728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, 27 August 2019

    Tiz Zaqyah jijik sikap sambut pedofilia...

    PETALING JAYA, 27 Mei — Pelakon Tiz Zaqyah mengecam sikap pilih kasih sebahagian masyarakat Malaysia yang memberi muka kepada pesalah pedofilia.

    Memandang jijik kelakuan itu, Tiz, 30, berkata pendirian sedemikian tidak pula diambil apabila melibatkan atas kesalahan kecil membabitkan wanita.

    “Sebab itu saya cakap, lelaki sah pedofilia kau orang sambut, bila lelaki kantoi video lucah, kau sambut. Merebut nak tengok,” tulis pelakon nama asal Siti Zaqyah Abdul Razak di Twitter baru-baru ini.

    “Doktor ke, atlet ke, pelakon ke, tak pakai tudung, kau serang sampai ke neraka. Jijik sangat aku tengok mentaliti kamu semua ni.”

    Hantaran itu dikongsi lebih 3,000 pengguna termasuk pemimpin DAP Dyana Sofya Mohd Daud.


    Baru-baru ini, kecoh mengenai pesalah pedofilia disahkan melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

    Pada Mei 2015, Nur Fitri Azmeer Nordin dijatuhi hukuman penjara di United Kingdom berikutan dia memiliki 3,000 imej dan klip aktiviti seksual kanak-kanak.

    sumber asal: sini

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Tiz Zaqyah jijik sikap sambut pedofilia... Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top