Thursday, 1 February 2018
Kekasih Paksa Rela : Bukan Pedofilia, Tapi Sisi Positif Poligami
Gara-gara watak yang dijayakannya iaitu sebagai gadis remaja yang berkahwin dengan lelaki berusia dalam drama Kekasih Paksa Rela, lantas drama tersebut didakwa mempromosikan jenayah pedofilia.
Bagaimanapun pelakon utamanya, Intan Najuwa tidak merasakan drama lakonannya itu mempromosikan jenayah tersebut, seperti mana yang dibincangkan peminat menerusi ruangan Instagram.
"Saya tidak lihat drama ini mempromosikan jenayah pedofilia kerana watak yang saya jayakan merupakan seorang gadis berusia 19 tahun yang sedang menuntut di tingkatan enam.
"Jadi, tidak timbul isu bahawa drama ini mengalakkan jenayah pedofilia,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!.
Tambahnya lagi, drama berkenaann diadaptasi novel berjudul sama tersebut mengangkat sisi positif poligami dalam kalangan golongan muda pada masa kini.
"Benar, saya melakonkan watak seorang pelajar tingkatan enam yang berkahwin dengan lelaki berusia. Tetapi, fokus utama drama Kekasih Paksa Rela adalah berkenaan isu poligami,”
"Pada pendapat saya, drama ini mempunyai mesej yang sangat positif dan memberikan kefahaman kepada penonton tentang nilai-nilai murni menerusi poligami,” katanya.
Drama Kekasih Paksa Rela yang ditayangkan di slot Akasia TV3 ini turut dibintangi Remy Ishak, Ain Edruce, Emeleda Rosemila, Fizz Fairuz dan ramai lagi.
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci