Saturday, 29 February 2020

PM ke-8: Diharap Pembangkang Tidak Bersifat Rumah Siap Pahat Berbunyi

Marilah kita sama-sama menyatakan kesyukuran kepada Ilahi kerana negara masih aman damai biarpun situasi politik tidak menentu.

 Dengan keputusan bijak Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pelantikan Perdana Menteri kelapan seperti yang diputuskan hari ini pastinya disambut gembira oleh semua pihak sekali gus menandakan kemelut politik telah selesai.

 Perkara 40(2) dalam Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya melaksanakan fungsi melantik seorang Perdana Menteri. “Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa yang amat luas dalam melaksanakan budi bicara ini.

 Dalam Perkara 43(2) (a) disebut bahawa Yang di-Pertuan Agong melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang “pada hematnya mungkin” mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri. “Perkataan “pada hematnya” dan perkataan “mungkin” menggambarkan betapa luasnya budi bicara baginda.

 Menurut pendapat penulis, Yang di-Pertuan Agong telah membuat keputusan jelas dan janganlah ada yang masih bersifat rumah siap pahat masih berbunyi.

 Sama-samalah kita berharap semuga keadaan negara terus berkeadaan baik dari sudut keamanan, ekonomi dan sebagainya.

 Jadilah rakyat berjiwa besar kerana keputusan Yang di-Pertuan Agong bukan dibuat berdasarkan kemahuan sendiri.

 Tidak perlu ada dakwa-dakwi jika kita mahu negara terus maju.

 Paling penting kesejahteraan rakyat perlu di utamakan oleh blok politik yang berjaya tubuh kerajaan.

 Pada blok politik yang gagal bentuk kerajaan jadilah pembangkang berwibawa bukannya pembangkang seperti berok ketika Parlimen bersidang.

Muhyiddin mohon rakyat terima keputusan Istana

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan kesyukuran dan terima kasih selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.

 Dalam ucapan ringkasnya kepada media, Muhyiddin menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong serta semua pihak yang sentiasa menyokongnya sepanjang kecelaruan politik negara tercetus. Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu turut mengharapkan seluruh rakyat Malaysia menerima dengan hati terbuka keputusan yang diumumkan Istana Negara itu.


 “Saya menjunjung kasih di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong dan ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan moral kepada saya. “Kita telah pun beristiqamah untuk menyatakan syukur atas anugerah yang diberikan Allah kepada saya.

 “Saya hanya memohon untuk seluruh rakyat Malaysia menerima baik keputusan diumumkan Istana Negara hari ini,” katanya kepada pemberita di hadapan kediamannya di Bukit Damansara di sini, hari ini.

 Terdahulu, Muhyiddin keluar bertemu wartawan dan jurugambar bersama isteri, Puan Sri Norainee Abd Rahman, anak serta cucunya selepas mendapat makluman diperkenan menjadi Perdana Menteri kelapan.

 Ia bermakna Muhyiddin akan mengetuai Perikatan Nasional membentuk kerajaan yang terdiri daripada BERSATU, UMNO, PAS, MIC, MCA dan beberapa parti lain.

 Mengulas lanjut, Muhyiddin memaklumkan bahawa majlis angkat sumpah Perdana Menteri dijangka akan diadakan jam 10.30 pagi di Istana Negara, esok. “Saya dimaklumkan bahawa majlis mangkat sumpah akan diadakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong esok jam 10.30 pagi. “Insya-Allah saya akan berada di Istana Negara esok,” katanya.

Situasi politik kini rakyat terpaksa pusing 7 keliling

Situasi politik negara ketika ini masih tidak menentu.

Dari usia muda sehingga atuk dan nenek bongkok tujuh turut bercakap, malah pokok getah dipercayai ikut berbicara.

 Terkini ketika artikel ini ditulis gabungan baru 'Perikatan Nasional' yang dikatakan telah terkubur sebelum bertatih bangkit mendakwa mereka memiliki sokongan majoriti untuk memilih calon Perdana Menteri dan membentuk kerajaan.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata Barisan Nasional (BN), Muafakat Nasional (MN) serta beberapa parti lain adalah antara blok terbesar masa ini. “Namun pendekatan kita adalah sederhana dan terbuka.

Kita bersedia menyokong blok yang lebih kecil demi penyatuan ummah. “Malangnya usaha ini terus menerus terhalang oleh politik ‘marchiavelli’- matlamat menghalalkan cara,” katanya dalam ciapan di Twitter beliau hari ini.

Menurut pendapat saya sebagai penulis jalanan, Jika perebutan kuasa ini terdiri dari 10 blok parti politik kita percaya kesemunya akan mendakwa blok mereka mencukupi majoriti atau sokogan terbanyak untuk bentuk kerajaan.

Begitulah hebatnya politik mengejar nombor sehingga rakyat pening terpaksa pusing 7 keliling untuk memperolehi berita sahih.

Polis buru pemilik akaun Facebook 'Sharifah Sofia Syed Rashid 3'

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, sedang mengesan pemilik akaun Facebook ‘Sharifah Sofia Syed Rashid 3’ yang dipercayai memuat naik kenyataan, berkaitan penyerahan jawatan Perdana Menteri Malaysia, kelmarin.

 Paparan (posting) yang dikeluarkan akaun Sharifah Sofia Syed Rashid 3 turut dikesan dikongsi oleh pemilik akaun Facebook atas nama Zali Zakri, Kunak Sabah Belacan dan Malek Hj Lahab.

 Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan kesemua suspek yang terbabit. "Bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat, pihak polis menggesa orang ramai untuk tidak membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita yang boleh menyebarkan kegentaran kepada orang awam.

 "Selain itu saya menasihatkan semua pihak untuk tidak membuat sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang, termasuk mengeluarkan apa-apa kenyataan ataupun membuat sebarang artikel yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Huzir berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

"Pihak polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas bagi mengheret pesalah ke muka pengadilan," katanya.

-Berita Harian

Anuar Ibrahim akhirnya terus bermimpi sebagai bakal

Perebutan kuasa blok politik masih belum tamat dan rakyat sebagai penontonya.

Anuar Ibrahim semalam dapat sokongan penuh dari blok Pakatan Harapan sekali lagi kecewa selepas pakatan itu berubah pendirian dengan memilih Dr Mahathir sebagai calon PM.

Daripada bakal kepada calon PM akhirnya harapan Anuar terbakar begitu sahaja.

Begitulah drama blok Pakatan Harapan yang mana pelakonya patut dianugerah tropi kemenangan sepanjang hayat.

Akhirnya Anuar terus bermimpi sebagai bakal akibat permainan rakan-rakan dari blok Pakatan Harapan. Apa pun jika Allah mengizinkan Anwar jadi PM ke-8 tiada siapa dapat menghalang.

Tunggulah keputusan...

Najib tidak mahu kesnya digugurkan jika blok politik yang disokong tubuh kerajaan

Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan kepada dunia khasnya rakyat Malaysia beliau tidak mahu tuduh terhadapnya digugurkan seperti dalam kes Lim Guan Eng kiranya blok politik dari Barisan Nasional (BN), PAS dan beberapa yang lain berjaya bentuk kerajaan.

Lim Guan Eng, yang pertuduhan rasuah berkait pembelian sebuah banglo di Pulau Pinang gugur selepas Pakatan Harapan menang pilihan raya umum 2018.
Najib berharap akan dapat perbicaraan yang adil serta jaminan tidak ada campurtangan politik.

Disini rakyat dapat melihat dan merasakan sekali gus menilai keperibadian Najib yang selama ini dipersenda, diperlekeh selepas difitnah hebat oleh penyokong kerajaan yang terbubar beberapa hari lepas.

Najib menyatakan bersedia melawan di Mahkamah bagi membuktikan apa yang dilakukan sentiasa memikirkan kepentingan terbaik Negara.
Sebagai manusia yang mahu keadilan, Najib juga berharap perbicaraan beliau akan dapat liputan yang adil di media dengan tajuk dan laporan yang tidak berat sebelah.
-SHIMA@kakipalu

Gabungan politik baharu diyakini dapat beri kesejahteraan kepada rakyat Johor

Jaminan PAS Johor akan bersama-sama memainkan peranan bagi memastikan pentadbiran negeri berjalan lancar patut diberi pujian oleh rakyat negeri itu.

Gabungan parti politik baharu terdiri dari Barisan Nasional (BN) di tunjangi UMNO, PAS, BERSATU dilihat mampu menjadi contoh terbaik biar pun Menteri Besar dilantik daripada kalangan UMNO.

Datuk Ir Husni Mohammad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-18 di yakini dapat berkhidmat dengan cermelang kepada rakyat.

BERSATU yang dahulunya bersama Pakatan Harapan memerintah Johor juga diyakini terus berjuang demi rakyat bersama parti lain dalam gabungan baharu.

Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin berkata pihaknya akan berbincang dengan rakan parti dalam gabungan baharu itu untuk menghulurkan bantuan demi kebaikan rakyat di negeri tersebut.

Tambah beliau lagi, saya bagi pihak PAS sangat bersyukur kepada Allah SWT dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Ir Hasni Mohammad yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor dan kita akan mendukung bersama kerajaan baharu ini sebagaimana permuafakatan yang telah berlangsung sebelum ini.

“PAS akan memainkan peranan untuk memastikan pentadbiran berjalan lancar, pembangunan dalam keadaan baik dan juga segala aspek termasuk agama, jasmani dan rohani dapat berjalan dengan telus.

Krisis politik minggu ini menyaksikan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan manakala negara masih belum ada menteri kabinet.







Belum ada keputusan rasmi blok politik mana layak tubuh kerajaan

Belum ada pihak gabungan parti politik mana mendapat majoriti secara rasmi untuk bentuk kerajaan setakat ini.

Spekulasi bertiup kononya pakatan terdiri dari BN,Pas, Bersatu yang menyokong Muhyiddin perdana menteri ke-8 telah berjaya memperolehi majoriti dan layak tubuh kerajaan.

Pakatan menyokong Anwar Ibrahim juga dikatakan layak tubuh kerajaan kerana berjaya memperolehi majoriti. Kedua-kedua spekulasi ini merupakan game yang masih berlangsung tanpa ada pemenang.

Kedua-kedua pihak blok politik ini memerlukan sokongan daripada Gabungan Parti Sarawak yang mempunyai 19 kerusi parlimen.

Oleh itu orang ramai tidak perlu percaya dengan spekulasi yang sedang disebar sama ada melalui mulut atau media sosial selagi tiada kenyataan rasmi dari orang yang layak.
-Kaki Palu



Friday, 28 February 2020

Umno,Pas setuju calon Muhyiddin PM kelapan

Demikian kenyataan media yang ditandatangani bersama Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan di sini, hari ini.

“UMNO (dengan 39 Ahli Parlimen) dan PAS (dengan 18 Ahli Parlimen) selaku gabungan MUAFAKAT NASIONAL telah bersetuju untuk mencalonkan YB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Pagoh (BERSATU) sebagai Perdana Menteri Ke-8 untuk perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Tambah kenyataan tersebut lagi, ini bermakna seramai 57 Ahli Parlimen UMNO dan PAS memberi sokongan sepenuhnya kepada Muhyiddin.

Untuk rekod, Istana Negara hari ini juga akan memberi peluang kepada parti-parti politik yang mempunyai wakil di Dewan Rakyat untuk mencalonkan nama bakal Perdana Menteri.

Ini dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

“Pihak Istana Negara akan berhubung dengan ketua-ketua pimpinan parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat, bagi memberi peluang kepada mereka untuk mengemukakan pencalonan nama Ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri,” katanya.

Dalam kenyataan itu, Ahmad Fadil juga menyentuh mengenai temu bual yang berlangsung antara Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan Ahli-ahli Parlimen yang berlangsung selama dua hari bermula Selasa di Istana Negara.

“Berdasarkan proses temu bual ini, Seri Paduka Baginda masih belum memperoleh keyakinan mengenai seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan baharu,” katanya. – UMNO ONLINE

Situasi politik kini bukan masa untuk melawak

Walaupun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa meletakkan kesiapsiagaan di tahap tertinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan susulan krisis politik yang melanda negara.

Kita rakyat juga patut memahami situasi ini dan jangan mudah menggunakan jari untuk menyebar berita yang menimbulkan kegusaran seluruh warga yang ada di negara ini.

Gunakan akal untuk mengenali berita yang disebar secara menyelidiki supaya mengenali yang mana pendapat dan fitnah sebelum dikongsi.

Sekiranya melihat sesuatu yang curiga seharusnya kita tahu dimana untuk melaporkan kepada pihak keselamatan bukanya melakukan sebaran di media sosial.

Dalam keadaan situasi politik negara tidak menentu bukan masanya untuk rakyat mencari salah mana-mana pihak.

Pada kesemua pemimpin parti politik anda juga patut tidak mengeluarkan kenyataan yang membolehkan penyokong naik marah.

Situasi politik pada masa ini memerlukan semua pihak berlapang dada dan berserahlah kepada Allah, kerana kita sebagai makhluk telah tahu sebaik-baik penentu adalah Allah.

Pada pemimpin parti politik inilah masa untuk melahirkan akhlak terbaik, baik dari tutur kata dan perbuatan kerana rakyat kini sememangnya sedang memerahati setiap tingkah laku.

Pada pengguna media sosial, ini bukan masa untuk mencipta bahan lawak, kerana situasi politik hari ini memerlukan semua rakyat banyak berdoa, berbincang agar tembok kebuntuan dapat dipecahkan dengan pertolongan Allah.

Saya menyeru mulai sekarang marilah sama-sama kita perbanyakkan tulisan berbentuk nasihat agar jiwa-jiwa keras menjadi lembut, sekali gus penyelesaian kepada kekalutan dapat diselesaikan dengan segera.
O

Dr Mahathir patut bakar kelambu sendiri



Pada pemimpin, pejuang, ahli dari Umno dan Pas yang mungkin terluka hati dengan perutusan Dr Mahathir yang Perdana Menteri interim pada perenggan 11 dan 12 harap bersabar.

Bagi perenggan 11 Dr. Mahathir menyatakan ‘Kesannya jika bersatu sokong PAS dan UMNO maka parti yang kalah lah yang akan diri kerajaan. Kerajaan ini akan didominasi oleh UMNO sebagai parti yang terbesar’.

Bagi perenggan 12 pula: ‘Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar UMNO dan menyertai parti lain. Tetapi UMNO akan sertai kerajaan campuran ini sebagai parti UMNO. Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan’.

Saya sebagai penulis juga rasa marah, namun faktor politik kadang kala kena ambil faham sifat dan seninya.

Dr. Mahathir sepatutnya bakar kelambu sendiri jika marah nyamok, tetapi beliau membakar kelambu orang lain. Wal hal kelambu beliau yang koyak dan senang dimasuki nyamok.

Fikir sejenak, secara tidak langsung rakyat terfikir sejak kerajaan BN tumbang hingga terbubar kerajaan PH, tak habis-habis Umno BN dipersalahkan.

Apakah kerja Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya hanya tahu menyalahkan pihak lain?.

Kini nama Dr Mahathir hanyirnya melekat di bibir kerana kesilapan sendiri.

Bersabarlah Ahli Umno dan Pas, sebenarnya Allah sedang uji kamu semua, kiranya kamu lepas ujian ini, saya yakin Umno dan Pas akan memperolehi kedudukan tinggi di mata rakyat.

Satu pekara lagi, jika Dr Mahathir rasa dirinya hebat, kenapa parti politik yang memuja beliau tidak menyokong, sehingga kini majoriti yang patut diperolehi untuk tubuh kerajaan telah bercabang-cabang.





Thursday, 27 February 2020

Umno Bersedia Hadapi PRU Pada Bila-Bila Masa

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Seramai 180 dari 191 Ketua UMNO bahagian daripada seluruh negara hari ini mengadakan perjumpaan khas bersama pucuk pimpinan parti berhubung kemelut politik dan isu-isu semasa yang melanda negara.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata mereka telah berkongsi maklumat mengenai perkara-perkara semasa kerana adalah mustahak mereka diberikan gambaran yang tepat memandangkan terlalu banyak berita-berita yang separuh matang dan berita-berita yang sengaja disensasikan.

“Jadi sebagai salah sebuah parti politik yang terbabit dalam kemelut semasa yang sedang diuruskan UMNO mesti mengambil pendekatan yang bertanggungjawab untuk memudahkan dan memurnikan proses terutama sekali di saat Istana Negara sedang mengambil tindakan-tindakan mengikut peraturan dan juga perlembagaan.

“Itu mestilah dihormati dan tidak harus ada sebarang spekulasi dan sebagainya yang mungkin boleh menganggu perjalanan dan juga proses yang sedang dilakukan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong(YDPA).

“Oleh kerana itu kita telah meminta saf pimpinan UMNO untuk hanya menerima pakai berita-berita yang sahih sahaja dan mesti menunjukkan hormat dan juga mematuhi prosedur-prosedur yang sedang dijalankan,” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.

Turut serta Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan.

Annuar seterusnya menambah ibu pejabat parti juga telah mengeluarkan arahan untuk persiapan jentera Pilihan Raya di semua peringkat selari dengan keputusan parti yang telah memohon supaya Parlimen dibubarkan.

Maka tambahnya lagi adalah wajar bagi parti untuk membuat persiapan ke arah itu walaupun tidak tahu keputusan yang dibuat oleh Istana Negara kerana sebagai sebuah parti kesiapsiagaan Pilihanraya mesti berjalan secara berterusan.

Pada sidang media itu juga beliau turut memaklumkan pekeliling telah dikeluarkan untuk parti bergerak bersama-sama dengan PAS melalui Muafakat Nasional .

“Saya telah mengeluarkan satu pekeliling dan arahan berdasarkan keputusan yang dibuat oleh Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi(MKT) UMNO supaya jentera pilihanraya BN dan UMNO seluruh negara mula bergerak bersama-sama dengan PAS melalui Muafakat Nasional untuk membuat persiapan-persiapan yang berkaitan dengan Pilihanraya.

“Dan kita memberikan garis-garis panduan tentang bagaimanakah makenisme kerjasama antara UMNO dan PAS disemua peringkat termasuk negeri, bahagian,DUN, cawangan dan PDM-pdm dan arahan-arahan spesifik telah dikeluarkan,” tambahnya.

Annuar turut memberitahu segala maklumat dan kenyataan rasmi daripada parti hanya dikeluarkan oelh Setiausaha Agung dan Presiden parti sahaja.

“Saya ingin membuat sedikit ‘reference’, saya dan Datuk Takiyuddin telah membuat dua ‘statement’ berhubung dengan satu laporan yang dibuat oleh The Star dan menjelaskan apa-apa juga maklumat dan berita daripada pihak PAS dan UMNO melalui Muafakat Nasioanal.

“Yang rasmi adalah datang daripada Presiden UMNO dan Setiausaha Agung. Itu yang menjadi ‘standing instruction’ kepada jentera parti kerana ada sedikit kekeliruan dalam laporan tersebut, maka kita telah mengeluarkan penegasan pendirian kita adalah sama dan akan menyerahkan sepenuhnya kepada budi bicara Seri Paduka Baginda Yang Di pertuan Agong dan tidak ada sebarang kenyataan lain sehingga Istana Negara membuat keputusan secara rasmi,” ujarnya. -UMNO Online

UMNO-PAS Tandatangan SD Sokong Muhyiddin Tidak Benar

KUALA LUMPUR, 27 Feb – UMNO dan PAS tetap dengan pendirian memohon perkenan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong supaya Parlimen dibubarkan, agar rakyat dapat membuat penyelesaian muktamad kepada masalah yang sedang dihadapi pada masa ini.

Demikian tegas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa melalui satu kenyataan media berhubung laporan sebuah akhbar hari ini.


Dilaporkan, ‘The Star’ telah menyatakan ahli Parlimen PAS dan UMNO telah menandatangani SD menamakan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai calon Perdana Menteri.

Laporan tersebut adalah tidak benar. UMNO dan PAS tetap dengan pendirian memohon perkenan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong supaya Parlimen dibubarkan, agar rakyat dapat membuat penyelesaian muktamad kepada masalah yang sedang dihadapi pada masa ini.

“Sebarang kenyataan lain berhubung perkara ini hanya akan dikeluarkan secara rasmi sama ada oleh Presiden atau Setiausaha Agung UMNO,” katanya lagi. – UMNO Online

Johor bertukar kerajaan

Istana Johor mengumumkan negeri itu kini ditadbir oleh kerajaan baru.

Menurut kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Johor, Jaba Mohd Noah, kerajaan baru itu mendapat sokongan "majoriti" daripada Adun negeri terbabit.

Katanya, Menteri Besar, Dr Saharuddin Jamal dari Bersatu dan Pengerusi Umno Johor, Hasni Mohamad, mengadap sultan semalam ekoran penarikan Bersatu dari PH.


Daripada 56 ADUN di Johor, dua tidak dapat hadir ke istana semalam adalah ADUN AMANAH Simpang Jeram, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan ADUN BERSATU Puteri Wangsa, Mazlan Bujang.

Jaba memaklumkan, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga ADUN Bukit Gambir turut hadir dalam sesi temubual semalam.

“Setiap ADUN dikehendaki menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi mengesahkan pendirian mereka sama ada menyokong PH atau gabungan baharu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, gabungan parti baharu berhak memberikan cadangan nama calon Menteri Besar, sebelum susunan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang baharu dilantik.

Jaba menjelaskan, Sultan Ibrahim berharap pentadbiran Kerajaan Johor segera dibentuk bagi memastikan pembangunan negeri berjalan dengan lancar demi kemajuan dan kesejahteraan hidup semua rakyat di negeri itu.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal bersama Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Hasni Mohammad menghadap Sultan Ibrahim bersama 52 ADUN daripada PH, BN dan PAS.

Sesi berkenaan berlangsung selama dua jam di Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, di sini.

Rakyat mahu parlimen di bubar bukanya mahu tonton badut politik

Rakyat mahu Parlimen di bubar bukanya mahu jadi penonton badut-badut politik mengejar kuasa atas nama rakyat.

Rakyat mahu menentukan sendiri kumpulan parti politik mana yang berhak jadi kerajaan.

Kerajaan yang dibentuk atas dasar janji-janji palsu tidak akan aman dari senda rakyat sebagai protes untuk satu gambaran hati tidak senang dengan kerajaan yang kini terbubar akibat permainan golongan politik dalam kerajaan.

Jika bentuk kerajaan tanpa parti atau tanpa pembangkang dibawah Perdana Menteri interim. Dibimbangi kecelaruan akan lebih terjadi, kerana keseluruhan Ahli Parlimen yang dilantik sebagai menteri bertanding diatas tiket parti yang berlainan ideologi juga prinsip parti.

Rakyat faham ideologi merupakan penujuk arah penting bagi sesebuah pertubuhan atau parti politik untuk mencapai objektif perjuangan.

Jika setiap menteri dalam kerajaan tanpa parti boleh ketepikan ideologi politik dan prinsip parti masing-masing ia tidak akan menjadi celaru.

Mengambil faham ideologi merupakan penujuk arah sesebuah parti politik, mustahil dapat diketepikan oleh Ahli Parlimen atau menteri.

Oleh itu, umumnya rakyat memilih dan berdoa supaya Parlimen di bubar bagi memberi laluan untuk mereka menentukan parti mana layak membentuk kerajaan.

Memang benar, jika pilihan raya umum diadakan melibatkan perbelanjaan 500 juta ringgit Malaysia dan mungkin lebih. Namun begitu sanggupkah kita hilang pelabur berbilion ringgit dalam jangka masa tidak menentu.

Menjunam saham di Bursa setiap hari bukanya seringgit nilai kerugian.

Kutipan atau ambilan pendapat marhaen tanpa mengira fahaman politik mereka mahu diberi peluang untuk memilih kerajaan dengan cara kemurnian demokrasi melalui pilihan raya umum.

Setiap rakyat yang layak mengundi memiliki dua peluru, iaitu peluru Parlimen dan Dun.

Saya rasa setiap pengundi akan menembak tepat sasaran agar mereka menjadi pemilih yang mewakili suara rakyat yang mahu perubahan tapuk pemerintah.







Wednesday, 26 February 2020

Dr. Mahathir mahu tubuh kerajaan tidak berpihak kepada parti politik

PERUTUSAN KHAS: TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, PERDANA MENTERI MALAYSIA

1. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan
politik Negara yang agak kucar-kacir dan mungkin menimbulkan keresahan dikalangan tuantuan dan puan-puan.

2. Seperti umum ketahui, saya telah menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana
Menteri ke-7 kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan
Agong.

3. Walaubagaimanapun, saya telah dipanggil mengadap Yang diPertuan Agong kemudiannya,
dan setelah berbincang selama lebih satu jam, Tuanku telah bersetuju menerima surat
peletakan jawatan saya dan setelah itu menitah saya supaya menjadi Perdana Menteri
Interim.

4. Ada banyak sebab mengapa saya meletak jawatan tetapi cukuplah saya katakan bahawa
saya merasa kononnya mendapat sokongan dari semua pihak sehingga saya tidak dapat
memilih pihak mana yang saya pilih.

5. Selain itu, terdapat juga tuduhan bahawa saya tidak berniat untuk melepas jawatan dan gila
kuasa.

6. Maka saya letak jawatan kerana saya tidak melihat kuasa dan jawatan itu sebagai “be all and
end all” adalah matlamat saya. Bagi saya kuasa dan kedudukan itu adalah “a means to an
end” ataupun satu alat untuk mencapai objektif. Dan objektif kita semua tentulah untuk
kebaikan negara.

7. Kerana itu saya meletak jawatan kerana bagi saya ternampak bahawa bagi orang politik yang
terpenting ialah parti mana yang memerintah, sama ada yang kalah atau yang menang.

8. Sebenarnya saya telah janji akan letak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan
Rakyat menentukan siapa yang akan mengganti saya. Jika benarlah saya masih disokong
saya akan kembali. Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang dipilih.

9. Jadi peluang untuk menukar kepimpinan memang ada. Hanya saya berpendapat oleh kerana
saya disokong oleh kedua-dua pihak, masa untuk saya letak jawatan belum tiba.

10. Saya minta diberi masa. Tetapi parti saya BERSATU memutuskan untuk keluar dari Pakatan
Harapan. Ada juga ahli dari parti komponen lain yang akan keluar. Dengan perlakuan ini
Kerajaan Pakatan Harapan akan gugur.

11. Kesannya jika BERSATU sokong PAS dan UMNO maka parti-parti yang kalahlah yang akan
diri Kerajaan. Kerajaan ini akan didominasi oleh UMNO sebagai parti yang terbesar.

12. Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar UMNO dan menyertai parti lain. Tetapi UMNO
akan sertai Kerajaan campuran ini sebagai Parti UMNO. Ini tidak dapat diterima oleh saya.
Maka terpaksalah saya letak jawatan.

13. Sebagai manusia biasa saya tidak sunyi dari melaku kesilapan. Saya pohon maaf jika
peletakan jawatan oleh saya adalah salah.

14. Yang diPertuan Agong bertitah supaya saya dilantik sebagai Perdana Menteri sementara.
Saya sedar apa juga yang dilakukan oleh saya sekarang akan ditentang dan ditolak oleh
ramai, tetapi mungkin ada yang menyokong. Saya tidak cari untuk disukai ramai. Saya
hanyalah membuat sesuatu saya anggap baik bagi negara.

15. Politik, orang politik dan parti politik terlalu utama politik sehingga lupa negara menghadapi
masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara.

16. Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa
sekarang. Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada
mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan.

17. Jika diizin inilah yang akan saya cuba.

18. Saya berdoa dan saya pohon kepada Allah SWT saya diberi petunjuk dalam usaha ini.
Sekian, terima kasih.

DAP sokong Anwar PM kelapan

Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan dibaca oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hari ini Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan daripada Keadilan, DAP dan Amanah telah mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri bagi kerajaan Pakatan Harapan.

Sejak cubaan untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan hujung minggu lalu, kami terus berusaha untuk mempertahankan mandat rakyat Malaysia pada 9 Mei 2018.

Kerajaan tersebut terbentuk sebagai sebuah gabungan yang diikat dengan Muafakat Pakatan Harapan yang telah dicapai pada 7 Januari 2018; diikuti pelancaran Buku Harapan (Manifesto) Pakatan Harapan pada 8 Mac 2018.

Di atas asas ini lah Pakatan Harapan dibentuk, diberi mandat oleh rakyat dan menjalankan amanah sebagai kerajaan.

Pakatan Harapan tidak bersetuju dengan sebarang usaha untuk menubuhkan kerajaan secara pintu belakang.

Ekoran cubaan menubuhkan kerajaan secara pintu belakang Tun Dr Mahathir telah meletak jawatan sebagai PM.

Keputusan BERSATU keluar dari Pakatan Harapan pada Isnin lalu disusuli peletakan jawatan Tun sebagai Pengerusi BERSATU.

Sehubungan itu, Majlis Presiden Pakatan Harapan telah menjemput Tun Dr Mahathir untuk mempengerusikan mesyuarat itu bagi memulihkan kerajaan Pakatan Harapan, namun Tun tidak bersetuju untuk hadir dalam mesyuarat tersebut pada hari petang Selasa, 25 Februari.

Justeru itu, keputusan Majlis Presiden semalam telah menetapkan bahawa calon Perdana Menteri Pakatan Harapan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pakatan Harapan kekal komited terhadap aspirasi dan amanat rakyat untuk membawa negara ke arah yang lebih baik dari segenap sudut ekonomi, politik dan sosial. Kami tidak akan mengkhianati amanah ini.-SM

AMANAH sokong kerajaan asal tiada Umno

Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub turut menyokong pembentukan kerajaan perpaduan, dengan syarat tidak disertai golongan kleptokrasi.

“Prinsip AMANAH jelas, kita tidak mungkin boleh menerima kleptokrat sama sekali,” katanya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula berkata pendirian parti itu jelas, iaitu pembentukan kerajaan perpaduan tidak boleh membabitkan DAP.

“Jika ada DAP, no go for UMNO (UMNO tidak mahu terbabit),” katanya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan, berkata PAS bersikap terbuka menyertai pembentukan kerajaan baharu, namun syaratnya sama seperti UMNO.

Politik: cakap hari ini percaya hari ini esok jangan


Sesuatu tidak dijangka telah berlaku yang mana kerajaan sedang memerintah terbubar begitu sahaja.

Kini belum ada mana-mana blok parti politik layak membentuk kerajaan baru manakala otak rakyat sedang haru-biru memikirkan keadaan ekonomi dan apa akan terjadi selepas ini.

Semalam dan hari ini ahli parlimen menghadap Yang di-Pertuan Agong,
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pada pertemuan beberapa minit itu mereka ahli parlimen telah diminta mengisi satu borang dan memutuskan beberapa persoalan.

Ahli parlimen juga diberi dua pilihan sama ada menamakan seorang Perdana Menteri atau bubar parlimen.

Ini bermakna ahli parlimen boleh sahaja namakan selain Dr. Mahathir.

Sekiranya ada pekara yang tidak puas hati atau soal prinsip parti berkaitan untuk menubuhkan kerajaan baru. Kumpulan parti politik itu boleh menarik balik atau mengubah persetujuan daripada setuju si pulan untuk jawatan PM kepada setuju bubar parlimen.

Tidak hairanlah Perikatan Nasional yang pada awalnya bersetuju Dr. Mahathir sebagai PM ditarik balik apabila ada usaha untuk bentuk kerajaan melibatkan pelanggaran prinsip parti dari Perikatan Nasional.

Untuk para pembaca, jika orang politik bercakap hari ini ia boleh percaya hari ini sahaja.

Sila baca dibawah...

SETIAUSAHA Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan Perikatan Nasional telah persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya parlimen dibubarkan.

Keputusan itu diambil, kata Annuar, berikutan keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu membentuk kerajaan uniti berdasarkan individu.

Ini bermakna kata beliau, perdana menteri akan memilih anggota kabinet berdasarkan individu dan bukan berasaskan parti.

“Ingin saya maklumkan bahawa Ahad lalu seperti semua sedia maklum presiden parti-parti telah mengadap Yang di-Pertuan Agong setelah kita dimaklumkan runtuh kerajaan Pakatan Harapan (PH) setelah sebahagian ahli parlimen PKR dipecat dan pengumuman Bersatu keluar gagasan Pakatan Harapan,” katanya pada sidang akhbar petang ini.

Katanya, sebagai gabungan terbesar para presiden parti menyatakan suatu deklarasi dengan menyatakan bersedia untuk menyokong Dr. Mahathir sekiranya beliau membentuk gabungan yang baharu.

“Dengan syarat gabungan itu tidak libatkan DAP, selepas Ahad beberapa peristiwa berlaku dan tidak dapat banyak berkongsi kerana hormati proses rundingan pucuk pimpinan parti.

“Sesuatu luar jangka dan rasa bertanggungjawab menjaga kestabilan dan keharmonian negara proses transisi dan pemimpin berunding dengan baik kerana kepentingan nasional diutamakan,” katanya.

Bagaimanapun kata Annuar, terkini ada cadangan selepas terlantik perdana menteri interim untuk Dr. Mahathir membentuk kerajaan uniti.

“Tadi mesyuarat sebelum ke Istana Negara berasaskan kepada kemungkinan dibentuk kerajaan uniti dan secara prinsip ia bercanggah dengan dasar parti-parti.

“Dasar parti bukan individu, kerajaan uniti dibentuk dengan bakal perdana menteri pilih individu, bukan parti dan ini bercanggah dengan pendirian parti.

“Oleh itu sokongan kepada Dr. Mahathir ditarik balik kerana dasarnya bercanggah kami tidak boleh bersekongkol, kalau DAP ada kita tidak sertai kerajaan itu.

“Pendirian kita ialah mandat harus dikembalkan kepada rakyat mohon supaya parlimen dibubarkan, biarlah rakyat yang tentukan,” katanya.

Katanya, cara luar negara akan mengundang ketidakstabilan, walaupun nampak baik ia hanya akan gadai masa depan negara.

“Kelambatan stabil kegagalan PH terpaksa dibayar mahal oleh rakyat kita merasakan nasib rakyat tidak boleh diperjudi,” katanya.



Benarkah Umno Pernah Sedia Jalin Kerjasama Dengan DAP?


Pada 10 Ogos 2018 AWANI ada menyiarkan satu artikel yang kini tersebar kembali ketika kemelut politik negara sedang meruncing.

Annuar Musa perlu menjelaskan supaya beliau tidak terus dihentam sebagai manusia terdesak untuk memperolehi kuasa atas nama parti.

Artikel ini popular kembali setelah beberapa parti termasuk UMNO dan Pas menolak berada dalam kumpulan yang ada DAP bagi membentuk kerajaan baru setelah PH terbubar.

Kaki Palu merasakan, jika benar kenyataan pada artikel ini adalah dari Annuar ia merupakan pendapat pribadi bukan pendapat keseluruhan pemimpin UMNO.

KUALA LUMPUR: : UMNO sedia jalin bekerjasama dengan mana-mana parti, termasuk DAP.

Demikian tegas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang menambah bahawa UMNO tidak boleh terus tegar dalam era Malaysia Baharu ketika melalui 'fasa baharu', lapor The Malaysian Insight.

"Kita (UMNO) ingin terbuka kepada sebarang pilihan.

"Formula lama gabungan Barisan Nasional (BN) sudah ketinggalan zaman," katanya lagi.

Barisan Nasional (BN) dilapor digantung sementara ketika UMNO melalui 'fasa baharu' untuk mencari 'rakan politik' mereka.

Astro AWANI cuba mendapatkan Annuar Musa bagi penjelasan lanjut berhubung laporan ini.

Tuesday, 25 February 2020

Perikatan Nasional Mahu Parlimen Dibubar


SETIAUSAHA Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan Perikatan Nasional telah persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya parlimen dibubarkan.

Keputusan itu diambil, kata Annuar, berikutan keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu membentuk kerajaan uniti berdasarkan individu.

Ini bermakna kata beliau, perdana menteri akan memilih anggota kabinet berdasarkan individu dan bukan berasaskan parti.

“Ingin saya maklumkan bahawa Ahad lalu seperti semua sedia maklum presiden parti-parti telah mengadap Yang di-Pertuan Agong setelah kita dimaklumkan runtuh kerajaan Pakatan Harapan (PH) setelah sebahagian ahli parlimen PKR dipecat dan pengumuman Bersatu keluar gagasan Pakatan Harapan,” katanya pada sidang akhbar petang ini.

Katanya, sebagai gabungan terbesar para presiden parti menyatakan suatu deklarasi dengan menyatakan bersedia untuk menyokong Dr. Mahathir sekiranya beliau membentuk gabungan yang baharu.

“Dengan syarat gabungan itu tidak libatkan DAP, selepas Ahad beberapa peristiwa berlaku dan tidak dapat banyak berkongsi kerana hormati proses rundingan pucuk pimpinan parti.

“Sesuatu luar jangka dan rasa bertanggungjawab menjaga kestabilan dan keharmonian negara proses transisi dan pemimpin berunding dengan baik kerana kepentingan nasional diutamakan,” katanya.

Bagaimanapun kata Annuar, terkini ada cadangan selepas terlantik perdana menteri interim untuk Dr. Mahathir membentuk kerajaan uniti.

“Tadi mesyuarat sebelum ke Istana Negara berasaskan kepada kemungkinan dibentuk kerajaan uniti dan secara prinsip ia bercanggah dengan dasar parti-parti.

“Dasar parti bukan individu, kerajaan uniti dibentuk dengan bakal perdana menteri pilih individu, bukan parti dan ini bercanggah dengan pendirian parti.

“Oleh itu sokongan kepada Dr. Mahathir ditarik balik kerana dasarnya bercanggah kami tidak boleh bersekongkol, kalau DAP ada kita tidak sertai kerajaan itu.

“Pendirian kita ialah mandat harus dikembalkan kepada rakyat mohon supaya parlimen dibubarkan, biarlah rakyat yang tentukan,” katanya.

Katanya, cara luar negara akan mengundang ketidakstabilan, walaupun nampak baik ia hanya akan gadai masa depan negara.

“Kelambatan stabil kegagalan PH terpaksa dibayar mahal oleh rakyat kita merasakan nasib rakyat tidak boleh diperjudi,” katanya.

Tertekan kerja-kerja pembinaan, suri rumah fail saman RM5.5 juta



KUALA TERENGGANU - Tertekan dengan kerja-kerja pembinaan berhampiran sehingga mengakibatkan rumah didiami rosak teruk selain berdepan masalah debu dan bunyi bising berterusan sejak lima tahun lalu, seorang suri rumah memfailkan saman terhadap tiga syarikat termasuk sebuah agensi milik kerajaan negeri berjumlah RM5.5 juta.

Fairuz Atida Ariffin, 58, selaku plaintif memfailkan writ saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu di sini melalui peguam cara Tetuan W.A. Wan Adnan & Associates.

Dalam writ saman itu, plaintif menamakan sebuah agensi kerajaan negeri, Perbadanan Memajukan Iktisad Terengganu sebagai defendan pertama, syarikat P. Excell Management Sdn Bhd dan syarikat Dacing Sempurna Sdn Bhd selaku defendan kedua serta ketiga.

Menurut pernyataan tuntutan, plaintif yang juga pemilik sebuah rumah banglo setingkat di Kampung Seberang Baroh, Bukit Bayas, di sini mendakwa defendan-defendan memulakan kerja-kerja pembinaan Projek 55 unit rumah teres dua tingkat serta kerja-kerja berkaitan bersebelahan dengan kediamannya.

Plaintif mendakwa ketiga-tiga defendan memulakan kerja-kerja pengubahsuaian, pembersihan, penambunan tanah dan lain-lain di lokasi pada pertengahan 2015.

Dalam masa sama, defendan ketiga didakwa membuat kerja-kerja menambun dan merata tanah di mana ia membentuk aras formasi yang lebih tinggi daripada aras lantai rumah dan arah hartanah plaintif.

Selain itu, plaintif mendakwa debu terhasil dari kerja-kerja pembinaan tersebut mengakibatkan masalah pencemaran udara.

Akibatnya, plaintif mendakwa terpaksa sentiasa menutup pintu dan tingkap rumah; terpaksa menghadkan aktiviti luar selain menjejaskan kesihatan mereka sehingga terpaksa berpindah dan menyewa rumah lain kerana kediaman sudah tidak selamat diduduki dan tidak bersih lagi.

Plaintif mendakwa sehingga kini, dia dan ahli keluarganya hidup mengalami trauma serta tekanan perasaan oleh kerana keadaan rumah yang retak teruk dan tidak selamat didiami lebih-lebih lagi kerja-kerja fasa kedua iaitu kerja pembinaan rumah telah bermula.

Justeru itu, defendan diminta membayar ganti rugi khas termasuk kos laporan perubatan; kos menyewa rumah di tempat lain; kos laporan juruukur; kos laporan juru nilai; kos laporan pakar jurutera dan kos guaman untuk tindakan ini yang mana jumlah kesemua kos dikemukakan kepada mahkamah semasa perbicaraan kelak.

Plaintif turut menuntut defendan membayar ganti rugi am sebanyak RM4 juta; ganti rugi teladan sebanyak RM1 juta dan ganti rugi melampau berjumlah RM500,000.

Selain itu, defendan dituntut membayar faedah 5 peratus setahun ke atas ganti rugi tersebut dari tarikh pemfailan saman sehingga tarikh penyelesaian penuh, kos tindakan ini dan lain-lain relif yang mahkamah fikirkan adil dan suai manfaat.

PH KHIANAT PH

Landskap politik negara dijangka mengalami perubahan yang besar dengan suhu politik semakin memanas. Saya ingin menyentuh ringkas kononnya bakal tercetus kerajaan pintu belakang yang membawa konotasi pengkhianatan terhadap mandat yang diberi oleh rakyat pada PRU 14.

Kerajaan pintu belakang ialah sebuah kerajaan yang dibentuk secara rahsia, secara senyap-senyap dan tidak jujur.

Menarik untuk ditinjau apa yang berlaku pada saat dan ketika ini.

Mengapa ura-ura kerajaan baharu ingin dibentuk? Sebab utamanya ialah kehendak rakyat itu sendiri yang mahukan perubahan drastik dilakukan oleh pentadbiran yang ada sekarang.

Negara seperti tiada hala tuju dan keadaan ekonomi yang semakin membengkak sehinggakan prestasi banyak syarikat termasuk yang berkaitan kerajaan terjejas teruk. Bacalah kesemua indikator ekonomi utama, banyak yang menunjukkan penurunan walau pun pentadbiran PH begitu bangga dengan laungan pembaharuan atau reformasi institusi.

Siapa yang mengkhianati rakyat sebenarnya? Siapa yang membelakangi kehendak rakyat umpamanya? Pentadbiran PH wajar menyalahkan diri mereka sendiri kerana merekalah yang sebenarnya petualang utama yang menjatuhkan pentadbiran mereka sendiri.

PH GAGALKAN PH!

Itulah yang berlaku! Perkara ini tidak berlaku sekiranya mereka benar-benar menjalankan tugas mereka dengan baik. Tetapi mereka menipu rakyat, mereka kaki fitnah dan sengaja membuat persepsi yang salah. Mereka jugalah yang menindas rakyat dan merompak duit poket rakyat dengan memanjangkan konsesi tol PLUS dan kenakan pelbagai cukai yang membebankan.

Apakah Muafakat Nasional yang menipu orang muda dengan janji nak hapuskan PTPTN ? Siapa yang janji nak sediakan peluang kerja untuk anak muda? Siapa yang janji nak hapuskan hutang FELDA?

Siapa yang janji nak amalkan tender terbuka? Sekarang siapa yang lebih suka buat rundingan terus?

Siapa pula yang mengkagumi perjuangan komunis? Siapa yang menyokong ideologi pengganas dan teroris? Siapa yang lelong aset negara? Siapa yang tambah hutang purata RM 10 bilion setiap bulan?

PH GAGALKAN PH!

Muafakat Nasional tetap dengan agendanya mahu menang pilihanraya dan mengambil alih kuasa di Putrajaya. Itu bukan rahsia. Tapi itu tidak bermaksud mereka menggunakan pintu belakang.

YDP Agong memainkan peranan utama memastikan perlembagaan dan undang-undang dipatuhi.

Perdana Menteri masih orang yang sama. Perlembagaan memberi kuasa kepada beliau untuk membentuk kerajaan. UMNO/BN dan PAS juga mendapat mandat rakyat. Muafakat Nasional mempunyai 60 kerusi Parlimen. Mereka kuat dengan disokong oleh hampir 5 juta ahli parti.

Muafakat Nasional tetap dengan misinya mahu menyelamatkan negara dari tangan DAP laknatullah. Perlembagaan dan undang-undang tidak menghalang proses demokrasi ini dari berlaku.

Fikirkanlah.

Dato’ Dr Alexander Noor

Umno nafi boleh kerjasama dengan DAP

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menafikan telah mengeluarkan kenyataan yang disiarkan oleh portal Malaysiakini mengenai situasi politik negara terkini.


Tegas Ahli Parlimen Lenggong itu, UMNO konsisten menolak sebarang kerjasama dengan Dap atau mana-mana pemimpin atau parti yang ada kaitan dengan Dap.

“Malaysiakini berniat jahat dan saya minta Malaysiakini segera menarik semula kenyataan berita ini,” gesanya dalam satu respon ringkas mengenai penularan satu keratan gambar di Facebook portal tersebut.

Dr Shamsul dalam satu kenyataannya sebelum ini berkata UMNO sangat tegas dan konsisten dengan prinsip serta ideologi yang menjadi asas dan pegangan parti.

Mungkinkah Malaysia diperintah kerajaan minoriti?

Situasi politik semasa negara masih belum kebah suhunya.

Setakat ini belum ada pertunjuk jelas dari gabungan politik memiliki jumlah ahli parlimen mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.

Belum ada kenyataan rasmi gabungan politik mana telah memperolehi 112 kerusi bagi membentuk kerajaan.

Sekiranya tidak ada gabungan politik memporolehi majoriti mudah (112 kerusi) berkemungkinan kerajaan minoriti dibentuk.

Dalam sistem berparlimen, kerajaan minoriti boleh dibentuk jika tiada parti politik atau gabungan mempunyai majoriti jelas di parlimen, tetapi pada masa sama mereka sependapat menyokong anggota yang sama untuk menjadi perdana menteri.

Ini kali pertama menyaksikan parti kerajaan hilang sokongan majoriti ketika sedang memerintah.

Bab kerajaan minoriti, sama-sama tunggu penjelasan daripada pakar perlembagaan atau banyak membaca pekara berkaitan.

GPS sah sokong Dr Mahathir PM kelapan

Seperti dijangka banyak pihak Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri kelapan.

Teka teki itu akhirnya terjawab apabila Ketua Whip GPS merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan pekara itu ketika beredar dari pekarangan Istana Negara hari ini.

Katanya, “Saya menulis nama Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

“Tiada perbincangan, cuma isi borang siapa yang hendak dipilih sebagai Perdana Menteri".

Polis Kedah bagi amaran jangan cetus provokasi

ALOR SETAR: Polis Kedah memberi amaran kepada semua pemimpin dan penyokong parti politik supaya tidak mencetuskan sebarang provokasi dan menyebarkan maklumat yang boleh mengakibatkan suasana panik dalam kalangan rakyat.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Muhammad Azlee Abdullah, berkata sebarang penyebaran maklumat tidak tepat, terutamanya berkaitan sensitiviti perkauman dan agama, boleh menjejaskan ketenteraman awam serta kehormanian masyarakat.

“Sehubungan itu, saya menasihatkan orang ramai supaya menghormati undang-undang dan proses demokrasi di negara ini.

Berita | Sukan | Hiburan | BHPLUS | Dunia
BERITA»Nasional
Selasa,
ALOR SETAR: Polis Kedah memberi amaran kepada semua pemimpin dan penyokong parti politik supaya tidak mencetuskan sebarang provokasi dan menyebarkan maklumat yang boleh mengakibatkan suasana panik dalam kalangan rakyat.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Muhammad Azlee Abdullah, berkata sebarang penyebaran maklumat tidak tepat, terutamanya berkaitan sensitiviti perkauman dan agama, boleh menjejaskan ketenteraman awam serta kehormanian masyarakat.

“Sehubungan itu, saya menasihatkan orang ramai supaya menghormati undang-undang dan proses demokrasi di negara ini.


“Jangan cetuskan provokasi dan apa jua tindakan yang perlu diambil perlu berasaskan pada undang undang yang ada dan perlu ikut saluran yang sepatutnya,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Muhammad Azlee berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati cuba mengganggu ketenteraman awam.

Katanya, pihak polis juga mengharapkan kerjasama yang berterusan dari penyokong parti politik dan orang ramai supaya tidak menimbulkan spekulasi.

“Kita akan terus memantau dan bersiap sedia, bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negeri ini terus terjamin.

“Polis Kedah sudah bersiap sedia dan sudah memaklumkan kepada semua lapisan anggota pegawai polis di negeri untuk sentiasa bersiap sedia bersiap siaga mengambil langkah proaktif mulai sekarang sehingga keadaan tenang,” katanya.

Kemelut politik negara mungkin selesai esok

PAS meletakkan harapan agar Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri interim tidak mengambil masa lama untuk menyelesaikan masalah yang sedang melanda negara, kata Naib Presidennya, Mohd Amar Nik Abdullah.

Menurutnya, jika situasi ini berlarutan ia boleh menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi negara.

"Kita berharap Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim tidak mengambil masa yang mana untuk menyelesaikan masalah ini.

"Bayangkan semalam sahaja negara sudah kehilangan puluhan bilion ringgit disebabkan masalah yang berlaku.

"Justeru kita berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin. Kita menjangkakan masalah ini selesai pada hari ini atau esok," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai gerak kerja kerajaan negeri selepas kabinet kerajaan persekutuan terbubar susulan situasi politik yang sedang berlaku kini.

Bagaimanapun tambah timbalan menteri besar Kelantan itu, kerajaan Kelantan kekal tenang dan tidak terjejas dengan kemelut politik yang berlaku.

Katanya, Kelantan tiada masalah berikutan kerusi dewan undangan negeri (DUN) dikuasai oleh PAS.

"Di Kelantan kita tiada apa-apa, cuma banyak urusan tidak dapat dilakukan kerana ketiadaan menteri.

"Dari segi teknikal apabila PH runtuh, negeri yang ditadbir PH akan gugur dengan sendirinya," jelas Mohd Amar.

Sebagai rekod, PAS menguasai dengan 37 kerusi DUN, manakala Umno tujuh kerusi dan satu kerusi diwakili Bersatu.

Kononya Mahathir akan bentuk kerajaan bersama DAP


Situasi politik negara berada pada suhu tinggi manakala rakyat berharap ada keputusan baik untuk semua kaum dan agama.

Spekulasi terkini kononya Dr. Mahathir akan membentuk kerajaan Muafakat Nasional bersama-sama Bersatu, Warisan, GPS dan serpihan DAP, PKR serta Amanah.

Bagi penulis itu semua wujud dari kumpulan tertentu untuk mengubat penyakit meroyan sedang melanda dikalangan mereka yang hilang jawatan atau gila kuasa.

Spekulasi itu tidak berakhir tanpa sebab, sebab itu juga di wujudkan sebagai asam garam untuk jadi penyedap, kononya tindakan Dr. Mahathir itu adalah bagi membentuk kerajaan yang lebih kukuh dan dapat menguruskan negara dengan lebih baik khususnya dari segi ekonomi.

Yang ini lagi best, kononya Anwar Ibrahim dan DAP turut mendakwa mempunyai sokongan majoriti wakil rakyat dan yakin dapat membentuk kerajaan baharu walaupun mereka masih berharap Dr. Mahathir kembali menerajui Pakatan Harapan.

Semuga anda semua hilang ngatuk membaca spekulasi politik negara.

Agong sendiri akan jumpa 222 Ahli Parlimen

YANG di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah akan bertemu sendiri dengan kesemua 222 ahli Parlimen bermula jam 2.30 petang ini dan esok.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, YDPA akan memberi masa dua hingga tiga minit bagi setiap ahli parlimen untuk sesi temubual itu.

“Tiada seorang ahli Parlimen pun akan tercicir daripada sesi temubual secara individu dengan YDPA,” kata dalam taklimat media di Istana Negara hari ini.

Cadang kerajaan tanpa pembangkang



Wan Saiful cadang 'kerajaan tanpa pembangkang' jika Dr M dapat sokongan penuh

2.10 petang: Anggota majlis tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan mencadangkan pembentukan kerajaan perpaduan yang diketuai oleh Dr Mahathir Mohamad.

"Sekiranya Tun Mahathir mendapat sokongan seratus peratus ahli dewan rakyat, beliau boleh melantik sesiapa sahaja dari mana mana parti sebagai anggota kabinet.

"Dalam kata lain, sekiranya semua ahli dewan rakyat menyokong beliau, maka akan terbentuk sebuah "unity government" dan tidak ada pembangkang. Jika ini boleh dilakukan, saya rasa negara kita lebih stabil," katanya dalam satu kenyataan.

Senario ini, bagaimanapun, mempunyai halangan utama.

Umno telah menyuarakan bantahan untuk membentuk kerajaan dengan DAP, dan PAS juga dilihat mempunyai pendirian sedemikian. Begitu juga, Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing juga mengatakan bahawa GPS tidak mahu bekerjasama dengan DAP.

Sementara itu, Amanah, PKR dan DAP tidak mahu bekerjasama dengan Umno, PAS, Bersatu dan kumpulan Azmin Ali dari PKR.


Peringatan!, haiwan dihutan, kampung, kota pun ada pembangkang...

Kerajaan pintu belakang Siti Kasim dan rakan tidak iktiraf



PEGUAM Siti Kasim dan 23 rakannya yang lain terdiri daripada aktivis masyarakat dan pensyarah universiti tidak mengizin atau mengiktiraf sebarang kerajaan yang dibentuk secara ‘pintu belakang.

Menurut peguam yang lantang bersuara itu, sebagai rakyat beliau terkilan dengan sikap pemimpin politik yang berasakan mereka sahaja berhak untuk menentukan siapa yang boleh menjadi kerajaan tanpa mendapat mandat daripada rakyat,

Jelas beliau, sekiranya Pakatan Harapan telah gagal sebagai sebuah kerajaan maka Parlimen perlu dibubarkan agar rakyat boleh memilih kerajaan yang mereka mahu.

“Kami sebagai rakyat terkilan terhadap ahli politik yang bersikap takbur bahawa mereka sahaja yang berhak membentuk kerajaan sesuka hati tanpa mandat yang sah dari kesemua warganegara Malaysia.

“Kami tidak akan mengizinkan atau mengiktirafkan apa-apa bentuk ‘kerajaan pintu belakang’ oleh satu dua ahli yang berkepentingan. ‘pintu belakang.

“Jika PH telah gagal sebagai sebuah gagasan politik maka rakyat mendesak Parlimen dibubar agar mandat baru dapat dibuat secara sah dan bermoral. Kami mohon Yang di-Pertuan Agung mengambil perhatian permintaan ini,” kata Siti Kasim.

Jelas Siti Kasim pendirian beliau turut dikongsi termasuk Professor Tajuddin Rasdi, Professor Terence Gomes, Datuk Dr. Johan Arriffin Samad, Mohamed Tawfik Tun Dr. Ismail, Datuk Noor Faridah Ariffin dan Datuk Ramli Ibrahim.

Sejak semalam pemimpin Bersatu, UMNO, Pas, parti dari Sabah dan Sarawak serta sebilangan besar pemimpin PKR yang memihak kepada Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melakukan mesyuarat tergempar dan pada sebelah petang berkumpul beramai-ramai di sebuah hotel.

Ia sekaligus mencetuskan spekulasi berhubung kemungkinan pengaturan semula politik dan pembentukan kerajaan baru.

Semalam, suasana di Istana Negara sibuk dengan banyak kenderaan dilihat memasuki istana sejak jam 5.30 petang, sesetengahnya bersama polis pengiring. Kenderaan berkenaan dilihat meninggalkan istana kira-kira dua jam kemudian.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara hari ini berhubung isu yang sama.-SM


Keadaan negara masih terkawal-Agong

YANG di-Pertuan Agong bertitah supaya rakyat tidak terpengaruh dengan berita-berita tidak benar yang berlegar-legar dalam laman sosial.

Titah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah, rakyat tidak perlu bimbang dengan situasi politik yang berlaku kerana ketika ini keadaan adalah terkawal.

Pesanan Yang di-Pertuan Agong itu disampaikan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut Ahmad Fadil, pihak istana akan berusaha menyampaikan maklumat tentang perkembangan politik semasa dari semasa ke semasa.

Politik negara berada dalam situasi ketidaktentuan berikutan Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba-tiba mengumumkan peletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri semalam.

PM baharu tidak tertakluk parti majoriti

KUALA LUMPUR: Pelantikan Perdana Menteri tidak tertakluk kepada parti majoriti, sebaliknya lantikan boleh dilakukan terhadap mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti.

Perkara itu ditegaskan peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla, yang turut memaklumkan parti politik tidak disebut dalam mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Haniff berkata, mengikut Perlembagaan Persekutuan, walaupun tiada parti majoriti, namun majoriti wakil rakyat dalam Dewan Rakyat boleh memilih salah seorang daripada mereka.

“Ramai rakyat terkhilaf dengan berpendapat mereka memilih mengikut parti.

“Sebaliknya, pemilihan seorang Perdana Menteri adalah tidak perlu mengikut parti,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini.

Haniff berkata, Yang di-Pertuan Agong kini perlu memanggil setiap wakil parti politik untuk memberikan pandangan awal masing-masing terhadap calon Perdana Menteri seterusnya.

“Sekarang ini tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong adalah memikirkan cara terbaik untuk mencari Ahli Dewan Rakyat yang disokong secara majoriti walaupun tiada kerajaan majoriti.

“Yakinlah, bahawa apabila Agong melaksanakan tanggungjawab perlembagaannya, ia bukanlah satu tanggungjawab politik,” katanya.

Menyentuh mengenai perlantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Interim, Haniff berkata, ia bagi membolehkan sidang Dewan Rakyat diteruskan tanpa mengadakan Pilihan Raya Umum.

“Pada masa kini, tiada parti yang memegang majoriti, sama ada Pakatan Harapan atau Muafakat Nasional.

“Oleh itu, sebelum diselesaikan proses meyakinkan baginda untuk memilih calon Perdana Menteri, maka adalah penting untuk negara mempunyai ketua bagi melaksanakan urus tadbir kerajaan,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan Ketua Setiausaha Negara (KSN) mengumumkan perlantikan Perdana Menteri interim selepas baginda berkenan menerima peletakan jawatan Dr Mahathir, Haniff berkata perkara itu sememangnya wajar dilakukan oleh KSN.

“KSN merupakan pegawai tertinggi yang wujud selepas Perdana Menteri meletakkan jawatan.

“KSN adalah wakil kerajaan bagi pihak negara sebelum terdapat lantikan baharu mahupun Perdana Menteri interim,” katanya.

UMNO sedia jadi pembangkang jika kerajaan baharu ada DAP

Ketua Penerangan Umno, Shamsul Anuar Nasarah berkata partinya menolak pembentukan kerajaan baru dengan DAP.

"DAP parti yang sangat rasis dan tidak boleh dipercayai. Kerosakan negara selepas PRU 14 dan kehancuran Kerajaan PH ini sebenarnya berpunca daripada DAP. DAP antara penyebab utama kegagalan Pakatan Harapan," katanya dalam satu kenyataan.


Shamsul (gambar) juga mengecam setiausaha agung DAP Lim Guan Eng kerana menyalahkan penglibatan Umno dalam menghancurkan kerajaan Pakatan Harapan.

"Kehancuran Kerajaan PH adalah disebabkan oleh pimpinan PH sendiri terutama DAP," katanya.

Bertenang dan tunggu tindakan demi keharmonian

MELAKA: Semua lapisan masyarakat di negeri Melaka dan di negara ini diharap terus bertenang dan bersabar dengan situasi yang berlaku akibat perubahan landskap politik ketika ini.

Pemerhati politik Melaka, Ali Mohamed, yang juga bekas setiausaha sulit mantan Ketua Menteri, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, semua pihak diharap dapat bersikap ‘tunggu dan lihat’ tindakan seterusnya oleh Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad sedikit masa lagi.

Katanya, beliau yakin apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan dan faedah bersama demi kesejahteraan rakyat.

“Semua yang berlaku ada hikmah tersembunyi demi keutuhan negara sekali gus menyokong kepada Perlembagaan negara berdaulat.

“Saya yakin bakal berlaku perubahan dalam susunan kerajaan negeri Melaka selepas peristiwa yang berlaku kini,” katanya.

Katanya, beliau percaya apa yang terjadi ini bakal membabitkan perjalanan yang lebih baik dan positif untuk penduduk terutama yang beragama Islam dan semua agama lain yang sentiasa menjadi asas dalam pembangunan negara.

Susunan kepemimpinan negeri berubah susulan perkembangan politik semasa. Untuk rekod, PH dan Barisan Nasional (BN) masing-masing mempunyai 13 kerusi DUN, manakala BERSATU dua kerusi di negeri ini.

Agong kurnia surat cara pelantikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap dan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, di Istana Negara di sini.

Pelantikan Abang Iskandar, 61, yang berkuat kuasa hari ini, menggantikan Tan Sri David Wong Dak Wah yang bersara pada 20 Februari.

Istiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil Istana Negara itu, turut dihadiri Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Abang Iskandar sebelum ini adalah Hakim Mahkamah Persekutuan dan pernah memegang beberapa jawatan lain seperti Hakim Mahkamah Rayuan selama lima tahun, sejak 2013.

Beliau yang juga anak kelahiran Sibu, Sarawak memulakan kerjaya dalam bidang perundangan pada 1983, sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Miri, Sarawak.

– BERNAMA

GPS sokong dengan bersyarat

KUCHING: Penyelesaian isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dikatakan ‘umpan utama’ Gabungan Parti Sarawak (GPS) kepada pihak yang mahukan sokongan mereka bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Sumber berkata, perkara itu sudah menjadi rahsia terbuka dan ia pastinya dimanfaatkan oleh pimpinan GPS ketika ada pihak merayu sokongan mereka.

Beliau berkata, umum juga sudah mengetahui, GPS yang diketuai Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, mengambil pendirian berkecuali ketika ada pihak cuba meraih sokongan 19 ahli Parlimen mereka untuk turut serta membentuk pakatan baharu.

“Tetapi pendirian Abang Johari itu boleh berubah jika tuntutan terhadap beberapa perkara dalam MA63 itu dipersetujui dan diberi jaminan akan ditunaikan oleh pihak yang memohon sokongan GPS.

“MA63 itu adalah isu utama yang diperjuangkan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dan kita sedia maklum perjuangan itu diteruskan oleh Abang Johari,” katanya yang enggan identiti didedahkan.

Beliau berkata, Abang Johari konsisten dalam tuntutannya terhadap isu MA63 dan hasilnya tujuh perkara sudah diselesaikan sehingga hujung tahun lalu.

“Baru-baru ini, Sarawak diberi hak sepenuhnya untuk menguruskan gas dan itu antara kejayaan besar GPS yang diterajui Abang Johari.

“Kini, mana-mana pihak yang mahukan sokongan GPS bagi menyertai pakatan baharu untuk membentuk kerajaan harus memberi jaminan supaya isu tuntutan Sarawak terhadap MA63 diselesaikan sepenuhnya,” katanya.

Selain itu katanya, GPS juga dipercayai menetapkan syarat agar tuntutan 20 peratus royalti minyak juga diselesaikan.

“Royalti minyak itu hak Sarawak dan ia diperjuangkan kerajaan Sarawak sejak zaman Barisan Nasional (BN) lagi.

“Sudah tiba masanya untuk Kerajaan Persekutuan menunaikan tuntutan itu, bukan sekadar meneliti atau mengkaji,” katanya.

MCMC terus pantau sebaran berita palsu di media sosial

PUTRAJAYA, 24 Feb — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus memantau penyebaran maklumat palsu di laman media sosial berikutan perkembangan semasa di dalam negara.


Dalam kenyataan hari ini, MCMC mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja (3R – race, regilion, royalty) di sebalik keghairahan berkongsi maklumat.


“Sebarang perkongsian kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” jelasnya.


MCMC juga menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam mengikut peruntukan undang-undang sedia ada secara telus demi melindungi hak dan kepentingan masyarakat.


MCMC meminta orang ramai melaporkan insiden atau kandungan berunsur 3R di media sosial terus kepada MCMC melalui aplikasi Whatsapp di talian 016- 220 6262 atau e-mel kepada mediasosial@mcmc.gov.my. – Bernama

Khalid Samad terus meroyan


PARLIMEN perlu dibubarkan jika parti komponen Pakatan Harapan (PH) tidak cukup kerusi untuk menubuhkan kerajaan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, kerajaan PH mendapat mandat rakyat untuk mentadbir ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“PH membentuk kerajaan dengan mandat rakyat dan jika kerusi tidak cukup, biarlah rakyat yang membuat pilihan, siapa kerajaan yang mereka mahu. Jangan khianati rakyat.


“Buat masa sekarang, saya akan terus menjalankan tugas sehingga keadaan dapat ditentukan sama ada kerajaan PH kekal atau bertukar,” katanya ketika hadir di Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Rancangan Kawasan Khas Persisiran Pantai Port Dickson, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Khalid berkata, beliau berharap agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat dilantik sebagai Perdana Menteri yang kelapan selepas peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Walaupun Tun (Dr Mahathir) sudah pun menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri, tetapi bergantung kepada persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

“Bagi saya tiada isu ‘kerajaan pintu belakang’. Jalan terbaik adalah pembubaran Parlimen. Biar rakyat yang tentukan. Rakyat tidak perlu bimbang, kerajaan masih berfungsi,” katanya.

Bersatu mahu Mahathir di lantik PM kelapan


1-Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu sebulat suara menyokong kepemimpinan Dr Mahathir, bukan saja sebagai Perdana Menteri interim, tetapi kembali menjadi Perdana Menteri, mentadbir negara.

2- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan untuk menolak peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi parti itu.

3- Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, pucuk kepimpinan parti akan menyampaikan rayuan kepada Dr Mahathir untuk kembali menerajui pentadbiran negara.

4- Ahli Parlimen Langkawi Dr. Mahathir masih ahli sah parti, meskipun nekad meletakkan jawatan sebagai pengerusi.

Kenyataan penting itu membayangkan Bersatu akan bersama kabinet karajaan Baharu.

Rasanya rakyat sudah faham dengan kenyataan yang di keluarkan MPT.

Kerajaan Baharu Gabungan Parti Sarawak Nak Jumpa Najib


BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bergegas meninggalkan perjumpaan Ahli Parlimen Pas dan BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini dipercayai untuk bertemu dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sebuah lokasi lain di ibu negara.

Difahamkan ia adalah permintaan GPS untuk berbincang dengan Ahli Parlimen Pekan itu mengenai gabungan bagi membentuk kerajaan baharu.

Sumber berkata, permintaan khas GPS memandangkan Najib adalah ‘bos’ lama ketika menerajui kerajaan sebelum ini.

Ketika ini masih berlangsung pertemuan antara Ahli Parlimen BN dan PAS di PWTC.

Sumber turut menyebut, pimpinan kedua-dua parti sedang merangka akuan bersumpah sebagai tanda bersetuju membentuk gabungan kerajaan baharu dalam waktu terdekat.

“GPS minta untuk bincang dan mereka mahu berbincang dengan Datuk Seri Najib.

“Tunggulah esok jam 10 pagi. Kalau selesai semuanya, kerajaan baharu akan dibentuk. Sekarang terlalu banyak spekulasi,” katanya.

Sementara itu, Najib ketika ditemui media enggan mengulas lanjut mengenai perjumpaan di PWTC.

“Saya tak boleh komen,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/02/548046/gps-mahu-jumpa-najib