728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday, 6 January 2018

    Amalkan Mandi Ais Rahsia Kulit Cantik Neelofa





    Siapa tak kenal dengan pelakon, pengacara dan usahawan berjaya, Neelofa. Bila bergelar selebriti, hampir setiap hari wajah sentiasa dengan mekap dan terdedah dengan cuaca panas.

    Walaupun jadual kerja yang sibuk, Neelofa tetap tampil cantik. Kulit wajahnya juga bersih dan tiada masalah cela mahupun jerawat.





    Bukan itu je, Neelofa sentiasa tampil langsing. Apa rahsia kulit cantik Neelofa dan kekal langsing. Kami kongsikan 4 rahsia kecantikan Neelofa yang boleh anda amalkan.



    1. Minum banyak air kosong
    Tip paling mudah ialah minum air kosong dengan banyak. Neelofa amalkannya sejak 2009 dan waktu itu dia sedang berusaha untuk turunkan berat badan. Tambah Neelofa, bila tekak kita dah biasa dengan air kosong kita rasa dah tak nak minum air lain, kira akan rasa air kosong itu sangat refreshing.


    2. Gunakan minyak argan untuk rambut lembap & sihat
    Menurut Neelofa, dia tidak mempunyai masa untuk ke salun jadi dia akan membeli produk yang bagus untuk rambut. Neelofa juga menggunakan rawatan minyak argan agar akar rambut lembap dan sihat.


    3. Amalkan rawatan mandi ais
    Rupanya ini rahsia besar Neelofa. Neelofa akan melakukan rawatan mandi ais (ice theraphy). Bayangkan situasi yang mana ada baldi, air dan ais yang sejuk. Rawatan ini membantu menguatkan tulang dan kulit serta mengurangkan penyakit. Kulit nampak berbeza selepas rawatan dan nampak segar walaupun tidak mengenakan solekan.


    4. Amalkan senaman kegemaran
    Siapa sangka Neelofa sangat suka bersukan. Selain bersenam di gim, Neelofa suka bermain badminton, berenang dan kick boxing, sekurang-kurangnya tiga atau empat kali seminggu.




    Sumber: Eh

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Amalkan Mandi Ais Rahsia Kulit Cantik Neelofa Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top