728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 28 August 2019

    Ribuan Ekar Kawasan Balak Saya Bantu Kawan

    KUALA LUMPUR 27 Ogos - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyifatkan pendedahan bahawa beliau membantu kawan untuk mendapatkan tanah di Sarawak pada 1994 adalah cerita lama.

    Tambah Mukhriz, beliau tidak tidak mendapat manfaat yang besar daripada penganugerahan tanah berkenaan.

    "Itu cerita lama. Saya pun sudah lupa. Saya membantu kawan, dia memohon (tanah), jadi dia meminta (saya) supaya terlibat sama.

    "Jadi saya bantu macam itu sajalah, tetapi saya tidak dapat manfaat yang besar daripada penganugerahan tanah itu, 1,000 ekar ke 1,000 hektar saya tak pasti," katanya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini.

    Pada 19 Ogos lalu, portal Sarawak Report melaporkan bahawa anak Perdana Menteri itu menerima 1,000 hektar kawasan pembalakan di Sarawak pada tahun 1994.

    Portal itu melaporkan penasihat undang-undang kerajaan sebuah negeri mendedahkan Mukhriz mendapat kontrak pembalakan daripada Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1994 ketika Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ke 4.

    Mukhriz berkata, disebabkan perkara itu telah terlampau lama, beliau juga sudah lupa nama syarikat berkenaan.

    Katanya, bagi Sarawak, jumlah kawasan tanah yang dianugerah kepada syarikat berkenaan pada masa itu tidak begitu luas.

    "Tapi bagi Sarawak biasa saja agakanyalah, bukan kawasan yang begitu luas.

    "Terlampau lama dan saya pun dah tak teringat nama syarikat itu bila disebut, tapi saya tak terlibat dengan syarikat itu sudah sekian lama," katanya.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Ribuan Ekar Kawasan Balak Saya Bantu Kawan Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top