PENGASAS Let’s Cantik Skincare, Nur Sajat mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan jumlah ‘dislike’ yang diterima di Youtube menerusi muzik video terbaru, Abang Nak Tegur 3.0.
Malah usahawan ini berkata, beliau sama sekali tidak mengambil pusing berhubung perkara itu kerana merasakan jumlah tontonan adalah lebih penting berbanding like atau dislike.
“Sejujurnya, saya tak risau tentang hal itu kerana kita tak boleh nak paksa orang suka lagu kita. Apa yang penting jumlah tontonan tinggi.
“Pelik, walaupun orang tak suka saya, tapi mereka tetap nak tengok apa saya buat!,” katanya dipetik mStar Online.
Ditanya mengenai kecaman segelintir netizen terhadap video klip berkenaan, Sajat berkata, beliau mengabaikan sahaja komen negatif itu selain mengakui sudah buat sehabis baik.
“Setelah dipelawa Datuk Aliff dan KRU untuk menyanyi lagu ini, saya cuba-cuba sahaja lah. Saya bukan nak serius sangat dalam bidang ini.
“Saya hanya buat kerja dan selebihnya ditentukan oleh pendengar dan penonton di luar sana. Komen-komen negatif, abaikan sahaja.
“Saya sudah buat yang terbaik dan apa yang ditunjuk itu adalah hasil sepanjang penggambaran kami di Sepanyol,” ujarnya.
Sehingga kini muzik video, Abang Nak Tegur 3.0 sudah ditonton lebih 100,000 kali sekal igus menjadi trending nombor satu di laman Youtube, sejak dimuat naik pada Selasa.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci