Monday, 5 February 2018

Ada 3 Rakan Artis Farid Kamil 'Sabotaj' Dadah Dalam Minumannya?





PELAKON dan pengarah Datuk Farid Kamil menyifatkan kelakuan ganasnya di sebuah Balai Polis  bulan lalu adalah akibat dianiaya tiga rakan artis yang mencemarkan minumannya dengan dadah.

Melalui satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail pada 31 Januari lalu, Farid turut membangkitkan isu kekerasan yang dilakukan pihak polis keatasnya ketika ditahan reman kerana menyerang anggota polis dan orang awam, menurut laporan Astro Awani.

Memetik laporan yang diterima Malay Mail, Farid mendakwa bahawa tiga rakan artis melakukan onar terhadapnya dengan memberikannya dadah sekaligus menyebabkan perlakuannya di Balai Polis Kota Damansara.

Selain itu menurut Farid, tindakan kurang warasnya ketika itu disebabkan oleh tiga rakan artis tersebut yang mencemari minumannya dengan dadah, sehari sebelum insiden berkenaan berlaku.

Ketiga-tiga rakan artis tersebut merupakan seorang pengarah dan pelakon, seorang penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an serta seorang lagi pelakon.

Selain minuman tersebut, Farid juga mendakwa bahawa dia diberikan rokok bersalutkan sejenis cecair yang tidak dikenal pasti oleh tiga rakan tahanan yang menjadikan dirinya khayal.

Farid turut membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diterimanya sewaktu dalam tahanan reman serta menamakan pegawai polis terlibat yang menyebabkan kecederaan ke atasnya.

Gambarnya penahanannya yang tular turut dipersoal Farid dalam laporan yang dibuatnya itu.

Perkara tersebut disahkan Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat yang menyifatkan bahawa pelakon tersebut membuat banyak laporan tentang beberapa perkara dan akan memastikan siasatan penuh dijalankan pihaknya.

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci