Bagai menghela (menarik) rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak.
Mungkin itulah yang dihadapi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor.
Seluruh rakyat berharap hari ini ada pengumuman calon dari BN sama ada dari UMNO atau MCA. Namun ia tidak berlaku.
Tindakan itu timbul pelbagai spekulasi dikalangan penutur isu politik.
Mungkin satu strategi yang sukar dibaca atau ada kecelaruan yang perlu di atasi.
Bacaan takut MCA melenting sedang berlegar di kepala para penyokong kiranya calon kawasan pilihan raya itu dari UMNO juga sedang hangat diperkatakan.
Lurusnya, belum mencapai kata sepakat lebih menghampiri logik berikutan MCA sebelum ini 'berlidah tajam' mengeluarkan kenyataan dengan alasan kerusi itu kerusi tradisi mereka.
Kemelut pemilihan calon BN untuk PRK Tanjung Piai tidak dapat dinafikan kebanyakan pihak dalam UMNO dan MCA walaupun cermat pada setiap kenyataan.
Berdasarkan pendapat umum, MCA lebih berpeluang untuk kerusi itu, namun kemungkinan sabotaj calon akan berlaku berikutan 88 ketua cawangan UMNO Parlimen Tanjung Piai sebelum ini mahu kerusi itu diserah kepada parti itu.(UMNO).
Polemik menentukan calon dan parti mana harus bertanding berikutan MCA diberitakan berkeras dengan alasan kerusi tradisinya dipercayai punca untuk mendapat kata putus.
Menurut maklumat yang boleh dipercayai, hanya 9 pusat daerah mengundi sahaja yang BN kalah pada pilihan raya umum ke-14, selebihnya menang.
Mana-mana pihak sama ada UMNO atau MCA perlu berlapang dada dengan mendahulukan apa yang perlu didahulukan daripada berusaha mengasah taring tumpul diketuk Pakatan Harapan (PH) pada PRU lalu.
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci