Sunday, 28 January 2018
Hospital Medan Cox's Bazar Akan Dinaik Taraf Lagi
COX’S BAZAR (Bangladesh) – Malaysia akan meneliti beberapa kaedah bagi meningkatkan lagi dan menaik taraf perkhidmatan yang disediakan di hospital medan Malaysia di sini supaya ia dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik terutama kepada pelarian Rohingya.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohammed Noor berkata antara yang paling penting ialah menambah baik peralatan yang ada kerana jumlah pesakit semakin meningkat sejak dibuka 31 Nov lalu.
“Mungkin ada beberapa perubahan perlu dibuat… ada beberapa perkara akan diperkemaskan… harap dapat buat lebih baik.
Balik nanti kita akan sediakan laporan tentang cadangan-cadangan yang boleh dibuat,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke hospital itu di sini Sabtu.
Lawatan beliau itu disertai bintang Hollywood kelahiran Malaysia Tan Sri Michelle Yeoh yang merupakan Duta Muhibah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Raja Mohamed Affandi berkata sehingga kini hospital itu menerima lebih 4,000 pesakit dan walaupun tujuan asal penubuhannya adalah untuk pelarian Rohingya yang berada di kem-kem di sini, hospital itu turut menerima kes melibatkan warga Bangladesh yang tinggal di kawasan berhampiran.
Katanya laporan lengkap dan cadangan untuk penambahbaikan hospital itu akan dibuat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secepat mungkin.
“Operasi hospital ini turut mendapat kerjasama dan sumbangan dari negara Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), ” katanya.
Pembinaan hospital medan dan penyediaan aset perubatan serta latihan teknikal kakitangan perubatan awam dilaksanakan oleh ATM manakala operasinya dikendalikan Kementerian Kesihatan dan turut mendapat sokongan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Luar dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan.
Terdahulu, Raja Mohamed Affandi dan Yeoh melawat kem pelarian Balukhali dan melihat sendiri keadaan pelarian Rohingya. – BERNAMA
Wednesday, 24 January 2018
Pemuda Bertuala Selamatkan Diri Ketika Gempa Tular
Video dan gambar seorang pemuda berusia 20-an yang hanya bertuala dan memegang berus gigi ketika kejadian gempa bumi berlaku di Jakarta semalam, tular di media sosial di Indonesia.
Menerusi video itu, pemuda berkenaan memaklumkan dia berada di dalam bilik air sebelum terasa gegaran dan bertindak keluar dari apartmennya.
Video dan gambar pemuda yang tidak diketahui identiti dan lokasinya itu mendapat komen lucu daripada warga netizen.
Selain itu, turut tular di media sosial menerusi pemilik akaun Twitter bernama ‘Maina’, ialah seorang wanita yang menyelamatkan diri dengan alat solek masih di tangan kerana dia sedang bersolek ketika kejadian gempa itu berlaku.
Sebenarnya, majoriti warga kota Jakarta tidaklah terlalu panik atau terburu-buru keluar dari bangunan apabila gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter berlaku pukul 1.34 tengah hari semalam di Lebak Banten, kira-kira 153 kilometer dari Jakarta.
Ini kerana kebanyakan mereka dan pihak media semakin matang dalam menangani kejadian gempa bumi yang sering terjadi di negara yang terletak di Lingkaran Api Pasifik itu.
Di Wisma Antara di Jakarta Pusat misalnya, warga kerja di wisma itu tertib melakukan langkah menyelamatkan diri dengan menuruni tangga.
Pihak pengurusan keselamatan juga membuat pengumuman meminta orang ramai meninggalkan bangunan, selain siren di bangunan dan pusat membeli-belah di Jakarta turut dibunyikan.
Warga kota Jakarta dilihat berkumpul di luar bangunan, di jalan jalan raya dan pemandu kenderaan juga memberhentikan kenderaan masing-masing.
Media dalam talian, stesen-stesen televisyen dan radio juga sentiasa mengungkapkan doa agar kejadian itu tidak mendatangkan bencana besar, berbanding media dari luar yang lebih memfokuskan warga Jakarta panik menyelamatkan diri.
Media-media di Indonesia juga memuatkan artikel berkaitan perkara yang perlu dilakukan apabila berlaku gempa bumi ketika berada di rumah, bangunan atau kawasan lapang.
Menurut agensi berita Antara setakat ini, dilaporkan lebih 300 rumah dan bangunan rosak teruk terutamanya di Lebak Banten, Pandeglansatu, Bogor, Cianjur dan Sukabumi.
Pihak pemerintah di Indonesia juga masih mengenal pasti jumlah kerosakan dan kerugian akibat bencana itu. – BERNAMA
Tuesday, 23 January 2018
Wanita Bogel Mahu Minuman Percuma Jadi Tular
SEBUAH kelab malam telah ditutup selepas beberapa wanita sanggup buka baju dan melondehkan seluar sehingga menampakkan pakaian dalam semata-mata untuk dapat minuman percuma.
Kejadian aneh yang berlaku di kelab Bellha di Argentina itu dirakamkan secara rahsia dan kini menjadi tular. Bagaimanapun tidak diketahui bilakah video itu dirakamkan.
Pemilik kelab itu dilaporkan mengharamkan pengunjungnya merakamkan aktiviti di dalam premis tersebut namun video rahsia yang tersebar itu memaparkan beberapa wanita berambut perang membuka baju mereka berhampiran bar.
Dalam pada itu, setiausaha pihak berkuasa tempatan, Valentin Bustillo berkata, kelab malam berkenaan ditutup kerana lesennya telah mati dan ia perlu diperbarui sebelum boleh dibuka semuka.
“Video yang dirakamkan oleh pengunjung kelab terbabit juga sudah sampai ke tangan kita. Walaupun tiada laporan secara rasmi dibuat, kami telah memulakan siasatan sendiri. Polis juga akan membantu,’’ kata Valentin.
Sementara itu media Argentina melaporkan wanita yang dirakamkan berbogel itu adalah bawah umur dan disebabkan keadaan tersebut, kelab malam itu berkemungkinan besar tidak akan dibenarkan beroperasi lagi.
Selain itu, laporan itu juga menyatakan bahawa amalan menawarkan minuman percuma kepada wanita dengan syarat mereka berbogel, memang telah diamalkan di negara itu.
Malah terdapat beberapa kes di mana wanita sanggup berbogel dan melakukan seks di depan orang ramai juga dilaporkan berlaku. – MYNEWSHUB.CC
Wanita Batuk Sampai Patah Tulang Rusuk
SEORANG wanita warga emas yang berusia 66 tahun, yang menghidap selesema, terkejut selepas dimaklumkan oleh doktor bahawa tulang rusuknya patah akibat batuk yang terlalu kuat.
Wanita yang tidak dinamakan itu menemui doktor selepas mengalami rasa sakit di bahagian kanan badannya selain lebam yang teruk.
Selepas imbasan Xray dilakukan barulah diketahui bahawa dia mengalami patah tulang rusuk dan batuk itu juga mengakibatkan hernia pada dinding dadanya.
Sebelum itu dia mengalami batuk selama dua minggu. Kes berkenaan telah diterbitkan dalam New England Journal of Medicine.
Wanita yang berasal dari Massachusetts, pada awalnya disahkan mengidap jangkitan pernafasan yang mengakibatkan selesema. Namun keadaannya tidak berubah walaupun telah bertemu doktor.
Dia juga didapati positif batuk kokol walaupun telah diberikan vaksin lapan tahun lalu. Batuk kokol adalah jangkitan bakteria pada paru-paru.
Simpton batuk kokol sama seperti selesema iaitu hidung beringus, mata berair, sakit tekak dan suhu badan yang naik dan turun.
Batuk kokol amat berbahaya kepada bayi dengan satu daripada 500 bayi yang menghidapnya menemui maut.
Mayat Sami ‘Tersenyum’ Selepas 2 Bulan Meninggal
BEBERAPA keping gambar mengejutkan muncul, menunjukkan seorang sami yang sudah dua bulan meninggal dunia ‘tersenyum’ ketika mayatnya dikeluarkan oleh pengikutnya setianya.
Luang Phor Pian, seorang sami yang dihormati ketika hayatnya, meninggal dunia pada 16 November tahun lalu di Bangkok, Thailand pada usia 92 tahun.
Berasal dari Kemboja, Pian menghabiskan sebahagian besar hidupnya sebagai guru kerohanian dan guru Buddha yang terkenal di Lopburi, Thailand.
Apabila dia meninggal dunia, mayatnya dikembalikan ke kuil tempat dia berkhidmat untuk dikebumikan.
Pada minggu ini, para pengikutnya mengeluarkan mayatnya dari keranda sebagai sebahagian daripada upacara tradisi Buddha.
Tetapi mereka terkejut apabila mendapati mayatnya hampir tidak terjejas dan dia kelihatan sedang tersenyum.
GAMBAR PIAN YANG DIAMBIL TIDAK LAMA SEBELUM DIA MENINGGAL DUNIA. – FOTO ASIAWIRE/FB
Menakjubkan apabila Pian masih nampak tersenyum apabila diangkat melalui orang ramai.
Orang ramai tidak melepaskan peluang merakamkan gambar saat-saat luar biasa ini dan berkongsi foto-foto tersebut di media sosial.
Laporan menyatakan bahawa para sami telah mengeluarkan mayat Pian untuk dipakaikan dengan pakaian yang baharu dan bersih.
Walaupun sudah dua bulan meninggal dunia, mayatnya masih sempurna, seperti seseorang yang mati tidak lebih dari 36 jam, media tempatan melaporkan.
Keadaan Pian digambarkan sebagai tanda bahawa sami itu telah mencapai nirwana (kebahagiaan tertinggi).
Para pengikutnya akan terus berdoa untuknya sehingga upacara peristirahatan akhir diadakan pada hari ke-100 kematiannya. – mirrorUK
Pegawai Paling Kanan Parti Komunis Vietnam Dipenjara 13 Tahun
Seorang bekas pegawai kanan Parti Komunis Vietnam dipenjara 13 tahun dalam perbicaraan yang disifatkan paling berprofil tinggi untuk tempoh beberapa dekad di negara ini.
Dinh La Thang didapati bersalah atas dakwaan salah urus ekonomi hingga menyebabkan kerugian yang besar terhadap sebuah syarikat minyak tempatan, PetroVietnam, lapor BBC.
Seorang lagi eksekutif syarikat yang sama, Trinh Xuan Thanh bagaimanapun dikenakan hukuman penjara seumur hidup.
Kes Xuan Thanh meraih perhatian antarabangsa tahun lepas apabila Kementerian Luar Jerman mendakwa kerajaan Vietnam ‘menculiknya secara tidak sah’ daripada Berlin selepas Xuan Thanh cuba mendapatkan permohonan suaka di sana.
Monday, 22 January 2018
Umum PRU14 Awal, Senang Nak Balik Mengundi - Bersih Shanghai
BERSIH Shanghai menggesa Putrajaya mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekurang-kurangnya dua bulan lebih awal agar rakyat Malaysia di luar negara sempat untuk pulang mengundi.
Kumpulan pendesak pilihan raya adil dan bebas itu berkata, pengumuman lebih awal akan membantu pengundi merancang perjalanan, mengambil kira kos dan masa yang sesuai untuk pulang ke tanah air.
Jelas badan itu, notis singkat tarikh pilihan raya melibatkan kos yang tinggi kepada pengundi kalau mereka sudah pulang ke Malaysia untuk perayaan Krismas dan sambutan tahun baru serta Tahun Baru Cina pada pertengahan Februari.
“Tidak semua rakyat Malaysia yang berada di luar negara mempunyai kewangan yang stabil," kata Bersih Shanghai dalam satu kenyataan hari ini.
Bersih Shanghai ditubuhkan sejak perhimpunan Bersih edisi ketiga pada 2012, apabila ia mengadakan rapat umum di The Bund, lokasi tumpuan pelancong terkenal di bandar raya itu.
Pada PRU13, ia menggerakkan kempen "pulang mengundi" dan kemudian menganjurkan kempen Bersih 4 peringkat dunia.
Mengambil contoh United Kingdom yang mengumumkan tarikh pilihan raya lapan minggu lebih awal, Bersih Shanghai berkata pengumuman awal juga membolehkan pengundi merancang cuti semasa cuti sekolah 17 hingga 25 Mac.
Selain pengumuman awal tarikh pilihan raya, Bersih Shanghai juga menuntut syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines dan AirAsia memberikan tawaran khas tiket kapal terbang kepada rakyat Malaysia yang balik untuk mengundi.
Kenyataan itu menyebut ada 20,000 rakyat Malaysia di China dengan 8,000 daripadanya di Shanghai.
Sementara itu, Bersih Shanghai menggesa rakyat Malaysia yang berada di luar negara cuba sedaya upaya balik ke negara untuk mengundi walaupun kerajaan menyediakan kemudahan undi pos.
“Suruhanjaya Pilihan Raya memperkenalkan undi pos kepada rakyat Malaysia di luar negara pada pilihan raya lalu.
“Bagaimanapun proses pengiraan undi dijalankan secara tertutup tanpa pemerhati,” kata kenyataan itu.
Kecoh Satu Dunia Ada Rakyat Malaysia Kahwin Sejenis 'Ala' Koboi Di Australia?
Sejak beberapa hari lalu pengguna laman sosial Twitter kecoh mengenai perkahwinan sejenis seorang lelaki yang didakwa rakyat Malaysia melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya secara sah di Australia, pada minggu lalu.
Kemaskini dimuat naik seorang pengguna Twitter bernama Amrl Hfz (@mirulhafez) mendakwa pemuda Melayu terbabit telah lupa diri dan ‘hanyut’ sejak tinggal di luar negara dan mendirikan rumah tangga dengan pasangan songsangnya, sehingga kini mendapat ‘retweet’ lebih 9,400 pengguna laman sosial tersebut.
"Buat teladan masing-masing jela eh. Anak Melayu ni bro, tapi last-last hanyut bila dah stay oversea. Sayang betul," tulis Amirul Hafez di entrinya, pada 18 Januari lalu.
Dia turut memuat naik beberapa keping gambar memaparkan pemuda Melayu terbabit memakai baju Melayu, bergambar di Arab Saudi dan semasa majlis perkahwinan pasangan ‘suami isteri’ terbabit – yang berlangsung bertemakan ala koboi.
Pelbagai reaksi diluahkan oleh netizen, yang rata-rata terkejut dengan perkahwinan tersebut. Bagaimanapun, mereka hanya mendakwa pemuda itu adalah warganegara Malaysia, namun tidak dapat mengesahkan berasal dari negeri mana.
Ada dalam kalangan netizen mendakwa mengenali lelaki terbabit dan pernah ‘berjiran’ dengannya, walau bagaimanapun tidak menjelaskan lokasi tersebut – sekaligus meninggalkan tanda tanya mengenai kesahihan bahawa pemuda terbabit dari Malaysia.
Sebuah portal Northern Territory News melaporkan pasangan gay terbabit dikenali sebagai Afham Janil dan Keith Edwards, dan mereka merupakan pasangan sejenis pertama yang meraikan perkahwinan di Australia.
Difahamkan, perkahwinan pasangan terbabit diadakan di Darwin dan dihadiri oleh kenalan rapat.
Menurut Edwards, dia mula berkenalan dengan Afham sejak tiga tahun lalu dan mengikat tali pertunangan selama tiga bulan sebelum mereka memutuskan untuk berkahwin secara sah.
Katanya, dia berapa “lega” dapat berkongsi hidup bersama suaminya, Afham.
“Ia tidak memberi apa-apa perbezaan dalam hubungan kita, tetapi ia adalah baik untuk mengesahkan mengenai apa yang kita rasa antara satu sama lain.
“Tetapi kami tidak berfikir untuk berkahwin kerana ia tidak jelas bahawa anda boleh berbuat demikian (perkahwinan sejenis),” katanya memetik portal berita tersebut.
Portal berita tersebut juga tidak menjelaskan secara lanjut mengenai kewarganegaraan kedua-dua lelaki terbabit, namun memaklumkan pasangan itu ‘bahagia’ kerana segalanya berjalan lancar dan tidak menerima reaksi negatif daripada masyarakat setempat.
“Kami berjalan sekitar Darwin, berpegang tangan, berpelukan dan tiada sesiapa yang bercakap apa-apa negatif. Tapi kamu masih berasa bahawa mungkin itu kamu tidak perlu berbuat demikian (berpelukan),” katanya.
Sementara Afham berkata perancangan untuk berkahwin dengan pasangannya hanya dilakukan dalam masa beberapa hari sahaja.
“Kami gementar pada awalnya... kami hanya menguruskan (perancangan kahwin) dalam masa tiga atau empat hari,” katanya.
Pasangan itu menghantar borang dan menunggu notis selama 30 hari sebelum melangsungkan perkahwinan dalam suasana yang “sederhana”.
- mD
Saturday, 20 January 2018
KAJIAN: Wanita Dilamun Cinta Miliki Ingatan Tajam
Kajian terbaharu yang dijalankan oleh Universiti Abertay, Dundee, Scotland mendapati, wanita yang mempunyai kekasih atau sedang dilamun cinta memiliki daya ingatan lebih baik berbanding wanita single.
Kajian juga mendedahkan, wanita yang menjalin hubungan jangka panjang dikatakan memiliki memori lebih baik berbanding wanita yang baru sahaja dilamun cinta.
Kajian dijalankan ke atas beberapa orang wanita di universiti terbabit. Mereka diberikan sekeping foto dan diminta untuk mengingati wajah pada foto tersebut.
Hal tersebut adalah kerana wanita menganggap foto wanita yang dilihat itu sebagai pesaing dalam hubungan percintaan mereka.
“Wanita lazimnya lebih mudah untuk mengingati wajah wanita lain kerana menganggap gambar yang dilihatnya boleh menjadi pengancam dalam hubungan percintaan mereka,” ujar penyelidik.
Thursday, 18 January 2018
Anak Tunggal Bunuh Bapa Curang
Gara-gara terlalu kecewa dengan sikap bapanya yang menduakan ibunya, seorang remaja lelaki disyaki bertindak di luar kawalan dengan menikam mati bapanya itu dalam kejadian di Jalan Nusa Bestari, Taman Nusa Bestari semalam.Kejadian pada pukul 11 pagi itu dikatakan berlaku di bilik tidur utama tingkat atas rumah dua tingkat ketika mangsa, Kiu Kok Ying (gambar kecil), 45, sedang tidur.
Anak tunggal Kok Ying yang berusia 17 tahun dan dikatakan masih bersekolah Keseksaan kerana membunuh.
Sehubungan itu, difahamkan, polis telah menahan lima individu anak dan isteri mangsa serta tiga rakan anak pasangan itu. Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai kejadian itu termasuk peranan isteri mangsa dalam kes itu masih dalam siasatan. Jenis pisau digunakan juga belum diketahui.
Mengikut maklumat awal, anak tunggal pasangan itu menjadi suspek utama. Kok Ying dan isterinya tidak bekerja.di tingkatan lima itu bertindak kejam kerana terlalu marahdengan bapanya yang didakwa mempunyai perempuan simpanan. Perempuan simpanan Kok Ying di katakan seorang wanita warga tempatan.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, kejadian tragis itu diketahui selepas polis menerima panggilan daripa da orang awam pada pukul 11.08 pagi.
Menurut beliau, daripada siasatan, Kok Ying dipercayai ditikam pada kiri dadanya menggunakan pisau ketika sedang tidur di bilik utama.
“Semasa polis sampai, Kok Ying sudah mati dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu di tingkat bawah rumahnya,” kata beliau dalam satu kenyataan akhbar semalam.
Katanya, berdasarkan keadaan katil yang berselerak dan rak baju yang terbalik di bilik utama tersebut, mangsa dan suspek dipercayai bergelut.
“Siasatan mendapati tiada barang yang hilang atau kesan pecah masuk di sekitar rumah tersebut,” katanya.Noor Hashim memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk bedah siasat dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sehubungan itu difahamkan Polis telah menahan lima individu anak dan isteri mangsa serta 3 rakan anak pasangan itu.
Bagaimanapun, maklumat termasuk peranan isteri mangsa dalam kes itu masih dalam siasatan. Jenis pisau digunakan juga belum diketahui.
mengikut maklumat awal anak tunggal pasangan itu menjadi suspek utama. Kok Ying dan isterinya tidak bekerja. – Kosmo
“Kalau Dia Pulangkan Gelaran Datuk, Lagi Baik”
Turut berdukacita dengan kejadian yang mengaitkan Datuk Farid Kamil minggu lalu, Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sutan Ahmad Shah yang baru-baru ini menganugerahkan gelaran Datuk kepada Farid.
Dalam kenyataan, Tengku Abdullah tidak memaksa untuk Farid memulangkan gelaran itu namun menerima baik sekiranya Farid memulangkan semula gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang diberikannya.
“Semua individu yang mendapat Datuk, telah tersurat dan tersirat dalam etika untuk layak memakai gelaran ini. Kalau hendak diikutkan hati, nak tarik semua (anugerah kebesaran negeri). Saya dukacita kalau terdapat individu yang digelar Datuk berkelakuan seperti ini”
“Kalau dia hendak pulangkan, terpulanglah. Kalau dia sedar dan dia hendak pulangkan, itu lebih baik. Saya bukan mahu menghukum, tapi mereka sendiri yang tersalah langkah. Kalau hendak tarik semula, kita juga harus mengikut prosedur,” katanya kepada porta Oh Bulan.
Menurut Tengku Abdullah, individu yang dianugerahkan gelaran ini perlulah mengikut etika dan baginda kecewa dengan kejadian yang berlaku kerana membabitkan gelaran Datuk yang dianugerahkan. (rtky/w)
Wednesday, 17 January 2018
Jumlah Perbelanjaan Rakyat Malaysia Melancong
GAMBAR HIASAN |
Jumlah perbelanjaan rakyat Malaysia melancong di luar negara adalah:
2012: RM37.7 billion
2013: RM38.6 billion
2014: RM40.7 billion
2015: RM41.7 billion
2016: RM43.4 billion
Perbelanjaan pelancong domestik di dalam negara:
2011: RM36.2 billion
2012: RM40.8 billion
2013: RM47.6 billion
2014: RM55.5 billion
2015: RM60.5 billion
2016: RM66.5 billion
(Sumber:DOSM)
Apa maksud data ini?
Rakyat Malaysia miskin?
Rakyat terbeban?
Tapi kenapa boleh meningkat?
Adakah semakin ramai rakyat yg boleh melancong?
Ataupun org yg sama je yg melancong tapi semakin boros?
Tuesday, 16 January 2018
Pasangan Ini Hanya Makan 3 Kali Seminggu
PASANGAN suami isteri ini, Akahi Ricardo dan Camila Castello, mendakwa mereka mengamalkan kehidupan `bebas makanan’ dan hanya makan sayur serta buah-buahan beberapa kali sahaja dalam seminggu.
Akahi, 36 dan isterinya, Camila, 34, yang menetap antara California dan Ecuador berkata, selepas mengamalkan diet berkenaan, mereka lupa bagaimana rasa lapar dan percaya manusia boleh bertahan dengan tenaga yang ada dalam diri dan dunia ini.
Malah Camila,hanya makan makanan pejal lima kali sepanjang sembilan bulan mengandung. Mereka kini mempunyai dua orang anak.
“Manusia boleh hidup tanpa makanan selagi mereka bersambung dengan tenaga dan melalui pernafasan.
“Selama tiga tahun, saya dan Akahi tidak makan apa –apa dan kini kami hanya akan makanan jika berada dalam situasi majlis sosial atau merasa buah-buahan,’’ kata Camila yang memberitahu dia melahirkan anak-anak yang sihat.
Pasangan itu mendakwa amalan gaya hidup bebas makanan ini telah memperbaiki kesihatan mereka dan wang yang selalu digunakan untuk membeli barang makanan boleh digunakan untuk kegunaan lain.
“Kos sara hidup kami lebih rendah berbanding keluarga lain dan kami boleh menjimatkan wang dengan mengembara,’’ kata Akahi pula.
Camila dan Akahi bertemu pada 2005 dan mereka berkahwin tiga tahun kemudian. Mereka mempraktikkan kehidupan berkenaan selepas bertemu dengan rakan-rakan mereka.
Mereka menjadi vegetarian selama beberapa tahun sebelum bertukar kepada diet sayur-sayuran mentah dan kemudian hanya makan buah.
Akhirnya pada Mac tahun lepas, mereka mempraktikkan amalan bebas makanan. –MYNEWSHUB
Monday, 15 January 2018
Bintang WWE Bekas Aktres Lucah Tak Boleh Beraksi Lagi
BINTANG gusti WWE, Paige mungkin tidak dapat beraksi lagi di gelanggang selepas cedera di leher selepas jatuh ke lantai akibat ditendang oleh lawannya, Sasha Banks di Long Island, New York.
PWInsider melaporkan, sumber memaklumkan bintang muda berusia 25 tahun itu kini tidak akan dapat beraksi lagi. Dia terpaksa menjalani pembedahan leher.
Pada mulanya kecederaan itu dipercayai tidak serius lalu WWE menawarkan Paige untuk mengambil bahagian dalam gusti wanita Royal Rumble pada bulan ini.
Bagaimanapun ujian perubatan tambahan mendapati demi kepentingannya, Paige perlu berhenti bergusti.
Paige atau nama sebenarnya Saraya-Jade Bevis, mempunyai dua juta pengikut di laman Twitter. Dia mengalami tekanan dan anorexia selepas video seksnya terbongkar.
Dia yang berasal dari England, tertekan kerana hak privasinya telah diceroboh hingga ke tahap enggan keluar rumah.
“Saya sedang duduk di satu tempat apabila seorang lelaki datang dan kata pada saya, ‘itulah pelakon lucah’, Saya menangis dalam tandas dan sukar untuk rapat dengan sesiapa pun. Saya tidak keluar rumah selama beberapa bulan.
“Saya sangat sedih hingga ke tahap mahu membunuh diri,’’ katanya kepada Chasing Glory With Lilian Garcia dalam satu temubual sebelum ini.
Paige bukan sahaja berdepan kontroversi apabila video seksnya dicuri malah dia pernah digantung oleh WWE sebanyak dua kali pada 2016 kerana mengambil ubat larangan. – Agensi
Peguam Trump Urus Bayaran Tutup Mulut Bintang Porno
Peguam peribadi Presiden Donald Trump menguruskan bayaran berjumlah AS$130,000 (RM517,063.08) kepada seorang bekas bintang lucah sebelum pilihan raya 2016 bagi menghalangnya mendedahkan salah laku seksual pemimpin Amerika Syarikat (AS) itu, lapor akhbar The Wall Street Journal kelmarin.
Seorang pegawai Rumah Putih menafikan laporan di mana wanita dimaksudkan, Stephanie Clifford berkata, dia bertemu Trump dalam satu acara golf selebriti pada 2006, setahun selepas berkahwin dengan Melania.
Clifford atau nama pentasnya, Stormy Daniels, berkata, pertemuan itu berlaku beberapa ketika selepas itu, lapor akhbar, memetik sumber.
Peguam Trump, Michael Cohen menjadi orang tengah membuat pembayaran itu pada Oktober 2016, sebulan sebelum pilihan raya, di bawah perjanjian yang termasuk butiran tidak didedahkan, kata sumber.
"Ini adalah laporan lama yang dikitar semula, yang diterbitkan dan dinafikan sebelum pilihan raya," kata seorang pegawai Rumah Putih.
Ketika kempen Presiden, satu pita video muncul mengenai Trump berbangga beliau boleh sewenang-wenangnya mencabul wanita tanpa didakwa.
Beberapa wanita menuduh pemimpin berusia 71 tahun itu melakukan salah laku seksual.
Trump menafikan semua tuduhan sebagai pembohongan dan malah mendakwa, ulasan pita itu dipalsukan.
Namun, bekas hos 'Access Hollywood', Billy Bush berkata, beliau dan tujuh yang lain menyaksikan Trump mengeluarkan kenyataan lucah itu. - AFP
Facebook Dituduh “Mesra Zionisme, Anti Islam”
Ratusan umat Islam Indonesia berhimpun secara aman di luar ibu pejabat Facebook di negara itu pada hari Jumaat baru-baru ini untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan Facebook yang mendiskriminasi laman-laman berbentuk Islami.
Menurut laporan yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia, Facebook bertindak membiarkan laman-laman yang menghina dan menyebarkan kebencian terhadap Islam dan para ulama namun menyekat laman-laman Islam yang berbentuk kemanusiaan.
“Banyak akaun (Facebook) yang menyebarkan kebencian terhadap Islam dan ulama dibenarkan beroperasi sebelum ini manakala akaun yang menyentuh mengenai bantuan kemanusiaan Islam seperti ini pula disekat,” kata jurucakap Barisan Pertahanan Islam (FPI), Slamet Maarif.
Menurut laporan Free Malaysia Today, seorang jurucakap Facebook yang enggan dikenali menyatakan bahawa adalah menjadi dasar atau polisi Facebook untuk memadamkan mana-mana kandungan yang dilihat melanggar piawaian komuniti laman sosial itu.
Dalam pada itu, Facebook juga gagal menyatakan piawaian yang menjadi rujukan laman media sosial itu, ini kerana Facebook sering didapati berat sebelah menyokong Zionisme dan menyekat kandungan berunsur pro-Islam.
Perhimpunan tersebut telah berlangsung secara aman tanpa apa-apa kejadian yang tidak diingini, walaupun Indonesia membekalkan pelanggan keempat paling ramai di dunia selepas Amerika Syarikat, India dan Brazil untuk laman sosial itu, iaitu 115 juta orang, namun Facebook tetap melangsungkan diskriminasi terhadap laman-laman web yang memperjuangkan isu kemanusiaan dari perspektif Islam termasuk laman-laman yang menyokong perjuangan umat Palestin.
Sunday, 14 January 2018
Kakitangan Hospital Terkejut Mayat Tiba-Tiba Berdengkur
SEORANG lelaki yang disahkan meninggal dunia oleh tiga doktor mengejutkan kakitangan hospital apabila dia berdengkur di atas meja bedah siasat dan sebenarnya masih hidup.
Menurut laporan berita tempatan, Gonzalo Montoya Jimenez, 29, ialah seorang banduan di utara Sepanyol.
Lapor La Voz de Asturias, dia ditemukan tidak sedarkan diri di dalam selnya pada Ahad dan dipercayai sudah meninggal dunia.
Tiga doktor forensik didakwa memeriksa Jimenez dan mengesahkan kematiannya.
Empat jam kemudian, dia didengari mengeluarkan bunyi sebaik sebelum prosedur autopsi dilakukan ke atasnya.
Badan suspek turut sudah ditanda sebagai panduan untuk melakukan proses bedah siasat dan ini menandakan pengesahan kematian itu bukan baru dibuat.
Suspek kini sudah sedarkan diri dan berada dalam unit rawatan rapi di Hospital Universiti Pusat Asturias di Oviedo, Sepanyol. – Livescience
Facebook Mahu Kurangkan Perkongsian Page Di News Feed
Facebook pada baru-baru ini telah mengumumkan perubahan pada News Feed dimana laman sosial ini akan mengutamakan perkongsian daripada rakan-rakan dan ahli keluarga terlebih dahulu berbanding dengan perkongsian umum seperti daripada Facebook Pages.
Pengumuman itu dibuat oleh pemiliknya sendiri, Mark Zuckerberg di dalam entri terbaru melalui akaun Facebook rasmi miliknya baru-baru ini.
Melalui perkongsian terbaru yang dimuat naik, Zuckerberg mengatakan Facebook News Feed telah menjadi terlalu padat dengan berita tentang perniagaan, jenama dan media. Tidak dilupakan dengan perkongsian-perkongsian berita palsu.
Bagi meyelesaikan masalah itu, Facebook akan menumpukan kepada kandungan umum daripada rakan-rakan dan keluarga terlebih dahulu. Perkara ini dikatakan sesuai dengan matlamat Facebook untuk menghubungan orang ramai bersama rakan-rakan dan keluarga
Pages juga dijangka mempunyai capaian yang sedikit rendah berbanding sebelum ini. Dalam pada itu perkongsian daripada Facebook Pages yang menghasilkan interaksi mungkin tidak terlalu terjejas dengan perbezaan capaian yang diterima.
Sekiranya anda merupakan peniaga online atau sering berkongsi maklumat di laman Facebook Pages, mungkin sudah tiba masanya anda menambah platform perniagaan atau perkongsian anda untuk meningkatkan jumlah capaian pengguna.
Premis Melombong Bitcoin Di Puchong Diserbu MPSJ
Sekiranya anda melombong bitcoin, apa yang berlaku di Puchong ini mungkin bakal menjadi pengajaran buat anda. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) baru-baru ini telah menyerbu sebuah premis yang dikatakan telah menjadikan sebuah rumah sebagai premis melombong bitcoin secara haram.
Difahamkan aktiviti yang dijalankan ini sudah dijalankan sejak beberapa bulan lalu di dua kediaman berbeza di Jalan Merbok 2, Puchong Jaya sebelum pihak MPSJ berpihak untuk menyerbu premis ini.
Keputusan untuk menyerbu premis ini dibuat setelah MPSJ menerima aduan daripada penduduk setempat dimana jiran tertangga yang berada sekitar Jalan Merbok 2 sering mengalami masalah gangguan elektrik yang kerap.
Lebih bermasalah apabila premis ini sering dijadikan pusat untuk orang ramai berkumpul membuatkan penduduk setempat sering mengalami masalah meletak kenderaan mereka. Pemilik premis ini juga didakwa MPSJ selepas menyalahi undang-undang menjalankan perniagaan di dalam kediaman secara haram.
SUSUNAN BITCOIN MINER UNTUK MENGELAKKAN DARIPADA KEPANASAN
Berdasarkan hasil siasatan yang dibuat, MPSJ telah mendapati premis ini dibenuhi dengan sejumlah besar bilangan komputer yang diasingkan dengan beberapa keping papan lapis. Wayar yang disambung pada komputer juga didapati berselirat penuh dibahagian lantai premis.
Setakat ini rumah ini telahpun dikosongkan daripada sebarang aktiviti melibatkan perlombongan bitcoin untuk mengelakkan daripada perkara yang sama berlaku lagi.
Saturday, 13 January 2018
Bukan Polis Saja, Ridzuan Hashim Pun Kena Tampar Dengan Farid Kamil
Pelakon Ridzuan Hashim masih binggung mengapa dirinya ditampar Datuk Farid Kamil sewaktu dia keluar dari bilik air semasa menjalani sebuah penggambaran di studio milik Soffi Jikan pada lewat malam Khamis lalu.
Menurut Ridzuan yang terkenal dengan watak King menerusi filem KL Gangster, kejadian berlaku ketika dia berada di set penggambaran drama terbaharunya,Uniknya Cinta arahan Shuhaimi Lua sekitar pukul 1.30 pagi.
“Saya pada waktu itu sedang memakai stokin dan tiba-tiba dia masuk ke dalam bilik pakaian serta meminta sehelai baju.
“Apabila saya beritahu semua pakaian di situ milik pelakon, dia dengan tidak semena-mena menampar pipi kiri saya sehingga merah,” katanya memetik Kosmo.
Tambah pelakon KL Gangster itu lagi, dia sempat menjerit kepada Farid dan bertanya mengapa dia ditampar.
“Saya jerit ‘Oi kenapa kau tampar aku’ namun Farid terus berlari keluar dan tingalkan keretanya di set penggambaran,”jelasnya lagi.
Ridzuan bagaimanapun memaklumkan sudah memaafkan perbuatan Farid dan tidak berdendam dengan pelakon tersebut.
Pada Khamis lalu, Farid telah menampar seorang anggota polis dan dua orang awam sewaktu berada di Balai Polis Trafik Kota Damansara. Dia kini direman empat hari untuk siasatan lanjut.
Ngeri! Inilah Salah Satu Hukuman Mati Yang Terkenal Paling Kejam Dan Biadab Di Dunia
Zaman dahulu hukuman mati adalah perkara biasa dan setiap negara mempuntai tradisi hukuman yang berbeza.
Salah satunya tradisi pelaksanaan kematian yang terkenal adalaah dari negara China ini.
Hukuman yang dikenali sebagai Lingchi dilancarkan Grid.ID melalui ranker.com.
Lingchi, diterjemahkan bermaksud “mati oleh seribu keping” atau “kepingan lambat”.
Ia merujuk pada satu hukuman yang dilakukan secara perlahan-lahan dengan cara menyiksa pesalah.
Hukuman ini dilaksanakan di China hampir 1,000 tahun hingga abad ke-20.
Hukuman ini adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan. Tindakan ini sama dengan menghiris atau mengikis kulit seseorang yang masih hidup.
Orang yang menerima hukuman lingchi ini adalah orang yang melakukan jenayah besar.
Ia pernah menjadi perdebatan oleh seorang pelancong Australia yang menyaksikan hukuman tersebut dilaksanakan.
Keterangan amalan ini jelas sangat kejam dan juga amalan hukuman yang ditulis dalam sejarah dan budaya.
Seorang theorist bernama Georges Bataille pernah menuliskan tentang hukuman ini.
Penjelasan mengenai pelaksanaan lingchi ini termasuk dalam karya manuskripnya mengenai teori kebudayaan, berjudul The Tears of Eros.
Buku ini menceritakan tentang seorang lelaki yang menjadi sasaran lingchi.
Dulu Penuh Tatu Dan Seksi, Sekarang Tidak Lagi
Usianya memasuki 33 tahun dan penampilan terbaru artis membuatkan peminatnya terkejut. Siapa yang tidak kenal artis cantik Indonesia, Princess Cinta Penelope?
Artis yang juga penyanyi ini dulunya cenderung berpakaian seksi dan bertatu namun kini dia sudah berubah dan memutuskan untuk menutup aurat.
Princess Cinta Penelope dilahirkan di Jakarta pada 15 April 1984. Cinta seorang penyanyi dangdut dan terkenal dengan lagu Keong Racun.
Cinta Penelope pernah berkahwin dengan Mustafa Debu, salah seorang personaliti muzik namun kemudiannya bercerai.
Pada 6 Jun 2014, Cinta menikah lagi dengan Dony Hermawan namun bercerai setahun kemudian.
Cinta berkata sebelum ini dia tidak berhijab kerana terikat dengan banyak kontrak.
“Tetapi sekarang kalau masih banyak kontrak saya akan terus berhijab,” katanya.
Walaupun masih banyak kata-kata buruk tentangnya, namun Cinta Penelope tidak peduli kerana pada saat ini dia mahu terus mendekatkan diri pada Tuhan.
“Alhamdulillah hijab mengarahkan karyaku menjadi lebih baik… makasi ya ALLAH engkau sadarkan aku akan wajib ku sebagai wanita muslim… #mohonampunanallah,” tulis Cinta dalam Instagramnya.
Friday, 12 January 2018
Mekah : Kota Yang Sentiasa Rasa Rindu
BENAR kata mereka yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah, perasaan rindu yang menebal akan hadir sebaik sahaja kita meninggalkan kota itu.
Hari ketiga di tanah suci, rombongan TV AlHijrah di bawa oleh pihak Rayhar Travel melakukan ziarah ke Taif yang terkenal sebagai Bandar Bunga Ros.
Ziarah ke Taif bertujuan menyelami perjalanan dakwah Rasulullah SAW bersama sahabat baginda Zaid bin Harithah yang penuh duka.
Pada ketika itu dakwah baginda ditolak dengan keras oleh penduduk Taif sehingga menyebabkan baginda disakiti.
Kesemua rombongan telah diingatkan untuk membuat tawah Wada’ sebelum meninggalkan tanah haram untuk berlepas ke Taif kerana Bumi Taif berada di luar tanah haram dan terletak lebih kurang 120 kilometer dari Mekah.
“Memang sangat teruja nak ke Taif yang terkenal sebagai kawasan berbukit bukau yang sejuk dan subur itu, cuma kami rasa terkilan sedikit nak meninggalkan Masjidil Haram sehari suntuk hari ni.
“Rasa rugi pula tak dapat solat dan beriktikaf di sini,” kata salah seorang daripada anggota rombongan TV AlHijrah sebelum berlepas ke Taif.
Perjalanan ke Taif dengan bas dipimpin oleh Ustaz Dzulkarnain Hamzah yang berkongsi pelbagai kisah daripada sirah nabi dan di selang selikan dengan pelbagai versi selawat nabi secara bersilih ganti.
Perjalanan lebih sejam setengah melalui jalan raya yang agak luas dengan hamparan bukit-bukit batu yang tandus memberi pengalaman baru. Sekali sekala kelihatan beberapa ekor unta sedang meragut di tepi jalan.
Setelah tiba di Taif destinasi pertama ziarah ialah ke Istana Shubra, sebuah istana lama yang pernah dijadikan istana musim panas oleh Raja Abdul Aziz. Kini istana ini dijadikan muzium.
Wakil dari bahagian pelancongan Arab Saudi bercerita serba ringkas mengenai istana lama itu yang menyimpan banyak bahan sejarah Mekah, Madinah, Jedah dan Taif.
Istana dengan seni bina bercirikan Islam Rom itu difahamkan menggunakan kayu yang diimport dari Malaysia sebagai sebahagian daripada bahan binaannya.
Destinasi kedua rombongan ialah ke kilang memproses produk berasaskan bunga Ros. Taif sememangnya terkenal dengan produk berasaskan bunga Ros yang di eksport ke seluruh dunia.
Dari cairan minyak wangi berkualiti tinggi sehinggalah kepada produk teh berperisa bunga ros. Apa yang menarik semasa singgah di kilang proses bunga ros selain menikmati teh Ros dan membeli produk minyak wangi.
Tumpuan anggota rombongan juga tertumpu kepada penjual makanan seperti kacang dan kurma yang berniaga di sekitar. Peniaga tersebut seperti juga peniaga lain di Makkah dan Madinah mengalu-alukan orang ramai.
Ini termasuk untuk rasa produk makanan yang dijual. Kata ustaz yang bawa anggota rombongan “inilah cara orang Arab meniaga makanan, dihalalkan walau nak rasa sebanyak mana pun tapi jangan pula sampai masuk poket.”
“Mungkin ini sebahagian daripada budaya berniaga orang Arab yang boleh dicuba di negara kita.” Seloroh salah seorang anggota rombongan yang sibuk merasa pelbagai jenis kacang yang dijual.
Rombongan kemudiannya singgah di Masjid Abdullah ibn Abbas di bandar Taif untuk solat jamak takdim zuhur dan Asar. Banyak yang diceritakan mengenai riwayat Abdullah ibn Abbas yang disampaikan oleh ustaz Dzulkarnain.
Abdullah Ibn Abbas seorang perawi Hadis yang sangat rapat dengan Rasulullah yang juga merupakan sepupu serta teman sepermainan Rasulullah. Makamnya terletak betul-betul berhampiran dengan masjid.
Selepas meninggalkan masjid anggota rombongan dibawa ke beberapa lokasi lain yang menjadi persinggahan dalam perjalanan dakwah rasulullah di Taif. Antaranya Masjid Kouk, sebuah masjid kecil yang dibina dengan batu.
Ia pernah disinggahi Rasulullah untuk berdoa dan bermunajat seketika semasa baginda berada di Taif. Secara keseluruhan, Taif terkenal sebagai kawasan yang subur itu jika diperhati keadaan fizikalnya dengan lebih dekat.
Kelihatan agak misteri dan seakan-akan sebuah bandar tinggal tanpa penghuni. Jarang kelihatan orang ramai melakukan aktiviti-aktiviti harian di luar atau di sekitar kampung.
Yang ada hanyalah bukit dan lembah, kawasan kampung seperti tiada penghuni dan kedai-kedai yang seperti tidak dikunjungi pelanggan. Ia seakan-akan sebuah bandar mati.
“Jika difikirkan sejenak mungkin keadaan ini sangat berkaitan dengan tindakan penduduk Taif tidak terima dakwah Rasulullah pada masa dahulu, jika menerima mungkin kini Taif jauh lebih maju dan indah melebihi Kota Madinah.”
Itu respons Ustaz Rosli, pengurus besar bimbingan Rayhar Travel apabila mendengar anggota rombongan sibuk memberi komen masing-masing mengenai Taif.
Walau bagaimanapun di tengah bandar Taif masih seperti bandar lain di Arab Saudi, agak sibuk dengan aktiviti. Rombongan pulang semula ke Makkah menjelang waktu Maghrib.
Namun berhenti untuk solat jamak taqdim di Miqat Qarn Al Manazil, 35 kilometer dari Makkah. Tiba di Makkah rindu Masjidil Haram terubat, ada antara anggota rombongan terus ke Masjidil Haram sekadar ambil air zam zam.
Ada juga naik ke hotel dan terus ke masjid untuk beriktikaf. Ada pula yang merancang ke Miqat Tan’im dengan teksi dan kembali untuk mengerjakan umrah pada lewat malam.
“Sekadar berdiri depan hotel Al Maqam ini saja sudah cukup damai, boleh tengok Masjidil Haram dari dekat dan menyaksikan orang ramai tidak putus-putus ke masjid,” kata seorang anggota rombongan sambil hirup teh panas.
Mak Mertua Farid Kamil Tak Tahu, Amat Terkejut
Ibu mertua Datuk Farid Kamil, Norsiah Ramli memberitahu dia tidak tahu berita tentang penahanan menantunya pada awalnya.
Norsiah yang merupakan ibu kepada pelakon Datin Diana Danielle hanya dibertahu pelakon filem Tombiruo itu ditangkap polis selepas dipercayai menampar anggota polis trafik Kota Damansara pada pukul 5 petang semalam.
“Saya dapat tahu fasal berita ni pukul 5 petang tadi oleh pihak media. Masih tak tahu hujung pangkal.
“Masih terkejut lagi. Saya betul-betul tak tahu. Demi Allah,” ketika dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp. - UO
Wednesday, 10 January 2018
Anggap Dia Saja Yang Betul? Fathia Latiff 'Meroyan' Kepada Produksi Pula
PELAKON kontroversi Fathia Latiff meluahkan rasa tidak puas hatinya gara-gara tuduhan tidak berasas sebuah syarikat produksi drama tempatan.
Fathia menerusi kemas kini terbarunya di laman Twitter menyatakan pihak berkenaan sering mencari kesalahan dirinya dengan mendakwa kononnya dia sering tiba lambat ke lokasi penggambaran.
Bagaimanapun, Fathia dilihat tidak pula mendedahkan serta menyatakan secara jelas nama produksi yang dimaksudkan.
“Nak tunggu cerita, watak dan skrip yang bagus, kena tunggu 18 tahun lagi agaknya. Selepas itu, datang lambat sikit nak kecoh satu Malaysia. Seolah-olah kamu tidak pernah lambat. (Kalau) Nak cari kesalahan orang, laju saja,” tulisnya.
Ujar Fathia lagi, dia pelik dengan sikap produksi tersebut yang inginkan kesempurnaan tetapi mendakwa pihak berkenaan tidak pula menguruskan kerja mereka dengan baik.
“Kalau buat kerja sempurna, tak apalah juga. Sebaliknya mereka buat kerja pun ‘cincai’. Sempat lagi nak tuding jari. Bukan main mereka nampak keburukan orang lain! Sumbangan, bakat, pencapaian dan kebaikan orang lain buat-buat buta.
“Kalau produksi yang dikenali tak kecoh, produksi kau yang lebih-lebih nampak ‘hauk’ (teruk). Anda boleh mengenakan selebriti lain, tetapi bukan saya,” ujarnya.
Terdahulu, nama Fathia adalah antara selebriti yang tidak terlepas daripada mencipta kontroversi yang menjadi bualan cukup hangat di media sosial.
Antaranya digugurkan daripada membintangi drama bersiri Laluna kerana masalah disiplin dan diikuti kontroversi rakaman video berhibur bersama pelakon baru sehingga menampakkan sebahagian payudaranya.
Tuesday, 9 January 2018
Oprah Winfrey Mahu Jadi Presiden AS?
Oprah Winfrey mungkin bertanding jawatan Presiden, mencabar Donald Trump selepas timbul spekulasi personaliti TV bilionair itu sedang mempertimbangkan rancangan tersebut.
Sehari selepas memberi ucapan menaikkan motivasi kaum wanita di anugerah Golden Globes, wanita berkarisma itu menerima banyak panggilan menggesa beliau bertanding untuk jawatan Presiden.
Rata-rata ahli Demokrat mengakui Winfrey lebih baik berbanding Trump. Malah, ahli Republikan sendiri mengatakan beliau adalah pesaing yang lebih kuat berbanding Presiden bintang realiti itu.
Dalam satu temu bual kira-kira 20 tahun lalu, Trump sendiri pernah menamakan Winfrey sebagai Naib Presiden pilihannya.
Rumah Putih turut mengulas mengatakan cabaran itu dialu-alukan tidak kira Winfrey atau sesiapa saja. Bagaimanapun, Winfrey menafikan spekulasi itu.
“Saya tidak mahu. Saya tidak akan bertanding untuk apa-apa jawatan,” katanya di belakang pentas ketika acara anugerah Globes ketika ditanya sama ada beliau mahu bertanding jawatan Presiden.
Agensi berita CNN yang memetik dua sumber disifatkan sebagai ‘teman rapat’ memaklumkan Winfrey sedang mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Presiden.
MEnurut laporan itu lagi, rakan baik Oprah turut mengatakan bahawa Oprah boleh ‘dipujuk’ agar bertanding di masa akan datang. – AFP
Monday, 8 January 2018
"Kenapa Iqram Dinzly Sampai Jadi Begitu?"
Sebagai seorang yang pernah digosipkan dengan Iqram Dinzly suatu ketika dulu, Fouziah Gous terkejut dengan sikap pelik teman rapatnya. Menurut, Fouziah kali terakhir mereka berhubung, ketika kematian bapa Iqram.
“Saya tidak membaca atau mengikuti perkembangannya di laman sosial. Memang saya tidak tahu mengenai dakwaan dirinya murung dan berkelakuan pelik. Kenapa sampai jadi begitu? Mungkin kerana ayahnya meninggal dunia dan dia melayan perasaannya”
“Bila ada masa nanti, saya akan bertanya kepada kawan-kawan lain mengenai perkara itu. Itu kali terakhir saya berhubung dengannya. Ketika itu saya sarat mengandung anak kedua. Menyusul selepas itu, saya melahirkan anak kedua dan menjalani tempoh berpantang,” katanya kepada Harian Metro.
Jika masih ingat, keakraban Fouziah dan Iqram dulu telah menimbulkan persoalan hubungan mereka hingga ada yang mengatakan mereka bercinta. Bagaimanpun kini, masing-masing sudah punya kehidupan sendiri.
Pastinya rakan-rakan rapat yang pernah mengenali Iqram suatu ketika dulu akan terkejut dengan perubahan drastik yang berlaku pada dirinya kebelakangan ini. Semoga segalanya baik-baik saja. (rtky/w)
Anwar Bebas Pada 8 Jun 2018, Dua Hari Lebih Awal
Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan bahawa Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dibebaskan pada 8 Jun 2018 iaitu pada hari Jumaat.
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Omar, menerusi satu kenyataan hari ini, ia selepas Anwar selesai menjalani hukumannya pada 10 Jun 2018 selepas dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara mulai 10 Februari 2015.
Sehubungan itu dimaklumkan pengiraan tempoh hukuman yang perlu dijalani dan tarikh pembebasan Anwar telah dibuat oleh Jabatan Penjara berasaskan ketetapan Seksyen 44, Akta Penjara 1995 serta Peraturan 43 (1) (a) Peraturan-Peraturan Penjara 2000. Akta dan Peraturan tersebut memberikan 1/3 remitan daripada hukuman kepada mana-mana banduan yang menjalani hukuman melebihi satu bulan.
Pengiraan hukuman yang dibuat mendapati tarikh pembebasan Anwar adalah pada 10 Jun 2018.
Bagaimanapun, mengikut Peraturan 28 Peraturan-Peraturan Penjara 2000 juga menjelaskan bahawa jika pembebasan seseorang banduan jatuh pada hari kelepasan mingguan atau hari kelepasan am, banduan hendaklah dibebaskan pada hari sebelumnya.
Oleh kerana 10 Jun 2018 adalah hari Ahad dan 9 Jun 2018 adalah hari Sabtu, Anwar boleh dibebaskan pada 8 Jun 2018 iaitu pada hari Jumaat.
Sehingga tarikh kenyataan ini dikeluarkan Jabatan Penjara Penjara Malaysia dan Penjara Sungai Buloh tidak menerima apa-apa waran atau perintah dari mana-mana pihak berkuasa yang kompeten yang mengarahkan hukuman terhadap Anwar dipinda.
Tarikh pembebasan Anwar iaitu pada 8 Jun 2018 juga tiada sebarang kaitan dengan pelaksanaan Sistem Parol atau apa-apa perintah dari Lembaga Pengampunan.
Sunday, 7 January 2018
Ku Sangka Kaca, Rupa-Rupanya Memang Permata!
WASHINGTON DC – Wanita ini memang bertuah, mana tidaknya siapa sangka dia berjaya menemui serpihan berlian berwarna perang ketika lawatannya ke sebuah taman berlian baru-baru ini.
Permata coklat seberat 2.65 karat itu ditemui 10 minit selepas Victoria Brodski berjalan-jalan santai berhampiran pintu masuk sebuah taman awam negeri iaitu Crater of Diamonds State Park di Arkansas, Amerika Syarikat.
Dia yang berusia 25 tahun dan berasal dari Tulsa, bagaimanapun hanya menyedari bahawa serpihan itu memang adalah sebutir berlian selepas diteliti beberapa jam kemudian, menurut laporan media setempat kelmarin.
Pada awalnya menyangka serpihan ditemui itu hanyalah kaca biasa sebelum kemudian meneliti keadaan butiran kristal tersebut dan mendapati ia aneh kerana tidak dipotong seperti yang kelaziman bentuk kaca pernah dilihat.
“Saya sedang melihat gambar-gambar berlian yang memang dipamerkan di sekitar taman tersebut dan melihat ada banyak persamaannya dengan apa yang saya dapati,” kata Brodski kepada stesen tempatan THV11.
Dengan perasaan tidak percaya, dia menunjukkan berlian berkenaan kepada kakitangan yang berada di taman berlian itu dan mereka kemudian mengesahkan bahawa serpihan yang disangka kaca tersebut adalah berlian.
Permata berwarna perang adalah salah satu daripada tiga penemuan yang ditemui oleh pelawat secara tidak sengaja di taman itu sepanjang tahun lalu. Ia juga merupakan penemuan kedua terbesar setakat ini pada tahun 2017.
Berlian lain pernah ditemui oleh pelawat ialah pada Mac lalu oleh Kalel Langford yang berusia 14 tahun. Dengan berat 7.44 karat, batu permata tersebut muncul sebagai berlian terbesar yang ditemui pada tahun tersebut.
Namun berlian seberat 8.52 karat yang dijumpai oleh Bobbie Oskarson di taman yang sama pada 2015 telah berjaya dipotong dan dikatakan bernilai AS$500,000 (kira-kira RM1.9 juta) pada Februari tahun lalu.
Brodski dalam pada itu mengakui bahawa penemuan yang pernah dibuat oleh Langford telah memberikannya idea untuk cuba membuat perjalanannya sendiri bersama-sama ahli keluarganya ke taman seluas 369 hektar tersebut.
Dia telah menamakan permata itu dengan nama Michelangelo, seperti watak penyu Ninja Teenage Mutant dan telah merancang untuk menjual berlian tersebut untuk diagihkan keuntungan jualan sesama ahli keluarganya lain.
“Berlian yang ditemui oleh Brodoski adalah salah satu berlian coklat yang sangat cantik yang pernah saya lihat di taman itu,” kata Waymon Cox, seorang penterjemah di taman berlian itu kepada portal Inside Fort Smith.
Ia hanya kira-kira bersaiz manik dengan warna coklat gelap seperti madu mentah. Batu permata tersebut malah mempunyai permukaan licin, bulat dan kelihatan bebas daripada kecacatan, sama ada di dalam dan luar.
Menurut laman sesawang rasmi Crater of Diamonds State Park, terdapat lebih daripada 75,000 butir berlian yang pelbagai bentuk telah ditemui orang awam di taman itu sejak tahun 1906. – Agensi
Abang Tiri Potong Telinga Kekasih Adik Kerana Kecewa
SEORANG lelaki telah bertindak di luar kawalan apabila dia dengan sengajanya telah membunuh kekasih kepada adik tirinya sendiri.
Kejadian tragik itu dilaporkan telah berlaku di wilayah Sulawesi, Indonesia tetapi tidak dinyatakan bilakah tarikh sebenarnya insiden berlaku.
Pergaduhan berpunca daripada sikap baran si abang tiri yang dalam diam telah menaruh hati kepada adik tirinya sendiri namun terpaksa dirahsiakan perasaan itu kerana adiknya sudah ada kekasih hati.
Dalam masa yang sama menurut sepupu suspek sendiri, Andi Awank memberitahu pihak media tempatan Indonesia bahawa motif pembunuhan hanya disebabkan cemburu dan tidak berpuas hati terhadap mangsa.
Sebelum kejadian berdarah itu berlaku, adik suspek bersama-sama mangsa telah berkunjung ke Pulau Kondo untuk bersiar-siar dan mereka turut bermalam di sana.
Akibat berang apabila mengetahui mereka berdua telah menginap di sana, suspek telah menghubungi adiknya itu namun tiada jawapan.
Keesokan harinya suspek dengan terburu-buru telah menyusul ke kepulauan tersebut dengan bertujuan untuk menyerang mangsa.
Akibat api kemarahan yang melampau, suspek telah menyerang mangsa dengan menggunakan parang yang dibawanya.
Walaupun mereka sempat bergelut seketika namun keadaan mangsa yang parah setelah ditetak pada bahagian leher belakang itu langsung rebah ke tanah dan telinganya turut putus akibat ‘dimakan’ oleh parang yang dihayun suspek.
Mangsa sempat dirawat di hospital berdekatan tetapi disahkan meninggal dunia selepas beberapa jam.
Pihak polis masih lagi menyiasat kejadian itu dan suspek sudah pun ditahan bagi siasatan lanjut.
Setelah mendapat beberapa info, didapati suspek merupakan pendatang asing yang telah merantau ke kampung halaman adiknya.
Sajat Akui Tak Kisah Terima Banyak ‘Dislike’
PENGASAS Let’s Cantik Skincare, Nur Sajat mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan jumlah ‘dislike’ yang diterima di Youtube menerusi muzik video terbaru, Abang Nak Tegur 3.0.
Malah usahawan ini berkata, beliau sama sekali tidak mengambil pusing berhubung perkara itu kerana merasakan jumlah tontonan adalah lebih penting berbanding like atau dislike.
“Sejujurnya, saya tak risau tentang hal itu kerana kita tak boleh nak paksa orang suka lagu kita. Apa yang penting jumlah tontonan tinggi.
“Pelik, walaupun orang tak suka saya, tapi mereka tetap nak tengok apa saya buat!,” katanya dipetik mStar Online.
Ditanya mengenai kecaman segelintir netizen terhadap video klip berkenaan, Sajat berkata, beliau mengabaikan sahaja komen negatif itu selain mengakui sudah buat sehabis baik.
“Setelah dipelawa Datuk Aliff dan KRU untuk menyanyi lagu ini, saya cuba-cuba sahaja lah. Saya bukan nak serius sangat dalam bidang ini.
“Saya hanya buat kerja dan selebihnya ditentukan oleh pendengar dan penonton di luar sana. Komen-komen negatif, abaikan sahaja.
“Saya sudah buat yang terbaik dan apa yang ditunjuk itu adalah hasil sepanjang penggambaran kami di Sepanyol,” ujarnya.
Sehingga kini muzik video, Abang Nak Tegur 3.0 sudah ditonton lebih 100,000 kali sekal igus menjadi trending nombor satu di laman Youtube, sejak dimuat naik pada Selasa.
Saturday, 6 January 2018
Giliran Boy Iman Pula Cipta Lagu Untuk Peminat
Zaman sekarang tidak perlu bersuara sedap pun boleh buat lagu sendiri. Terbaru, Boy Iman pula bakal melancarkan lagu single pertama beliau bertajuk Malas Nak Layan. Lagu tersebut juga dicipta oleh KRU.
“Tak sabar nak launch single lagu saya dan mtv, #malasnaklayan. Dibuat khas selepas berlakunya “musibah” pada diri saya. Untuk semua yang support dan haters saya. Dicipta sepenuhnya oleh Edry KRU. Lirik oleh Edry/DBI/Becky. Terbitan DBI Entertainment Sdn Bhd,” tulisnya.
Menurut perkongsian di Instagram, Boy mencipta lagu itu khas buat peminatnya juga haters yang menyokongnya selama ini. Nama Boy mula disebut apabila kontroversi penipuan hartanah melibatkan ratusan mangsa yang membuat laporan polis.
Sebelum ini, Datuk Seri Vida menggemparkan industri hiburan apabila mengeluarkan lagi I Am Me serta mendapat respon yang hebat sehingga trending. Ingin mengikut jejak langkah, Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat juga berbuat demikian- biarpun cubaan itu agak gagal.
Semakin warna warnilah industri hiburan dengan lagu-lagu dari usahawan berjaya Malaysia selepas ini. Tak sabar rasanya nak dengar lagu baru Boy. Mana tahu mungkin suaranya sedap dan tidak auto tune. (rtky/w)