Dengan keputusan bijak Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pelantikan Perdana Menteri kelapan seperti yang diputuskan hari ini pastinya disambut gembira oleh semua pihak sekali gus menandakan kemelut politik telah selesai.
Perkara 40(2) dalam Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya melaksanakan fungsi melantik seorang Perdana Menteri. “Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa yang amat luas dalam melaksanakan budi bicara ini.
Dalam Perkara 43(2) (a) disebut bahawa Yang di-Pertuan Agong melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang “pada hematnya mungkin” mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri. “Perkataan “pada hematnya” dan perkataan “mungkin” menggambarkan betapa luasnya budi bicara baginda.
Menurut pendapat penulis, Yang di-Pertuan Agong telah membuat keputusan jelas dan janganlah ada yang masih bersifat rumah siap pahat masih berbunyi.
Sama-samalah kita berharap semuga keadaan negara terus berkeadaan baik dari sudut keamanan, ekonomi dan sebagainya.
Jadilah rakyat berjiwa besar kerana keputusan Yang di-Pertuan Agong bukan dibuat berdasarkan kemahuan sendiri.
Tidak perlu ada dakwa-dakwi jika kita mahu negara terus maju.
Paling penting kesejahteraan rakyat perlu di utamakan oleh blok politik yang berjaya tubuh kerajaan.
Pada blok politik yang gagal bentuk kerajaan jadilah pembangkang berwibawa bukannya pembangkang seperti berok ketika Parlimen bersidang.
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci