Thursday, 1 February 2018
Argentina Guna Bomoh Cari Kapal Selam Yang Hilang
Mencari kapal selam ARA di San Juan yang hilang sejak 15 November 2017 bukan sahaja melibatkan kapal-kapal yang canggih tetapi juga kapal-kapal selam.
Pelbagai kaedah dilakukan, termasuk pendekatan terbaharu, kerajaan Argentina memilih pendekatan yang luar biasa.
Negara itu mula bergantung harap kepada dunia ghaib.
Dilaporkan oleh Mirror, pada Isnin (29/1/2018), mereka menyewa seorang psikik atau dikenali juga sebagai paranormal bernama Marisel yang berasal dari Buenos Aires.
Dia datang ke pelabuhan ketenteraan Mar del Plata, dan bercakap dengan keluarga 44 kru kapal selam ARA San Juan.
Marisel menyatakan, dia percaya kapal selam tersebut berada di kedalaman 250 meter di sebelah utara dari zon pencarian pertama.
Menurutnya, kapal selam tersebut mengalami kerosakan parah ketika berada dalam perjalanan menuju Mar del Plata.
“Namun, kondisinya masih utuh,” kata Marisel tanpa menyebutkan kaedah apa yang akan dia gunakan untuk mencari kapal selam kelas TR-1700 tersebut.
Dengan menggunakan kapal ARA Robinson, angkatan laut membawa paranormal itu ke wilayah yang dipercayai lokasi asal tenggelam San Juan.
Kedatangannya mencetuskan harapan baru dalam keluarga kru San Juan.
Claudio Rodriguez, saudara lelaki kru bernama Hernan Rodriguez berkata, Marisel datang pada waktu angkatan laut disifatkan sebagai tidak cekap dalam pencarian.
“Dia seorang wanita yang mudah tetapi mesra, kami menerima kehadirannya,” kata Rodriguez.
“Kami percaya kepadanya, dia diberkati dengan kuasa untuk mengetahui sesuatu sejak kecil,” kata Yolanda Mendiola, ibu kru bernama Leandro Cisneros.
Sebelum ini, ARA San Juan, kapal selam buatan Jerman yang aktif dalam misi sejak 19 November 1985, dilaporkan hilang di Lautan Atlantik di selatan yang membawa 44 anak kapal.
Argentina mengumumkan ARA San Juan hilang pada hari Jumaat (17/11/2017), selepas penghantaran terakhir pada Rabu (15/11/2017).
Kapal itu berada 10 hari dari pelabuhan selatan Argentina, Port of Ushuaia, ke pangkalan tentera laut di Mar del Palta, 400 km selatan Buenos Aires.
Beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan Rusia juga turut menawarkan bantuan untuk membantu pencarian.
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci