SEORANG lelaki telah bertindak di luar kawalan apabila dia dengan sengajanya telah membunuh kekasih kepada adik tirinya sendiri.
Kejadian tragik itu dilaporkan telah berlaku di wilayah Sulawesi, Indonesia tetapi tidak dinyatakan bilakah tarikh sebenarnya insiden berlaku.
Pergaduhan berpunca daripada sikap baran si abang tiri yang dalam diam telah menaruh hati kepada adik tirinya sendiri namun terpaksa dirahsiakan perasaan itu kerana adiknya sudah ada kekasih hati.
Dalam masa yang sama menurut sepupu suspek sendiri, Andi Awank memberitahu pihak media tempatan Indonesia bahawa motif pembunuhan hanya disebabkan cemburu dan tidak berpuas hati terhadap mangsa.
Sebelum kejadian berdarah itu berlaku, adik suspek bersama-sama mangsa telah berkunjung ke Pulau Kondo untuk bersiar-siar dan mereka turut bermalam di sana.
Akibat berang apabila mengetahui mereka berdua telah menginap di sana, suspek telah menghubungi adiknya itu namun tiada jawapan.
Keesokan harinya suspek dengan terburu-buru telah menyusul ke kepulauan tersebut dengan bertujuan untuk menyerang mangsa.
Akibat api kemarahan yang melampau, suspek telah menyerang mangsa dengan menggunakan parang yang dibawanya.
Walaupun mereka sempat bergelut seketika namun keadaan mangsa yang parah setelah ditetak pada bahagian leher belakang itu langsung rebah ke tanah dan telinganya turut putus akibat ‘dimakan’ oleh parang yang dihayun suspek.
Mangsa sempat dirawat di hospital berdekatan tetapi disahkan meninggal dunia selepas beberapa jam.
Pihak polis masih lagi menyiasat kejadian itu dan suspek sudah pun ditahan bagi siasatan lanjut.
Setelah mendapat beberapa info, didapati suspek merupakan pendatang asing yang telah merantau ke kampung halaman adiknya.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci