728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday, 21 February 2020

    Tiba masanya kerajaan tutup pintu kebebasan bermedia secara membuta tuli

    Tindakkan kerajaan menubuhkan jawatankuasa kerja khas merangkumi polis dan jabatan Peguam Negara (AGC) bertujuan untuk memburu penyebar berita palsu satu langkah bijak supaya rakyat tidak dihidangkan dengan pelbagai berita palsu oleh sebahagian pengguna akaun media sosial.

    Kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin.

    "Kebelakangan ini salah guna media sosial untuk sebarkan berita fitnah isu agama yang lebih melibatkan keresahan masyarakat.

    “Kami tidak berdiam diri selepas ini. Polis dan AGC akan tubuhkan jawatankuasa kerja khas cari orang-orang (sebar berita palsu) ini sampai lubang cacing.”

    Bagi pendapat Penulis, sudah sepatutnya kerajaan menutup pintu kebebasan bermedia secara membuta tuli.

    Walaupun kerajaan mengalu-alukan rakyat kritik kerajaan sudah pasti kerajaan mahu setiap kritikan yang dibuat mempunyai nilai yang boleh diambil kira untuk memperbetulkan kelemahan dalam kerajaan.Bukanya kelemahan boleh diperbaiki dengan berita palsu.

    Hanipa berkata bahawa kerajaan tidak akan mengkaji semula Akta Antiberita Tidak Benar 2018 untuk membendung budaya berita palsu.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Tiba masanya kerajaan tutup pintu kebebasan bermedia secara membuta tuli Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top