Thursday, 26 March 2020

Jaujan Bidas Laporan Dirinya & Mohamaddin Dijangkiti Covid-19

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong, membidas dan menafikan laporan dalam media sosial kononnya beliau Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi dijangkiti Covid-19.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, laporan tersebut adalah fitnah semata-mata yang direka oleh portal berita berkenaan untuk memburuk-burukkan imej dan reputasi pemimpin serta kerajaan negeri Sabah.

“Laporan portal ini adalah rekaan semata-mata yang berniat jahat untuk memburukkan reputasi pemimpin kerajaan serta menimbulkan kegusaran kepada orang ramai.

“Saya bertugas seperti biasa, malah pada hari Rabu, saya sama-sama menghadiri majlis pengumuman Ketua Menteri mengenai Pakej Bantuan Covid-19 Sabah bersama pemimpin negeri yang lain.

“Ahli Parlimen Lahad Datu juga ada bersama kita dalam beberapa acara sebelum ini dan tidak mengalami sakit atau menjalani rawatan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan portak itu tidak memetik daripada mana-mana sumber, sebaliknya hanya menuduh bahawa kedua-dua pemimpin berkenaan disahkan positif Covid-19 oleh sebuah hospital swasta di ibu negeri.

SumbeR: BorneoToday

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci