right of everyone.”

-ARAB NEWS

Banyak duit bekas Menteri

Banyak duit bekas menteri ni, yang hilang RM250,000 yang ada belum tahu, elok juga SPRM siasat

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung pemilikan sejumlah besar wang tunai yang meragukan dipercayai milik seorang bekas menteri.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, kertas siasatan berkenaan dibuka susulan aduan berhubung pemilikan wang itu.

"SPRM menerima aduan berhubung pemilikan sejumlah besar wang tunai yang meragukan dipercayai milik seorang bekas menteri seperti dilaporkan oleh media semalam.

"Siasatan terhadap aduan itu akan dibuat mengikut Akta SPRM 2009," katanya, di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam media melaporkan, seorang bekas menteri terpaksa berputih mata, apabila wang tunai RM250,000 yang disimpan dalam peti besi simpanan di kediamannya dekat Petaling Jaya disedari hilang.

Kehilangan wang itu disedari oleh Ahli Parlimen terbabit kira-kira 7 malam ketika memeriksa peti besi simpanan berkenaan.

Susulan kejadian itu, siasatan polis membawa kepada penahanan wanita warga Indonesia yang juga pembantu rumah di kediaman mangsa, kelmarin.

#COVID-19: Sumbat sahaja ke dalam penjara mereka yang ingkar

TANGKAP dan sumbat PENJARA adalah kaedah tepat kepada pendegil-pendegil yang sengaja langgar Perintah Kawalan Pergerakan.

Jika ada undang-undang memboleh dijatuhi hukuman penjara seribu tahu atau denda seratus juta, lakukanlah kerana ramai lagi rakyat mahu hidup selam4t dari dijangkiti #COVID-19.
 Dasar #BODOHTOLOL

LIMBANG: Seorang wanita antara empat individu yang diberkas kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah ini setakat ini.


Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata tangkapan dibuat terhadap kesemua suspek kerana berada di luar sekitar bandar Limbang selepas jam 7 malam dan gagal memberi alasan munasabah.

Beliau berkata penahanan seorang wanita dan seorang lelaki dibuat pada Jumaat lepas, manakala suspek lelaki kedua ditahan pada Isnin dan suspek lelaki ketiga ditahan malam tadi.







“Kesemua suspek dituduh hari ini di hadapan Majistret Limbang Mohd Hafizi Abdul Halim dan pendakwaan dilakukan oleh Zulfadli Tuah,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Abang Zainal berkata tertuduh lelaki pertama dipenjara dua bulan, berkuat kuasa dari tarikh hukuman dijatuhkan hari ini.


Menurutnya, tertuduh wanita sedang menunggu laporan sosial dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan dibebaskan jaminan mahkamah RM500 dengan seorang penjamin tempatan.

“Manakala tertuduh lelaki kedua ditetapkan sebutan semula pada 6 Mei 2020 sementara menunggu laporan sosial dan dibebaskan jaminan mahkamah RM500 dengan seorang penjamin tempatan, dan tertuduh lelaki ketiga akan dituduh dalam minggu ini,”katanya lagi.

Di LAWAS, lima lelaki termasuk seorang warganegara Filipina ditahan kerana melanggar arahan PKP.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Roslan Leman berkata sehingga kini pihaknya menahan tujuh lelaki di Lawas kerana melanggar PKP.

Nursahira didenda RM10,000, penjara 3 bulan

MAHKAMAH Sesyen Alor Setar, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara tiga bulan ke atas seorang pembantu kedai atas kesalahan mengeluarkan komunikasi jelik pada 27 Mac lalu.

Tertuduh, Nursahira Mohd Mizuar, 20, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mengikut kertas pertuduhan, Nursahira melalui Facebook secara sedar membuat dan memulakan komunikasi jelik dengan niat menganiaya orang lain di sebuah rumah di Persiaran Kiara Mas, Pendang, pada jam 10.12 malam, 27 Mac lalu.






Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Murtazadi mengarahkan hukuman ke atas Nursahira bermula pada tarikh dia ditahan dan sekiranya gagal membayar denda, tertuduh akan dihukum penjara dua bulan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Aqharie Durranie Aziz manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian 27 Mac lalu, seorang wanita ditahan polis jam 11.30 malam, selepas dia memuat naik status menghina polis di media sosial miliknya.

Wanita itu dikatakan memuat naik status itu selepas marah dengan tindakan polis mengarahkannya pulang ke rumah ketika anggota terbabit melakukan pemantauan Ops Covid-19 di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul, kira-kira jam 9 malam.

COVID-19: Tempoh PKP bergantung kepada pematuhan

KUALA LUMPUR: Telah ‘berbuih mulut’ pihak berkuasa menasihati rakyat agar duduk di rumah dan tidak kurang juga ada yang telah didakwa di mahkamah kerana ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun masih ramai yang degil dan bersikap keras kepala.

Ahad lalu sahaja seramai 828 individu ditahan dalam rondaan dan sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak berkuasa, menunjukkan masih ramai yang bersikap tegar untuk mematuhi arahan mudah kerajaan untuk mengelakkan krisis COVID-19 ini terus berpanjangan.

Pelbagai alasan tidak munasabah diberikan termasuk ingin meminjam rokok dari rakan, keluar membeli makanan (walaupun jauh dari kawasan rumah), mengail, dan tidak kurang juga keluar beriadah dengan berjoging menyebabkan pihak berkuasa 'tepuk dahi’ dengan sikap segelintir rakyat Malaysia ini.

Tanpa disedari sikap degil inilah menyebabkan usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan penyakit COVID-19 berdepan jalan sukar dan sehingga semalam, virus itu telah mengorbankan 37 orang dengan kumulatif kes positif 2,626 kes.

Ia memaksa kerajaan mengambil tindakan yang lebih tegas termasuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan zon merah yang dikenal pasti mempunyai bilangan kes positif yang tinggi.






Terbaharu iaitu kawasan ketiga yang dikenakan perintah itu malam tadi adalah Menara City One, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur, kerana dikesan mempunyai 17 kes positif jangkitan COVID-19.

Sebelum ini Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Johor dan kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor juga telah dikenakan tindakan yang sama.

Hari ini telah masuk hari ke-14 pelaksanaan PKP, namun bilangan kes positif yang masih tinggi menyebabkan kerajaan tiada pilihan selain mengetatkan lagi peraturan menjelang fasa kedua pelaksanaan PKP pada 1 April ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berkata bermula Rabu ini semua premis perniagaan yang menjual barangan keperluan harian termasuk pasar raya serta stesen minyak hanya dibenarkan beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 8.00 malam.

Gerai dan restoran serta perkhidmatan penghantaran makanan juga perlu beroperasi pada waktu yang sama dalam tempoh fasa kedua itu, malah waktu operasi kenderaan juga akan dikawal.

Ini semua terpaksa dilakukan demi kebaikan rakyat Malaysia sendiri dan untuk membendung ledakan gelombang ketiga COVID-19 ekoran sikap tidak acuh segelintir rakyat negara ini.

Sebagai persiapan untuk menghadapi gelombang ketiga itu juga, kerajaan telah menyediakan pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan mendadak jangkitan itu. - Bernama

Langgar PKP 46 ditangkap

KUCHING: Empat puluh enam orang ditangkap polis kerana ingkar Perintahan Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tempoh 24 jam antara pukul 8 pagi semalam dan 8 pagi ini.


Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar (gambar) berkata 12 orang ditangkap di Miri, Kuching (9), Sibu (8), Saratok (3), Padawan (2), Kota Samarahan (2), Sri Aman (2), Limbang (2), Dalat (2) manakala Bintulu, Serian, Lawas dan Sarikei, masing-masing seorang.

"Sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac sehingga pagi ini, jumlah tangkapan di Sarawak ialah 276 orang," katanya menerusi satu kenyataan.

Dalam tempoh sama, jumlah yang didakwa di mahkamah seluruh negeri ialah 83 orang.

Di Sibu 31 orang, Padawan (13), Miri (7), Dalat (7), Sarikei (6), Lawas (6), Matu-Daro (6), Kuching (4), Kota Samarahan (2) dan Bintulu (1).







"Orang ramai yang tidak ada urusan amat penting di luar adalah dinasihatkan agar mematuhi PKP dan duduk di rumah," katanya.

Kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan boleh dijatuhkan hukuman penjara dua tahun atau denda boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya.

Manakala bagi Peraturan 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan 2020) boleh denda tidak lebih RM1000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya.

Maut Lori Terbalik

KOTA BELUD: Pemandu dan kelindan lori maut selepas lori dinaiki terbabas lalu terbalik di Jalan Bukit Kelawat-Tenghilan berhampiran Kampung Kelawat di Kota Belud, petang hari ini.

Dalam kejadian 4.25 petang itu, pemandu, Radzli Nampak, 35, serta kelindan, Mahathir Mohammad, 36, ditemui tersepit sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 4.29 petang dan seramai 12 anggota bergegas ke lokasi berserta dua jentera.







Katanya, sebaik tiba, lori dipercayai dari arah Kota Kinabalu menghala Kota Belud itu didapati dalam keadaan terbalik di bahu kiri jalan, manakala kedua-dua mangsa ditemui tersepit di dalam kenderaan.

“Pasukan bomba mengambil masa hampir 40 minit mengeluarkan kedua-dua mangsa menggunakan peralatan khas.

“Pasukan paramedik yang tiba di lokasi juga mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke hospital Kota Belud menggunakan ambulans untuk tindakan lanjut.

“Pihak bomba seterusnya menjalankan pemeriksaan kenderaan serta lokasi untuk mencegah bahaya lain.

“Operasi ditamatkan 5.44 petang manakala punca kejadian dalam siasatan polis,” katanya. – Harian Metro

PKP untuk kebaikan semua pihak

Bukan membandingkan Malaysia dengan Sepanyol namun hakikat adalah hakikat yang harus diterima semua pihak pada situasi apa sekalipun.

Pada 30 March 2020 malaysia merekodkan keseluruhan pesakit yang dijangkiti Covid-19 seramai 2,626 manakala jumlah kematian 37.

Berbeza dengan Sepanyol yang merekodkan angka kematian 6,528 akibat penyakit berjangkit Covid-19 dengan jumlah mereka yang diuji positif COVID-19 78,797 kes.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mengumumkan langkah lebih ketat yang bermakna semua pekerja harus tinggal di rumah selama dua minggu ke depan.

Sekatan terbaharu dari 30 Mac hingga 9 April depan dipersetujui untuk diluluskan pada mesyuarat Kabinet negara itu.

Sepanyol, yang mempunyai angka kematian tertinggi dari mana-mana negara kecuali Itali, telah mula membina tekad baharu akibat peningkatan mendadak jumlah kematian.

Media Sepanyol melaporkan sebuah bangunan di Madrid yang dikenali sebagai “The Doughnut” akan menjadi sebuah rumah mayat sementara, menjadikannya yang kedua di bandar itu selepas gelanggang ais minggu lalu.

Melihat angka kematian dan jangkitan Covid-19 dinegara lain kita harus mematuhi setiap arahan kerajaan yang diketuai Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana Perintah Kawalan Pergerakan adalah untuk kebaikan semua mereka yang berada di Malaysia.

-Kaki Palu

Tangani COVID-19 dengan pendekatan luar biasa – Raja Muda Perlis

Situasi hari ini amat membimbangkan di mana kita dapat melihat perkembangan penularan pandemik Covid-19 ini yang semakin menular di seluruh dunia dan perlu ditangani dengan pendekatan yang luarbiasa dan berbeza, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda melahirkan kebimbangan itu apabila menyaksikan trend penambahan kes yang semakin meningkat dari masa ke semasa.

“Kita kini sedang berperang dengan musuh yang bernama COVID-19. ‘Musuh’ yang begitu ‘licik’ di mana orang biasa setakat ini belum mampu untuk memikirkan sebarang strategi bagi menanganinya”, tambah baginda.

Ini bukanlah peperangan ‘biasa’ kerana virus ini juga mampu menyebabkan kemelesetan ekonomi global yang drastik, melumpuhkan sistem sesebuah negara dan mengakibatkan angka kematian yang sangat tinggi di seluruh dunia. Sehingga pada satu ketika semalam sebanyak 723,732 kes positif dan 34,000 kes kematian direkodkan.

Banyak negara termasuk kuasa-kuasa besar sedang mengalami krisis kewangan, perkhidmatan dan bekalan barangan termasuk perubatan yang meruncing akibat peningkatan jumlah kes positif Covid-19 dan ditambah dengan sekatan pergerakan yang terpaksa dilaksanakan.






“Kita perlu bertindak dengan cara yang berbeza malah luar biasa bagi mengekang penularan pandemik ini demi keselamatan semua pihak dan dalam masa yang sama bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh negara dan rakyat dari pelbagai sudut.

Usaha meningkatkan aspek kawalan di seluruh pelusuk negara perlu dilaksanakan bagi memastikan arahan kawalan pergerakan dan ‘Penjarakan Sosial’ dipatuhi oleh semua penduduk di Malaysia, sekaligus memutuskan rantaian virus ini. Semua pihak perlu bekerjasama dan berganding bahu bagi menjayakan usaha memerangi pandemik ini,” titah Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Sekatan jalan raya besar-besaran oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan sahaja di jalan-jalan utama tetapi juga di plaza tol, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa buah lokasi yang mencatatkan jumlah kes positif yang tinggi, penggunaan dron bagi tujuan tinjauan dan pemantauan di kawasan-kawasan yang dikenakan PKPD dan tindakan tegas ke atas pihak yang ingkar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Sehingga semalam juga difahamkan terdapat 94 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara, manakala 62 pesakit terpaksa diberikan bantuan pernafasan. Angka ini amat membimbangkan, malah menakutkan dan usaha menyeluruh perlu dilaksanakan oleh semua bagi memastikan penularan wabak ini dapat dihentikan segera.

Dalam hubungan itu, Tuanku Raja Muda Perlis yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menitah maklumkan bahawa pihak MAIPs telah megambil langkah proaktif bagi menangguhkan pelaksanaan Solat Jumaat bermula 13 Mac 2020 lalu, serta menghentikan serta-merta majlis-majlis dan program agihan zakat yang memerlukan pengumpulan khalayak bagi memenuhi arahan PKP selain melaksanakan inisiatif agihan terus ke akaun penerima asnaf tanpa perlu berkumpul.

Penangguhan aktiviti di masjid dan surau di seluruh Perlis yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac 2020, dilanjutkan sehingga ke tarikh yang bakal ditentukan serta diumumkan kelak oleh pihak Kerajaan demi kepentingan dan maslahat bersama.

Monday, 30 March 2020

Covid-19: Tua-tua pun BODOH kan dah kena tangkap

TINDAKAN lima lelaki yang leka melepak sambil dipercayai minum air ketum mengundang padah apabila mereka ditahan polis dalam serbuan di sebuah pondok tidak bernombor di Kampung Sungai Badak, Jalan Ulu Dedap di Kampung Gajah, Seri Iskandar, hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, dalam operasi pada 1.15 petang itu, pihak berkuasa turut merampas sebuah tong ais dan 17 botol air ketum.
Menurutnya, ketika ditahan lima individu berusia antara 23 hingga 50 tahun itu sedang minum serta melepak tanpa tujuan dan gagal memberikan alasan yang munasabah.

“Pemeriksaan lanjut di pondok berkenaan menjumpai sebuah tong ais besar yang dalamnya mengandungi 17 botol minuman berisi cecair berwarna hijau disyaki air ketum.
“Lelaki berusia 50 tahun mengaku tong ais berisi 17 botol minuman itu adalah miliknya dan untuk dijual kepada pelanggan.

“Semua individu terbabit juga dipercayai sudah sejam berada di lokasi berkenaan dan hasil semakan mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod kesalahan lampau,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Barudin berkata, dalam operasi berasingan, pihaknya turut menahan empat lelaki termasuk tiga warga Myanmar yang juga pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).
Menurutnya, empat individu yang berusia antara 41 hingga 53 tahun itu ditahan di tempat letak kereta di RPA Changkat Sodang, Seri Iskandar, 3.40 petang hari ini.

“Empat individu berkenaan menaiki sebuah teksi dan seorang lelaki warga tempatan mendakwa dia bersama tiga warga Myanmar terbabit datang dari Ipoh untuk mengambil bantuan makanan di RPA Changkat Sodang,” katanya.

Beliau berkata, semua individu terbabit ditahan untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1969 dan Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
-Harian Metro

Covid-19: Tak Ikut Perintah Banyak Duit Sangat Nak Bayar Denda


Kedegilan bawa padah, padahal dah beribu kali kerajaan/pihak berkuasa memaklumkan agar #stayAtHome.



Seramai 34 orang dihadapkan ke mahkamah majestret alor setar pagi tadi atas kesalahan ingkar #PerintahKawalanPergerakan.
Kesemua suspek ditahan di sekitar daerah Kota Setar kerana berada di luar tanpa tujuan.
Kredit @NewsMPB

Friday, 27 March 2020

Pekerja Ladang Di Lahad Datu Ingkar PKP

LAHAD DATU: Walaupun ada arahan tidak menjalankan sebarang aktiviti perladangan, namun sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Segama, Lahad Datu dikesan gagal mematuhinya hari ini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, pemeriksaan yang dilakukan di ladang itu pada jam 11 pagi mendapati pekerja giat menjalankan tugasan masing-masing.

“Kami kemudiannya meminta pengurus ladang mengumpulkan seramai 25 pekerja berusia 20 hingga 47 tahun dan diberikan taklimat dan amaran.

“Pengurus itu juga dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk memberikan keterangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nasri berkata, pihaknya sekali lagi mengingatkan mana-mana pengurus ladang atau kilang kelapa sawit yang masih berdegil dan gagal mematuhi arahan kerajaan akan dikenakan tindakan tegas.

“Tindakan tangkapan juga akan diambil terhadap mereka mengikut Seksyen 22, 22 (b) Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Justeru, kami menyeru semua pihak mematuhi peraturan yang sudah dikeluarkan,” katanya.

Terdahulu, arahan penutupan operasi semua ladang dan kilang kelapa sawit di Lahad Datu, Tawau dan Kinabatangan dikeluarkan kerajaan Negeri Sabah selepas mengesan beberapa pekerja dari ladang di daerah itu positif Covid-19. – Harian Metro

Lari Dari ‘Roadblock’, Kereta Habis Minyak

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, suspek berumur 26 tahun itu ditahan di Jalan Bukit Bendera di sini selepas dikejar polis kira-kira dua jam di sekitar sini.

“Kejadian bermula jam 1 pagi apabila polis mengesan sebuah kereta jenis kompak dinaiki suspek bersama seorang lagi wanita dan bayi berumur 22 hari dalam keadaan mencurigakan sebelum menghampiri kenderaan terbabit di kawasan Metro Town, di sini.

“Sebaik menyedari kehadiran polis, suspek bertindak memecut kenderaannya sebelum dikejar kereta peronda polis berkenaan,” katanya.

Beliau berkata suspek kemudian merempuh sekatan jalan raya yang dijalankan di Jalan Lintas dan terus memecut kenderaannya di beberapa kawasan sekitar pusat bandaraya.

“Kira-kira dua jam selepas itu, suspek menghala ke Jalan Bukit Bendera sebelum keretanya terbabas di tepi jalan akibat kehabisan minyak dan akhirnya ditahan polis,” katanya.

Habibi berkata hasil soal siasat yang dijalankan mendapati suspek mengaku melarikan diri daripada polis akibat takut ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Suspek turut mengaku baru selesai menagih dadah dan pernah ditahan di sebuah pusat serenti di Kuala Lumpur sebelum ini selepas melakukan dua kali kesalahan menagih dadah.

“Wanita yang bersama suspek adalah warga Filipina berumur 31 tahun dan isteri kepada rakannya yang mempunyai dokumen, iaitu mendapat kerakyatan untuk berada di negara ini,” katanya.

Habibi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 26 Akta Polis kerana menghalang tugas polis.

Saudi Arabia records third coronavirus death

RIYADH: Saudi Arabia recorded the third coronavirus related death on Thursday, the ministry of health said.
The 51 year-old resident from Madinah passed away after being admitted to hospital in a critical condition
Spokesperson Dr. Mohammed Al-Abd Al-Aly said 112 new cases have been reported since Wednesday, bringing the total number of confirmed cases in the Kingdom to 1,012.
Speaking during a daily news briefing, Al-Abd Al-Aly said that 33 people have recovered so far, five up from Wednesday's tally of 28.
Meanwhile, Ministry of Interior spokesperson Talal Al-Shalhoub said all the roads that lead to Makkah, Madinah and Riyadh are under security control.
"There are people who are reckless about the decision to abide by the curfew, and the necessary measures have been taken against them," he said.
He added that the curfew stipulates that individuals must stay and work from home, and those who do not abide will be penalized.
The Ministry of Commerce spokesperson also said that there are new market regulations," so that the entry for shopping is in groups to ensure the highest levels of health reliability."
The spokesperson added that offers and discounts would be provided to those who order online to avoid crowds.
King Salman agreed to take further precautions to reduce the spread of the coronavirus on Wednesday, in order to ensure the health and safety of citizens and residents.
An extended curfew was implemented on Thursday in Riyadh, Makkah, and Madinah, starting from 3 p.m.
On Monday, King Salman issued an order banning the movement of people across the Kingdom from 7 p.m. to 6 a.m.

Oman reports 10 new coronavirus cases, 20 recoveries

DUBAI: Oman has reported 10 new coronavirus cases, bringing the total number of cases to 109, Omani press reported on Thursday.
Oman’s health ministry also reported the recovery of 20 patients.
“Our goal was to achieve a slowdown in the spread of infections and this is what we were able to do,” the health ministry said in statement.
Seven out of the 109 cases are in intensive care unit, the ministry added.
Meanwhile, the ministry said more than 3,000 patients have been tested for the new coronavirus.
“We have received more than 3,000 checks since the beginning of the discovery of the first case in the Sultanate of Covid-19,” Dr. Amina Jardaniah, the Director of the Central Public Health Laboratories Department, said.
The Ministry also said there were no record of local transmission in the first three weeks. But 26 cases of local transmissions were recorded in the fourth week due to contact with previous cases.

Saudi Arabia’s King Salman urges coordinated G20 response to coronavirus crisis

LONDON: Saudi Arabia’s King Salman urged G20 leaders on Thursday to take firm measures and “effective and coordinated” action to combat the ongoing coronavirus pandemic.

Saudi Arabia, which holds the G20 presidency this year, called an extraordinary meeting to discuss global efforts to deal with the coronavirus crisis, which has infected nearly 500,000 people and claimed more than 21,000 lives.

Chairing the virtual meeting with the leaders of the group via video, the king said the nations in the bloc also needed to assist developing nations and fund research into finding a vaccine against the virus.

“It is our responsibility to extend a helping hand to developing countries and least developed countries to enable them to build their capacities and improve their infrastructure to overcome this crisis and its repercussions,”the king said.

“This crisis requires a global response, and the world is counting on us to cooperate and work together to face it.

"We must also strengthen the global preparedness to counter infectious diseases that may spread in the future."

SPEECH IN FULL BELOW

Your Majesties, Your Excellencies, Your Highnesses,
Ladies and Gentlemen,
In the beginning I’d like to welcome all of you to this extraordinary summit, thanking you all for your participation.

We are holding this meeting to carry out our responsibilities as the leaders of the world’s largest economies, in order to combat the COVID-19 pandemic, which requires that we take firm measures on various fronts. This pandemic has greatly taken toll on human lives and caused tremendous suffering to many people around the world. And here, I would like to extend our deepest condolences to all countries around the world and to their respective citizens over the lives lost to this pandemic, wishing speedy recovery for all those who are infected.
The impact of this pandemic has spread to reach the global economy, financial markets, trade, and global supply chains, hampering growth and development and reversing the gains accomplished in the previous years.

This human crisis requires a global response. The world counts on us to come together and cooperate in order to face this challenge.
On the health front, the Saudi G20 Presidency took the lead and worked with partners and relevant organizations to take all necessary actions in order to contain the spread of COVID-19 and safeguard people’s health. And, here, we value the effective measures adopted by different countries in this regard. We reaffirm our full support for the World Health Organization in coordinating the efforts to counter this pandemic. To complement these efforts, the G20 must assume the responsibility of reinforcing cooperation in financing research and development for therapeutics and a vaccine for COVID-19 and ensure the availability of the vital medical supplies and equipment. We must also strengthen the global preparedness to counter infectious diseases that may spread in the future.

On the economic front, amid the slowdown in global growth and the turmoil in financial markets, the G20 has a pivotal role in countering the economic and social impact of this pandemic. Therefore, we must have an effective and coordinated response to this pandemic and restore confidence in the global economy. The Presidency welcomes the policies and measures taken by countries to revive their respective economies, including stimulus packages, precautionary measures, sector targeted policies, and job protection measures. But despite the importance of any country’s individual responses, it is our duty to strengthen cooperation and coordination in all aspects of the adopted economic policies.

On the trade front, the G20 must send a strong signal to restore confidence in the global economy by resuming, as soon as possible, the normal flow of goods and services, especially vital medical supplies.
In addition, it is our responsibility to extend a helping hand to developing countries and least developed countries to enable them to build their capacities and improve their infrastructure to overcome this crisis and its repercussions.
The G20 has previously proven its effectiveness in mitigating the severity of the global financial crisis and its ability to overcome it. Today, through our cooperation, we are confident that we, together, will overcome this crisis, and move forward towards a future where all people thrive, prosper and are healthy.

Thank you very much.

May peace, mercy, and blessings of god be upon you.

Turkey limits export of respiratory support gear as coronavirus cases surge

ISTANBUL: Turkish companies seeking to export medical tools used for respiratory support will need permission from authorities under a decree issued on Thursday aimed a meeting domestic demand as the number of coronavirus cases in the country surges.

The death toll from the highly contagious respiratory disease has risen to 59, with 2,433 confirmed cases in Turkey in the last two weeks.

Companies will need permission to export ventilators and related gear, oxygen concentrators, intubation tubes and intensive care monitors, and other medical equipment, according to a decree on the Official Gazzette.

Ankara previously said it would stop exporting locally made face masks. Separately, the Interior Ministry said all municipality meetings in April, May and June, should be postponed except under extraordinary circumstances.

Ankara has taken a series of measures to contain the virus including a partial curfew on the elderly, closing schools, cafes and bars, banning mass prayers, and suspending sports matches and flights.

President Tayyip Erdogan said on Wednesday that Turkey will overcome the coronavirus outbreak in two to three weeks.

Thursday, 26 March 2020

Sebanyak 235 kes baru #COVID19 di Malaysia

UPDATE: Sebanyak 235 kes baru #COVID19 iaitu kes harian tertinggi menjadikan keseluruhan 2,031 setakat 12pm, 26 Mac.

60 drpd kes baru itu dari kluster perhimpunan di Seri Petaling, selebihnya dlm siasatan.

45 pesakit di ICU (32 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan).

UPDATE: Jumlah kematian akibat #COVID19 di negara kita terus meningkat kepada 23 orang, setakat 5pm ini.

Kes kematian ke-22 merupakan kes ke-1797, lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Beliau menghadiri perhimpunan di Seri Petaling dan mempunyai kontak rapat dengan kes positif #COVID19.

Kes kematian ke-23 merupakan kes ke-1840, lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai later belakang penyakit kronik.

Kes beliau masih dalam siasatan sekiranya mempunyai kaitan dengan mana-mana kluster COVID19.

UPDATE: Seramai 2⃣1⃣5⃣pesakit #COVID19 di negara ini berjaya disembuh dan dibenarkan keluar hospital setakat 12pm, 26 Mac 2020.

Ini termasuk 1⃣6⃣ lagi pesakit terbaru yang telah sembuh dan discaj.

Tahniah👍 dan terima kasih 🙏kepada anggota kesihatan KKM.

Jaujan Bidas Laporan Dirinya & Mohamaddin Dijangkiti Covid-19

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong, membidas dan menafikan laporan dalam media sosial kononnya beliau Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi dijangkiti Covid-19.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, laporan tersebut adalah fitnah semata-mata yang direka oleh portal berita berkenaan untuk memburuk-burukkan imej dan reputasi pemimpin serta kerajaan negeri Sabah.

“Laporan portal ini adalah rekaan semata-mata yang berniat jahat untuk memburukkan reputasi pemimpin kerajaan serta menimbulkan kegusaran kepada orang ramai.

“Saya bertugas seperti biasa, malah pada hari Rabu, saya sama-sama menghadiri majlis pengumuman Ketua Menteri mengenai Pakej Bantuan Covid-19 Sabah bersama pemimpin negeri yang lain.

“Ahli Parlimen Lahad Datu juga ada bersama kita dalam beberapa acara sebelum ini dan tidak mengalami sakit atau menjalani rawatan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan portak itu tidak memetik daripada mana-mana sumber, sebaliknya hanya menuduh bahawa kedua-dua pemimpin berkenaan disahkan positif Covid-19 oleh sebuah hospital swasta di ibu negeri.

SumbeR: BorneoToday

Wednesday, 25 March 2020

#COVID-19: Pemimpin Bodoh Masih Berpolitik



Kini rakyat hilang pendapatan, tetapi pemimpin bodoh itu masih berpolitik dimedia sosial malah buat-buat bodoh babi.
.............................😡😡😡😡😡😡
Sedang dunia di landa wabak #Covid-19 Malaysia tidak terkecuali mencatat sejarah penyakit ini.

Dikala kerajaan berhempas pulas memerangi wabak ini, segelintir pemimpin politik bukan pro parti kerajaan dengan sengaja mencipta populariti murahan, justeru itu majoriti rakyat senyum kambing.

Tidak kurang juga berkata,' itu orang gila, itu orang bodoh dan tidak mustahil ada meminjam nama khinzir untuk maki babi.

Keputusan kerajaan membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan caruman mereka maksimun RM500 sebulan, pemimpin politik kurang waras itu terus jadikan modal kempen politik murahan. Sebahagian rakyat pula menggunakan modal politik murahan itu sebagai peluru untuk membidas mereka.

Seolah-olah RM500 sebulan wang milik pencarum dari KWSP itu sahaja yang mampu dipermudahkan urusan oleh kerajaan, atau itu sahaja insentif yang diberi kerajaan dalam menangani krisis wabak Covid-19 ini.

Tidak mungkin pemimpin bodoh itu tidak tahu?, atau sisa kencing PRU ke-14 belum habis?.

Penoreh, pekebun, petani, penternak, nelayan tahu ketika ini kegiatan ekonomi negara sedang lumpuh sekitar 80 peratus hanya aktiviti penting sahaja sedang berjalan.

Harga petrol murah satu berita baik untuk rakyat, namun satu perkhabaran buruk kepada kerajaan kerana secara tidak langsung wabak #Covid-19 memberi kesan besar kepada kantung negara.

Ingatlah!, sebahagian besar perbelanjaan kerajaan ditanggung oleh hasil petroleum.

Kini rakyat hilang pendapatan, tetapi pemimpin bodoh itu masih berpolitik dimedia sosial malah buat-buat bodoh babi.

COVID-19: Indonesia Batal Peperiksaan Sekolah, Tidak Galak Balik Kampung Sambut Aidilfitri

JAKARTA: Indonesia membatalkan Ujian Nasional atau peperiksaan persekolahan tahun 2020 dan tidak menggalakkan orang ramai pulang ke kampung menyambut Aidilfitri pada Mei ini, bagi mengekang penularan virus COVID-19.

Kes positif COVID-19 di Indonesia terus mencatatkan peningkatan dengan kematian setakat hari ini berjumlah 55 kes.

“Kes positif kini berjumlah 686, tambahan sebanyak 107 kes, berbanding 579 kes semalam. Jumlah kematian setakat hari ini, meningkat kepada 55 kes (semalam 49), kes kematian terbanyak adalah di Jakarta (31 kes),” kata Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yutianto yang disiarkan di saluran Youtube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia.

Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia Nadiem Makarim berkata Ujian Nasional tahun 2020 untuk Sekolah Dasar (di Malaysia Ujian Penilaian Sekolah Rendah), ujian nasional di peringkat Sekolah Menengah Pertama (di Malaysia peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), dan ujian nasional Sekolah Menengah Atas (seperti peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia), dibatalkan dan perkara itu telah dipersetujui Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (Parlimen Indonesia).

“Pembatalan ini disebabkan faktor keamanan (keselamatan), kesihatan dan timbulnya risiko kesihatan (akibat virus COVID-19), kerana Ujian Nasional 2020 membabitkan lapan juta pelajar,” katanya dalam siaran di televisyen tempatan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pengangkutan Darat Kementerian Pengangkutan, Budi Setyadi berkata pemerintah Indonesia tidak menggalakkan aktiviti “bermudik” atau balik kampung, untuk orang ramai pulang menyambut Aidilfitri pada Mei nanti.

“Saya menggesa semua orang supaya tidak kembali ke kampung halaman mereka sehingga keadaan kembali pulih. Mudik membabitkan pergerakan besar-besaran dan boleh menyebarkan virus,” katanya dipetik media tempatan.

Setiap kali sambutan Aidilfitri, Indonesia, negara berpenduduk lebih 270 juta orang itu, akan menyaksikan pergerakan besar-besaran aktiviti ‘bermudik’, orang ramai pulang ke kampung halaman masing- masing.

Achmad Yurianto sebelum ini menyatakan, dikhuatiri lebih 600,000 warga Indonesia berisiko positif virus COVID-19.

Jumlah kes positif, katanya, boleh atau berkemungkinan meningkat secara drastik berdasarkan pengesanan kontak mereka yang positif dengan orang sekitar mereka sebelum ini (pengesanan kontak sebelum mereka yang positif itu disahkan positif). – BERNAMA

COVID-19: Usah diskriminasi, salahkan jemaah tabligh - Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai tidak mendiskriminasi dan menyalahkan jemaah tabligh, sebaliknya membantu mengesan mereka serta kontak dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Bercakap pada sidang media hari ini, beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia dan sudah memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan negeri untuk menerima jemaah tabligh yang tidak bergejala menjalani ujian saringan di klinik dan hospital kerajaan terdekat.

“Setakat ini, KKM telah menjalankan 13,000 saringan ke atas jemaah tabligh dan sebanyak 8,000 kes didapati bergejala, 986 positif COVID-19. Kita harap jemaah tabligh tampil membuat ujian saringan kerana daripada 1,624 kes positif COVID-19, risiko adalah lebih tinggi dari kalangan mereka," katanya.