728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 24 April 2018

    Apa Motif Fathia Latiff Kongsi Foto Intim Elizabeth Tan & Zul Ariffin?





    KUALA LUMPUR: Tindakan Fathia Latiff memuat naik foto Elizabeth Tan bersama Zul Ariffin sambil mendoakan yang terbaik buat mereka mengejutkan penyanyi lagu Setia itu.

    Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy berharap tidak ada pihak yang salah faham dengan perkongsian foto itu terutama kapsyen yang mengiringinya.

    "Saya dimaklumkan pengurus mengenai perkara itu. Lucu ada... Terkejut pun ada. Ini kerana tidak semena-mena Fathia memuat naik gambar saya dan Zul sedangkan kami sedang berlakon bersama.

    "Saya tidak pernah berjumpa Fathia, apatah lagi berkawan dengannya," katanya kepada BH Online.

    Tiga hari lalu, Elizabeth memuat naik foto memaparkan dirinya bersama Zul dipercayai dirakam di lokasi penggambaran filem Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof di Bukit Fraser, Selangor.

    Fathia dipercayai membuat paparan skrin dan berkongsi foto yang sama, awal pagi tadi. Namun perkongsian itu sudah ditarik balik.

    Sebelum ini, Zul menjadi bualan peminat selepas mengumumkan putus cinta dengan pelakon, Zahirah Macwilson.

    Elizabeth berkata, perkongsian Fathia itu diharap tidak menimbulkan salah faham peminat atau individu yang rapat dengan aktor berkenaan.

    "Biarpun tidak mengenali Fathia secara rapat, saya mendoakan yang terbaik buat dirinya," katanya.

    Mengulas mengenai kerjaya nyanyian, Elizabeth yang bernaung di bawah pengurusan Warner Music, bakal tampil dengan dua single terbaharu selepas Aidilfitri.

    "Single terbaharu yang dijangka dilancarkan pada 9 Julai depan ibarat 'comeback' setelah lama menyepi daripada bidang nyanyian.

    "Tidak sabar hendak menantikan reaksi pendengar kerana genre seperti lagu Korea yang tidak pernah saya hasilkan," katanya.


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Apa Motif Fathia Latiff Kongsi Foto Intim Elizabeth Tan & Zul Ariffin? Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top