Sumber tempatan di Tulkarem melaporkan kepada wartawan PIC bahawa tentera rejim Zionis telah memecah masuk rumah ahli parlimen Fatehi al-Qarawi di kem pelarian Nur Shams dan menahan anak beliau, Yazan selepas menimbulkan kekocohan di dalam rumah tersebut. Didalam serbuan yang sama, kedua-dua abang Yazan telah dipukul selepas melakukan serbuan di rumah mereka.
Sumber tempatan di Qalqilia melaporkan kepada wartawan PIC di bandar tersebut bahawa tentera Israel telah memecah masuk sebuah rumah yang diduduki 2 orang muda sebelum menahan mereka di rumah tersebut.
Konfrontasi berskala besar berlaku selepas tentera Israel menembak gas pemedih mata kearah peserta. Menyebabkan kebanyakkan dari mereka sesak nafas.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi
-palestinkini
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci