Monday, 30 April 2018

Nawawi Ahmad Fokus Kepada Peluang Kerja & Perniagaan Buat Anak Muda Langkawi






Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad berjanji akan membantu golongan muda dengan mencipta peluang pekerjaan dan peniagaan jika sekali lagi diberi kepercayaan sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

Itu adalah fokus utama beliau kerana baginya setiap anak muda di kawasan ini mendapat pekerjaan atau membuka perniagaan sendiri bagi membantu mereka menjana pendapatan khususnya menjadi usahawan dalam sektor pelancongan.

Tambah Nawawi, beliau juga akan meminta kerjasama daripada jabatan dan agensi-agensi kerajaan bagi membuka peluang kepada golongan muda ini memperoleh pekerjaan.

Antara perniagaan yang mendapat perhatian di Langkawi adalah perniagaan makanan berkonsepkan food truck, jadi ejen pelanconga, memberi perkhidmatan bot dan banyak lagi peluang pekerjaan lain yang boleh dicipta.

Sementara itu, Nawawi berkata, selain memberi fokus kepada orang muda, pihaknya juga tidak melupakan golongan wanita di kawasan ini.

Jelasnya, kaum wanita juga perlu diberikan peluang khususnya dalam bidang perniagaan secara atas talian bagi membantu mereka menjana pendapatan terutama melibatkan suri rumah.

Memetik Utusan Online, beliau juga menekankan peserta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di kawasan tersebut supaya dikembangkan jumlah keahlian supaya memudahkan mereka menjalankan pelbagai perniagaan.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei depan, Nawawi yang juga penyandang kerusi Parlimen Langkawi bakal berhadapan saingan calon PKR, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Zubir Ahmad daripada Pas.

Sunday, 29 April 2018

PPBM Bertanding Sesama Sendiri Di Kerusi DUN Kuah





ALOR SETAR - Mohamad Ratu yang merupakan bekas Ahli Jawatankuasa PPBM Bahagian telah mengambil keputusan bertanding di atas tiket bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuah, kerana tidak berpuas hati dengan calon yang di ketengahkan PPBM.

Beliau telah membuat kejutan itu apabila tampil menghantar borang pencalonan semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi di sini semalam.

Keputusan itu bakal menyaksikan Mohamad Ratu bakal menentang bekas Ketua Pemuda PPBM Bahagian Langkawi, Mohd. Firdaus Ahmad yang menggunakan tiket PKR dan calon BN, Nor Saidi Nanyan serta Mazlan Ahmad dari Pas.

Mohamad Ratu berkata, beliau memilih untuk bertanding atas tiket Bebas di DUN Kuah kerana membantah pencalonan Mohd. Firdaus apabila dia tidak dipilih kerana dikatakan tidak mengikut prosedur yang betul melalui mesyuarat Pakatan Harapan.

Sebaliknya tegas beliau, nama Mohd. Firdaus tiba-tiba sahaja diumumkan sebagai calon sedangkan individu yang bertungkus lumus membuat kerja selama ini langsung tidak mendapat tempat.

Memetik Utusan Online, katanya, individu yang diangkat oleh parti itu juga langsung tidak dikenali di DUN Kuah selain ditolak oleh akar umbi di kawasan berkenaan.

Sebelum ini, lebih 5,000 penduduk telah menandatangani petisyen bagi menolak Mohd. Firdaus yang kemudiannya dihantar kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, namun tidak ada sebarang tindakan diambil.

Tambah Mohamad Ratu, beliau yakin jumlah bantahan petisyen itu boleh melonjak sehingga 10, 000 dan baginya sangat rugi jika letak calon yang terang-terang di tolak.

Katanya lagi, dia bertanding atas tiket Bebas adalah kerana ingin berjuang dan membawa perubahan di Kuah selain mencapai kemenangan di kawasan tersebut dalam PRU-14.

Saya Setia Terhadap Penduduk Pekan - Najib





Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tetap setia dan tidak pernah mengambil mudah terhadap kawasan serta penduduk Parlimen Pekan.

Najib yang mempertahankan kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) untuk penggal ke-10 berkata beliau akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif dan bekerja kuat supaya pengundi dapat melihat sendiri apa yang diusahakan dan dicapai serta membuat keputusan di peti undi berdasarkan pencapaian terbabit.

"Sebagai Ahli Parlimen Pekan, saya menyimpan harapan cukup besar untuk memastikan kebajikan setiap penduduk Pekan terjaga dan untuk Pekan terus membangun maju dan berjaya.

"Hari ini impian dan harapan terbabit sudah dapat dicapai, Pekan cukup pesat membangun dalam pelbagai bidang, daripada pendidikan sehinggalah ke pekerjaan," kata Najib menerusi catatan di laman blog www.najibrazak.com, semalam.

Katanya, siapa sangka kawasan kecil seperti Pekan mempunyai Institut Pengajian Tinggi seperti Kampus Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Automotif DRB-Hicom selain menjadi pilihan kilang-kilang syarikat terkemuka dunia beroperasi seperti Mercedes-Benz, Volkswagen, Isuzu dan Suzuki yang menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

"Malah, saya cukup berbangga Kilang Mercedes-Benz di Pekan ini adalah kilang pertama di luar negara Jerman yang diberi kepercayaan untuk memasang model paling mewah Mercedes-Benz iaitu S-Class!," katanya.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata pembangunan di Pekan adalah satu contoh pentingnya kestabilan serta kesinambungan politik yang memastikan setiap perancangan dilakukan untuk kawasan dapat dilaksanakan.

"Selain itu, pembangunan dapat dizahirkan di Pekan dan juga di semua kawasan pimpinan BN adalah kerana wakil rakyatnya sentiasa berkhidmat untuk rakyat dan memikirkan kepentingan mereka," kata Najib yang menjadi anggota Parlimen Pekan sejak 1976.

Najib berkata pegangan BN adalah supaya calon yang dipilih mampu terus membawa suara dan kepentingan rakyat, dan untuk mereka diadili oleh pengundi atas khidmat jasa mereka sepanjang menjadi wakil rakyat.

"Ini jauh berbeza dengan parti pembangkang yang memilih calon mereka bukan berdasarkan kepada keinginan mereka untuk berkhidmat kepada kawasan dan rakyat setempat.

"Sebab itulah banyak calon mereka berpindah randah daripada satu kawasan kepada satu kawasan yang lain selepas satu penggal sahaja, BN tidak akan sesekali menjadi seperti pembangkang," katanya.

"Pembangkang ini licik, mereka melarikan diri ke kawasan yang difikirkan 'selamat' pada pandangan mereka, dan merampas hak rakyat untuk menilai prestasi pada penggal terdahulu.

"Mungkin ada yang gusar sebab sepanjang perkhidmatan, asyik mengabaikan penduduk kawasan, atau mungkin juga ada yang dahulu menang pun sebab memfitnah, kali ini angkat kaki, risau rakyat di kawasan itu akan mengadili selepas mereka ketahui kebenaran," kata Najib.

Dalam pada itu, Najib berkata penduduk dan pengundi di Pekan cukup bijak dalam membuat pilihan.

"Rekod dalam PRU ke-13 membuktikan betapa orang Pekan begitu selesa bersama saya dan Barisan Nasional apabila kita berjaya mengekalkan kerusi Parlimen dengan majoriti undi cukup besar iaitu 35,163 undi," katanya.

Najib berkata beliau yakin masyarakat di Pekan secara khususnya dan Malaysia secara amnya akan memilih dan mengundi pada 9 Mei nanti berdasarkan kepada fakta yang terbentang dan rekod pencapaian BN yang tersedia, bukannya sentimen dan berita-berita hasutan palsu yang dibawa pembangkang.

"BN mampu menang dengan majoriti yang lebih besar, bukan sahaja untuk kerusi Parlimen Pekan tetapi juga untuk lain-lain kerusi di seluruh negara!

"Sesungguhnya hanya Bersama BN, kita mampu Hebatkan Negaraku!," katanya yang akan berhadapan tentangan calon PKR Mohamad Zahid Mat Arip, wakil PAS Kapten (B) Ahiatudin Daud dan calon Bebas Datuk Kadir Sainudin pada PRU-14, 9 Mei ini. - BERNAMA

Pesawat Dr Mahathir Didakwa Tak Dapat Permit Mendarat Lah Pula...





BUTTERWORTH 28 April - Meskipun Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah mengesahkan tiada sebarang unsur sabotaj terhadap pesawat calon PKR Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad, semalam, namun anak perempuannya, Marina terus membuat dakwaan kononnya perkara sebaliknya berlaku.


Menurut Marina yang juga aktivis politik, masalah yang berlaku kononnya pesawat berkenaan tidak mendapat permit untuk mendarat di Langkawi.


Katanya, kebenaran itu bagaimanapun hanya diperoleh pada saat-saat akhir sahaja.


"Mereka (merujuk kepada Barisan Nasional) sebenarnya cuba nak menghalang kita sebab mereka takut akan kebenaran," dakwanya dalam ceramah Mega DAP di padang Dewan Datuk Haji Ahmad Badawi, di sini malam tadi.


Dalam kejadian itu, pesawat yang sepatutnya dinaiki Mahathir bagaimanapun dilaporkan rosak secara tiba-tiba sebelum pemimpin itu berlepas ke Langkawi pagi tadi untuk proses penamaan calon.


Berdasarkan siasatan, Pengerusi CAAM, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, memberitahu, pesawat tersebut sebenarnya gagal terbang disebabkan masalah teknikal kecil dan kesalahan rutin iaitu kebocoran udara dari bahagian kiri tayar depan pesawat tersebut. - UTUSAN ONLINE

Angin Pesawat Kurang, Bukannya Sabotaj Dr Mahathir - CAAM





PUTRAJAYA - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan tiada sebarang unsur sabotaj terhadap pesawat yang dinaiki calon Perdana Menteri sementara gabungan pembangkang PKR, Tun Dr. Mahathir Mohamad, semalam.

Pengerusinya, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata, berdasarkan siasatan pihaknya mendapati pesawat tersebut gagal terbang disebabkan mengalami masalah teknikal kecil dan kesalahan rutin iaitu kebocoran udara dari bahagian kiri tayar depan pesawat tersebut.

"Berdasarkan siasatan yang dibuat oleh CAAM hari ini termasuk dengan membuat pengesahan terhadap rekod dokumentasi pesawat, pemeriksaan fizikal pesawat dan menemu bual juruterbang serta pekerja penyenggaraan pesawat khas milik Dr. Mahathir itu mendapati tiada sebarang laporan kerosakan dibuat.

"Kecuali terdapat kebocoran udara dari bahagian tayar hadapan kiri yang dibuat semalam. Pihak CAAM juga telah dimaklumkan oleh pekerja penyenggaraan bahawa tekanan angin terhadap bahagian tayar tersebut rendah. Mereka kemudian menservis dan memantau tekanan tayar tersebut, mereka mendapati tekanannya jatuh sehingga dua psi setiap minit," katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Beliau berkata, berdasarkan buku log perjalanan dan teknikal Vistajet pada muka surat 55778 yang dicatat semalam mengesahkan berlakunya kebocoran udara pada bahagian tersebut namun, tayar tersebut tidak dapat diganti kerana tidak mempunyai tayar gantian lain.

Sehubungan itu, katanya CAAM turut membuat pemeriksaan terhadap bahagian tayar tersebut dan mendapati ia sama dengan laporan yang dibuat sebelum ini.

"Dakwaan sabotaj terhadap pesawat sangat serius dan boleh memberikan impak terhadap reputasi Malaysia dalam bidang penerbangan secara keseluruhan.

"Secara moral juga ia merupakan kesalahan kerana membuat satu dakwaan liar dan tuduhan palsu demi kepentingan politik," katanya. - UO

Saturday, 28 April 2018

Jika Tak Puas Hati, Bawa Ke Mahkamah - SPR





Mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat semasa proses penamaan calon hari ini dialu-alukan membawa perkara itu ke mahkamah, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengapa Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang, atau lebih dikenali sebagai Tian Chua, diibatalkan kertas pencalonannya di pusat penamaan calon di Batu hari ini.

"Keputusan yang dibuat dalam masa pencalonan ialah dibuat oleh RO (Pegawai pengurus pilihan raya). Jadi sesiapa sahaja mana-mana calon yang merasai dia perlu membantah dia boleh buat bantahan atau petisyen dan kemukakan di mahkamah nanti.

"Kalau kita nak soal jawab di sini pun yang berlaku bukan di sini, (berlaku di) tempat mereka.

"Jadi saya harap supaya bila dibawa ke mahkamah, mahkamahlah yang buat keputusan," kata Mohd Hashim dalam sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

Apabila diasak soalan mengapa Tian Chua dibenarkan bertanding pada tahun 2013 walaupun didenda RM2,000 oleh mahkamah pada masa itu, beliau merujuk alasan yang diberikan oleh pegawai pengurus pilihan raya.

"Kena tengok dari segi peraturan dan undang-undang yang dikenakan kepada dia. Mungkin itu alasan yang dibuat oleh RO.

"Berapa jumlah denda yang dikenakan ataupun mahkamah putuskan berapa. Mungin tahap itu yang menyebabkan dia hilang kelayakan untuk bertanding," kata beliau.

Hashim berkata hanya mahkamah dapat memastikan kelayakan Tian Chua untuk bertanding pada PRU14 atau sebaliknya.

"Kita tak tahu keputusan yang akan dibuat, kita jangan kata dia tak bertanding. Kita tak tahu keputusan yang akan dibuat mahkamah," katanya tanpa menghuraikan lebih lanjut.

Tian Chua hari ini membuat laporan polis selepas SPR membatalkan kertas pencalonannya.

Sementara itu, Mohd Hashim turut memberikan jawapan sama ketika ditanya mengapa calon PKR bagi kerusi DUN Rantau di Negeri Sembilan, Dr S Streram, tidak dibenarkan memasuki dewan pencalonan kerana tidak mempunyai pas calon yang dikeluarkan SPR.

Perkara itu menyebabkan S Streram hilang kelayakan bertanding di kerusi itu sekali gus memberikan kemenangan percuma kepada calon BN, Datuk Seri Mohammad Hassan.

Friday, 27 April 2018

BN Yakin Menang PRU14, Catat Keputusan Lebih Baik





Percakaran luaran dan dalaman Pakatan yang diterajui Tun M memberi kelebihan kepada BN untuk menang besar dalam PRU14 pada 9 Mei nanti. Menerusi wawancara dengan media antarabangsa, Bloomberg, PM Najib Razak juga yakin rakyat semakin bosan dengan drama tagih simpati Tun M yang kononnya mahu menyelamatkan Malaysia, namun hakikatnya bekas PM itu hanya tamakkan kuasa!

Bukan itu sahaja, pergolakan PKR-DAP-PPBM-PAN sejak akhir-akhir ini menyebabkan pengundi Cina, yang sering didakwa Pakatan sebagai penyokong mereka, merasa bosan dengan karenah pemimpin gabungan itu. Najib yakin sokongan terhadap Pakatan juga semakin merudum memandangkan tiada lagi bantuan dari PAS.

Beberapa hari menjelang PRU14, Najib menyatakan keyakinannya bahawa BN akan mencatatkan keputusan yang lebih baik pada kali ini malah bertegas tiada pergerakan untuk merubah kerajaan sedia ada.

#BersamaBN #DahulukanRakyat

Harga Minyak Tidak Berubah Berminggu-Minggu Kerana PRU14?






HARGA MINYAK TIDAK BERUBAH BERMINGGU-MINGGU KERANA PRU?

#TahukahAnda: Bahawa harga minyak melonjak naik ke paras tertinggi semenjak sekian lama harga minyak jatuh beberapa tahun ini?

Pembangkang berkata bahawa kerajaan adalah penentu harga minyak (bahan api) tanpa mengikut harga pasaran dunia. Kan bodoh namanya tu..?

Kalau dah harga minyak naik..bermaksud PETRONAS atau NEGARA MENJANA KEUNTUNGAN daripada hasil jualan minyak mentah tersebut. Lebihan keuntungan itulah menjadi kontra untuk seimbangkan harga minyak (yang sudah diproses) untuk kegunaan tempatan.

UNTUNG salah, RUGI pun salah! Hal congak kedai kopi macam tu pun tak boleh nak fikir lagi kecoh nak cerita kisah ekonomi. #SilaMeninggal lah weii..!

Pandei tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajor puak #GengIQ41 ni. Semakin hari semakin bangang jadinya.

Rujuklah graf di bawab ini. Perbezaan harga minyak selama 3 bulan & 3 tahun disertakan untuk pengetahuan kita semua.

Rujukan harga minyak dunia: http://hargaminyak.net



Thursday, 26 April 2018

Zubir Ahmad Calon PAS Parlimen Langkawi Rasa Sinar Disebalik PH & BN





Calon PAS bagi kawasan parlimen Langkawi, Zubir Ahmad, melihat ada potensi cerah untuk parti itu melakar kemenangan di pulau Mahsuri berkenaan.

Menurut Zubir, di sebalik nama-nama besar yang bertanding di Langkawi, ada kelebihan yang memihak kepada PAS.

Kata ahli perniagaan itu, kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke Langkawi adalah sebagai ahli politik veteran yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

"Dr Mahathir akan menarik lebih daripada 25 peratus sokongan pengundi Umno," katanya yang turut berdepan penyandang kerusi Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad.

Dalam keadaan sokongan pengundi Umno berpecah antara Dr Mahathir dan Nawawi, di situlah Zubir melihat PAS mempunyai peluang.

“Kalau 25 peratus dia (Dr Mahathir) tarik, dia (jadi) macam papan jungkit.

"Dia akan terompong (turun atau berkurangan) di sana, dia akan naik (meningkat) di sini.

"Jadi PAS mengambil peluang ini dan melihat kepada suasana pada hari ini dan situasi politik semasa, bermakna PAS mempunyai harapan ataupun peluang yang cerah," katanya.

Calon yang bertenaga

Zubir dinamakan sebagai calon PAS mewakili Gagasan Sejahtera untuk menghadapi pertarungan Dr Mahathir dan Nawawi pada PRU ke-14 yang diadakan pada 9 Mei ini.

Ia diumumkan sendiri Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi di Kota Sarang Semut.

Dr Mahathir dinamakan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (HARAPAN) jika gabungan empat parti pembangkang utama itu berjaya mengetepikan BN buat kali pertama dalam sejarah.

Pada 16 April lalu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjanjikan Gagasan Sejahtera akan menurunkan calon yang "bertenaga" bagi menghalang kemenangan mudah Dr Mahathir atau Nawawi.

Tanggapan awal daripada kenyataan itu ialah Gagasan Sejahtera akan diwakili tokoh dari Parti Ikatan Rakyat Malaysia (IKATAN) yang dipimpin bekas menteri kanan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Beberapa hari kemudian Abdul Kadir memberitahu sebuah portal, IKATAN tidak bercadang mahu meletakkan calon di Langkawi dan perkara itu sudah dimaklumkan kepada pimpinan PAS lebih awal.

Zubir pernah bertanding di kawasan parlimen Langkawi pada PRU ke-11 (2004) dan berdepan dengan Datuk Abu Bakar Taib. Ketika itu Zubir - seorang ahli perniagaan makanan laut - mendapat 5,738 undi manakala Abu Bakar 16,510 undi.

Majoriti yang memisahkan mereka ialah 10,772 undi.

Pada PRU ke-12 Abu Bakar dicabar calon PKR, Wan Salleh Wan Isa, namun BN kekal di Langkawi walaupun jumlah majoriti yang dimenangi menurun kepada 4,970 undi.

Pada PRU ke-13 Nawawi mengalahkan Ahmad Abdullah (PKR) dan calon bebas Marina Hussein dengan majoriti 11,861 undi.

Data terkini menunjukkan Langkawi mempunyai 37,536 pengundi berdaftar dengan 91 peratus adalah Melayu berbanding Cina 6 peratus, India 2 peratus dan lain-lain 1 peratus.






Wednesday, 25 April 2018

“Setiap Kali Tiba Musim Pilihan Raya, Ramai Syaitan Yang Keluar” Dakwa Pegawai Rosmah





Pembantu khas isteri perdana menteri Datuk Rizal Mansor mengeluarkan suatu kenyataan hari ini bagi menjawab dakwaan klip audio yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp.

"Saya telah mendapat satu klip audio yang disebarkan melalui Whatsapp.

"Tidak tahu la syaitan mana yang punya suara, tapi saya tidak hairan kerana setiap kali tiba musim pilihan raya, semakin ramai syaitan-syaitan yang keluar membuat fitnah," kata Rizal dalam suatu hantaran di media sosial.

Empunya suara dalam klip audio itu mendakwa mendapat maklumat daripada temannya yang bekerja di kementerian kewangan.

"Saya bukannya anti Umno atau BN tapi benci dengan kepimpinan dia orang yang terlalu corruption yang terlalu membazir.

Dakwa dua CCTV kos RM7 juta

"Saya berumur 31 tahun dan berkawan dengan orang berkerjaya, salah seorang kawan saya sekarang bekerja di kementerian kewangan.

"Awak tahu dia bekerja di bahagian e-perolehan, bahagian sistem kerajaan duit keluar masuk," dakwa empunya suara itu.

Rizal menjawab satu-persatu dakwaan dalam klip audio itu yang antaranya mendakwa sepinggan kek hari jadi Rosmah berharga RM75,000 dan dua buah CCTV di bilik Rosmah di Putrajaya memakan belanja RM7 juta.

"Kek hari jadi apa yang berharga RM75,000? Kalau ada boleh tunjuk dekat saya, di mana ia dibeli?" Soal Rizal.

Rizal juga mempertahankan Rosmah yang didakwa empunya suara dalam klip audio itu sebagai isteri perdana menteri pertama yang memiliki pejabat di Putrajaya.



"Datin Seri Rosmah bukan isteri perdana menteri pertama yang ada pejabat di Putrajaya.

"Tetapi dia adalah isteri perdana menteri pertama yang tidak mempunyai pejabat di Putrajaya," kata Rizal.

Empunya suara itu turut mendakwa kos memasang CCTV di bilik Rosmah itu memakan belanja perbendaharaan kerajaan sebanyak RM7 juta.

"Pasang CCTV dua biji dekat bilik dia. Dia satu-satunya isteri perdana menteri yang ada bilik di Putrajaya, tahu dia claim berapa?

"CCTV jer pun, RM7 juta pembaziran yang amat dan terlalu berfoya-foya. Ini kerajaan yang zalim," dakwa empunya suara.

Empunya suara tampil ke depan

Bagaimanapun, Rizal menafikan dakwaan mengenai CCTV di bilik Rosmah itu.

"Dua buah CCTV berharga RM7 juta?
"Seperti yang saya nyatakan, DS Rosmah tidak ada pejabat di MOF ataupun PMO, jadi CCTV yang dia sebut ni pasang di pejabat mana?" Jelas Rizal.

Pegawai Rosmah juga mencabar pemilik suara tersebut untuk tampil membuat tuduhan secara terbuka.

"Saya mencabar tuan empunya suara dapat tampil ke depan dan buat tuduhan secara terbuka.

"Jangan jadi bacul dan penakut untuk buat fitnah menggunakan Whatsapp," kata Rizal yang berkata pihaknya akan membuat laporan pada SKMM mengenai perkara itu.

Tuesday, 24 April 2018

PAS Wajar Calonkan Subky Cabar Dr. Mahathir Di Langkawi?





Kerusi Parlimen Langkawi diperuntukkan kepada Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir untuk bersaing dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan calon Barisan Nasional (BN) merebut kerusi tersebut.

Ketika sidang media selepas pelancaran dokumen Malaysia Sejahtera malam tadi Everly Hotel, Putrajaya, Pengerusi Gagasan Sejahtera, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu media, Tan Sri Kadir menolak untuk bertanding kerusi tersebut dan lain-lain kerusi dalam pilihanraya umum ke14 ini.

Beliau menyebut, kerusi tersebut akan ditandingi oleh PAS dalam pilihanraya kali ini. Tidak pula dinyatakan nama calon yang agak standing dengan wibawa atau setidak2nya sekufu bagi diletakkan bagi menentang Tun M di Langkawi.

Baru-baru ini, saya berjupa dengan Subky Latif yang dah lama berehat daripada politik hamper sedekad atau lebih lamanya. Sekarang apabila diberikan tugas sebagai Ketua Sidang Assabiqun Pusat, beliau kelihat cergas balik menggerakkan Sidang Assabiqun disemua peringkat yang dianggarkan seramai 300,000 orang.

Jika diberikan peluang bertanding oleh PAS untuk Subky Latif mencabar Tun Dr Mahathir di Langkawi, kemungkinan Subky sanggup menghadapi Tun M di Langkawi sebagai pertandingan ulangan kepada pusingan pertama dahulu pada tahun 1999 di Kubang Pasu ketika Tun Mahathir masih menjadi Perdana Menteri bila beliau ditawarkan oleh Pesuruhjaya Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak dan Presiden PAS, Ustaz Fadhil Noor ketika itu.

Mengenai pemilihan Subky, Naib Presiden Pas, Mustaffa Ali ketika itu dilaporkan berkata: ''Beliau adalah 'gergasi' yang boleh menggegar.'' Ketika itu, Subky yang merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan

Subky yang kami kenal lewat tukisan beliau akan menerima apa sahaja tugas dan arahan yang akan diberikan pimpinan kepada beliau untuk dilaksanakan. Setelah 20 tahun berlalu, apakan kemungkinan sekali lagi Subky akan dipilih menentang Tun Dr M dilangkawi pula? Kita tunggu langkah PAS selanjutnya. - Editorial 1 Media

Apa Motif Fathia Latiff Kongsi Foto Intim Elizabeth Tan & Zul Ariffin?





KUALA LUMPUR: Tindakan Fathia Latiff memuat naik foto Elizabeth Tan bersama Zul Ariffin sambil mendoakan yang terbaik buat mereka mengejutkan penyanyi lagu Setia itu.

Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy berharap tidak ada pihak yang salah faham dengan perkongsian foto itu terutama kapsyen yang mengiringinya.

"Saya dimaklumkan pengurus mengenai perkara itu. Lucu ada... Terkejut pun ada. Ini kerana tidak semena-mena Fathia memuat naik gambar saya dan Zul sedangkan kami sedang berlakon bersama.

"Saya tidak pernah berjumpa Fathia, apatah lagi berkawan dengannya," katanya kepada BH Online.

Tiga hari lalu, Elizabeth memuat naik foto memaparkan dirinya bersama Zul dipercayai dirakam di lokasi penggambaran filem Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof di Bukit Fraser, Selangor.

Fathia dipercayai membuat paparan skrin dan berkongsi foto yang sama, awal pagi tadi. Namun perkongsian itu sudah ditarik balik.

Sebelum ini, Zul menjadi bualan peminat selepas mengumumkan putus cinta dengan pelakon, Zahirah Macwilson.

Elizabeth berkata, perkongsian Fathia itu diharap tidak menimbulkan salah faham peminat atau individu yang rapat dengan aktor berkenaan.

"Biarpun tidak mengenali Fathia secara rapat, saya mendoakan yang terbaik buat dirinya," katanya.

Mengulas mengenai kerjaya nyanyian, Elizabeth yang bernaung di bawah pengurusan Warner Music, bakal tampil dengan dua single terbaharu selepas Aidilfitri.

"Single terbaharu yang dijangka dilancarkan pada 9 Julai depan ibarat 'comeback' setelah lama menyepi daripada bidang nyanyian.

"Tidak sabar hendak menantikan reaksi pendengar kerana genre seperti lagu Korea yang tidak pernah saya hasilkan," katanya.

Media Sosial Jadi Medium Penyampai Maklumat Utama PRU14





MELAKA – Calon Barisan Nasional (BN) Wong Nai Chee akan menggunakan media sosial secara meluas sebagai medium penyampaian maklumat secara terus dan tepat kepada pengundi khususnya pengundi baharu sepanjang proses Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Wong, 49, yang bertanding atas tiket MCA bagi Parlimen Alor Gajah berkata ini kerana berdasarkan maklumat awal, terdapat kira-kira 10,000 pengundi baharu yang didaftarkan di bawah parlimen itu, termasuk pengundi luar pada PRU14

“Jumlah pengundi baharu yang agak besar ini merupakan antara cabaran yang perlu kita tangani secara berkesan akan segala maklumat khususnya tentang Manifesto BN negeri dan pusat dapat disampaikan secara jelas kepada golongan sasaran.

“Selain itu, perjumpaan dengan pengundi baharu juga akan dilakukan secara kerap sepanjang tempoh yang ada ini dengan kerjasama jentera BN,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon BN negeri Melaka oleh Pengerusi BN negeri Datuk Seri Idris Haron di sini, semalam.

Wong sebelum ini pernah bertanding di Parlimen Kota Melaka pada 2004 dan 2008 namun hanya menang pada tahun 2004 sebelum berehat seketika pada PRU13 dan tampil semula pada PRU14 untuk bertanding di Parlimen Alor Gajah menggantikan penyandangnya Datuk Koh Nai Kwong.

Koh pada PRU14 ini dicalon sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Machap Jaya menggantikan Datuk Lai Meng Chong yang berundur bagi memberi laluan kepada calon lain.

Mengulas tentang persaingan yang bakal dihadapinya di parlimen berkenaan, Wong yang merupakan Anggota Majlis Tertinggi MCA dan Ahli Majlis Presiden MCA itu berkata ia dilihat agak sengit memandangkan persaingan itu dijangka melibatkan empat penjuru.

“Bagaimanapun saya yakin dan percaya dengan sokongan jentera parti komponen BN, segala cabaran atau rintangan akan dapat dihadapi dengan baik sekaligus mempertahankan kerusi berkenaan dan membantu kemenangan BN,” katanya yang sebelum ini merupakan Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Anak kelahiran Batang Tiga yang aktif dalam politik bersama MCA sejak 1998 itu berkata penampilan semula beliau pada PRU14 merupakan satu kepercayaan dan amanah daripada pucuk pimpinan BN dan ia akan digalas sebaik mungkin.

Sementara itu, calon muda yang ditampilkan MCA untuk bertanding di kawasan Parlimen Kota Melaka Choo Wei Sern, 31, yakin BN dapat menawan semula parlimen berkenaan walaupun ia merupakan kawasan hitam bagi BN ekoran kemenangan pembangkang dua penggal berturut-turut.

“Keadaan politik di Melaka pada hari ini secara keseluruhannya terutama Kota Melaka berbeza berbanding pilihan raya umum sebelum ini…banyak perpecahan yang mana PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang.

“DAP pula berpecah dengan empat bekas wakil rakyat parti itu keluar parti dan bertanding calon bebas,” kata peguam berkenaan yang juga merupakan bekas Presiden Kelab MCA Luar Negara di United Kingdom dari 2006 hingga 2008.

Beliau berkata situasi tersebut merupakan satu kelebihan kepada BN namun ia tidak boleh dipandang remeh dan kerja kuat perlu dilakukan jentera parti komponen untuk menawan kerusi tersebut.

Penyandang kerusi Parlimen Kota Melaka pada PRU13 ialah Sim Tong Him yang keluar parti DAP pada tahun lepas dan akan bertanding atas tiket bebas pada PRU14 di DUN Kota Laksamana. – BERNAMA

Penjawat Awam Yang Jadi Calon PRU14 Perlu Letak Jawatan - KSN





KUALA KRAI – Penjawat awam yang berkhidmat secara tetap atau kontrak yang dipilih sebagai calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei depan, perlu meletakkan jawatan masing-masing, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.


Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab penjawat awam untuk mematuhi prosedur itu yang dilaksanakan sebelum ini.


“Kita kena tengok jumlah (penjawat awam menjadi calon) selepas berlangsungnya penamaan calon Sabtu ini, pada hari tersebut automatik semuanya akan terjawab,” katanya kepada pemberita pada Program Ziarah Kebajikan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) di Hospital Kuala Krai (HKK) di sini, semalam.


Turut hadir Yang Dipertua Puspanita Datuk Seri Rohani Abdullah, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir dan Pengarah HKK Dr Mohd Salleh Mat Jusoh.


Pada program itu, Ali yang juga penasihat Puspanita turut menyerahkan sumbangan daripada persatuan itu berjumlah RM103,000 kepada HKK bagi pembelian peralatan dan ubat-ubatan hospital berkenaan selain sumbangan kepada pesakit.


Terdahulu, beliau yang dalam rangka lawatan selama dua hari di Kelantan meluangkan masa melawat hospital baharu Kuala Krai, di sini yang dilaporkan 99 peratus siap.


Beliau berkata pembinaan hospital yang dilengkapi peralatan canggih dengan kos RM300 juta tersebut menunjukkan kerajaan persekutuan benar-benar ingin membantu rakyat Kelantan. – BERNAMA

Monday, 23 April 2018

Rawi Hamid Akan Cabar Tun Mahathir Di Parlimen Langkawi?




SEMINGGU sebelum tarikh penamaan calon PRU14 berlaku, suasana di Pulau Lagenda Mahsuri berubah wajah. Dalam kesamaran Biru Tua dan Biru Muda, ditampah perencah pula terselit hijau 'Bulan Purnama', penduduk Langkawi riuh memperkatakan tentang sebuah nama yang tidak asing lagi.

Dato' Haji Mohd Rawi Bin Haji Abdul Hamid telah disebut-sebut bakal menjadi calon BN bagi kerusi Parlimen P.004 Langkawi. Sekali gus beliau akan menentang seorang calon yang bukan calang-calang anak, iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad.

Nama Mohd Rawi mula disebut selepas selesainya Majlis Pelancaran Manifesto BN Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim Suka Menanti, Alor Setar.

Sehari selepas itu, Mohd Rawi dilaporkan telah dipanggil untuk ke PWTC, Kuala Lumpur manakala penyandang iaitu Datuk Ir Haji Nawawi Bin Haji Ahmad pula dilaporkan hanya berada di sekitar Alor Setar, Kedah.

Mohd Rawi merupakan ADUN Ayer Hangat selama 2 penggal dan sekarang telah diberi kepercayaan sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah sejak anak Dr Mahathir menjadi Menteri Besar lagi.

Khidmat Mohd Rawi diteruskan oleh Menteri Besar semasa iaitu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang difahamkan dipersetujui oleh pihak Istana.

Selain fasih dalam 5 bahasa, Mohd Rawi juga dikatakan amat rapat dengan Istana Anak Bukit di Alor Setar.

Daripada desas desus ini, ramai memberitahu bahawa penerimaan rakyat terhadap Mohd Rawi adalah positif dan berkemungkinan besar Dr Mahathir akan mengalami laluan sukar untuk menang.

Ir Haji Nawawi pula dikatakan bakal bertanding di kerusi DUN Ayer Hangat yang mana merupakan kawasan diwakili Mohd Rawi sekarang ini.

Manakala seorang lagi wakil rakyat di pulau itu adalah Nor Saidi Haji Nanyan. Wakil rakyat muda itu dengar khabar akan terus kekal menjadi calon BN bagi kawasan DUN Kuah yang dimenangginya pada PRU13 lalu.

Bagaimanapun desas desus ini akan terjawab semasa majlis pengumuman calon BN Kedah yang akan berlaku pada 24 April 2018, Selasa di Seri Mentalon, Alor Setar. - KAKI PALU

Satu 'Kesilapan' Besar Buat MyPPP Tanding Di Segambut




Presiden myPPP, Tan Sri M Kayveas sekali lagi menegaskan adalah satu ‘kesilapan’ besar untuk parti itu menerima kerusi Parlimen Segambut yang ketika ini kemenangannya hanya samar-samar.

Menurut Kayveas, tindakan menerima kerusi yang begitu sukar untuk dimenangi dan didominasi oleh DAP bukannya tindakan bijak, terutama apabila parti berada di ambang krisis.

“Saya sejak awal lagi telah menolak pelawaan kerusi Parlimen Segambut sebagai ganti Cameron Highlands. Untuk myPPP, kita tidak berikan kerusi yang banyak. Mungkin satu sahaja.

“Peluang untuk kita bertanding dan menang besar adalah di Cameron Highlands, itu juga kerana hasil kerja keras kita selama empat tahun kebelakangan ini. Jika menang, banyak lagi perkara yang myPPP boleh lakukan.

“Jika dari awal lagi kerusi Segambut diberikan kepada kita, mungkin usaha yang di taburkan di Cameron Highlands kita sudah curahkan di sini. Apa yang boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat apatah lagi seandainya itu adalah kubu kuat pihak lawan?

“Tetapi pada masa yang sama, saya tidak akan menahan atau melarang sesiapa dari myPPP untuk bertanding di Segambut dan ternyata Datuk Loga Bala berminat. Saya tidak akan berkata apa-apa lagi. Ianya terpulang, tetapi ini bukan keputusan saya atau parti,” katanya memetik laporan media semalam.

Loga Bala yang merupakan Naib Presiden myPPP menerima tawaran untuk bertanding di kerusi Parlimen Segambut menentang Penyandang Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh dari DAP.

Sebelum ini, penyandangnya Lim Lip Eng yang menang besar di Segambut kini berpindah ke Kepong setelah calon veteran popular DAP, Tan Seng Giaw digugurkan.

Loga Bala yang juga merupakan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dalam satu temuramah baru-baru ini berkata, sudah tiba masanya untuk masyarakat India di Kuala Lumpur mempunyai wakil di Parlimen dan tidak kisah sama ada daripada Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN).

Saturday, 21 April 2018

1MDB Masih Belum Dihubungi Oleh Penyiasat Antarabangsa, Kata CEO




Tulisan asal oleh:
Nyshka Chandran, CNBC, 20 April 2018

1Malaysia Development Berhad (1MDB), firma pelaburan yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia yang dikaitkan dengan siasatan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya enam negara, masih belum dihubungi oleh mana-mana penyiasat antarabangsa, menurut ketua syarikat itu.

"Syarikat itu masih belum dihubungi oleh DOJ," kata CEO Arul Kanda Kandasamy kepada "Street Signs" CNBC pada hari Jumaat, merujuk kepada Jabatan Kehakiman AS. "Walaupun kami kekal bersikap terbuka dan telah menyatakan kesanggupan kami untuk memberi kerjasama, setakat ini, tidak ada pihak berkuasa antarabangsa yang menghubungi 1MDB."

Bahagian jenayah Jabatan Kehakiman, yang mengendalikan kes pengubahan wang haram, masih belum memberi tindak balas setakat masa artikel ini diterbitkan apabila CNBC memohon ulasan mengenai penegasan Arul Kanda.

Dakwaan pada tahun 2015 bahawa Perdana Menteri Malaysia Najib Razak menerima berjuta-juta dalam akaun bank peribadinya daripada tabung 1MDB telah menyebabkan penyiasatan merangkumi AS, Switzerland, Singapura dan lain-lain.

Najib - yang telah dibersihkan daripada sebarang tuduhan jenayah oleh peguam negara Malaysia - dan 1MDB telah menafikan sebarang salah laku.

Penglibatan Jabatan Kehakiman AS

Menurut tuntutan undang-undang sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman AS, kira-kira $4.5 bilion telah disalahgunakan dari 1MDB oleh pegawai dana dan sekutu mereka.

"Dengan menggunakan dokumen dan perwakilan yang palsu, konspirator bersama itu didakwa mencuri dana menerusi satu siri transaksi yang kompleks dan syarikat yang digunakan sebagai kenderaan dengan akaun bank yang terletak di AS dan di luar negara," kata jabatan itu dalam kenyataan 2017. Urusniaga itu termasuk hak filem untuk filem Hollywood "Wolf of Wall Street," barang kemas dan karya seni yang bernilai berjuta-juta ringgit.

Mengenai siasatan AS, Arul Kanda berkata ia "sangat spesifik berhubung penyitaan aset tertentu dan berkaitan dengan individu tertentu, jadi 1MDB bukan sebahagian daripada penyiasatan itu, kami bukanlah subjek siasatan itu."

Kapal layar bernilai $250 juta yang dipercayai telah dibeli dengan wang 1MDB dan milik jutawan Malaysia Jho Low baru-baru ini telah disita di Bali.

Skandal kewangan itu – yang merupakan salah satu daripada yang terbesar di dunia - telah menggegarkan politik Malaysia dan melibatkan pihak seperti Goldman Sachsand dan Hollywood.

Keadaan kewangan 1MDB telah menjadi kebimbangan utama selepas kegagalan yang diketahui umum mengenai satu siri bon pada tahun 2016, yang mencetuskan kebimbangan bahawa Kuala Lumpur perlu untuk menyelamatkan dana itu.

Arul Kanda, bagaimanapun, berkata kepada CNBC: "Saya sangat berbangga untuk mengatakan bahawa 1MDB tidak memungkiri sebarang kewajipan pembayarannya. Kami terus melangsaikan hutang itu."

Hutang syarikat, katanya, berjumlah kira-kira $7.75 bilion, manakala 1MDB mempunyai aset hampir $11 bilion.

Bon terakhir syarikat itu matang pada tahun 2039, tetapi bergantung kepada kadar dan kelajuan pembangunan aset, hutang itu boleh dilangsaikan lebih awal, katanya.

"Pada tahun 2015, kami membentangkan pelan rasionalisasi untuk mengewangkan aset dari masa ke masa dan memenuhi obligasi hutang syarikat," kata eksekutif itu.

Itu meningkatkan keyakinan di kalangan pelabur antarabangsa, katanya, sambil menambah bahawa mereka kini "berpuas hati dengan ketelusan dan keterbukaan syarikat ini dan kini komited untuk melabur dalam projek dari 1MDB."


Link asal artikel:
https://www.cnbc.com/2018/04/20/1mdb-is-financially-healthy-says-ceo-arul-kanda-kandasamy.html

Friday, 20 April 2018

Benarkah Kadar GST Akan Naik Jika BN Menang PRU14?





Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) bakal dinaikkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).


SEBENARNYA :
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata,  GST) tidak akan dinaikkan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata .
Jaminan Timbalan Perdana Menteri itu dibuat memandangkan hasil pendapatan negara kini pada kadar enam peratus dan dividen daripada Petronas mencukupi untuk menampung belanjawan negara serta manifesto Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, pada kadar enam peratus, kerajaan memperolehi lebih RM 40 bilion dan kenaikan gaji tahunan tidak mengambil kira daripada GST.

"Orang BN Mati Bersama Duit Dalam Kereta" Fitnah Terbaru Geng Pakatan





Betapa jeliknya cara penyokong Pakatan Harapan mencipta kebencian terhadap kerajaan sehingga sanggup menjadikan isu kemalangan maut sebagai fitnah.

Sebuah blog penyokong pembangkang 'steadyaku47' telah memuat naik posting beserta beberapa keping gambar kemalangan di Sabah yang kononnya turut menemukan sejumlah wang nota RM100 di didalam kenderaan.

Fitnah sama dimuatnaik blog 'Malaysians Must Know the TRUTH' dan turut disebarkan di aplikasi perbualan, Whatsapp.

Tanpa memberi ulasan lanjut mengenai lokasi kejadian dan mangsa terlibat, posting tersebut hanya meletakkan tajuk 'Sabah man dies in accident with money in car' (Lelaki Sabah maut kemalangan bersama wang didalam kereta).

Turut disertakan, gambar seorang lelaki memakai baju kemeja berwarna biru berserta logo Barisan Nasional (BN), kononnya merupakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Apa yang menjadikan posting ini adalah berita palsu adalah, gambar sejumlah wang nota RM100 digunakan didalam fitnah berkenaan.

Ianya adalah gambar sama digunakan dalam laporan Utusan Online bertarikh 22 Februari 2018 berkaitan penafian polis selepas tular mesej berlakunya pengedaran wang kertas RM100 palsu di media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Luthfi Ismail Abdullah berkata, mesej berserta gambar wang RM100 yang diikat dan disusun di dalam kotak itu di percayai imej lama yang sebelum ini telah tular dan disebarkan semula pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bagi penganalisis politik, Lim Sian See (LSS), fitnah pembangkang melibatkan kes kemalangan maut adalah tindakan yang amat hina.

Kaedah yang digunakan sejak dari dulu adalah sama dengan mengambil mana-mana keping gambar kemalangan, disertakan pula dengan gambar mana-mana individu berbaju BN, seterusnya mengitar semula gambar kotak berisi wang dari mana-mana sumber yang tidak diketahui.

Kompilasi tersebut kata LSS kemudiannya disebarkan di aplikasi perbualan dan laman media sosial dengan mesej "Adakah ini benar? Ahli politik BN mati dalam kelamangan kereta. Kotak penuh dengan duit didalam kereta."

"Nah! Lagi berita palsu untuk menipu rakyat untuk mencetus kebencian terhadap BN," kata LSS sambil menambah agenda membohongi rakyat bukan kaedah BN kerana mereka yang handal bohong-membohong adalah dari Pakatan.

"Lagi berita palsu diedar oleh Pakatan untuk menipu rakyat dan menghasut. Berapa kali lagi kamu mahu kena tipu sebelum kamu mahu mengaku bodoh?."



- mD

Thursday, 19 April 2018

Pembangkang Dalam Plan Singkirkan Mahathir?





Gabungan pembangkang PKR kini diyakini sedang merancang untuk tidak menjadikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri jika berjaya menawan Putrajaya.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mendakwa, keputusan itu berkait rapat dengan tahap kesihatan mental dan fizikal Pengerusi PPBM itu sejak kebelakangan ini.

Jelas beliau, masalah tersebut dianggap sebagai suatu liabiliti kepada pembangkang dalam usa­ha mereka menjatuhkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Contohnya dalam isu penutupan perniagaan The Loaf Enterprise yang diasaskan oleh Tun M. Dia membuat kenyataan yang berubah-ubah dalam tempoh seminggu.

“Mulanya Tun dakwa, dia sudah lama jual saham miliknya. Kemudian dakwa dia tiada saham dalam The Loaf sebelum mengaku kerajaan halang dia jual saham­nya dan akhir sekali dakwa dasar ekonomi Datuk Seri Najib Tun Razak yang buruk memaksanya jual saham dan turut menjatuhkan The Loaf,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Berikutan itu, beliau mempersoalkan bagaiamana Dr. Mahathir mahu menjadi Perdana Menteri sekiranya kerap kali keluar masuk hospital.

Tuesday, 17 April 2018

Dr M Jadi Calon Langkawi, Nawawi Tidak Terperanjat




Anggota Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad tidak terperanjat dengan keputusan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding merebut kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) Kedah juga sudah mengagak tindakan bekas perdana menteri itu yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk bertanding di pulau itu.

Katanya, beliau menghormati hak Dr Mahathir, 93, mahu bertanding di Langkawi selain menghormatinya sebagai orang tua dan orang yang berpengalaman dalam arena politik negara.

“Bagaimanapun, perlu ingat bahawa sentimen pengundi tidak boleh ditukar menjadi undi dan kita melihat undi berdasarkan kiraan pemilih bukan sentiment.

“Bila kita nak mengundi, kita kena fikir dan faham bahawa undi itu adalah untuk menentukan kerajaan yang akan menentukan hala tuju negara, bangsa dan agama pada masa hadapan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nawawi, 56, memenangi kerusi Parlimen Langkawi buat pertama kalinya setelah mengalahkan calon PKR Ahmad Abdullah dengan majoriti 11,861 undi pada PRU13.

Pengerusi Media Sosial, BNBBC Parlimen Malaysia itu berkata demikian ketika mengulas pengumuman Timbalan Pengerusi HARAPAN yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai pencalonan Dr Mahathir bertanding kerusi Parlimen Langkawi atas tiket PKR pada PRU14.

Pengumuman itu, yang dibuat di Langkawi semalam, menyaksikan Dr Mahathir, 93, kembali ke kancah politik negara setelah tidak berbuat demikian pada tiga pilihan raya umum lalu.



-Bernama

ECRL : Jika GST Dikutip, Maksudnya Kerajaan Bayar Kepada Kerajaan





Nampaknya Pakatan mahu mengambil kesempatan dari penyokong mereka yang kurang pengetahuan bagi mencetus kebencian lagi.


Asas utama serta prinsip GST atau VAT adalah pengguna terakhir atau pengguna yang memerlukan membayar sepenuhnya GST atau VAT.


Pihak ketiga dalam sistem perbekalan boleh menuntut kembali namun pengguna terakhir tidak boleh menuntut kembali GST/VAT.


Bagi projeck Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), pelanggan terakhir adalah pihak kerajaan.


Jika GST dikutip, maka pembayarnya adalah Kerajaan dan dibayar kembali kepada Kerajaan.


Adalah lebih baik untuk mengecualikannya, di mana ia diperuntukkan melalui Akta GST agar tiada proses tidak diperlukan serta perbelanjaan bertindih dapat dielakkan.


Tidak seperti projek kerajaan lain, projek ini dibiayai oleh pinjaman mudah.


Memasukkan GST akan menyebabkan jumlah keseluruhan pinjaman dan faedah akan meningkat.


Maka tindakan kerajaan adalah tepat bagi mengurangkan kos serta elak perbelanjaan bertindih bagi projek ini.


Mengapa pemimpin senior Pakatan tidak memahami asas paling utama sistem percukaian GST?


Eric See-To.

DAP Guna Logo PKR Sebagai Strategi Untuk Tawan Malaysia – Guan Eng





Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengaku bukan mudah untuk menukar logo Roket yang telah digunakan sejak 52 tahun lalu, namun semua ini dilakukan dengan misi untu menawan Malaysia pada PRU 14.



Untuk mencapai matlamat itu, DAP yang merupakan parti paling dominan dalam Pakatan Harapan (PH) pada PRU 13 dengan 37 kerusi Parlimen bersedia mengorbankan logo Roket diganti dengan logo PKR yang sebelum ini memiliki 30 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Logo Amanah dan PPBM tidak digunakan kerana kedua-dua parti itu minoriti dalam PH; Amanah hanya 7 Ahli Parlimen apatah lagi PPBM paling tercotot dengan 1 kerusi Parlimen.

“Pakatan Harapan menawarkan anda ‘harapan’ (hope) bahawa kami boleh mengambil alih negara ini (Malaysia pada PRU 14),”kata Guan Eng dalam kenyataannya.

“Kami memutuskan untuk menggunakan (logo PKR) kerana keputusan bersama yang dibuat Pakatan Harapan.

“Keputusan untuk tidak menggunakan tidak menggunakan Roket bukan satu keputusan mudah terutamanya kepada penyokong parti kami (DAP) yang sudah setia dengan kami sejak 52 tahun lalu.

“Ya. Kami sayang (logo) Roket. Tetapi kami lebih menyayangi Malaysia,”katanya lagi.







Sunday, 15 April 2018

'Persepsi Bukan Bukti Kait Najib Dengan Isu 1MDB' – Pemimpin DAP





Bekas Ahli Parlimen Kepong daripada DAP, Dr Tan Seng Giaw, mengulangi pendiriannya, bahawa laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak menyebut pembabitan Datuk Seri Najib Razak, dalam isu syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).


Beliau yang juga bekas Timbalan Pengerusi PAC, menegaskan laporan setebal 106 muka surat tidak pernah menuding jari kepada Perdana Menteri dalam salah laku 1MDB.


Ketika ditanya sama ada laporan PAC menyentuh Najib terbabit dalam laporan itu, beliau menjawab: "Ia tidak dinyatakan".


"Mengikut prinsip undang-undang negara, kita perlu mengemukakan bukti untuk menunjukkan seseorang terbabit dalam salah laku.


"Mengikut prinsip pengasingan kuasa di antara eksekutif, pentadbiran dan undang-undang, hanya hakim mahkamah boleh membuat keputusan, sama ada seseorang itu didapati bersalah atau tidak. Itu bukan hak saya atau anda," katanya ketika dihubungi oleh NSTP baru-baru ini.


Beliau turut mengkritik sesetengah pihak yang disifatkannya hanya bergantung kepada laporan oleh portal dalam talian, Sarawak Report, berhubung bukti yang menuding jari kepada Najib kononnya terbabit dalam isu 1MDB.


"Persepsi bukanlah bukti. Mengikut prinsip undang-undang, seseorang adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.


"Dalam terma undang-undang, seseorang individu perlu disiasat dengan lebih lanjut untuk mengetahui perkara yang berlaku. Kita tidak boleh hanya menyatakan Najib bersalah," katanya.


Pada 8 April 2016, Dr Tan dilaporkan berkata, Najib tidak seharusnya  dipertanggungjawabkan dalam isu 1MDB. Beliau berkata demikian kerana Perdana Menteri tidak terbabit secara langsung dalam pengurusan syarikat pelaburan strategik itu.






Laman http://pengundi.spr.gov.my Palsu, Curi Data Netizen?





PALSU:

Tular sebuah mesej yang meminta orang ramai berhati-hati kononnya laman dengan URL http://pengundi.spr.gov.my adalah sebuah laman palsu yang cuba mencuri maklumat kad pengenalan.

Sumber Gambar : WhatsApp



SEBENARNYA:

Kedua-dua URL  http://pengundi.spr.gov.my   dan    https://pengundi.spr.gov.my akan membawa pengguna ke laman SPR yang asli.

Sehubungan itu orang ramai diingatkan agar tidak mempercayai dan menyebarkan mesej palsu berkenaan.

Thursday, 12 April 2018

Nasihat 5 Tokoh Hebat Menghadapi Pilihanraya






1. Ali bin Abi Thalib ra

“Kezhaliman akan terus ada, bukan karena banyaknya orang-orang jahat, tapi karena diamnya orang-orang baik.”




2. Syaikh Yusuf Qardhawi (Ketua persatuan Cendekiawan Muslim antarabangsa)

Setidaknya ada 3 (tiga) cara dalam mempertimbangkan pilihan:

• Jika semuanya baik, pilihlah yang paling banyak kebaikannya.

• Jika ada yang baik dan ada yang buruk, pilihlah yang baik.

• Jika semuanya buruk, pilihlah yang paling sedikit keburukannya.




3. Dr. Hamid Fahmy Zarkasyi, MA. M. Phil. (Ketua MIUMI Pusat, putra Pendiri Pesantren Gontor, jawa timur)

"Jika anda tidak mau ikut mengundi karena kecewa dengan pemerintah & anggota DUN, atau parti Islam. Itu hak anda. Tapi ingat jika anda & jutaan yang lain tidak ikut mengundi maka jutaan orang fasik, sekuler, liberal, atheis akan ikut mengundi untuk berkuasa dan menguasai kita. Niatlah berbuat baik meskipun hasilnya belum tentu sebaik yang engkau inginkan.”




4. Recep Toyyib Erdogan

Jika orang baik tidak ikut terjun ke politik, maka para penjahatlah yang akan mengisinya.




5. Necmettin Erbakan

Muslim yang tidak peduli politik akan di pimpin oleh Politician yang tidak peduli kepada Islam

Jangan berdiri atas pagar Kejahatan akan timbul tatkala orang baik semua DIAM.



saling mengingatkan......

Wednesday, 11 April 2018

"Ini Realiti... Saya Sayang Bangsa Saya, Tapi Saya Lebih Sayang Agama Saya"





Prof Dr Ridhuan Tee :

1. Jangan kecam saya. Ini realiti bukan fantasi. Kita bukan rasis kerana Islam itu universal. Saya pun keturunan cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya. ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

2. Apa yang mereka mahu? Mereka (Melayu Pkr, Dap, Pan, Pribumi) menyerang PAS tanpa letih hanya kerana PAS tidak mahu bersama dengan DAP. Mereka rasa DAP lebih penting demi Putrajaya. Mereka memusuhi kepimpinan PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi. Mereka jadikan PAS musuh dan DAP kawan tanpa lagi melihat panduan hadis dan al-quran.

3. 10 peristiwa berikut patut menginsafkan mereka. Sampai bila mereka hendak keliru atau dikelirukan? Pertama, apabila Nga Kor Ming menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

4. Kedua, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor TG Harun Din dengan ‘Adios Harun Din’. Mereka tak terasa apa-apa. Ketiga, Nga Kor Ming menyindir pakaian purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus mencadangkan pramugari memakai pakaian yang menutup aurat, pemimpn DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

5. Keempat, Pemimpin DAP menggelar Dr Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam. Kelima, DAP pertikai kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa. Mereka diam juga. Keenam, DAP mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara. Mereka jadi seperti lembu kenyang.

6. Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam. Kelapan, DAP hina dan mempersenda hudud. Mereka diam. Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru. Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

7. Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP. Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka. Tepuk dada tanya iman.

8. TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible - Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi issue - Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad - Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18thn - Penyokong DAP

9. Semua Isu nie disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dlm PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan sokong DAP lalu menghina PAS, walaupun mereka nampak DAP adalah MUSUH ISLAM YANG NYATA!!



#matkola

Tuesday, 10 April 2018

Hina Islam Di Facebook, Vivian Lee Terlepas Dari Hukuman Penjara




Bekas teman wanita kepada blogger Alvin Tan, Vivian Lee yang disabitkan dengan pertuduhan menerbitkan satu penerbitan menghasut yang mempersenda agama Islam di laman Facebook mereka, terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Tinggi menggantikan hukuman itu dengan denda RM5,000.


Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan wanita berkenaan untuk menggantikan hukuman penjara dengan denda dan menolak rayuan pendakwaan untuk memanjangkan tempoh pemenjaraan daripada lima bulan 22 hari kepada penjara setahun.


Pada 27 Mei 2016, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan 22 hari terhadap Vivian selepas wanita tersebut didapati bersalah atas pertuduhan itu.


Vivian, 29, yang diwakili peguam Chong Joo Tian juga berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya dia gagal membayar jumlah denda yang ditetapkan.


Hakim turut menasihatkan Vivian agar tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa depan dan memberi amaran hukuman lebih serius jika tertuduh melakukan kesilapan sama.

Monday, 9 April 2018

Fatin Afeefa Makin Seksi Selepas Bergelar Janda?



Jika dibandingkan dengan kemunculannya menerusi filem ‘Tentang Bulan’ 12 tahun lalu, ramai yang terkejut dengan perubahan ketara penampilan pelakon cantik manis Fatin Afeefa yang sekarang.

Sejak menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selepas bercerai dengan bekas suaminya, Adam Shahz pada Mei tahun lalu, pelakon ini menjadi perhatian netizen kerana sering memuat naik gambar seksi di akaun Instagram.


Fatin Afeefa yang kini bercuti di Australia, sempat kongsikan beberapa keping gambar sepanjang berada disana.





Rata-rata netizen terkejut dengan penampilan baru Fatin yang agak ‘seksi’ selepas bergelar janda. Seperti biasa ada yang mengecam dan ada yang mendoakan agar Fatin mendapat hidayah untuk memperbaiki diri.

Patut la jadi mak janda…





SUMBER  FACEBOOK FATIN AFEEFA






Neelofa Akui Pesaingnya Adalah Fazura




Noor Neelofa yang baru sahaja memenangi Anugerah Top Top MeleTOP (Wanita) jujur mengakui bahawa pelakon Nur Fazura adalah saingannya yang terdekat untuk memenangi kategori utama Top Top MeleTOP dalam Anugerah MeleTOP ERA 2018 (AME2018).


“Pesaing saya sudah tentu nama-nama besar seperti Fazura dan Farah Nabilah. Saya rasa Farah Nabilah sebagai artis baru yang ada beberapa naskhah atau drama yang baru dilakonkan mendapat sambutan yang sangat hebat, dan macam Fazura sendiri merupakan nama yang cukup hebat.


Bahkan, bukan nama asing lagi dalam industri. Lagi pula dia sebelum ini telah memenangi pelakon filem terbaik. Saya rasa tak mustahil dia menang Anugerah itu,” katanya selepas sahaja selesai AME2018.


Sementara itu, Neelofa atau lebih mesra dipanggil dengan Lofa turut berkata dia tidak kisah dengan setiap kecaman atau kritikan yang diperkatakan kepadanya. Baginya, semuanya positif buat dirinya.


“Apa yang penting saya dan team berpuas hati dan saya tahu dress yang saya kenakan pada malam ini cantik. Tak kisahlah apa yang orang nak cakap, kita ambil yang positif,” ujarnya.


Tambahnya lagi, kemenangannya pada malam ini adalah rezeki yang dikurniakan Allah S.W.T. kepadanya, walaupun ada segelintir netizen Yang mempertikaikan kemenangannya.


“Rezeki Allah orang tak boleh nak pertikaikan itu. Sejauh mana sekalipun atau berapa banyak duit atau askar-askar yang dikumpulkan untuk mengundi, akhirnya Allah yang tentukan. Saya tak perlukan semua itu, sebab saya mempunyai orang belakang yang kuat, yang sentiasa menyokong saya, walaupun ketika saya dikecam atau dikritik dengan teruk,” katanya mengakhiri perbualan. (rtky/h)

Saturday, 7 April 2018

99.4 Peratus Manifesto BN Telah Siap Dilaksanakan #KekalBN




PRU14 semakin hampir. BN yang dipimpin Najib Razak mohon untuk diberi mandat untuk 5 tahun berikutnya.

Sebagai bukti gadaian untuk rakyat, BN yang telah menerajui Kerajaan Pusat telah membentangkan Aku Janji Kerajaan Persekutuan dari 2013 hingga 2018.

Aku janji itu dikeluarkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

Ia terdiri daripada 17 inisiatif dan 156 inisiatif strategik.

Keputusannya amat membanggakan. Jika di sekolah kita boleh katakan Aku Janji Kerajaan Persekutuan ini telah memperoleh gred A+ (amat cemerlang).

Ternyata BN di bawah kepimpinan Najib berjaya menunaikan 99.4 peratus dari aku janji tersebut.

Selebihnya bukannya tidak ditepati, tetapi masih belum siap lagi.

Ayuh kita lihat data-data berikut ;





Adakah ini tidak cukup untuk menjadi kerajaan pro rakyat? Apakah rakyat sanggup membakulsampahkan semua kejayaan ini semata-mata terpengaruh dengan isu yang viral?

Sedangkan segala isu itu telah berulang kali dijawab oleh pihak yang bertanggungjawab serta ada yang telah disiasat dengan adil oleh pihak ketiga.

Cuba tanya pula Pakatan Harapan. Berapa peratus pula janji kepada rakyat yang telah mereka tunaikan di Selangor dan Pulau Pinang? Tanyalah berapa peratus! - KAKI PALU

Thursday, 5 April 2018

12 Tahun Tunggu, Akhirnya Dukun Muncul Di Pawagam





Filem kontroversi yang dikatakan mendapat ilham daripada kisah benar, Dukun akan ditayangkan di seluruh negara, mulai Khamis ini selepas hampir 12 tahun terperap.

Berita itu diumumkan penerbitnya melalui entri pada Instagram yang disertai poster dan treler filem seram berkenaan yang dibintangi pelakon utama, Datin Seri Umie Aida sejak kelmarin.

Dukun mengisahkan seorang ahli politik, Datuk Jefri lakonan Adlin Aman Ramlie yang meminta khidmat Diana (Umie Aida) menjadikan dirinya kebal selain mahu kerjaya politiknya cerah.

Selain Umie dan Adlin, barisan pelakon yang memantapkan kisah mendebarkan itu termasuk Namron, Bront Palarae, Soffi Jikan, Elyana dan Faizal Hussein.

Selepas filem Dukun arahan Dain Said siap pada 2006, penerbit dikatakan berdepan masalah menayangkan karya terbabit. Antara faktor yang dikatakan menghalang Dukun ditayangkan termasuk babak ganas selain menyentuh sensitiviti pihak tertentu.

Dukun yang dihasilkan pada kos kira-kira RM2.8 juta sepatutnya dapat ditonton pada Disember 2006. Namun, tarikh itu dianjak ke Mac tahun berikutnya hinggalah tertunda beberapa kali.

Rentetan itu, timbul dakwaan Dukun diharamkan Lembaga Penapis Filem (LPF). Namun, pihak terbabit mengesahkan tidak pernah mengharamkan filem berkenaan.

Dukun dikatakan sudah mendapat kelulusan pada 8 Mac lalu dan diletakkan di bawah klasifikasi P13 atau penonton yang melebihi usia 13 tahun.

Bagaimanapun, wakil penerbit iaitu Astro Shaw, enggan memberikan butiran lanjut mengenai tayangan filem ini.

Tuesday, 3 April 2018

6 Orang Anak Tak Sah Taraf Lahir Setiap Sejam





Setiap sejam seramai 6 orang anak tidak sah taraf atau anak luar nikah dilahirkan di negara ini dan didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semenjak 10 tahun lalu bermula daripada tahun 2005 hingga 2015.


Demikian menurut Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM), Prof Dato’ Noor Aziah Haji Mohd Awal. Menurutnya, kadar kelahiran dalam tempoh 24 jam adalah seramai 147.8 orang dan mencapai 4,434.6 orang dalam tempoh sebulan dan yang lebih memeranjatkan jumlah angka ini dilihat begitu besar melebihi setengah juta orang dalam tempoh satu tahun dengan bilangan angka statistiknya sebanyak 532,158 kelahiran.


Beliau berkata demikian ketika ditanya sejurus selesai majlis Deklarasi Ijtima’ Penegasan Kedaulatan Islam (DIPKI) 2018 dengan kerjasama NGO-NGO Islam dan Menara.my di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, semalam.


Menurut beliau, “Kadar kelahiran yang disebutkan ini adalah berasaskan statistik dari JPN sendiri dan JPN juga ada mengeluarkan data berkenaan dan jika dibahagikan memang itulah jumlahnya.”


“Saya sendiri pernah membuat kajian pada tahun 2011 “Hak Anak Tak Sah Taraf di Malaysia” dan pada masa itu kadarnya ialah setiap satu jam 3 anak tak sah taraf lahir.”


“Kadar itu terus meningkat sebanyak 3 orang menjadikan setiap sejam 6 orang anak tidak sah taraf dilahirkan menjelang 2015 dan amat dikhuatiri jumlah berkenaan terus meningkat menjelang tahun 2020 jika tidak terus dibendung dari sekarang,” katanya.


“Saya dan rakan-rakan ingin mengembalikan keluarga berlandaskan Islam untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang kukuh dan terus berdaulat bersama akidah yang mantap,” komen beliau tentang kerja yang dijalankan oleh MPWIM.


“Sebenarnya saya agak terkejut dibariskan dengan tokoh ternama kerana merasakan saya hanya Pengerusi MPWIM sahaja, mana tidaknya orang tak kenal pun saya tetapi tugas kami di MPWIM amat penting dalam mendaulatkan Islam sebagai Agama Negara,” katanya.

Cameron Highlands : Sudah 2 Orang Kanan Najib Beri "Hint", Apakah MIC Terus "Pekak & Tuli"?






"Misalnya, jika MCA boleh menang (sesuatu kerusi itu), bagi kepada MCA. Jika UMNO boleh menang, bagi kepada UMNO dan jika Gerakan boleh menang, bagi kepada Gerakan begitu juga dengan Parti Progresif Penduduk (MyPPP)," kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Rujuk : BN Tak Ikut Kawasan Tradisi, Tetapi Guna Pendekatan Siapa Boleh Menang


Sebagai seorang pemimpin paling rapat dan cukup kanan dengan 'big bos' iaitu Datuk Seri Najib Razak, sudah tentu apa yang Tengku Adnan atau Ku Nan sebutkan dari mulutnya adalah juga merupakan aspirasi Perdana Menteri.


Dalam beberapa keadaan, Najib selaku Pengerusi BN tidak boleh mengeluarkan apa-apa 'hint' sebegitu rupa kerana mahu mengekalkan keharmonian dalam komponen BN.


Oleh yang demikian, Ku Nan atau timbalannya adalah insan yang paling tepat untuk 'mewakili' isi hati Najib untuk memberitahu orang ramai.


Sama juga dalam isu perebutan kerusi Parlimen Cameron Highlands. Pucuk pimpinan BN sekarang ini hanya fokus kepada kemenangan besar BN dalam PRU14 sahaja.


Ini bermakna buat sementara waktu ini, status 'kawasan tradisi' mungkin terpaksa 'hold' dahulu kerana mahu memburu kemenangan yang lebih besar.


Apa lagi yang harus kita gebangkan, jika di Cameron Highlands itu rata-rata masyarakat Orang Asli, orang Melayu dan kebanyakan orang Cina sudah amat yakin dengan Tan Sri M Kayveas.


Walaupun beliau adalah presiden sebuah parti komponen yang memaksa beliau berada di banyak tempat seluruh negara, namun bagaimana kemahirannya untuk memberi sedikit ruang dan masa buat penduduk Cameron Highlands itu amat dipuji rakan dan lawan.


Tak perlu lagi kita berdrama atau bergebang besar tentang kekuatan yang belum pasti diuji untuk bertanding di kerusi-kerusi yang 'nyawa-nyawa ikan' seperti Cameron Highlands ini.


Sekiranya BN sudah ada calon yang disukai oleh rakyat marhaen sendiri, apa lagi alasan untuk kita memilih tradisi parti sebagai calon di kawasan berkenaan?


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri sudah ulas akan perkara ini pada 31 Mac 2018 yang lalu di Tapah, Perak.


Rujuk : Zahid : Pesan Dari Tapah, Untuk Kerusi Cameron Highlands


Kini giliran Ku Nan pula membuka mulut memberitahu perkara yang hampir serupa.


Justeru, mesej jelas kepada MIC cukup mudah. Jika rakyat marhaen di Cameron Highlands amat selesa dan mahukan Kayveas sebagai wakil rakyat mereka, maka MIC wajar berhentikan serangan persepsi mereka untuk merebut kerusi itu.


Sudah dua 'orang kanan' Najib memberi 'hint' tentang perkara ini, apakah MIC mahu jadi 'pekak dan tuli'? - KAKI PALU