728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, 24 February 2020

    Spekulasi politik bersuhu tinggi jejas keyakinan pelabur

    Kestabilan politik memberi kesan kepada ekonomi negara.

    Tidak boleh kata tidak bahawa kestabilan politik memberi kesan positif kepada ekonomi negara sekali gus vitamin kepada rakyat.

    Spekulasi pembentukkan pakatan baharu untuk melenyapkan kerajaan dari barisan Pakatan Harapan akan mengurangkan keyakinan para pelabur. Berpunca dari itu potensi pertumbuhan Malaysia juga seperti pergerakan siput BABI.

    Contoh terdekat boleh di teliti oleh semua pihak selepas tumbangnya Barisan Nasional. Negara mengalami pertumbuhan ekonomi tidak memberasangkan. Antara faktornya kurang yakin pelabur dengan perubahan yang di ingini tangan-tangan pengundi.

    Sekiranya spekulasi bersuhu tinggi seperti hari ini menjadi kenyataan atau berterusan, berkemungkinan besar para pelabur mengambil langkan berjaga-jaga atau bersikap tunggu dan lihat sebelum melabur.

    Perubahan kerajaan dalam masa singkat mungkin lebih baik untuk ekonomi dan tidak mustahil berlaku lebih buruk.

    Peratusan besar awam percaya, sekiranya dasar kerajaan baharu mahu mengutamakan pertumbuhan lebih baik ia harus memperbaiki sikap urus tadbir supaya tidak berulang menyalahkan kerajaan sebelum (PH) di atas kegagalan kerajaan baharu.

    Apa pun ia bergantung usaha atur dan urus berdasar kebijakan dan pengalaman. Kiranya gagal ekonomi negara akan lebih meruncing atau bergerak perlahan seperti sekarang.

    Orang Kampung sangat berharap spekulasi bersuhu tinggi ini dapat diselesaikan dengan segera supaya pelabur tidak nenutup buku atau membekukan niat mereka untuk melabur di negara ini.

    Orang Kampung tahu, kestabilan politik melambangkan kerajaan yang stabil. Kerajaan stabil pula merupakan kunci keyakinan pelabur.

    Kami orang Kampung hanya mahu kerajaan baharu memberi perhatian terhadap pendapatan hasil toreh getah, padi dan yang sewaktu denganya agar usaha kami berbaloi dengan titik peluh.

    Kami orang Kampung tidak peduli kerajaan mahu bina berapa banyak menara setinggi langit, tapi kami mahu juga merasa nikmat makan KFC.

    Aku hanya diminta sampaikan keluhan orang kampung....

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Spekulasi politik bersuhu tinggi jejas keyakinan pelabur Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top