SHAH ALAM, 20 FEB: Proses pewartaan keluar Hutan Simpan Kuala Langat Utara seluas 930 hektar (2,300 ekar) masih dalam peringkat cadangan atau bantahan sehingga 5 Mac, kata Dato’ Menteri Besar.
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata proses bantahan selama sebulan itu sepatutnya diajukan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan bukan menimbulkan polemik di media sosial.
Katanya, Kerajaan Negeri menyenaraikan empat kawasan cadangan sebagai gantian terus bagi mengekalkan status 30 peratus kawasan hutan simpan sedia ada.
“Kita masih dalam proses kedua daripada pewartaan keluar hutan simpan kekal iaitu penyediaan salinan pelan kawasan dan laporan bertulis untuk proses hebahan serta penyiaran notis penyiasatan awam.
“Selangor satu-satunya negeri memulakan pendengaran awam untuk pewartaan dan pewartaan keluar hutan simpan sejak 2014,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Negeri, di sini hari ini.
Katanya empat kawasan penggantian sedang diwartakan adalah dua di Sungai Panjang daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Ampang Pecah.
Beliau berkata penggantian lebih 120 hektar hingga 160 hektar itu mencantumkan kawasan hutan simpan baharu dengan Hutan Simpan Raja Muda Musa.
“Penggabungan ini menjadikan kita (Selangor) sebagai negeri mempunyai hutan paya gambut terbesar di semenanjung dan kedua atau ketiga terbesar di Malaysia,” katanya.
Beliau berkata 40 peratus daripada Hutan Simpan Kuala Langat itu sudah menjadi hutan rosot susulan kejadian kebakaran dan pencerobohan.
Amirudin berkata kawasan ini juga bakal dibangunkan sesuai dengan persekitarannya kerana turut terlibat dalam jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
-SELANGORKINI

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci