728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 25 February 2020

    PM baharu tidak tertakluk parti majoriti

    KUALA LUMPUR: Pelantikan Perdana Menteri tidak tertakluk kepada parti majoriti, sebaliknya lantikan boleh dilakukan terhadap mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti.

    Perkara itu ditegaskan peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla, yang turut memaklumkan parti politik tidak disebut dalam mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

    Haniff berkata, mengikut Perlembagaan Persekutuan, walaupun tiada parti majoriti, namun majoriti wakil rakyat dalam Dewan Rakyat boleh memilih salah seorang daripada mereka.

    “Ramai rakyat terkhilaf dengan berpendapat mereka memilih mengikut parti.

    “Sebaliknya, pemilihan seorang Perdana Menteri adalah tidak perlu mengikut parti,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini.

    Haniff berkata, Yang di-Pertuan Agong kini perlu memanggil setiap wakil parti politik untuk memberikan pandangan awal masing-masing terhadap calon Perdana Menteri seterusnya.

    “Sekarang ini tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong adalah memikirkan cara terbaik untuk mencari Ahli Dewan Rakyat yang disokong secara majoriti walaupun tiada kerajaan majoriti.

    “Yakinlah, bahawa apabila Agong melaksanakan tanggungjawab perlembagaannya, ia bukanlah satu tanggungjawab politik,” katanya.

    Menyentuh mengenai perlantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Interim, Haniff berkata, ia bagi membolehkan sidang Dewan Rakyat diteruskan tanpa mengadakan Pilihan Raya Umum.

    “Pada masa kini, tiada parti yang memegang majoriti, sama ada Pakatan Harapan atau Muafakat Nasional.

    “Oleh itu, sebelum diselesaikan proses meyakinkan baginda untuk memilih calon Perdana Menteri, maka adalah penting untuk negara mempunyai ketua bagi melaksanakan urus tadbir kerajaan,” katanya.

    Mengulas mengenai tindakan Ketua Setiausaha Negara (KSN) mengumumkan perlantikan Perdana Menteri interim selepas baginda berkenan menerima peletakan jawatan Dr Mahathir, Haniff berkata perkara itu sememangnya wajar dilakukan oleh KSN.

    “KSN merupakan pegawai tertinggi yang wujud selepas Perdana Menteri meletakkan jawatan.

    “KSN adalah wakil kerajaan bagi pihak negara sebelum terdapat lantikan baharu mahupun Perdana Menteri interim,” katanya.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: PM baharu tidak tertakluk parti majoriti Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top