Thursday, 19 April 2018

Pembangkang Dalam Plan Singkirkan Mahathir?





Gabungan pembangkang PKR kini diyakini sedang merancang untuk tidak menjadikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri jika berjaya menawan Putrajaya.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mendakwa, keputusan itu berkait rapat dengan tahap kesihatan mental dan fizikal Pengerusi PPBM itu sejak kebelakangan ini.

Jelas beliau, masalah tersebut dianggap sebagai suatu liabiliti kepada pembangkang dalam usa­ha mereka menjatuhkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Contohnya dalam isu penutupan perniagaan The Loaf Enterprise yang diasaskan oleh Tun M. Dia membuat kenyataan yang berubah-ubah dalam tempoh seminggu.

“Mulanya Tun dakwa, dia sudah lama jual saham miliknya. Kemudian dakwa dia tiada saham dalam The Loaf sebelum mengaku kerajaan halang dia jual saham­nya dan akhir sekali dakwa dasar ekonomi Datuk Seri Najib Tun Razak yang buruk memaksanya jual saham dan turut menjatuhkan The Loaf,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Berikutan itu, beliau mempersoalkan bagaiamana Dr. Mahathir mahu menjadi Perdana Menteri sekiranya kerap kali keluar masuk hospital.

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci