Wednesday, 28 February 2018
Buat Akaun Instagram Anak Bukan Untuk Di "Follow"
SUAMI kepada aktres Nora Danish, Nedim Nazri Aziz menegaskan bahawa Instagram rasmi yang dibuka untuk anaknya, Mohamed Neyqal Nedim adalah akaun peribadi.
Memetik laporan BH Online, Nedim berkata beliau tidak teragak-agak untuk menyekat sesiapa sahaja yang ingin menjadi pengikut instagram anaknya itu.
“Ya, memang itu dia punya (akaun). Tetapi ia (akaun) peribadi untuk Ney Ney (Mohamed Neyqal) nanti. Apabila sudah besar, saya akan bagi pada dia, bukan untuk umum. Saya cuma simpankan untuk dia, jadi tak perlu ikut akaun ini.
“Ney Ney tidak akan ada akaun yang akan dibuka kepada umum. Sesiapa yang cuba ikut saya sekat. Harap faham,” kata nedim.
Dalam pada itu, nedim memberitahu bahawa terpulang kepada anaknya itu sama ada mahu menjadi public figure atau sebaliknya kelak.
Sebelum ini, kecoh apabila dikatakan terdapat pihak tidak bertanggungjawab telah mewujudkan satu akaun Instagram palsu menggunakan nama anak Nora dan Nedim.
Bagaimanapun, perkara itu diselar oleh nedim dengan mengatakan bahawa ia adalah palsu selain turut memaklumkan anak mereka tidak mempunyai sebarang akaun instagram. – MYNEWSHUB.CC/AM
Tuesday, 27 February 2018
Neelofa 'Terlondeh' Di Dalam Kelab Malam, Apa Responnya?
Neelofa mempertahankan tindakan melancarkan koleksi tudungnya di sebuah kelab malam, malam tadi.
Menurut pelakon dan pengacara popular itu, beliau memilih Zouk, kelab hiburan terkenal di ibu negara, dengan mengambil kira kesesuaian bajet serta tema acara, lapor beberapa media.
“Jika diadakan di tempat lain, saya perlu mengeluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema.
“Saya ambil keputusan untuk tidak peduli kritikan orang ramai kerana saya lebih tahu apa yang saya lakukan,” beliau dipetik sebagai berkata kepada Sinar Online hari ini.
Mengulas kecaman terhadapnya, khususnya di Internet, beliau berkata tidak akan mempedulikan semua itu.
"Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen.
“Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang,” katanya lagi.
Neeloga dilapor turut menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 di majlis yang sama.
Majlis itu turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi dan pengubah lagu SonaOne.
Tuesday, 20 February 2018
Jumlah Lelaki Muda Syria Resahkan Gadis Sunti Di Sana...
Wanita Syria mengaku bersungguh-sungguh untuk berkahwin pada usia 30 tahun namun kerana konflik di situ, jumlah kaum Adam semakin berkurangan.
Nou, seorang pelajar berkata, terlalu inginkan sebuah perkahwinan namun mendedahkan sukar bertemu lelaki bujang.
“Saya berharap cincin perkahwinan akan menghiasi jari ini suatu hari nanti.
“Tetapi, tiada lagi lelaki muda. Semua mereka tidak kelihatan sejak beberapa tahun lalu. Saya menyedari penurunannya dari setahun ke setahun,”kata Nour.
Katanya, pilihan agak terhad kerana hampir tidak ada lelaki bersesuaian untuk dikahwini dan ramai pula yang sudah berkahwin atau terlalu tua.
Ketika konflik Syria tercetus pada 2011 dengan tunjuk perasaan besar-besaran, Nour sedang sibuk menyiapkan diri untuk menerima ijazah pertamanya dalam bidang ekonomi. -MG
Singapura Naikkan Kadar GST Dari 7% Kepada 9%
SINGAPURA – Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dinaikkan dari tujuh kepada sembilan peratus dalam tempoh tujuh tahun akan datang, lapor portal berita berbahasa Melayu republik itu, Berita Harian.sg.
Langkah tersebut mengambil kira peningkatan perbelanjaan pemerintah dalam penjagaan kesihatan, infrastruktur dan keselamatan, yang dijangkakan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang.
Menurut Menteri Kewangan Heng Swee Keat dalam pembentangan Belanjawan Singapura 2018 hari ini, kenaikan itu akan dikuatkuasakan antara tahun 2021 dan 2025.
Heng berkata bahawa langkah tersebut perlu kerana “setelah mempertimbangkan pilihan yang lain untuk menguruskan perbelanjaan pada masa akan datang dengan berjimat dan meminjam untuk infrastruktur, jurang masih didapati.”
Ini merupakan kali kedua kadar GST dinaikkan.
Pada tahun 2007, kadar cukai dinaikkan daripada lima peratus ke tujuh peratus dan diumumkan oleh bekas Menteri Kewangan ketika itu, Lee Hsien Long semasa pembentangan Belanjawan pada 15 Februari 2007.
Sunday, 18 February 2018
Saintis Kata Manusia Pupus Pada Tahun 2100
Para saintis mendakwa, kita mempunyai masa 82 tahun untuk mencegah pelbagai bencana yang merosakkan bumi, menjaga serta memastikan manusia tetap hidup pada 2100.
Para saintis mengatakan, kepupusan yang menghapuskan kemanusiaan akan berlangsung pada 2100.
Di akhir abad ini, dikhuatiri jumlah karbon di lautan akan semakin banyak.
Ini menjadikan bumi menghadapi malapetaka yang menyebabkan kemusnahan manusia.
Selama 540 juta tahun, bumi telah terselamat dari lima bencana – termasuk kepupusan dinosaur.
Yang paling teruk berlaku 252 juta tahun yang lalu, dikenali sebagai The Great Dying.
Para penyelidik mendakwa, peristiwa itu memusnahkan 96% kehidupan di bumi.
Kini, Profesor Daniel Rothman, ahli geofizik, melihat tanda-tanda persamaan dengan The Great Dying.
Walau bagaimanapun, kali ini punca pemanasan global adalah disebabkan oleh aktiviti manusia.
Rothman dengan formula matematiknya, meramalkan bahawa laut akan menanggung banyak karbon sehingga kepupusan tidak boleh dielakkan.
Jumlahnya akan mencapai 500 gigatons – melebihi ambang karbon di lautan, iaitu 310 gigatons.
Walaupun kepupusan besar-besaran tidak berlaku dengan serta-merta, dunia akan memasuki masa kekeliruan dan menjadi ‘wilayah tidak diketahui’.
Spesies bumi masih boleh hidup seperti biasa pada mulanya, tetapi kekuatan hidupnya tidak dapat dibantu lagi.
Kemusnahan akan berlaku secara beransur-ansur dalam tempoh 10 ribu tahun akan datang – mulai 2 Januari 2100.”
Kajian ini tidak mengatakan bahawa bencana akan terus terjadi di pengakhiran abad.
Namun, jika dibiarkan, kitaran karbon menjadi semakin parah dan akhirnya sukar diramalkan.
Di masa lalu, ciri seperti itu berkaitan dengan kepupusan,” papar Rothman.
Pada zaman moden, pelepasan CO2 telah meningkat sejak abad ke-19.
Manusia telah menyumbang 1540 bilion tan CO2 sejak revolusi industri – bersamaan dengan pembakaran arang batu yang cukup untuk membentuk menara persegi seluas 72 kaki.
Jarak 240,000 batu dari Bumi ke Bulan.
Separuh daripada jumlah karbon ini menetap di atmosfera dan sebahagiannya akan larut ke laut dan menyebabkan pengasidan.
Adakah ini menyebabkan kepupusan manusia?
Ya, jika kita tidak melakukan apa-apa untuk mengubahnya.
Wednesday, 14 February 2018
Maklumat & Simpanan Ahli KWSP Terjejas Berikutan Kebakaran KWSP Petaling Jaya?
PENJELASAN :
Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperjelaskan dakwaan bahawa maklumat dan simpanan ahli KWSP terjejas berikutan kebakaran di bangunan KWSP cawangan Petaling Jaya sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa cawangan dan pejabat Petaling Jaya telah ditutup buat sementara waktu sehingga diumumkan kelak berikutan kejadian kebakaran di bangunan tersebut.
“Kami ingin memberi jaminan kepada ahli bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas. Kami akan sentiasa memantau situasi dan akan memaklumkan sebarang perkembangan setelah operasi cawangan dibuka semula.”
Ahli dan majikan yang ingin menjalankan sebarang transaksi dengan KWSP dinasihatkan untuk menghubungi atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat yang terletak di ibu pejabat KWSP Jalan Raja Laut. Selain itu, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan melalui lamanweb myEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my.
SUMBER :
Laman Facebook Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Monday, 12 February 2018
Elak Hukuman, Lelaki Gay Indonesia Lari Ke Kanada
Seorang lelaki gay Indonesia, Zulfikar Fahd mendakwa bahawa dia melarikan diri dari negara asal dan meminta perlindungan suaka negara Kanada kerana tidak mahu dihukum atas kesalahan berhubungan dengan pasangan sejenis.
Dakwa Fahd seperti dalam Reuters, negara Indonesia semakin tegas mengekang aktiviti-aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dengan menyerbu “parti seks gay”, menyerbu perjumpaan golongan LGBT, menahan sebahagian golongan LGBT atas dakwaan menyalahi undang-undang pornografi dan menyebabkan ramai LGBT menyembunyikan diri.
Bahkan, pihak berkuasa Indonesia juga telah menyekat laman web berkaitan LGBT dan meminta pihak berkaitan menyekat aplikasi LGBT agar rakyat Indonesia tidak dapat lagi mengaksesnya.
Disebabkan perkara ini, Fahd telah menyalahkan pihak polis Indonesia yang didakwanya hanya mengikut arahan pihak konservatif (yang mahu LGBT diharamkan).
Parlimen Indonesia dijangka akan meluluskan pindaan rang undang-undang yang akan mengharamkan seks luar nikah dan seks sesama jenis tidak lama lagi.
Menurut cadangan undang-undang ini, mereka yang melakukan seks gay secara terbuka akan dipenjarakan sehingga 18 bulan dan sekiranya terdapat bahan bukti video, mereka akan dipenjarakan sehingga 9 tahun lama.
Selain daripada itu, kerajaan Indonesia juga telah menyekat 169 laman LGBT yang didakwa mengandungi unsur tidak bermoral dan sedang mempertimbangkan undang-undang nasional yang akan mengharamkan kandungan berunsur lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) daripada sebarang siaran TV menjelang akhir tahun ini.
Baru-baru ini menurut satu kajian dari Pusat Penyelidikan Saiful Mujani, lebih 90% rakyat Indonesia tidak dapat menerima golongan LGBT dan percaya bahawa setiap agama melarang perhubungan sesama jenis.
Dubai Sudah Buka Hotel Paling Tinggi Di Dunia
Kota metropolis Dubai mengumumkan pembukaan hotel paling tinggi di dunia di sini, hari ini mengatasi mercu tanda bangunan pencakar langit lain di bandar itu untuk gelaran tersebut.
Hotel Gevora setinggi 75 tingkat itu berukuran 356 meter mengatasi pesaingnya, JW Marriot Marquis Dubai hanya satu meter lebih rendah.
Premis itu dijangka menerima tetamu pertamanya esok. - AFP
Wednesday, 7 February 2018
Tahun 2018, Tahun Kejayaan Buat BN
Sudah lebih dua bulan kita memasuki tahun 2018. Tahun ini merupakan tahun yang amat penting kepada rakyat Malaysia kerana kita bakal berdepan dengan pilihan raya umum ke-14 (PRU14), yang akan menentukan siapa yang akan memerintah negara.
Entah bila tarikhnya. Namun Datuk Seri Najib sudah beri bayangan minggu lepas ianya mungkin sebelum Hari Raya Aidilfitri. Siapa tahu mungkin keberkatan bulan puasa seperti PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar berulang semasa PRU14 nanti, kemenangan besar buat BN di bulan Ramadhan Al Mubarak.
Dalam erti kata mudah, pilihlah kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sudah terbukti mempunyai rekod yang baik dalam mentadbir negara.
Tengoklah kejayaan dan pembangunan yang dicapai oleh beliau di dalam dan luar negara. Sebagai contoh, Forum Ekonomi Dunia telah meletakkan Malaysia sebagai negara Asia terbaik dalam Indeks Pembangunan Inklusif (IDI).
Malaysia berada pada nombor 13 di dunia dan satu di Asia, manakala China di tempat ke-25 dan India nombor 62.
Bukan itu sahaja, Malaysia juga mendapat pengiktirafan dunia seperti Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan agensi penarafan kredit iaitu Fitch serta Standard and Poor berikutan kekukuhan ekonomi negara.
Pertumbuhan ekonomi negara disemak sampai tiga kali oleh Bank Dunia tahun lepas. Ianya disemak menaik bukannya menurun. Semalam, Bursa Malaysia umumkan catat untung bersih tertinggi sejak 2007.
Banyak lagi boleh disenaraikan namun apa yang penting pengiktirafan yang diberi terhadap Malaysia oleh pelbagai pihak, termasuk dari negara lain, membuktikan pembangunan negara dan ekonomi negara berada di landasan yang tepat.
Atas sebab itulah maka kerajaan yang ada perlu dipertahankan. Tolaklah cita-cita besar pembangkang untuk menguasai negara dengan menaburkan janji-janji manis kepada rakyat.
Berbeza dengan Pakatan Harapan. Belum lagi memerintah negara, namun Pakatan Harapan sudah bergolak. Lihat sahaja bagaimana isu pembahagian kerusi untuk PRU14 gagal diselesaikan disebabkan berlaku ketidakpuasan dan perebutan antara parti di dalam gabungan pakatan itu.
PKR, PPBM dan PAN, sehingga kini masih berebut kerusi. Bukan itu sahaja, mereka juga bergaduh sesama sendiri dan tanpa rasa malu meluahkannya di media sosial. Contoh paling ketara adalah di Selangor.
Pemimpin PKR Selangor bergilir-gilir menyerang pemimpin PAN berhubung pengagihan kerusi hinggakan pengerusi Pakatan Harapan (PH), Mahathir terpaksa meminta supaya ia diselesaikan dengan baik.
Mahathir tidak boleh buat apa. Siapa hendak "dengaq" cakap Mahathir. DAP terus sahaja bergaduh dan bergasak bersama PAN bagi membuli PKR di Selangor.
Bukan itu sahaja, dalam soal mengadakan mesyuarat agung tahunan (EGM) pun sama. PPBM hanya mengadakannya selepas mendapat amaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Itupun selepas ingatan diberikan bahawa ia berdepan kemungkinan dibatalkan pendaftaran jika EGM itu tidak diadakan.
Sekarang Pakatan Harapan sedang meroyan dengan menuduh kononnya mereka disabotaj dengan alasan untuk menggagalkan pendaftaran Pakatan Harapan.
Gagal buat mesyuarat cawangan dan bahagian kemudian buat mesyuarat agung. Mana boleh buat begitu? Bila ROS tegur, mereka melenting. Gagal buat mesyuarat cawangan, ROS yang salah. Ini satu tuduhan pelik.
Ia juga menunjukkan bahawa PPBM tidak mempunyai pemimpin berkualiti yang boleh diharapkan oleh rakyat. Hendak tanding sampai 52 kerusi parlimen macam mana kalau mesyuarat cawangan pun tidak boleh buat?
Cuba senarai tengok siapa calon PPBM di semua 52 kerusi parlimen ini? Ada calon kah PPBM? Hendak umum nama ahli pun takut. Nama calon lagilah takut.
Semua yang dilakukan oleh Pakatan Harapan gagal. Serangan terhadap Perdana Menteri menggunakan isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion juga gagal, mahu daftar parti juga gagal, mahu mendaftar logo juga gagal dan kini sedang bergaduh sesama sendiri.
Mereka sendiri yang menggagalkan semuanya kerana kelemahan sendiri tetapi seperti biasa Najib dan kerajaan juga dipersalahkan. Berbeza dengan BN, yang sudah melunaskan 97.6% akujanji kepada rakyat.
Pembangkang yang menguasai Selangor dan Pulau Pinang tidak berani langsung umumkan berapa peratus janji yang mereka sudah laksana pada rakyat. Ini bukti pembangkang sudah gagal.
Hanya Barisan Nasional yang menjaga kebajikan dan kehendak rakyat. Oleh kerana itulah dulu pembangkang pakai nama Pakatan Rakyat, kini tukar nama kepada Pakatan Harapan kerana harapan rakyat itu sendiri sudah musnah. Yang tinggal hanyalah harapan kosong sahaja.
Berilah mandat yang kuat supaya Barisan Nasional boleh membawa negara ini ke tahap yang lebih hebat lagi di persada antarabangsa. Jangan beri undi pada pembangkang yang malu mengaku rakyat Malaysia.
Tulisan :
Beruang Biru
BB769, Rabu
7 Februari 2018
Monday, 5 February 2018
Ada 3 Rakan Artis Farid Kamil 'Sabotaj' Dadah Dalam Minumannya?
PELAKON dan pengarah Datuk Farid Kamil menyifatkan kelakuan ganasnya di sebuah Balai Polis bulan lalu adalah akibat dianiaya tiga rakan artis yang mencemarkan minumannya dengan dadah.
Melalui satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail pada 31 Januari lalu, Farid turut membangkitkan isu kekerasan yang dilakukan pihak polis keatasnya ketika ditahan reman kerana menyerang anggota polis dan orang awam, menurut laporan Astro Awani.
Memetik laporan yang diterima Malay Mail, Farid mendakwa bahawa tiga rakan artis melakukan onar terhadapnya dengan memberikannya dadah sekaligus menyebabkan perlakuannya di Balai Polis Kota Damansara.
Selain itu menurut Farid, tindakan kurang warasnya ketika itu disebabkan oleh tiga rakan artis tersebut yang mencemari minumannya dengan dadah, sehari sebelum insiden berkenaan berlaku.
Ketiga-tiga rakan artis tersebut merupakan seorang pengarah dan pelakon, seorang penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an serta seorang lagi pelakon.
Selain minuman tersebut, Farid juga mendakwa bahawa dia diberikan rokok bersalutkan sejenis cecair yang tidak dikenal pasti oleh tiga rakan tahanan yang menjadikan dirinya khayal.
Farid turut membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diterimanya sewaktu dalam tahanan reman serta menamakan pegawai polis terlibat yang menyebabkan kecederaan ke atasnya.
Gambarnya penahanannya yang tular turut dipersoal Farid dalam laporan yang dibuatnya itu.
Perkara tersebut disahkan Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat yang menyifatkan bahawa pelakon tersebut membuat banyak laporan tentang beberapa perkara dan akan memastikan siasatan penuh dijalankan pihaknya.
Thursday, 1 February 2018
Awas! Kena Denda Jika Masuk Masjid Dengan Badan Berbau
RIYADH – Masuk ke dalam masjid di Arab Saudi dalam keadaan badan berbau boleh dikenakan denda.
Kerajaan Saudi telahpun meluluskan kod sosial baru yang dicadangkan oleh Majlis Syura (Rundingan) Arab Saudi.
Sebanyak 45 peraturan sosial dilaporkan telah disediakan oleh Majlis Syura Arab Saudi dengan mengenakan denda hingga 800 dolar AS bagi mereka yang melanggar peraturan tersebut.
Menurut The New Arab, beberapa peraturan sosial dicadangkan termasuk larangan memasuki masjid dalam keadaan badan berbau, cara pakaian dan melakukan perbuatan rasis dan sebagainya.
Senarai lengkap peraturan baru telah dikemukakan menerusi akhbar kerajaan pada Ahad (28/1/2018).
Ahli Majlis Syura, Dr Fayez al-Shahri berkata penubuhan peraturan sosial baru bertujuan untuk menyekat penyalahgunaan kebebasan peribadi dalam masyarakat.
Kewujudan peraturan baru yang mungkin berkuatkuasa dalam tempoh enam bulan akan datang, menghasilkan reaksi awam yang diklasifikasi sebagai suatu perbuatan jenayah oleh undang-undang.
Rata-rata penduduk Arab dalam media sosial menyuarakan kritikan terhadap beberapa peraturan yang tidak munasabah.
Salah satu daripadanya adalah larangan memasuki masjid dalam keadaan bau badan dan berpakaian tidak sesuai atau kotor.
Peraturan itu dipanggil akan menyusahkan para pekerja untuk melakukan sembahyang setelah bekerja di luar rumah yang berdebu dan di bawah matahari yang panas.
Walaupun terdapat beberapa peraturan yang dikritik, tetapi kebanyakan peraturan itu mendapat sokongan orang ramai.
Beberapa peraturan sosial yang dicadangkan oleh Majlis Syura termasuk sekatan penyalahgunaan hak-hak orang kurang upaya, vandalisme dalam lingkungan awam, memotong garisan, mencederakan haiwan dan pelanggaran privasi lain.
Peta Google Terakam Pulau 'Hantu'
Peta Google atau Google Maps adalah tempat terbaik untuk melihat beberapa senario paling misteri di dunia dengan penampakan yang pelik.
Menurut DailyExpress, pandangan mata burung di pulau ini seolah-olah normal pada mulanya sehingga anda melihat satu penampakan misteri.
Peta Google menjadi popular kerana dapat menangkap beberapa imej yang aneh di dunia dan antaranya adalah penampakan ini.
Pulau yang kelihatannya biasa ini telah membentuk imej yang mengerikan.
Pulau hijau kecil di Bainbridge berhampiran Seattle nampaknya telah memiliki raut wajah yang menakutkan.
Penemuan di NE West Port Madison Road berhampiran West Port Madison ini, memperlihatkan kemunculan wajah di sebuah tasik berhampiran rumah besar.
Walau bagaimanapun, pada pemeriksaan yang lebih dekat, nampaknya bentuk wajah itu telah dicipta dedaunan di situ.
Imej terbaru dari satelit Peta Google ini pula menunjukkan pulau itu mempunyai beberapa TLC.
Kini bentuknya lebih jelas dengan kemunculan dedaunan yang tumbuh semakin lebat dan tebal.
Jambatan juga telah dibina dari pulau kecil itu ke tanah besar.
Sementara itu, satu pulau berhantu terkenal, Poveglia juga merupakan pulau hantu yang didakwa berada di Chicago.
Strip tanah kecil telah menyebabkan penduduknya dijangkiti wabak akhirnya mati pada tahun 1381.
Terbaru, seramai 500 lelaki, wanita dan kanak-kanak mati setiap hari di pulau itu.
Lain-lain pulau yang berhantu termasuk Hart Island di New York, dimana ia membiayai cukai pemakaman terbesar di dunia yang terletak di Pulau Deadman, Vancouver.
Pulau ini diisytiharkan sebagai “tanah mati” oleh ketua orang asli Capilano ketika pertama kali diserang oleh ketua mukim kulit putih.
Satu lagi kelihatan di Peta Google yang misteri didakwa menunjukkan bukti kewujudan makhluk asing yang menghuni kawasan itu.
Tanah misteri itu juga didakwa telah menjadi tempat persembunyian UFO bagi makhluk asing.
Argentina Guna Bomoh Cari Kapal Selam Yang Hilang
Mencari kapal selam ARA di San Juan yang hilang sejak 15 November 2017 bukan sahaja melibatkan kapal-kapal yang canggih tetapi juga kapal-kapal selam.
Pelbagai kaedah dilakukan, termasuk pendekatan terbaharu, kerajaan Argentina memilih pendekatan yang luar biasa.
Negara itu mula bergantung harap kepada dunia ghaib.
Dilaporkan oleh Mirror, pada Isnin (29/1/2018), mereka menyewa seorang psikik atau dikenali juga sebagai paranormal bernama Marisel yang berasal dari Buenos Aires.
Dia datang ke pelabuhan ketenteraan Mar del Plata, dan bercakap dengan keluarga 44 kru kapal selam ARA San Juan.
Marisel menyatakan, dia percaya kapal selam tersebut berada di kedalaman 250 meter di sebelah utara dari zon pencarian pertama.
Menurutnya, kapal selam tersebut mengalami kerosakan parah ketika berada dalam perjalanan menuju Mar del Plata.
“Namun, kondisinya masih utuh,” kata Marisel tanpa menyebutkan kaedah apa yang akan dia gunakan untuk mencari kapal selam kelas TR-1700 tersebut.
Dengan menggunakan kapal ARA Robinson, angkatan laut membawa paranormal itu ke wilayah yang dipercayai lokasi asal tenggelam San Juan.
Kedatangannya mencetuskan harapan baru dalam keluarga kru San Juan.
Claudio Rodriguez, saudara lelaki kru bernama Hernan Rodriguez berkata, Marisel datang pada waktu angkatan laut disifatkan sebagai tidak cekap dalam pencarian.
“Dia seorang wanita yang mudah tetapi mesra, kami menerima kehadirannya,” kata Rodriguez.
“Kami percaya kepadanya, dia diberkati dengan kuasa untuk mengetahui sesuatu sejak kecil,” kata Yolanda Mendiola, ibu kru bernama Leandro Cisneros.
Sebelum ini, ARA San Juan, kapal selam buatan Jerman yang aktif dalam misi sejak 19 November 1985, dilaporkan hilang di Lautan Atlantik di selatan yang membawa 44 anak kapal.
Argentina mengumumkan ARA San Juan hilang pada hari Jumaat (17/11/2017), selepas penghantaran terakhir pada Rabu (15/11/2017).
Kapal itu berada 10 hari dari pelabuhan selatan Argentina, Port of Ushuaia, ke pangkalan tentera laut di Mar del Palta, 400 km selatan Buenos Aires.
Beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan Rusia juga turut menawarkan bantuan untuk membantu pencarian.
Kekasih Paksa Rela : Bukan Pedofilia, Tapi Sisi Positif Poligami
Gara-gara watak yang dijayakannya iaitu sebagai gadis remaja yang berkahwin dengan lelaki berusia dalam drama Kekasih Paksa Rela, lantas drama tersebut didakwa mempromosikan jenayah pedofilia.
Bagaimanapun pelakon utamanya, Intan Najuwa tidak merasakan drama lakonannya itu mempromosikan jenayah tersebut, seperti mana yang dibincangkan peminat menerusi ruangan Instagram.
"Saya tidak lihat drama ini mempromosikan jenayah pedofilia kerana watak yang saya jayakan merupakan seorang gadis berusia 19 tahun yang sedang menuntut di tingkatan enam.
"Jadi, tidak timbul isu bahawa drama ini mengalakkan jenayah pedofilia,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!.
Tambahnya lagi, drama berkenaann diadaptasi novel berjudul sama tersebut mengangkat sisi positif poligami dalam kalangan golongan muda pada masa kini.
"Benar, saya melakonkan watak seorang pelajar tingkatan enam yang berkahwin dengan lelaki berusia. Tetapi, fokus utama drama Kekasih Paksa Rela adalah berkenaan isu poligami,”
"Pada pendapat saya, drama ini mempunyai mesej yang sangat positif dan memberikan kefahaman kepada penonton tentang nilai-nilai murni menerusi poligami,” katanya.
Drama Kekasih Paksa Rela yang ditayangkan di slot Akasia TV3 ini turut dibintangi Remy Ishak, Ain Edruce, Emeleda Rosemila, Fizz Fairuz dan ramai lagi.