728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, 25 February 2020

    Bertenang dan tunggu tindakan demi keharmonian

    MELAKA: Semua lapisan masyarakat di negeri Melaka dan di negara ini diharap terus bertenang dan bersabar dengan situasi yang berlaku akibat perubahan landskap politik ketika ini.

    Pemerhati politik Melaka, Ali Mohamed, yang juga bekas setiausaha sulit mantan Ketua Menteri, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, semua pihak diharap dapat bersikap ‘tunggu dan lihat’ tindakan seterusnya oleh Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad sedikit masa lagi.

    Katanya, beliau yakin apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan dan faedah bersama demi kesejahteraan rakyat.

    “Semua yang berlaku ada hikmah tersembunyi demi keutuhan negara sekali gus menyokong kepada Perlembagaan negara berdaulat.

    “Saya yakin bakal berlaku perubahan dalam susunan kerajaan negeri Melaka selepas peristiwa yang berlaku kini,” katanya.

    Katanya, beliau percaya apa yang terjadi ini bakal membabitkan perjalanan yang lebih baik dan positif untuk penduduk terutama yang beragama Islam dan semua agama lain yang sentiasa menjadi asas dalam pembangunan negara.

    Susunan kepemimpinan negeri berubah susulan perkembangan politik semasa. Untuk rekod, PH dan Barisan Nasional (BN) masing-masing mempunyai 13 kerusi DUN, manakala BERSATU dua kerusi di negeri ini.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Bertenang dan tunggu tindakan demi keharmonian Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top