Tuesday, 25 February 2020

Keadaan negara masih terkawal-Agong

YANG di-Pertuan Agong bertitah supaya rakyat tidak terpengaruh dengan berita-berita tidak benar yang berlegar-legar dalam laman sosial.

Titah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah, rakyat tidak perlu bimbang dengan situasi politik yang berlaku kerana ketika ini keadaan adalah terkawal.

Pesanan Yang di-Pertuan Agong itu disampaikan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut Ahmad Fadil, pihak istana akan berusaha menyampaikan maklumat tentang perkembangan politik semasa dari semasa ke semasa.

Politik negara berada dalam situasi ketidaktentuan berikutan Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba-tiba mengumumkan peletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri semalam.

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci