728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 22 March 2020

    1:10 jemaah tabligh positif Covid-19



    Kuala Lumpur: Satu daripada 10 jemaah tabligh yang menyertai perhimpunan di Masjid Seri Petaling pada 27 Februari lalu, dikesan positif jangkitan koronavirus baharu (Covid-19).

    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, nisbah itu diperoleh berdasarkan keputusan ujian saringan dilakukan ke atas mereka.

    Beliau berkata, setakat ini seramai 6,700 peserta perhimpunan sudah menjalani ujian saringan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan daripada jumlah itu, 743 dikesan positif Covid-19.


    “KKM perlu mengesan baki kira-kira 4,300 orang lagi untuk disaring.

    “Kita perlu mengesan mereka dan menjalankan ujian saringan terhadap mereka,” katanya pada sidang media hari ini.

    Dr Noor Hisham berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan jangkitan itu diimport dari luar negara dan menular ketika perhimpunan berkenaan.

    Ditanya mengenai kenyataan Pimpinan Jemaah Dakwah dan Tabligh Malaysia yang mendakwa 12,500 peserta perhimpunan bukan 16,000 orang seperti dilaporkan sebelum ini, Dr Noor Hisham berkata, ia adalah berdasarkan perbincangan bersama pemimpin perhimpunan.

    Beliau berkata, KKM bukan mahu mewujudkan gambaran negatif terhadap kumpulan tabligh, namun ia berkaitan isu kesihatan yang memerlukan kerjasama semua pihak.

    “Apa yang berlaku ketika gelombang pertama dan kedua, kita berjaya kawal (penularan) tetapi dalam perhimpunan itu, kita tidak sangka ada penularan Covid-19 kerana kita hanya dimaklumkan selepas ada kes di Brunei, pada 9 Mac.

    “Seterusnya tindakan diambil, namun jemaah tabligh sudah kembali ke negara dan negeri masing-masing yang kita tahu tertumpu di kampung serta daerah dan kemungkinan jangkitan berlaku,” katanya.
    *Berita dari Harian Metro




    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 1:10 jemaah tabligh positif Covid-19 Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top