Pada artikel lalu blog ini melaporkan mungkin berlaku pemboikotan dikalangan UMNO sekiranya calon dari MCA di putuskan untuk menentang Pakatan Harapan di pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai (PRK).
Walaupun blog ini tidak mengupas secara teperinci mengapa dan kenapa calon MCA akan di boikot (baca MCA), rasanya ramai memahami.
Artikel sebelum https://kakipalu.blogspot.com/2019/10/untuk-apa-berbalah-berebut-jadi-calon.html?m=1
Pihak MCA nampaknya sangat berpuas hati apabila alasan kerusi Parlimen Tanjung Piai merupakan kerusi tradisi dapat dipertahankan.
Datuk Seri Wee Jeck Seng (dari MCA) yang juga bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai di pilih sebagai calon dari Barisan Nasional (BN) untuk mencabar calon Pakatan Harapan (PH) .
Kegembiraan MCA hanya berjaya mempertahankan kerusi tradisi, namun gementar tidak dapat dinafikan apabila majlis pengumuman calon kurang mendapat sambutan dikalangan orang-orang UMNO dari pusat daerah mengundi PRK itu.
Menurut laporan berita atas talian, mereka (ahli UMNO) kecewa kerana hasrat dan pandangan tidak di dengari pucuk pemimpin.
Siapa tidak kecewa?, sedangkan majoriti layak mengundi mengikut pecahan kaum Melayu mendahului kaum lain.
Ramai pembual politik bawahan memuji Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Zahid Hamidi yang bertindak berani menolak desakkan supaya calon BN di PRK itu dari kalangan UMNO.
Penulis berpendapat, tindakan Zahid abaikan desakan pemimpin UMNO tempatan bukan berdasar keberanian semata-mata, sebaliknya melihat kepada majoriti kecil kemenangan PH pada pilihan raya ke-14.
Sekiranya berlaku pemboikotan besar-besaran peluang PH untuk mempertahankan kerusi itu lebih cerah.
Andainya kemenangan berpihak kepada PH, peluang MCA untuk meletakkan calon pada
PRU ke-15 amat gelap.
Dengan itu, penulis dapat merasakan akan berlaku pemboikotan calon secara besar-besaran bagi memastikan MCA tidak lagi dapat meletakkan calon pada PRU ke-15.
Pengundi yang berhasrat untuk undi BN eloknya tidak terpengaruh dengan anasir boikot memboikot kerana PRK Tanjung Piai dilihat sebagai pengukur kekuatan PH negeri.
Ketakutan PH pada peringkat awal semakin terubat dan mungkin sembuh kiranya pemboikotan calon MCA benar-benar berkesan.

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci