TANGKAP dan sumbat PENJARA adalah kaedah tepat kepada pendegil-pendegil yang sengaja langgar Perintah Kawalan Pergerakan.
Jika ada undang-undang memboleh dijatuhi hukuman penjara seribu tahu atau denda seratus juta, lakukanlah kerana ramai lagi rakyat mahu hidup selam4t dari dijangkiti #COVID-19.
Dasar #BODOHTOLOL
LIMBANG: Seorang wanita antara empat individu yang diberkas kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah ini setakat ini.
Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata tangkapan dibuat terhadap kesemua suspek kerana berada di luar sekitar bandar Limbang selepas jam 7 malam dan gagal memberi alasan munasabah.
Beliau berkata penahanan seorang wanita dan seorang lelaki dibuat pada Jumaat lepas, manakala suspek lelaki kedua ditahan pada Isnin dan suspek lelaki ketiga ditahan malam tadi.
“Kesemua suspek dituduh hari ini di hadapan Majistret Limbang Mohd Hafizi Abdul Halim dan pendakwaan dilakukan oleh Zulfadli Tuah,” katanya pada satu kenyataan hari ini.
Abang Zainal berkata tertuduh lelaki pertama dipenjara dua bulan, berkuat kuasa dari tarikh hukuman dijatuhkan hari ini.
Menurutnya, tertuduh wanita sedang menunggu laporan sosial dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan dibebaskan jaminan mahkamah RM500 dengan seorang penjamin tempatan.
“Manakala tertuduh lelaki kedua ditetapkan sebutan semula pada 6 Mei 2020 sementara menunggu laporan sosial dan dibebaskan jaminan mahkamah RM500 dengan seorang penjamin tempatan, dan tertuduh lelaki ketiga akan dituduh dalam minggu ini,”katanya lagi.
Di LAWAS, lima lelaki termasuk seorang warganegara Filipina ditahan kerana melanggar arahan PKP.
Ketua Polis Daerah Lawas DSP Roslan Leman berkata sehingga kini pihaknya menahan tujuh lelaki di Lawas kerana melanggar PKP.
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci