728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, 24 February 2020

    Mahatir letak jawatan perdana menteri

    KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia hari ini.

    Menurut Pejabat Perdana Menteri, surat berkenaan telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1 tengah hari tadi.

    Dr Mahathir dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 5 petang ini.


    Perkembangan ini susulan keputusan beberapa parti politik yang mengadakan mesyuarat masing-masing sejak awal pagi dan semalam.

    Terkini, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti berkenaan keluar Pakatan Harapan (PH).

    Dr Mahathir adalah antara pengasas dan Pengerusi BERSATU yang juga Pengerusi PH.

    Terdahulu, PKR memecat Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin sebagai ahli parti atas 'pengkhianatan terbuka' yang dilakukan mereka.

    Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, dengan pemecatan itu, secara automatik jawatan Timbalan Presiden yang disandang Mohamed Azmin dan Zuraida sebagai Naib Presiden turut terlucut.

    Menurutnya, ketetapan itu dibuat selepas mengambil kira peranan dua menteri itu sebagai 'watak utama' mencetuskan ketidakstabilan politik negara.

    Sementara itu, 11 Ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar parti itu dan PH bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen.

    Mereka adalah Mohamed Azmin Ali iaitu Ahli Parlimen Gombak, Zuraida (Ampang), Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok) ,Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Mahatir letak jawatan perdana menteri Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top