Kalut ribut di laut heboh taufan di darat berkaitan bayaran hibah Tabung Haji bagi tahun 2018 hanya sebanyak 1.25% adalah paling rendah dalam sejarah.
Berlebihan bising adalah golongan politik tidak pro parti kerajaan. Sahabat syaitan juga turut meletakkan sedikit saham akhiratnya.
Tersebarlah fenomena kalau gamak dikalangan masyarakat seolah-olah bumi terbelah dek kiamat sedang berlaku.
Berita pencarum akan mengeluarkan caruman mereka kerana hibah rendah mula menular.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Zukri Samat berkata, urusan di semua cawangan TH berjalan seperti biasa dan tiada pengeluaran yang luar biasa berlaku. Jika tidak percaya dengan berita ini sila hubungi Datuk Seri Zukri Samat dengan apa cara sekalipun.
Kata beliau lagi: “Cawangan kami melaporkan urusan seperti biasa malah cawangan-cawangan kami turut menerima caruman deposit baharu.”
“Saya ingin menegaskan bahawa khabar angin yang tular di media sosial adalah sama sekali tidak benar dan tidak berasas. Ini merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.”
Lebih jadi penyibuk rupanya mereka yang tidak mencarum.
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci