Saturday, 27 April 2019

Rakyat Palestin Diculik

Jumaat , 26-04-2019 – Pasukan tentera Rejim Zionis Musta’ribeen, pada Rabu lepas telah menculik seorang rakyat Palestin di tempat kerja beliau di bandar Tubas, utara Semananjung Gaza.

Sumber tempatan melaporkan kepada wartawan PIC bahawa tentera tersebut telah memecah masuk sebuah kedai milik seorang rakyat Palestin, Omar Daraghmeh, menahan anak beliau Mohammed dan memindahkannya di lokasi yang tidak diketahui.

Maklumat tambahan yang didedahkan oleh mereka juga adalah tentera negara haram Israel yang dikerahkan di pintu masuk Tubas semasa serangan tersebut.


sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hanafi

Thursday, 18 April 2019

Nelayan cedera akibat tembakan Israel

Khamis , 18-04-2019 – Seorang nelayan Palestin pada pagi Ahad cedera ditembak apabila tentera laut rejim israel melepaskan tembakan ke arah bot-bot nelayan di utara perairan Semenanjung Gaza.

Seorang wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) berkata, tentera rejim mengejar dan melepaskan tembakan ke arah sejumlah bot nelayan di pantai utara Gaza.

Beliau menambah yang seorang nelayan cedera dalam serangan tembakan itu. Walaupun rejim israel telah mengambil keputusan meluaskan kawasan perikanan di sepanjang pantai Gaza, tentera lautnya masih menyerang para nelayan Palestin.


sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati
https://palestinkini.info/?p=18650

Rejim Zionis telah menculik 10 rakyat Palestin

Rejim Zionis telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah mengumpul 10 rakyat Palestin semsa membanteras aktiviti anti pendudukan. Wartawan PIC berkata, tentera rejim Zionis telah menahan 2 rakyat palestin di kem pelarian Jenin. Salah seorang dari meraka adalah anak kepada seorang banduan yang sedang menjalankan hukuman penjara seumur hidup di penjara Israel.

Sumber tempatan di Tulkarem melaporkan kepada wartawan PIC bahawa tentera rejim Zionis telah memecah masuk rumah ahli parlimen Fatehi al-Qarawi di kem pelarian Nur Shams dan menahan anak beliau, Yazan selepas menimbulkan kekocohan di dalam rumah tersebut.
Didalam serbuan yang sama, kedua-dua abang Yazan telah dipukul selepas melakukan serbuan di rumah mereka.

Sumber tempatan di Qalqilia melaporkan kepada wartawan PIC di bandar tersebut bahawa tentera Israel telah memecah masuk sebuah rumah yang diduduki 2 orang muda sebelum menahan mereka di rumah tersebut.
Konfrontasi berskala besar berlaku selepas tentera Israel menembak gas pemedih mata kearah peserta. Menyebabkan kebanyakkan dari mereka sesak nafas.


sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

-palestinkini

Pelik netizen perlekeh artis berniaga

KUALA LUMPUR: Pelakon Zara Zya kesal segelintir netizen suka mencaci memperlekehkan usahanya berniaga.

Pelik dengan sikap itu, Zara menjelaskan, biarpun menjadi selebriti, laluan untuk dirinya bertapak dalam dunia perniagaan bukanlah mudah disangka.

“Saya pelik... Jual gincu, orang kata bibir tak cantik pun nak jual gincu.

“Apabila jual kanta lekap, dituduh tiru bisnes orang lain. Apabila saya cuba jual produk pelangsingan badan, mereka kata saya sudah kurus, jadi tak payahlah menipu pelanggan.

“Saya tertanya-tanya, hina sangatkah saya berniaga? Bukan senang hendak menjadi peniaga. Orang mungkin ingat jadi artis ada laluan mudah dalam bisnes.

“Sedangkan saya bertahun-tahun cuba bertahan... Buat semua kerja sampai membungkus dan mengepos sendiri barangan.

“Tak cukup itu, saya ditipu dan pernah produk tak laku biarpun promosi hari-hari... Semua saya sudah rasa,” katanya kepada BH Online.

Zara kesal segelintir netizen berfikiran sempit kononnya dia mengaut untung atas angin malah ada yang terang-terangan mengkritiknya di laman sosial.

Lebih mengejutkan, dakwa Zara, anggota keluarganya turut terkait dan dihina beberapa individu dalam komen yang dilayangkan.

“Jika diikutkan, saya enggan beri kenyataan kerana terlalu sedih dan emosi. Namun, saya masih mahu kongsi dengan peminat apa yang dilalui sejak berniaga.

“Entah apa yang mereka sakit hati, saya pun tak faham. Lebih pelik ada yang sudah kaya dan berpengalaman dalam menjual produk, mengata saya. Sedangkan saya tak jual barang yang sama dengan dia,” katanya.

Zara sedar karier lakonannya tidak menyerlah.

“Saya fikir tak mampu bertahan sehingga tua dalam industri seni ini. Jadi, bermula dari sekarang, saya perlu mencari tapak (sumber pendapatan sampingan),” katanya.-BERITA HARIAN

Ubah suai bilik stor kediaman PM lebih RM200,000

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini, diberitahu yang kerja pengubahsuaian bilik stor dan kabinet dapur di kediaman bekas Perdana Menteri di Jalan Langgak Duta pada 2014 lebih RM200,000.

Saksi keenam pendakwaan, seorang pereka hiasan dalaman di ABS Trend Master Sdn Bhd, Zulkarnain Mohamad, 46, berkata beliau menerima panggilan telefon daripada pengurus kediaman Najib yang dikenali sebagai Amirul Hadi yang ingin memintanya melakukan kerja pengubahsaian stor dan kabinet dapur.

Zulkarnain berkata, beliau kemudian ke kediaman rasmi itu, untuk melihat kawasan luar rumah di bahagian belakang dan membuat ukuran.

“Saya kemudian membuat sebut harga untuk diberikan kepada Amirul yang berjumlah lebih RM200,000.

“Saya tidak ingat sama ada RM243,000 atau RM234,000. Selepas mendapat persetujuan, saya menerima cek berjumlah RM50,000 sebagai deposit,” katanya.

Dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, saksi itu memberitahu selepas selesai melakukan kerja pembinaan dan pengubahsuaian itu, beliau diberi cek bernilai RM100,000.

Ketika disoal peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mengenai apakah kerja pembinaan yang dimaksudkan dibuat di kediaman Najib, Zulkarnain berkata ia termasuklah pembinaan bilik stor, yang mempunyai almari pakaian dan dapur kering.

Selain itu, Zulkarnain turut membaik pulih pondok kawalan polis dan tong sampah yang tercabut.

Shafee : Adakah kamu tahu bilik stor dibuat untuk menyimpan pakaian yang akan digunakan untuk tugas rasmi Perdana Menteri?

Zulkarnain : Tidak tahu

Shafee : Adakah kamu tahu kabinet pakaian di tingkat atas rumah tidak mencukupi untuk menyimpan pakaian?

Zulkarnain : Saya tidak pasti

Shafee : Pernah naik (tingkat) atas untuk lihat sama ada kabinet baju Perdana Menteri mencukupi atau tidak?

Zulkarnain : Tidak pernah

-BERITA HARIAN

Mangsa tsunami cari bekas Kapten Kapal MV Durban Bridge

Itu luahan Rizal Sahputra Abdul Hamid, individu yang terselamat selepas hanyut 100 batu nautika dari Banda Aceh di Lautan Hindi, selama sembilan hari ketika bencana tsunami 15 tahun lepas.

Beliau yang kini menetap di negara ini mengharapkan pertolongan masyarakat tempatan dan antarabangsa bagi mengesan bekas kapten kapal kargo dari Jepun MV Durban Bridge dan seorang kelasi, yang dianggapnya bagaikan ‘penyambung nyawa’.

Rizal Sahputra, 34, berkata kedua-dua mereka telah bertungkus-lumus menjaganya sepanjang lima hari di atas kapal tersebut sebelum dibawa ke Pelabuhan Klang, Selangor untuk rawatan lanjut.

Menyedari pencariannya agak sukar kerana tidak mempunyai sebarang maklumat tepat terhadap dua individu terbabit, Rizal Sahputra berkata, dua keping gambar yang disiar di media tempatan adalah petunjuk pencarian itu setakat ini.

Ketika ditemu bual Bernama baru-baru ini, beliau berkata apabila tiba di atas kapal kargo tersebut, kelasi itulah yang memandikan dan menyuapnya makan setiap hari malah sanggup mengangkatnya ke bilik air kerana kaki tercedera dan kedua-dua belah tangannya juga patah.

“Dalam keadaan berkomunikasi bagaikan ‘ayam dengan itik’ itu jugalah saya difahamkan kapten kapal itu adalah orang yang pertama terlihat saya terapung-apung di lautan dan beliau bersungguh-sungguh meminta pasukannya bersedia untuk menyelamatkan saya.

“Bayangkan dalam banyak kapal yang melintasi saya sejak hari keempat hingga kesembilan itu, hanya kapal MV Durban Bridge sahaja yang akhirnya terlihat kelibat saya, ia bagaikan aturan Tuhan yang sangat unik,” katanya yang kini bertugas sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) Universiti UCSI, Kampus Terengganu.

Rizal Sahputra berkata, kapal yang dalam perjalanan ke Malaysia dan Singapura dari Afrika Selatan itu menghampirinya dalam tempoh masa antara waktu asar ke maghrib (selepas mereka terlihat Rizal Sahputra dari jauh) dan hanya bergerak perlahan bagi mengelak air laut bergelombang, yang mungkin akan menyebabkan dirinya hanyut.

Kesungguhannya mencari dua lelaki terbabit bukanlah baru bermula sebaliknya telah menjejak mereka sejak beberapa tahun lalu terutama selepas trauma akibat bencana yang meragut nyawa kira-kira 250,000 orang di 14 negara itu, mulai hilang daripada fikirannya.

Beliau telah ke Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur pada 2008 dan 2009 namun tidak mendapat sebarang maklumat kerana tiada rekod lengkap, pernah juga ke Pelabuhan Klang pada 2006 dan 2009 apabila mengetahui MV Durban Bridge akan berlabuh di situ.

“Malangnya kapten kapal yang baharu menyatakan mereka tidak mempunyai rekod pekerja lama dan kesemua kelasi juga telah bertukar,” katanya yang berhasrat melengkapkan perjalanan hidupnya dengan peluang bertemu serta membalas budi mereka berdua.

Menurut Rizal Sahputra, apabila tiba di negara ini, kapten dan anak kapal terbabit dibenarkan berada di pelabuhan dalam beberapa minit sahaja kerana tertakluk pada undang-undang dan mereka hanya sempat berpelukan serta saling mengucapkan terima kasih dalam bahasa masing-masing.

Sepanjang perkenalan, anak kapal tersebut telah meminta izinnya untuk menyimpan baju serta seluar yang dipakainya ketika ditemui itu sebagai kenang-kenangan manakala dirinya diberi pakaian baharu.

Menceritakan semula pengalaman berdepan dengan tsunami pada 26 Disember 2004, yang bermula dengan gegaran kuat sebelum ombak besar menerjah darat, beliau berkata dua hari pertama adalah saat bergelut dengan nyawa manakala bermula hari ketiga paling meruntun jiwa, apabila melihat ribuan mayat manusia telah mula timbul di permukaan air.

Rizal Sahputra berkata, seluruh anggota keluarganya telah meninggal dunia kecuali seorang abang, Ronal Sahputra, 36, manakala penduduk di kampungnya, Calang, dekat Banda Aceh yang berjumlah 17,000 orang ketika itu, hanya 17 orang sahaja yang terselamat.

“Apabila pulang, saya tidak lagi mengenali tempat itu. Saya pernah dibawa oleh kru televisyen antarabangsa kira-kira Mei 2005 tetapi pulang semula ke Malaysia kerana gagal menahan perasaan dan masih trauma,” katanya yang kini telah berkahwin dengan seorang wanita dari Aceh dan mempunyai seorang anak.

Kini, kawasan penempatan peninggalan keluarganya telah didirikan sebuah rumah tetapi dijadikan penginapan percuma kepada mereka yang kurang berkemampuan serta kebun kelapa diurus oleh penduduk setempat serta hasilnya akan disedekahkan.

Sepanjang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang bekas Timbalan Duta Indonesia ke Malaysia, Abdurrahman Mohammad Fachir menjadi keluarga angkatnya dan telah memberi galakan supaya menyambung pelajaran hingga berjaya memperoleh ijazah pada 2011 dalam jurusan Bahasa Inggeris dan Komunikasi.

“Pada awal 2012 saya balik ke Aceh untuk menjaga sepupu yang menghidap kanser. Di sana saya lakukan pelbagai pekerjaan termasuk menjual ikan. Dalam tempoh itu saya sempat juga bekerja sebagai pegawai kerajaan Aceh tetapi sebulan sahaja.

“Pada Mei 2012, setelah sepupu sihat, saya ke Jakarta untuk bekerja di cawangan UCSI dan bermula Januari 2013 saya kembali ke Malaysia kerana menyedari diri saya lebih sesuai di sini,” katanya yang kini fasih berbahasa Malaysia dan Inggeris.

Rizal Sahputra memperoleh sarjana pada 2016 dalam jurusan pentadbiran perniagaan dan kini dalam pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan pengurusan perniagaan di UCSI. - BERNAMA

Jokowi isytihar kemenangan, Prabowo dakwa wujud penipuan


JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko ‘Jokowi’ Widodo hari ini mengisytiharkan kemenangannya dalam pilihan raya presiden republik itu, sekali gus mengekalkan jawatan disandang untuk tempoh lima tahun lagi.

Beliau berkata, keputusan tidak rasmi menunjukkan tiket gandingannya dengan ulama terkenal Ma’ruf Amin memperoleh 54 peratus undian popular dalam pilihan raya semalam.


Jokowi yang berganding dengan Ma’ruf menentang bekas jeneral tentera, Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno yang memperoleh 45 peratus undi, menurut ‘kiraan pantas’ tidak rasmi sampel undian oleh peninjau persendirian.

Kiraan peninjau dipercayai terbukti tepat dalam pilihan raya sebelumnya, walaupun keputusan rasmi tidak akan diumumkan sehingga 22 Mei ini.

“Kita perlu menunggu keputusan rasmi namun 12 peninjau memberi keputusan jelas. Kami menyampaikan bahawa tiket gandingan Jokowi-Ma’ruf memperoleh 54.5 peratus undi sementara Prabowo memperoleh 45.5 peratus,” kata Jokowi dalam sidang media di selatan ibu kota ini.

Prabowo juga mendakwa memperoleh kejayaan mengatasi Jokowi, memetik tinjauan dalaman menunjukkan beliau menang 62 peratus undi selain mengadu penipuan meluas dalam pilihan raya.

Laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) meletakkan Prabowo dengan 45 peratus undi hari ini berdasarkan keputusan daripada 808 atau lebih 800,000 stesen pengundian.

Jokowi memaklumkan media, beliau menerima panggilan ucapan tahniah daripada 22 pemimpin negara termasuk Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan serta menjemput pencabarnya untuk bertemu.

Pada masa sama, Jokowi menggesa penyokongnya menunggu keputusan rasmi untuk mengesahkan kemenangan beliau.

Sementara itu, dalam sidang media berasingan beberapa minit selepas Jokowi mengumumkan kejayaannya, Prabowo sebaliknya menolak dan berkata pasukannya mempunyai bukti penipuan meluas dalam pilihan raya.

“Kami mengisytiharkan kejayaan kerana mempunyai bukti penipuan meluas di peringkat kampung, daerah kecil dan daerah di seluruh Indonesia,” katanya berdiri bersebelahan rakan gandingan, Sandiaga, yang lebih sugul.


Prabowo (kiri) dan Sandiaga (kanan), memperoleh 45 peratus undi, menurut ‘kiraan pantas’ tidak rasmi sampel undian oleh peninjau persendirian. Polis Indonesia memberi amaran supaya penyokong bekas jeneral itu tidak melakukan bantahan besar-besaran susulan kemenangan tidak rasmi Jokowi hari ini. -Foto AFP
Pada 2014, Prabowo juga mengisytiharkan kejayaan sebelum mencabar keputusan di Mahkamah Perlembagaan yang mengesahkan kemenangan Jokowi.

Seorang jurucakap Prabowo berkata, jeneral itu akan membawa aduannya ke Mahkamah Perlembagaan jika KPU mengesahkan kemenangan Jokowi.

Akhbar The Jakarta Post juga membawa tajuk muka depan mengisytiharkan ‘Lima Tahun Lagi’ bersebelahan gambar Jokowi. -Reuters

Wednesday, 17 April 2019

Drunk driver called to foot bill for damage to shop

UBON RATCHATHANI: A drunk driver who rammed his pickup truck into a roadside shop in Don Mot Daeng district on Saturday, injuring 3 and sending Songran celebrants fleeing for their lives, has been asked to meet the shop owner to discuss damages on Thursday.

Charges will be pressed against him, said the district police chief.

A clip showing the pickup truck ramming into Phuwadet steel shop on Ban Khamhai Yai-Tha Sila Road in Don Mot Daeng district on April 13, Songkran Day, and forcing many people to flee in panic was posted online.

The driver, identified later as Chaiwat Detchakhamphu, 32, of tambon Laodaeng in Don Mot Daeng district, appeared to be under the influence of alcohol when police arrived at the crash scene. The man was taken for alcohol testing, which showed he had a blood alcohol level of 207 milligrammes per decilitre (mg/dl), Pol Col Veeraphan Naksuk, chief of Don Mot Daeng police station, said on Tuesday.




A police investigation showed that Mr Chaiwat was driving his pickup truck to see friends in Lao Sue Kok district when he lost control of his vehicle at a bend in the road, causing it to ram into the steel shop. Three people sustained injuries, said the district police chief.

Officers impounded his pickup truck but were yet to press charges against the man as they were waiting for official results of the alcohol blood test and medical check-ups of the injured bystanders, said Pol Col Veeraphan.

The driver was called to hold talks with the shop owner on April 18 about damage caused to the shop, said the police chief. Charges would later be pressed against the man as it involved drink-driving, he added.

Prawit Piewkham, 39, owner of the shop, told the Bangkok Post that there were 11 people inside the shop at the time. Some were throwing water in front of the shop during Songkran celebrations. Suddenly, a loud engine noise was heard and the black pickup truck rammed into the shop, forcing the people inside to jump out of the way. Three people, including a child, were injured, said Mr Prawit.

Most were still traumatised by the crash, he said.
-BANGKOK POST

Tentera Israel tembak gas pemedih mata ke arah sekolah

Selasa , 16-04-2019 – Sejumlah pelajar menderita terkena asap gas pemedih mata setelah tentera rejim Israel menyerang sebuah sekolah yang terletak di perkampungan Urif, selatan Nablus.

Ketua kampung, Mazen Shahada berkata anggota tentera rejim menembak bom asap ke arah sekolah itu menyebabkan berpuluh-puluh pelajar mengalami sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata.
Tambah beliau lagi, ramai pelajar terpaksa diberi rawataan kecemasan di tempat kejadian, manakala seorang telah dikejarkan ke pusat kesihatan di kampung tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

-PALESTIN KINI

Tuesday, 16 April 2019

Najib Ulas Perbezaan BN Dengan Pakatan Harapan

Saya nak mengulas sedikit tentang perbezaan cara memerintah masa BN dengan PH.


Dalam tempoh 9 tahun kerajaan BN semasa saya PM, kita ikhlas dan bekerja kuat untuk memajukan negara dan menambah kekayaan untuk semua lapisan rakyat.

Semasa kita berusaha, kita tidak pernah menyalahkan kerajaan di bawah PM terdahulu.

Bila ada masalah, kita perbetulkan. Kita tidak menuding jari.

Masalah legasi perjanjian penjana kuasa bebas (IPP) berat sebelah, kita selesaikan.

Masalah legasi sistem percukaian ketinggalan zaman, tidak telus dan tidak efficient dan menyebabkan ratusan bilion mengalir keluar dari Malaysia, kita gantikan.

Masalah legasi pembangunan tidak sama rata untuk pantai timur serta Sabah dan Sarawak, kita imbangkan.

Masalah legasi lebuhraya tol PLUS paling panjang di Malaysia dengan perjanjian berat sebelah dimilik oleh pihak swasta, kita beli balik dan letak di bawah kerajaan dan KWSP.

Masalah legasi FELDA tidak mendapat dana yang cukup untuk penanaman semula dan menjaga warga FELDA yang semakin lanjut usia, kita cari dana.

Masalah legasi kita sering gaduh dengan negara-negara lain, kita perbaiki hubungan.

Masalah legasi di mana jurang pendapatan terlalu besar, kita memperkenalkan sistem BR1M serta sistem bantuan yang lain untuk mengagihkan semula kekayaan negara kepada golongan B40.

Masalah legasi cukai kereta terlalu tinggi dan rakyat hanya mampu membeli kereta tempatan, kita hapuskan banyak cukai sepoert cukai import dan cukai jualan. Akibatnya, hari ini kita boleh tengok ramai yang sudah guna kereta pelbagai jenama di jalanraya.

Masalah legasi sistem pengangkutan awam tidak menjadi pilihan ramai, kita menambah baik.

Dan banyak lagi.

Kita buat kerja sahaja tanpa menyalahkan sesiapa ataupun memberi alasan faktor dunia.

Akibatnya, pertumbuhan ekonomi negara dan eksport pada tempoh 9 tahun ini adalah antara paling tinggi di dunia.

Kita tidak menipu rakyat dengan propaganda bahawa kita mahu kembalikan negara menjadi harimau asia semula.

Padahal, kita tidak pernah pun mendapat gelaran Harimau Asia.

Kebenarannya pula ialah dalam tempoh 9 tahun ini, kadar pertumbuhan ekonomi kita lebih tinggi berbanding keempat -empat negara yang diberi Harimau Asia iaitu Singapura, Taiwan, Hong Kong dan Korea Selatan.

Pada tempoh itu, Malaysia diberi gelaran sebagai pasaran saham dengan tempoh lonjakan saham paling lama di dunia iaitu "world's longest running bull market." sehingga kita capai tahap tertinggi pada awal bulan Mei sebelum PRU14.

https://www.bloomberg.com/news/articles/2017-07-26/malaysia-home-to-the-world-s-longest-bull-market-faces-an-election-test

Indeks saham negara naik dari 800 mata pada masa saya mula menjadi PM sehingga hampir 1,900 mata sebelum PRU14.

Nilai pasaran saham meningkat dari RM600 bilion kiepada RM2 Trilion.

Kekayaan RM1.4 Trilion dibina pada masa itu dan jumlah besar dari kekayaan dikongsi dengan seluruh Rakyat.

Akibatnya, pada tempoh 9 tahun ini:
- Dana Tabung Haji naik dari RM21 bilion menjadi RM74 bilion
- Dana KWSP naik dari RM341 bilion ke RM841 bilion
- Nilai aset PNB naik dari RM120 bilion ke RM280 bilion
- KWAP naik dari RM52 bilion ke RM141 bilion.
- Aset bersih Petronas naik dari RM248 bilion ke RM438 bilion
- Khazanah naik dari RM34 bilion ke RM117 bilion

Tapi Raykat tak suka "world's longest running bull market"

Ataupun pasaran saham yang sering mencipta rekod tahap tertinggi.

Raykat lebih suka "World's worst share market" dan kekayaan dan pertumbuhan ekonomi yang menurun.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2019/04/16/bursa-malaysia-keeps-missing-out-on-global-rally/

Raykat lebih suka mendengar cerita-cerita dongeng seperti Malaysia dalam bahaya, hutang RM1 trilion, saya pembunuh Altantuya, saya menteri kewangan paling teruk, BN jual negara dan kita ke arah bankrap atau dijajah dari pihak PH yang kuat menghasut.

Sebenarnya, saya juga sedikit menyesal bahawa saya secara peribadi tidak menggunakan lebih banyak masa untuk menulis panjang-lebar seperti ini semasa saya PM supaya auta-auta dari PH disangkal dan diperbetulkan.

Tetapi pada masa itu, saya dan rakan-rakan kita di BN terlalu fokus untuk menjayakan Pelan Transformasi Negara yang kita rancangkan.

Akibatnya, kita tewas di PRU14 kerana ramai yang telah termakan fitnah bahawa Malaysia ke arah bankrap walaupun realiti ialah sebaliknya.

FB Najib Razak

Kementerian Kewangan lulus kontrak rundingan terus?

KUALA LUMPUR – Ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) lantang dengan pendirian melaksanakan tender terbuka dalam perolehan kerajaan sebelum ini, tersebar dalam media sosial surat kelulusan oleh Kementerian Kewangan yang meluluskan permohonan Kementerian Dalam Negeri untuk melaksanakan perolehan kerajaan secara rundingan terus.

Tersebar dalam media sosial hari ini sehelai surat daripada Kementerian Kewangan yang meluluskan pelaksanaan perolehan secara rundingan terus Kementerian Dalam Negeri dengan syarikat Motorola Solutions Malaysia Sdn. Bhd. (MSMSB).

Ia berhubung kontrak perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti bagi peralatan infrastruktur, server, perisian dan radio pengguna Sistem Royal Malaysia Police Net (RMPNET) untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).Surat bertarikh 28 Mac 2019 itu dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan ditujukan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Menurut surat yang disebarkan oleh pengguna Twitter, Azmanhaj itu, Kementerian Kewangan tidak meluluskan permohonan Kementerian Dalam Negeri untuk melaksanakan perolehan tersebut secara rundingan terus dengan MSMSB bagi tempoh lima tahun dengan anggaran kos sebanyak RM380 juta.

Namun begitu, Kementerian Kewangan bersetuju supaya Kementerian Dalam Negeri diluluskan untuk melaksanakan perolehan berkenaan secara rundingan terus dengan syarikat MSMSB bagi tempoh satu tahun sahaja dengan anggaran kos sebanyak RM56.3 juta supaya sistem RMPNET tersebut tidak terjejas. – UTUSAN ONLINE

Rakyat Malaysia Tersenarai Sebagai Negara Ketiga Paling Malas di Dunia

Sikap malas memang ada dalam diri setiap individu dan hanya kita sahaja yang perlu bijak melawan rasa malas yang dilihat hanya perkara biasa, tapi ia boleh mengakibatkan pelbagai masalah jika tidak ditangani.

Untuk pengetahuan korang, Malaysia adalah negara yang rakyatnya paling tinggi menghidap penyakit obesiti dan ini bersangkut dengan rekod negara ketiga paling malas di dunia.

Mengikut kajian University Stanford Amerika Syarikat, mereka telah megeluarkan kiraan purata bahawa rakyat Malaysia hanya berjalan sebanyak 3,963 langkah ataupun bergerak sehari.
Memetik dari laporan Harian Metro juga, kajian terbabit telah menggunakan aplikasi khas yang terdapat pada telefon pintar dan merekodkan kira-kira 700,000 pergerakan yang melibatkan sebanyak 46 buah negara di serata dunia.

Jadi, negara mana pula yang memegang rekod paling rajin?
Penduduk Hong Kong telah diiktiraf sebagai negara paling rajin di dunia apabila kajian menunjukkan penduduknya berjalan dan bergerak sebanyak 6,880 langkah sehari manakala diikuti dengan negara China di tempat kedua yang merekodkan jumlah 6,189 langkah sehari.

Negara Singapura merupakan negara palng rapat dengan kita, tetapi Singapura berada di tangga ke 9 dengan rekod purata melangkah sebanyak 5.674 sehari. Negara yang sentiasa maju ke depan ialah negara Jepun yang berada di tangga ke 4 dan purata melangkah dalam sehari sebanyak 6,010.
Jika Malaysia ditangga ketiga paling malas, negara mana pula di bawah kita?
Menurut kajian Malaysia berada di ranking 44 dan di bawah kita adalah Arab Saudi yang hanya mengumpul purata 3,807 langkah sehari dan negara jiran kita Indonesia pula telah menjadi negara paling malas di dunia apabila hanya mengumpul purata 3,513 langkah sehari.

Walaubagaimanapun, menurut Penulis Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Ahmad Salim Bachok bahawa tidak dijamin manusia yang banyak bergerak dan berjalan itu adalah yang lebih rajin dan produktif berbanding yang kurang berjalan.
Manusia banyak bergerak tidak jamin lebih rajin.
Ini kerana, negara-negara yang lebih maju seperti Hong Kong, Jepun dan Singapura telah mempunyai banyak kemudahan awam bagi kemudahan rakyat mereka dan menjadikan rakyat di negara tersebut perlu lebih bergerak dan berjalan.

Lain pula di Malaysia dan Indonesia yang masih bergantung dengan kenderaan sendiri seperti kereta, motorsikal untuk bergerak terus ke tempat kerja.

Apa yang kita dapat lihat, tidak kiralah negara mana yang lebih maju atau mundur, kerana apa yang mengukur sesuatu kejayaan negara itu adalah dari sikap penduduknya yang perlu lebih maju dan menjauhi dari sikap negatif bagi menjamin masa hadapan yang lebih baik.-OH MEDIA

Myanmar migrant caught with 112kg kratom powder

PRACHUAP KHIRI KHAN: A Myanmar illegal migrant was arrested along Tanaosri mountain range in Muang district with 112kg of kratom powder to be sold to Myanmar crewmen, police said.

A combined team of military task force troops, border patrol police, immigration officers and local police spotted a man riding a motorcycle laden with a fertiliser sack at Hup Phueng village in tambon Huay Sai, in the mountains bordering with Myanmar, on Tuesday morning, Col Chalermphol Sangtong, deputy commander of Jong Ang Suek military task force, said during a media briefing on Tuesday.

When officers signalled the bike to stop, the rider sped off. The team gave chase and managed to arrest the man. Officers found small plastic bags of kratom powder in the fertiliser sack.

The man, identified as Kyaw Soe Rae, 40, a Myanmar national working in tambon Huay Sai in Muang district of Prachuap Khiri Khan, failed to produce official entry documents when asked, the deputy commander said.

He confessed to smuggling the drugs and later took the officers to a nearby forest area where he had hidden three fertiliser sacks containing kratom powder. Officers seized a total of 28 plastic bags containing 112kg of the powder. He was taken to the 146th Border Patrol Police Company for interrogation, said Col Chalermphol.

Jorsuarae told authorities that he had bought the kratom powder in Myanmar for 600 baht per kilo and smuggled it across the border into this southern province. The drugs were to be sold to Myanmar crewmen at Khlong Wan pier in Muang district for 900 baht per kilo, the deputy commander said.

Authorities charged him with possessing drugs classified as a Category 5 substance with intent to sell, and illegal entry. He was later handed over to police at Khlong Wan police station for legal action.

The siezure of the drugs came after Col Chalermphol ordered the combined team of officers to keep a close watch on drug smuggling in the area.-BANGKOK POST

Why such rainy, cold weather in the Middle East this spring?

DUBAI: Unstable weather conditions across the Middle East and North Africa (MENA) have left residents and experts wondering why spring in the region has felt more like winter.

From cloud seeding to climate change, a number of reasons have been attributed to the storms, rainfall and lightning that have hit the region this month.

“It’s usually warmer in April. This isn’t familiar weather in this period,” said Dr. Ahmad Habib, a meteorological expert at the National Center of Meteorology in the UAE. “It’s a period of instability for all the region.”

Last month, the Saudi General Authority for Meteorology and Environmental Protection warned of thunderstorms, dust and active winds in the southwestern city of Najran and the western city of Al-Baha.

Citizens and residents were warned of wind and dust limiting visibility, with a chance of rain and clouds in the Tabuk region, including coastal areas.

Climate experts have called the sudden change in weather “exceptional” compared to the last three years of dryness witnessed across MENA. Last week, several parts of Tunisia were hit by snow and torrential rainfall, causing fatalities. Floods and colder temperatures were also felt throughout the Levant.-ARAB NEWS

Fighting over Libya’s capital Tripoli has displaced 18,000: UN agency

CAIRO: The UN migration agency says recent clashes between rival Libyan militias for control of Tripoli have displaced more than 18,000 people.
UN spokesman Stephane Dujarric said on Monday in New York that the International Organization for Migration reported that 13 civilians are among the 146 killed so far in clashes since the self-styled Libyan National Army launched a major military offensive on April 5.
Dujarric says around 3,000 migrants remain trapped in detention centers in and close to conflict areas.
The fighting pits the Libyan National Army, led by commander Khalifa Haftar against militias affiliated with Tripoli’s UN-backed government.
The clashes threaten to re-ignite civil war such as the 2011 one that toppled and killed longtime dictator Muammar Qaddafi. Libya is split between rival governments in the east and west.-ARAB NEWS

Pemimpin Kafir Adil Lebih Baik Dari Pemimpin Muslim Zalim?

Sebagian orang mengatakan demikian untuk membenarkan mengangkat orang kafir sebagai pemimpin. Sebagian mengklaim ini perkataan Ibnu Taimiyyah, padahal hal itu tidak benar. Sebagian lagi menisbatkan perkataan ini pada Ali bin Abi Thalib radhiallahu’anhu. Yang benar, perkataan ini pun bukan perkataan Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu, akan tetapi perkataan seorang imam (pendeta) Syiah yaitu Sayyid Ibn Thawus, ketika bangsa Mongol menguasai Baghdad dan menjilat pemimpin mereka Hulago Khan.

Dia berkata,

الحاكم الكافر العادل هو افضل من المسلم الجائر، بأن لنا عدل الكافر العادل عندما يحكم وعليه وزر كفره لوحده

بينما لنا ظلم المسلم الجائر اذا حكم،وله لوحده اسلامه الذي يثاب عليه،وهو اسلام شكلي بالطبع…

“Penguasa yang kafir tapi adil lebih afdhal daripada penguasa muslim yang zalim, Karena keadilan penguasa kafir yang adil adalah bagi kita pada saat dia berkuasa, sedangkan dosa kekafirannya adalah untuk dirinya sendiri. Sedangkan kezaliman penguasa muslim yang jahat adalah bagi kita saat dia berkuasa, sedangkan keislamannya adalah bagi dirinya sendiri”1

Jelas perkataan ini tidak benar, karena sangat jelas dalam Al-Quran ada larangan agar tidak menjadikan non-muslim sebagai pemimpin. Para ulama sudah ijma (konsesus) dalam hal ini.

Allah Ta’ala berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاء بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (QS. Al Maidah: 51),

Pemimpin kafir sudah pasti akan berusaha menekan Islam dan mereka tidak akan ridha dengan Islam. Mereka akan menghilangkan syiar islam secara langsung ataupun perlahan-lahan dan kita lihat bagaimana sejarah dunia sudah banyak hal ini terjadi.

Allah Ta’ala berfirman,

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.” (Al Baqarah: 120).

Jika direnungkan maka orang kafir sudah melakukan kedzaliman terbesar yaitu melakukan perbuatan syirik menyekutukan Allah. Allah Ta’ala berfirman,

إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

“Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar” (QS. Lukman: 13).

Maka orang kafir sebaik apapun ia di mata manusia, ia adalah orang yang berbuat kezaliman paling besar lebih besar dari pada seorang Muslim yang dianggap zalim oleh manusia.

Semoga kaum muslimin terjaga dari perkataan dan propaganda tidak benar ini.

@Laboratorium RS Manambai, Sumbawa Besar – Sabalong Samalewa

***

Penyusun: Raehanul Bahraen

Artikel Muslim.or.id

Al Adab As Sulthaniyyah, karya Ibnu Ath Thaqthaqiy. Riwayat lain yang sama:
لما فتح السلطان هولاكو بغداد في سنة ست وخمسين وستمائة أمر أن يستفتى العلماء أيهما أفضل: السلطان الكافر العادل أم السلطان المسلم الجائر ؟ ثم جمع العلماء بالمستنصرية لذلك ، فلما وقفوا على الفتيا أحجموا عن الجواب وكان رضيُّ الدين علي بن طاووس حاضراً هذا المجلس وكان مقدماً محترماً ، فلما رأى إحجامهم تناول الفتيا ووضع خطه فيها بتفضيل العادل الكافر على المسلم الجائر ، فوضع الناس خطوطهم بعده). (الآداب السلطانية لابن الطقطقي/2) ↩

Sahabat muslim, yuk berdakwah bersama kami. Untuk informasi lebih lanjut silakan klik disini. Jazakallahu khaira



Baca selengkapnya https://muslim.or.id/27693-pemimpin-kafir-adil-lebih-baik-dari-pemimpin-muslim-zalim.html


Sunday, 14 April 2019

Kenyataan Pemimpin PH Jadikan Fikiran Rakyat Lebih Nazak

RASANYA nazak fikiran rakyat untuk memahami maksud kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau pernah 22 tahun dipilih sebagai ketua kerajaan dan kini dipilih sekali lagi setelah tumbangnya Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-14.

Namun ingat fikir dan kenyataannya jauh berbeza, sungguh tiada negara yang wujud didunia ini harga barang keperluan rakyat lebih murah walaupun peningkatan produktivi tinggi berbanding negara lain.

Seperti dilapor Utusan online, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat bahawa gaji yang tinggi tanpa peningkatan produktiviti adalah sia-sia selain hanya meningkatkan harga barangan dan perkhidmatan.

Katanya, cabaran utama ahli-ahli perniagaan di negara ini pada waktu ini adalah meningkatkan produktiviti merentasi ekonomi negara.

“Standard kehidupan nasional dan keupayaan dalam mengubah Malaysia sepenuhnya kepada status negara maju akan dipengaruhi kuat oleh keupayaan kita untuk meningkatkan kadar produktiviti.

Patutlah asyik tumbang calon PH apabila berlaku PRK.

Saturday, 13 April 2019

Tony Pua minta Najib henti kelirukan rakyat

KUALA LUMPUR 13 April - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa hanya bermuslihat di sebalik berlian merah jambu bagi mengelirukan rakyat bahawa pembelian rantai berlian bernilai US$27 juta dengan wang 1MDB tidak wujud.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mendakwa, Najib sekali lagi dilihat cuba menafikan kenyataan bahawa isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor telah membeli rantai berlian merah jambu yang bernilai US$27 juta.

Berikut adalah kenyataan Tony Pua tersebut:
Datuk Seri Najib Razak perlu hentikan muslihat berlian merah jambu dan mengelirukan rakyat bahawa pembelian rantai berlian US$27 juta dengan wang 1MDB tidak wujud

Datuk Seri Najib sekali lagi dilihat cuba menafikan kenyataan bahawa isteri beliau, Rosmah Mansor telah membeli rantai berlian merah jambu yang bernilai US$27 juta.

Najib tidak boleh menyembunyikan sebenarnya terdapat dua versi penceritaan berbeza yang sedang berlegar. Cerita yang sedang digembur-gemburkan oleh beliau hanya tentang berlian dan barang kemas yang dibawa masuk oleh ejen dan dibawa masuk ke Malaysia untuk dilihat oleh Datin Seri Rosmah.

Akan tetapi skandal sebenar berlian merah jambu yang sering diketengahkan dalam kes 1MDB ini, bukanlah tentang berlian merah jambu yang dibawa oleh agen. Sebaliknya, skandal ini merujuk kepada rantai pink diamond 22-karat yang ditempah melalui Jho Low untuk Rosmah Mansor dan dibayar dengan duit yang berpunca daripada 1MDB.

Kes ini hakikatnya telah dihuraikan dalam pendakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dalam “No. CV 17-4438 Verified Complaint For Forfeiture In Rem” bagi kes “United States of America, V. Certain Rights To And Interests In The Viceroy Hotel Group” pada 15 Jun 2017.

Laporan DOJ menunjukkan berlian ini telah dibeli daripada pereka berlian yang bertapak di New York, Lorraine Schwartz Inc.

Pada Julai 5, 2013, Schwartz telah bertemu dengan Jho Low dan Rosmah di perairan Monaco, Perancis, di atas ‘Topaz’, yang merupakan antara kapal layar mewah terbesar di dunia. Jho Low telah menyewa kapal sepanjang 147 meter ini untuk 7 hari dengan kos €3.5 juta, yang juga dibayar dengan wang berpunca daripada pinjaman 1MDB.

Di atas Topaz, Schwartz telah mempamerkan berlian tersebut kepada Jho Low, Rosmah dengan kawan-kawannya. Mereka juga membincang reka bentuk rantai berlian yang akan memegang berlian merah jambu 22-carat tersebut.

Pada September 28, 2013, Schwartz sekali lagi berjumpa dengan Jho Low dan Rosmah Mansor di Hotel Mandarin Time Warner di New York untuk menunjukkan gambar rajah rantai berlian yang telah direka.

Schwartz telah mengeluarkan 2 invois ke atas pembelian berlian ini. Invois yang pertama bertarikh Julai 3, 2013 berjumlah US$23 juta untuk berlian “22.17carat Natural Fancy Intense Pink VS2 clarity (GIA#2115637296) Cut-Cornered Square Modified Brilliant Cut diamond.”

Invois kedua bertarikh Julai 31, 2013 untuk US$4.3 juta untuk rantai berlian yang akan memegang berlian di atas, yang bertulis “one graduate fancy intense pink and oval white diamond necklace with interchangeable pendant to ring.”

Menurut bukti dakwaan DOJ, kesemua invois ini telah dibayar dengan dana yang disalurkan daripada US$681 juta atau RM2.6 bilion yang telah dimasuki ke dalam akaun peribadi Dato’ Seri Najib Razak di Ambank, yang berpunca daripada pinjaman bon 1MDB pada tahun 2013.

Akhirnya, rantai berlian merah jambu dihantar kepada Rosmah Mansor melalui rakannya di Hong Kong pada Mac 7, 2014.

Dalam wayang skandal berlian merah jambu ini, “bossku” seperti biasa cuba memainkan watak yang dianiayai dan ditindas tetapi hakikatnya Najib Razak sedang menyembunyikan fakta pembelian “pink diamond” dan seterusnya menutup dosa pengubahan wang haram 1MDB.

Saya ingin mencabar Dato’ Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah untuk menafikan secara spesifik ke atas kesemua dakwaan dan bukti yang telah dikemukakan oleh DOJ. Apa sebabnya, sehingga hari ini, pasangan suami isteri ini tak pernah menafikan perkara ini?

Sudahlah berfoya dengan duit yang dirompak daripada rakyat, sekarang cuba memperbodohkan rakyat dengan aliran fakta yang bercelaru dan menyembunyikan fakta sebenar pula. - UTUSAN ONLINE

Wednesday, 10 April 2019

Akta MKN dahsyat, pinda beri kuasa kepada Agong

KUALA LUMPUR, 9 April — Pindaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini bertujuan menyekat perdana menteri dari menggunakan kuasanya mengisytiharkan kawasan tertentu sebagai ‘kawasan keselamatan’, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dan jika seseorang ditangkap (dalam kawasan keselamatan) mati, tidak akan ada siasatan. Jadi ini beri perdana menteri kuasa tentang hidup mati seseorang. Ini dahsyat, perdana menteri tidak harus punya kuasa itu.

“Kuasa itu harus ada pada Agong. Sekurang-kurang ada sekatan,” perdana menteri memberitahu sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Pindaan itu bertujuan memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan di Malaysia sebagai ‘kawasan keselamatan’.

Kuasa itu mengikut Akta MKN sebelum ini diperuntukkan kepada Perdana Menteri. — Bernama

Rosmah dihadapkan ke Mahkamah

DATIN Seri Rosmah Mansor akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu berhubung kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak.

Ini merupakan kali kedua isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu didakwa berkaitan kes yang sama.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya telah mendapat izin mendakwa daripada Jabatan Peguam Negara bagi membuat pertuduhan terhadap Rosmah.

Rosmah bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 16(A)(a) Akta SPRM 2009, katanya.Terdahulu, Rosmah yang menaiki kereta Proton Perdana hitam dilihat memasuki bangunan ibu pejabat SPRM di sini pada 1.45 tengah hari sebelum keluar kira-kira dua jam selepas itu.

Menurut kenyataan SPRM, suruhanjaya itu menahan Rosmah pada 1.45 tengah hari selepas hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir kes solar dan kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Pada November tahun lepas, Rosmah didakwa atas dua pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima rasuah RM1.5 juta dalam kes penyelewengan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi sekolah di Sarawak.

Beliau mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan itu yang didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.- Bernama

Cadang Empat Nama Ganti MB Johor

KUALA LUMPUR 9 April - Peletakan jawatan Datuk Osman Sapian menghangatkan spekulasi siapa bakal menggantikan beliau sebagai Menteri Besar Johor.

Ahli Dewan Undangan Nege­ri (ADUN) Kempas itu seperti mana diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di Parlimen hari ini menyerahkan surat peletakan jawatan semalam kepada Perdana Menteri dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Pengunduran Osman yang menurut Dr. Mahathir tidak memberi sebarang alasan sememangnya sudah diduga apabila beliau tidak menghadiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Si­nga­pura di Putrajaya, hari ini.

Tempat beliau diganti oleh Dr. Sahruddin Jamal yang dikatakan antara calon yang disenaraikan untuk mengambil alih kepe­mimpinan negeri Johor jika Osman meletakkan jawatan.


Kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri itu sekali gus mengesahkan pertemuan antara Osman dengan Dr. Mahathir semalam bukan berkaitan Pemukiman Pemim­pin Malaysia-Singapura sebalik­nya berhubung kedudukan ADUN Kempas itu dalam me­nerajui Johor.

Osman yang bertanding atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menjadi Menteri Besar pertama meletakkan jawatan selepas 11 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah negeri itu dan negara.

Selain itu, beliau yang menjadi Menteri Besar Johor Ke-16 selepas namanya dipersembahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar oleh Bersatu mencatatkan sejarah sebagai individu yang meme­gang jawatan berkenaan paling singkat di negeri tersebut iaitu tidak sampai setahun.

Dalam sejarah kepemimpinan negeri Johor, sebelum ini individu yang memegang jawatan menteri besar paling singkat ialah Datuk Mohamed Datuk Mahbob bagi tempoh Julai 1922 hingga September 1923.

Bagaimanapun peletakan jawatan Osman bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana menurut sumber, Sultan Johor beberapa bulan lalu dikatakan sudah menitahkan penggantian menteri besar dilakukan.

“Keadaan itu disebabkan kakitangan kerajaan negeri dan rakyat sudah tidak tahan lagi dengan ketidakcekapan Osman dalam mentadbir Johor,” kata sumber berkenaan.

Titah Sultan Johor untuk me­nukar Osman disahkan oleh Tengku Mahkota Johor dalam ciapan dalam laman Twitter hari ini.

Dalam ciapan itu baginda bertitah:

“Titah untuk tukar Menteri Besar dah lama tetapi orang lain pula nak ambil kredit dan mi­leage (ke­lebihan) kononnya dia arahkan.

“Ke Bawah Duli Tuanku sudah meneliti untuk tukar menteri besar sejak berbulan lalu. Ja­ngan lupa, kuasa memilih menteri besar adalah hak mutlak Sultan. Cukup cukuplah politiking.’’

Penggantian Osman juga se­kali gus akan membuktikan be­liau bukanlah pilihan is­ta­na se­perti mana digembar-gem­bur­kan oleh banyak pihak.

“Kalau pilihan Istana sudah tentu beliau akan dikekalkan dalam apa keadaan sekali pun, senario politik di beberapa nege­ri sebelum ini sudah membuktikan perkara itu, tetapi apabila Tuanku Sultan sendiri mahu menteri besar ditukar di­sebabkan prestasi, maknanya Osman bukan individu kesaya­ngan istana seperti dituduh banyak pihak, lagipun sebelum ini bukan Istana yang mencadangkan nama Osman untuk menduduki jawatan tersebut tetapi Bersatu,’’ kata sumber berkenaan.

Sumber itu berkata, tuduhan mengatakan Sultan Johor memilih nama menteri besar secara bersendirian adalah tidak benar kerana nama Osman dicadangkan oleh Bersatu selepas tiada lagi calon yang lebih layak.

“Ia memandangkan selain Presiden Bersatu, Tan Sri Muh­yiddin Yassin akan memegang jawatan di peringkat Pusat, Osman adalah orang nombor dua dalam kepemimpinan parti ber­kenaan di Johor. Selepas mendapat nama itu barulah Tuan­ku Sultan melantik Osman,’’ kata sumber berkenaan.

Mengenai pengganti Osman, sumber itu berkata, selain Dr. Sahruddin yang merupakan ADUN Bukit Kepong daripada Bersatu, turut disebut-sebut ialah seorang lagi pemimpin Bersatu Johor iaitu ADUN Pu­teri Wangsa, Mazlan Bujang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri.

“Selain beliau, Pengerusi Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri, Khuzzan Abu Bakar (ADUN Seme­rah-PKR) dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam dan Pendidikan Negeri, Aminolhuda Hassan (ADUN Parit Yaani-Ama­nah) turut berada senarai calon.

“Tuanku Sultan hanya ber­kenan dicadangkan empat nama ini daripada kepemimpinan Pakatan Harapan. Ia memandangkan pengalaman mereka selama hampir setahun sebagai exco boleh membantu melicinkan pentadbiran kerajaan negeri,’’ katanya.

Sumber itu turut menegaskan, jika selain daripada nama itu dicadangkan Tuanku Sultan berhak menolak dan tidak mustahil DUN boleh dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

“Perlu diingat dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Johor, Sultan Johor sebagai Raja Peme­rintah mempunyai kuasa mutlak untuk memilih atau melantik sesiapa sebagai menteri besar ne­geri itu,’’ kata sumber itu lagi.-Utusan Malaysia

Italy keeps troops in Libya despite Khalifa advance

ROME: Italy on Tuesday confirmed that it would keep its military missions in Tripoli and Misrata despite the advance of strongman Khalifa Haftar's forces on the Libyan capital.
Miasit, launched in January 2018, will "continue in order to make assistance activities in Libya more incisive and efficient", the Italian defence ministry said in a statement.
UN chief Antonio Guterres has appealed for an immediate halt to fighting in Libya after Haftar's forces claimed an airstrike on Tripoli's only functioning airport.
Thousands have fled violence in the capital city, according to the United Nations, since Haftar launched a surprise assault last week which has left dozens dead.
Italy's Bilateral Mission of Assistance and Support in Libya "supports Libyan authorities in their pacification and stabilisation activities in the country and against human trafficking, smuggling and threats to security."
No figures were provided for the current deployment but the mission has previously included around 100 troops in Tripoli and 300 in Misrata, about 200 kilometres (130 miles) to the east.
Troops from former colonial power Italy are involved in "training and technical and infrastructure assistance for Libyan security forces," in Tripoli, the statement said.
In Misrata, the troops provide security and assistance to a hospital within a military academy for the UN-backed Government of National Accord.
The oil-rich northern African country has been rocked by violent power struggles between an array of armed groups since the NATO-backed overthrow of dictator Moamer Kadhafi in 2011.
The UN-backed Government of National Accord (GNA) controls the capital, but its authority is not recognised by a parallel administration in the east of the country, backed by Haftar.-ARAB NEWS

Angelina Jolie Bakal Berlakon Filem Marvel

PELAKON dan pengarah Angelina Jolie mengesahkan dia bakal berlakon dalam filem Marvel bertajuk The Eternals.

Menurut laporan Mirror.co.uk, Jolie bakal membawa watak sebagai Sersi dalam filem tersebut.

Bagaimanapun, barisan pelakon dan karakter lain masih belum didedahkan kepada umum.

Filem yang akan memulakan pra-produksi pada September depan berkisahkan tentang sekumpulan bangsa makhluk mistik yang dicipta oleh Celestial.

Ia diarahkan oleh Chloe Zhao yang terkenal dengan beberapa projek indie seperti Songs My Borther Taught Me.

Watak Sersi yang bakal dilakonkan Jolie merupakan seorang wanita berkuasa yang telah hidup berabad lamanya dalam kalangan manusia.

Sersi dilahirkan di Olympia, Greece ketika zaman kejatuhan Atlantis dan Lemuria.

Dia berbeza dengan rakan-rakan Eternals yang lain kerana Sersi selesa berada di sekeliling manusia.

Dia akhirnya berhijrah meninggalkan bandar tersembunyi 'The Eternals' dan hidup di dalam peradaban manusia.

Dalam pada itu, peminat turut teruja menantikan filem 'Avengers: Endgame' yang akan ditayangkan pada hujung April ini.

Menteri Besar Johor Akhirnya Letak Jawatan

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa Datuk Osman Sapian telah secara rasminya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Johor.

"MB Johor meletak jawatan semalam (8 April) melalui surat kepada saya dan saya akan menghantar surat kepada Sultan Johor," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di lobi Parlimen pada Selasa.

Ditanya sama ada ada orang yang mengambil alih kedudukan itu, Dr Mahathir memberitahu terdapat tiga hingga empat calon berpotensi.

Beliau juga berkata bahawa menteri besar baru mesti berasal dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

"Buat masa ini, Johor tidak mempunyai menteri besar," katanya.-mStar

Teluk Ha Long antara 35 tercantik dunia

TELUK Ha Long, Vietnam telah dinobat sebagai antara 35 keajaiban asli paling cantik di dunia dalam senarai akhbar Business Insider yang berpangkalan di Amerika Syarikat, lapor Agensi Berita Vietnam.

Menurut laman sesawang agensi berita berpangkalan di Hanoi itu, keindahan Teluk Ha Long di utara wilayah Quang Ninh menjadikannya antara lokasi pelancong yang terkenal di Vietnam.

Ia turut mengesyorkan pelancong agar mengunjungi pulau batu kapur yang menakjubkan serta diiktiraf oleh Unesco dengan bot.

Kawasan pergunungan terapung di teluk itu serta airnya yang berwarna hijau zamrud telah digunakan sebagai lokasi bagi filem seperti Kong: Skull Island.

powered by Rubicon Project
Keajaiban asli Asia lain yang mendapat pujian Business Insider termasuk Hutan Batu, Taman Geologi Bentuk Bumi Zhangye Danxia dan Gua Tianmen di China, Teres Padi Tegalalang di Indonesia dan Pulau Jeju di Korea Selatan.

Sebelum ini, Teluk Ha Long menduduki tempat ke-14 dalam senarai 100 Warisan Dunia Tercantik Unesco 2018 Business Insider.

Dua kali diiktiraf Unesco sebagai tapak warisan global berdasarkan nilai lanskap dan geologinya, Teluk Ha Long telah menjadi satu tarikan kepada pengunjung. Tahun lepas, wilayah Quang Ninh menyambut ketibaan sejumlah 12.3 juta pengunjung, termasuk 5.2 juta warga asing dan meraih sebanyak 24 trilion VND (AS$1.03 bilion) sebagai hasil pelancongan.-- Bernama

Tuesday, 9 April 2019

Tiada pengeluaran luar biasa di Tabung Haji

Kalut ribut di laut heboh taufan di darat berkaitan bayaran hibah Tabung Haji bagi tahun 2018 hanya sebanyak 1.25% adalah paling rendah dalam sejarah.

Berlebihan bising adalah golongan politik tidak pro parti kerajaan. Sahabat syaitan juga turut meletakkan sedikit saham akhiratnya.

Tersebarlah fenomena kalau gamak dikalangan masyarakat seolah-olah bumi terbelah dek kiamat sedang berlaku.

Berita pencarum akan mengeluarkan caruman mereka kerana hibah rendah mula menular.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Zukri Samat berkata, urusan di semua cawangan TH berjalan seperti biasa dan tiada pengeluaran yang luar biasa berlaku. Jika tidak percaya dengan berita ini sila hubungi Datuk Seri Zukri Samat dengan apa cara sekalipun.

Kata beliau lagi: “Cawangan kami melaporkan urusan seperti biasa malah cawangan-cawangan kami turut menerima caruman deposit baharu.”

“Saya ingin menegaskan bahawa khabar angin yang tular di media sosial adalah sama sekali tidak benar dan tidak berasas. Ini merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.”

Lebih jadi penyibuk rupanya mereka yang tidak mencarum.

Tiga Mutiara Fikir Kaki Palu

Memburu kekasih menjauhi kamu tidak akan menemukan siapa diri kamu sebenarnya.
-Kaki Palu

Orang yang berani gagal dan tidak mengeluh sebenarnya mereka sedang memperolehi kejayaan.
-Kaki Palu

Jangan kecewa pada kegagalan kerana kegagalan pintu pertama menuju kejayaan.
-Kaki Palu

Disaat Lemah Katakan Ini Pada Diri Anda

Katakan pada diri anda,"‘aku akan terus bangun, berdiri dan berlari, kerana aku bukan lemah!’