Landskap politik negara dijangka mengalami perubahan yang besar dengan suhu politik semakin memanas. Saya ingin menyentuh ringkas kononnya bakal tercetus kerajaan pintu belakang yang membawa konotasi pengkhianatan terhadap mandat yang diberi oleh rakyat pada PRU 14.
Kerajaan pintu belakang ialah sebuah kerajaan yang dibentuk secara rahsia, secara senyap-senyap dan tidak jujur.
Menarik untuk ditinjau apa yang berlaku pada saat dan ketika ini.
Mengapa ura-ura kerajaan baharu ingin dibentuk? Sebab utamanya ialah kehendak rakyat itu sendiri yang mahukan perubahan drastik dilakukan oleh pentadbiran yang ada sekarang.
Negara seperti tiada hala tuju dan keadaan ekonomi yang semakin membengkak sehinggakan prestasi banyak syarikat termasuk yang berkaitan kerajaan terjejas teruk. Bacalah kesemua indikator ekonomi utama, banyak yang menunjukkan penurunan walau pun pentadbiran PH begitu bangga dengan laungan pembaharuan atau reformasi institusi.
Siapa yang mengkhianati rakyat sebenarnya? Siapa yang membelakangi kehendak rakyat umpamanya? Pentadbiran PH wajar menyalahkan diri mereka sendiri kerana merekalah yang sebenarnya petualang utama yang menjatuhkan pentadbiran mereka sendiri.
PH GAGALKAN PH!
Itulah yang berlaku! Perkara ini tidak berlaku sekiranya mereka benar-benar menjalankan tugas mereka dengan baik. Tetapi mereka menipu rakyat, mereka kaki fitnah dan sengaja membuat persepsi yang salah. Mereka jugalah yang menindas rakyat dan merompak duit poket rakyat dengan memanjangkan konsesi tol PLUS dan kenakan pelbagai cukai yang membebankan.
Apakah Muafakat Nasional yang menipu orang muda dengan janji nak hapuskan PTPTN ? Siapa yang janji nak sediakan peluang kerja untuk anak muda? Siapa yang janji nak hapuskan hutang FELDA?
Siapa yang janji nak amalkan tender terbuka? Sekarang siapa yang lebih suka buat rundingan terus?
Siapa pula yang mengkagumi perjuangan komunis? Siapa yang menyokong ideologi pengganas dan teroris? Siapa yang lelong aset negara? Siapa yang tambah hutang purata RM 10 bilion setiap bulan?
PH GAGALKAN PH!
Muafakat Nasional tetap dengan agendanya mahu menang pilihanraya dan mengambil alih kuasa di Putrajaya. Itu bukan rahsia. Tapi itu tidak bermaksud mereka menggunakan pintu belakang.
YDP Agong memainkan peranan utama memastikan perlembagaan dan undang-undang dipatuhi.
Perdana Menteri masih orang yang sama. Perlembagaan memberi kuasa kepada beliau untuk membentuk kerajaan. UMNO/BN dan PAS juga mendapat mandat rakyat. Muafakat Nasional mempunyai 60 kerusi Parlimen. Mereka kuat dengan disokong oleh hampir 5 juta ahli parti.
Muafakat Nasional tetap dengan misinya mahu menyelamatkan negara dari tangan DAP laknatullah. Perlembagaan dan undang-undang tidak menghalang proses demokrasi ini dari berlaku.
Fikirkanlah.
Dato’ Dr Alexander Noor
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci